Tazkiyatun Nafs

Rasulullah SAW bersabda bermaksud:

Sesungguhnya Allah memiliki seratus rahmat, Dia menurunkan satu rahmat daripada-Nya untuk manusia, jin, serangga dan binatang.
Dengan satu rahmat itu mereka saling berkasih sayang.

Dengan satu rahmat itu binatang buas mengasihi anaknya.

Dia menangguhkan lagi kurniaan sembilan puluh sembilan rahmat, dengan itu Dia akan merahmati hamba-Nya pada hari kiamat.

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sunday, January 30, 2011

~Allah Lebih tahu tentang dia..~


Assalamualaikum..w.b.t..salam ukhwah fillah buat semua...

"Ya Muqtadir"
padaMu kumemohon petunjuk berikankan aku kekuatan permudahkan urusanku dan urusan sahabt-sahabatku buat masa kini dan akan datang andai ia tidak baik untuk kami, agama kami, dan dunia kami maka, elakkan kami daripadanya andai ia ditakdirkan baik buat kami maka, mudahkan laluannya

subhanallah! Apa khabar saudara-saudara, sahabat handai ku,,yg berada di Cairo,juga di Egypt?? Tidak lupa yang berada di mana sahaja,di Bumi Allah ini? Sihat? Masihkah engkau bersyukur atas segala nikmat yang dipinjamkana oleh Allah? Moga kalian semua sentiasa dalam limpahan dan rahmat daripada Allah..Subhanallah! hati ini,,sangat sedeh,,ya Rabb,,mengenangkan sahabat2 ku yg berada di ardhul anbiyak itu,,:(

Lalu ku ambil kitab La Tahzan ( Jangan Bersedih ) bagi menenangkan jiwaku ini selepas, rujukan pertama ku Al-Quran Al-Karim...



dalam bab 232 dlm kitab ini iaitu dibawah tajuk seperti diatas dpt dirumuskan bahawa:-



1. Dalam setiap perkara, sekecil mana pun, ada sesuatu yang kita tidak ketahui dan tersembunyi.. ia menyimpan cita2 dan masa depan yang indah dan ade janji yang pasti..



(sebagai) janji yang sebenarnya-benarnya Allah tidak akan menyalahi janjinya (Ar-Rum :6)



2. Setiap kesempitan akan ada jalan keluar. Di dalam musibah itu sendiri ada ubat, ada kenikmatan dan kebaikan; untuk anda keluar dari musibah itu semula dan untuk hari2 seterusnya.



3. Seharusnya keraguan itu dibuang jauh dan digantikan dengan keyakinan dan seterusnya memohon Hidayah daripada Allah secara berterusan.



4. Selepas kegelapan pasti ada sinar.Bagaikan selepas malam datangnya pagi atau siang hari.



"Dan malam ketika telah berlalu, dan subuh apabila mulai terang.(Al-Muddatstsir:33-34)



5. Bertentangan dlm ape pun, dan teruskan berusaha. Di akhir kesenangan dan kemuliaan.



6. Bersangka baiklah pada ALLAH. dia lebih mengetahui apa yang terbaik.



"kamu tidak mengetahui barangkali Allah mengadakan sesudah itu sesuatu hal yang baru. (Ath-Thalaq:1)



7. Bencana diturunkan olehnya kepada kita agar kita lebih rapat kepadanya yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.Makin kita meminta kepadanya, makin Dia suka.Makin kita rapat denganNya.



8. Rezeki diturunkan agar disyukuri, untuk kita berikan pujian kepadaNya.



(..Dan mohonlah kepada ALLAH sebahagian dari kurnianya..(An-Nisa':32) (Berdoalah kepada Tuhanmu dgn berendah diri dan suara yang lembut...(Al-A'raf:55)




Ya Allah, tika mereka sedang dalam kesusahan,mudahkanlah urusan mereka..tika mereka dalam kesulitan,Engkau suluhilah dengan jalan yg lurus, tika dalam bahaya,,dakaplah mereka demean kasih sayang dan rahmat-Mu,,tika ujian tersasar panda dada mereka,genggamlah jiwa mereka,agar mereka tabah untuk melalui ujian-Mu itu,,sungguh ya Allah,,tiada daya dan upaya yang mampu aku lakukan, bagi membantu sahabat2ku yang berada di bumi ambiyak itu,,melainkan doa yg tidak putus2 yg dapat kupanjaatkan panda-Mu wahai kekasih ALLAH..

