Tazkiyatun Nafs

Rasulullah SAW bersabda bermaksud:

Sesungguhnya Allah memiliki seratus rahmat, Dia menurunkan satu rahmat daripada-Nya untuk manusia, jin, serangga dan binatang.
Dengan satu rahmat itu mereka saling berkasih sayang.

Dengan satu rahmat itu binatang buas mengasihi anaknya.

Dia menangguhkan lagi kurniaan sembilan puluh sembilan rahmat, dengan itu Dia akan merahmati hamba-Nya pada hari kiamat.

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Friday, June 18, 2010

~ISLAMKAH AKU dan KAMU???~





Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi
Maha
Pengasih...


Bayangkan benda ini berlaku pada anda..... Suatu
hari pada masa
Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih
kurang
1,000 jemaah...
tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi
seluruh tubuhnyer dgn
pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji
mata and
membawa mesin
gun... lalu salah seorang lelaki tu bertempik "


"Sesiapa yang sanggup
MATI
kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu"


Selepas
mendengar amaran
lelaki
itu maka segeralah bertempiaran lari para
jemaah
itu
utk
menyelamatkan
diri.... daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya
tinggal lebih
kurang
20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat
masing-masing termasuk
Pak Iman tu...

Lelaki yang bertempik tadi segera
membuka tutup mukanya
lalu
melihat ke arah Pak Imam sambil berkata: "Ok
Pak Iman, saya dah
halau
SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak
Iman
mulakan sembahyang
Jumaat"....

Lalu kedua lelaki tersebut berpaling
dan
meninggalkan
jemaah.... Macammana.. adakah anda rasa lawak
dgn
cerita di atas.
selain
terhibur anda fikirlahlah...


" Lawak kan , dari 1,000 org yg mengaku dia
Islam hanya 20 yg
betul-betul
beriman... "


" Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah
lupakan
ALLAH bila
menghadapi bahaya... kedua lelaki hanya
membawa
mesin-gun.. dia tak
kata
pun
nak bunuh.. tapi generasi skrang.. amat lemah..
baru
kena ugut
terus
lari
lintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang
jumaat
lagi..."


"Lawak, ada juga yang agamanya cuma
seminggu sahaja..
tu pun bila time
sembahyang jumaat.. tunjuk muka kat org
kampung.. ada
tu lagi dashyat
setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya..."


"Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip
dan apa
yang di tulis
oleh surat khabar daripada apa yang tercatit
dalam
al Quran"


"Lawak kan , berapa ramai yg percaya dunia
hanya
sementara, akhirat
adalah
tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba
mengejar dunia"


"Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend
atau
girlfriend
berejam-rejam
tapi nak berdoa kepada ALLAh alahai.. tak cukup
masa..


Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak
thread atau email
yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua
tempat
tapi merasa berat
nak berkongsi dan nak hantar artikel2
yang
berunsur
agama


Lawak kan ??? Kenapa gelak tu kan realiti.. tapi
yg
paling lawak
sekali.. berapa orang yang lepas baca benda ni
akan
sampaikan kat
orang
lain... berapa orang yang akan buka email ni
untuk
luangkan masa
membaca? berapa banyak????

ya Allah,,jauhkan lah aku dari tergolong dalam golongan di atas,,,Nauzubillah hi min zalik,.........







ILLAHI, di keheningan malam ini, di saat manusia menikmati tidurnya, di saat manusia terbuai mimpi indah, aku datang mengetuk pintu-Mu dr seorang hamba yang faqir dan hina. Yang sangat berhajat akan kurnia-MU. Malam ini aku datang mengetuk pintu rahmat-Mu juga keampunan-Mu wahai zat Yang Maha Pemurah dan Maha Pemberi. Engkaulah yang selalu mengabulkan doa dan tidak pernah membuat perantara dan hijab antara aku dan Engkau. bersyukur aku atas firman-MU:




Dan Tuhanmu berfirman: "Berdo`alah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina"
(Al-Mukmin: 60 )




Dengan berselimutkan malam yang indah ini, aku menuju pintu-MU untuk memohon kurnia-MU, kepada-MU aku berdoa dengan penuh keyakinan akan jawapan-MU akan semua doa yang kupanjatkan. Dan kerana kemurahan-MU, Engkau tidak menolaknya. Aku amat menginginkan kemurahan-MU itu, aku memohon jua kepada-Mu agar Engkau mengilhamkan ketepatan doa yang ku panjatkan

Ya Allah, aku lakukan ibadah kepada-MU, sedangkan Engkau tidak menghajatkan ibadahku. Betapa sangat tergantung aku kepada kekuasaan-MU ya Rabbi, aku mohon pertolongan-MU, tunjukilah aku jalan yang lurus menuju kepada-MU dan kembalikan aku kepada-MU dengan cara yang baik

Allahumma, Ya Allah, anugerahilah aku ketaatan kepada-MU selama hayatku dan tunjukilah aku kepada sesuatu yang menjadikan Engkau redha terhadapku. Jauhkan dan lindungilah diriku dari segala yang menyebabkan terbit murka-MU..

Allahumma, ya Allah, kurniakanlah ketaatan kepada jiwaku dan sucikanlah ia. Aku mengadu kepada-MU ya Rabbi, kerana Engkau adalah sebaik-baik Zat yang mensucikan jiwa. Pelindung dan Penguasanya.


syauqatuliman,,2.55 pagi

1 comment:

Muhammad Hussaini said...

em,,jika aku berada ketika itu,,adekah aku sendiri akan lari??ya Allah,,muhasabah,,