Ya Allah,,
Aku jauh dr dia,,aku xmampu untuk membantu dia ya Allah,,maka,ku pohon pada-MU,,dakap dan peliharalah dia,kerana Engkaulah sebaik-baik Penjaga dan Pemerhati..Sungguh indah jika,kekuatan dan keyakinan aku pada-Mu,,menyamai,keyakinan para Rasul terhadap segala pertolongan-Mu..

Selamatkanlah mereka Ya Rabb,,kerana,,aku sangat menyanyangi mereka,,,(mengalir air mata,,),,,Allah..
Awak,,hanya doa yg mampu sy hulurkan,,,moga sentiasa dalam lindungan Allah,,Allahumma Amenn,, ya Allah,,selamatkanlah mereka,,Engkaulah sebaik2,Penjaga dan Pemerhati...(Egypt-Cairo....)..Allahumma Amen

SaBar akan membuahkan kasih Ilahi yang tak berbatas..


Read more...

Thursday, January 27, 2011

~~** IBU,siapakah dia IKHWAN Sejati **~~



Bismillahirrahmaanirrahiim......
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.......

Seorang remaja bertanya pada ibunya: Ibu, ceritakan padaku tentang ikhwan sejati.......
Sang Ibu tersenyum dan menjawab.......

Ikhwan Sejati bukanlah dilihat dari bahunya yang gagah, tetapi dari kasih sayangnya pada orang disekitarnya....

Ikhwan sejati bukanlah dilihat dari suaranya yang lantang, tetapi dari kelembutannya mengatakan kebenaran.....

Ikhwan sejati bukanlah dilihat dari jumlah sahabat di sekitarnya, tetapi dari sikap bersahabatnya pada generasi muda bangsa ...

Ikhwan sejati bukanlah dilihat dari bagaimana dia di hormati ditempat bekerja, tetapi bagaimana dia dihormati didalam rumah...

Ikhwan sejati bukanlah dilihat dari kerasnya pukulan, tetapi dari sikap bijaknya memahami persoalan...

Ikhwan sejati bukanlah dilihat dari dadanya yang bidang, tetapi dari hati yang ada dibalik itu...

Ikhwan sejati bukanlah dilihat dari banyaknya akhwat yang memuja, tetapi komitmennya terhadap akhwat yang dicintainya...

Ikhwan sejati bukanlah dilihat dari jumlah tanggungjawab yang dibebankan, tetapi dari tabahnya dia mengahdapi lika-liku kehidupan...

Ikhwan Sejati bukanlah dilihat dari kerasnya membaca Al-Quran, tetapi dari istiqamahnya dia menjalankan apa yang ia baca...

....setelah itu, ia kembali bertanya...

" Siapakah yang dapat memenuhi kriteria seperti itu, Ibu ?"

Sang Ibu memberinya buku dan berkata.... "Pelajari tentang dia..." ia pun mengambil buku itu
"MUHAMMAD", judul buku yang tertulis di buku itu.

^_^






♥ Belajarlah!
Ambil hikmah dari setiap kejadian!

♥ Dewasalah!
Jgn biarkan pengalaman pergi berlalu tanpa manfaat yg dpat kita petik!

♥ Bersabarlah!
Tak ada yg abadi!
setelah ksempitan akn ada kelapangan!

♥ Ingatlah!
Setelah kelapangan akn ada kesempitan!

♥ Tenanglah!
Ketenangan akn membuka fikiran yg buntu!

♥ Tersenyumlah!
Senyum tanda keikhlasan!

♥ Ikhlaslah!
Krna Tak ada yg sia-sia!
=>



(jom sama2,,kita selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW..)



Rasulullah SAW telah bersabda bahawa, : Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku.

Berkata Jibril A.S. : "Wahai Rasulullah, barangsiapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar."

Berkata pula Mikail A.S. : "Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu."

Berkata pula Israfil A.S. : "Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu."

Malaikat Izrail A.S pula berkata : "Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut roh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut roh para nabi-nabi."

Ayuh,,lakukan perubahan!:)..Doakan Syauqatul iman yer,,
Read more...

Monday, January 17, 2011

~Allah sayang saya..~


Puji Syukur kehadirat Illahi Robbi,.Selawat serta salam ku hulurkan kejujungan besar Nabi Muhammad SAW beserta keluarga.


Allah.. tak pernah salah dalam pilihan-pilihanNya terhadap kebaikan kita. Apa yang menurut kita baik, belum tentu baik menurutNya, apa yang menurut kita buruk belum tentu buruk menurutNya. Namun percayalah…apa yang menurutNya baik sudah pasti baik dan apa yang menurutNya buruk sudah pasti buruk. Kerana Dialah Yang Maha Tahu…

alhamdulillah,,pujian buatMU Tuhan sekalin alam..

keramatnya tarikh 17 januari 2011..selesai sudah penamaan calon, hari manifesto seterusnya, hari mengundi,,maka pada hari ni,,keputusan diumumkan..Takziah buat diri,,kerana di beri skali lagi taklifan untuk berkecimpung dalam dunia Jpp. subhanallah!:( Hati rasa sedeyy,,kerana diri ini terfikir,,mahu saja menjdi rakyat biasa,menghabiskan waktu dengan mentarbiyah diri dan fokus pada adik-adik usrah yang disayangi..namun,,benarlah kata-kata Allah,,"blum tentu lagi,,yg kita nk adalah terbaik buat kita..Kita hnya merancang,Allah juga merancang,,dan sebaik2 perancangn adalah Allah,,Maha Benarlah janji2 Allah,,Subhanallah!

hati berbolak balik mahu menerima taklifan itu atau tidak,,yelah,,dua tahun yg lepas,,semasa berkecimpung dalam dunia JPP,,cukup,,mengajar diri ini,,sedikit sebanyak ilmu kepimpinan, walaupun,,rasa mcm terlalu bnyak perkara yg berlaku,,sewaktu memegang taklifan naib exco ekonomi,,(krisis kewangan di pihak atasan) namun , alhmdulillah,,memang mengajar diri ini,,sifat sabar dalam berhadapan dengan insan-insan yang berjwatan tinggi,yang mempunyai mentaliti kelas pertama,,(memang mencabar) ......dan ketika nama diumumkan skali lagi,,jikalau anda di tempat saya,apakah anda rasa, anda tetap mahu menjadi perwakilan pelajar? setidak2nya,,hati anda akan berkata"cukuplah,pengalaman yang lepas..bnyak sudah yg aku pelajari".betul x?

(hati menangis,,telefon,ma,abah,akak,n angah..juga hntr msg kat,,,,,dia,,)

meminta pandangan dan pendapat masing2..Subhanallah,,dengan penuh kasih sayang,,mereka nasihatkan saya,,

tutt,,tutt,,tutt,,(msg bnyak masuk,,tahniah n takziah! dan hati ini,,tetiba tertumpu pada satu msg yang di hntar oleh Akhi Izzul Islam..

"ISLAM itu agama yg HEBAT, ia trdiri dari kalangan org yg HEBAT, maka jadilah kamu orang yg HEBAT" jangan biarkan sehari dalam hidupmu berlalu tanpa memikirkan tentang ISLAM..Selamat Bekerja Kerana Allah.."


syukran atas segala kalam taujihat drp kalian semua,,insyaAllah,,sy akan cuba yg terbaek,,dan menerima ketentuan ALLAH ini dengan REDHA,,kerana,,sesungguhnya,,DEMI ALLAH,,sy,,xpinta walau sekelumit pun rasa utk menjadi JPP,:(

apa-apapun,,sy harap,,sahabat2 yg sama2 mendapat taklifan ini,,dapat menjalankan tugas dengan membawa skali wadah ISLAM,,xkira dalam Biro apapun jua,,kerana sesungguhnya,,kita lah penyambung rantai-rantai perjuangan RASULULLAH,


akhir skali,,di bawah ini,,kenangn bersama mantan JPP 2009/2010(banyak sgt,,ilmu yg sy pelajari drp kalian semua,,ikhwan,,dan akhawat,,syukran kathiran!)




(kenangan bersama Penasihat JPP Ustaz Ismail bin Che Ku)



(Mantan Yang Di Pertua JPP,akhi Shahrin bin Shamsudin- Posting sarawak kut),,hee


kenangan bersama yang lain,,:)









(jamuan memanjang:) )hee Moga Tautan ukhwah berkekalan selamanya..menjadi saksi,,di padang mahsyar! amenn.
Read more...

Friday, January 14, 2011

♥●•٠·˙ Maka TersenyumLah ˙·٠•●♥



″ kesedihan tak kan abadi ″

Maka tersenyumlah wahai diri …
Roda kehidupan slalu berputar ada kalanya bahagia terasa, sedih merintih dan juga airmata. Tapi taukah kamu, ada Dia yang slalu menatapmu lembut yang tau mana yang terbaik untukmu. Dia memberi apa yang engkau perlukan bukan yang engkau inginkan.

Maka tersenyumlah wahai diri …
Semua yang terjadi juga kerana kehendak-Nya, semua yang berjalan sesuai rencana-Nya. Ilmu-Nya meliputi segalanya dan kau tak mungkin menjangkaunya jadi untuk apa kau resah untuk sesuatu yang belum pasti kejadiannya. Bukankah janji-Nya itu pasti ??
Dialah Allah Yang Maha Mengetahui

Maka tersenyumlah wahai diri …
Ada Dia yang Maha Pemberi, dan Dia memberikan kepadamu segala apa yang kau mohonkan kepada-Nya. Dan jìka kau menghitung nikmat Allah, niscaya kau tak kan mampu menghitungnya, maka bersyukurlah

Maka tersenyumlah wahai diri …
Hidup terus berjalan meski kadang hati tak menginginkan, yang dicinta kan pergi yang didamba kan hilang, maka dekatkanlah dirimu dengan-Nya dengan Dia yang Maha Kekal

Maka tersenyumlah wahai diri …
Hamba memang rapuh dalam langkah, kadang tak setia kepada-Nya. Tapi tetap gantungkan harapan dan asamu kepada-Nya Dia Yang Maha Kuasa, kau tak kan kecewa

Maka tersenyumlah wahai diri …
Ini ujian dari-Nya, dan Dia tak kan menguji hamba melebihi kemampuannya. Tapi bukankah manusia itu memang diuji tuk mengetahui mana yang paling bertaqwa kepada-Nya, maka tetaplah istiqomah

Maka tersenyumlah wahai diri …
Masih ßanyak lagi saudara"mu yang jauh lebih sakit dan menderita, slalu ada hikmah dibalik musibah slalu ada kemudahan setelah kesulitan, semua pasti indah pada waktunya. Maka bersabarlah

″ maka tersenyumlah wahai diri … semua yang terjadi akan berakhir dan kembali kepada-Nya ″


Read more...

Thursday, January 6, 2011

~ALFUN MABRUK! Tika nikmat dtg menyinggah~


*ALLAH MATLAMAT UTAMA*


Kau mesti mulakan langkah ini.,,Bukan sekali tapi berkali-kali, Jangan berputus asa walaupun kadangkala kau kecundang sekali sekala atau berkali-kali. Mulakan langkah tanpa mengalah walaupun jatuh berulang-ulang kali..Sesungguhnya ALLAH tidak akan jemu dan bosan untuk menerima hamba yang terus melangkah kepada-NYA walaupun secara merangkak-rangkak.

Peganglah janji ALLAH ini:
“barang siapa yang bersungguh-sungguh di jalan KAMI, pasti akan kami tunjukkan jalan-jalan KAMI”
(AL-QURAN)



ALHAMDULILLAH<..diberi ruang dan nafas, untuk hidup di atas pentas dunia ini,,Alhamdulillah,,kesyukuran ku rafa’kan hanya buatMU RABBUL IZZATI, kerana masih lagi memberi diri ini kesempatan untuk meraih nikmat IMAN dan ISLAM,,Subhanallah! Jika, bukan kerana Kasih Sayang-MU Tuhan, sudah pasti,,aku semakin hanyut dalam arus tribulasi yang sememangnya,menggiurkan buat insan bergelar hamba…


Syukurillah,,Result semester lepas sudah pun keluar,,:) sebelum dapat keputusan, hati gelisah tidak menentu, jiwa kacau bagai sedang bercinta.. selepas dapat result,,xhenti2 memuji RABBI,,atas kejayaan yg diperoleh,,namun,,maafkan aku ya ALLAH,,saat hati bersyukur,masih ade lagi,ruang di dalam jiwa yang menidakkan kesyukuran itu,,Astaqfirullah hal adzhim..


Semasa result dipaparkan,,mata ini, mencari-cari angka giliran dan no kad pengenalan,,huu..xsabar-sabar ada,,berdebar-debar lagilah ada,,hehe,,bila da tahu keputusan,,bibir mengungkap kalimah syukur xterhingga,,namun, hati mengatakan( YA ALLAH,,kenapa xdapat 3.9 ke atas??) Astagfirullah hal adzhim,,lantas aku berlari meninggalkan papan board dan menuju ke masjid,,hati ini perlu dibersihkan dan dihukum!!!


Selagi ada harapan, selagi itulah ada perjuangan. Dan selagi ada perjuangan selagi itulah peluanguntuk menang sentiasa ada. Keep hope a life!..sentiasa hidupkan harapan. Harapan itulah tali hayat pada kehidupan. Tewas dalam pertempuran tidak bererti tewas dalam peperangan. Ingat pesan orang bijaksana: “orang yang menang sesungguhnya lebih banyak merasai kegagalan daripada orang yang gagal


Jadinya, kalau nk yang terbaik,kita perlu lakukan yang terbaik,,!!kalau setakat study main2, homework xsiap, presntasion, mcm kelam kabut, xde isi yang disampaikan, tyme wat pengajaran makro n mikro, main2 xbersedia ngn segala peralatan,(wat lecturer pandang dgn pandangan penuh bermakna,,huu) ha,,asgmnt ,lewat hantar dr tarikh yg ditetapkan, kuliah asyik2 xhadir,,tyme kuliah waktu petang jer,,mesti sakit perut,,tyme sakit perut jer,,mesti waktu petang,, ha,,jangan haraplah nk capai kejayaan tu,,,(garang x??huu) ALLAH pun,xnak bagi, free2 kejayaan tu,,kalau diri sendiri xberusaha,kawan-kawan...


Erm,tapi, bagi yang da berusaha bersungguh, namun,,kejayaan jua bukan miliknya,,jangan bersedih,,,LA TAHZAN, duhai diri…teruskan berusaha dan berdoalah,,bukankah kita dianjurkan untuk berdoa. Bukankah dalam doa, kita pinta yang baik-baik dan pinta dijauhkan daripada yang buruk? Antara adab berdoa yang sangat penting ialah bersangka baik yang doa kita akan dimakbulkan oleh ALLAH..jangan sekali-kali teragak-agak dalam berdoa. Bolak-balik hati perlu dikawal. Jangan ada rasa ragu apakah doa kita akan diperkenankan atau tidak..tetapi katakana panda hati INSYAALLAH, doaku akan diperkenankan.


(pohonlah pada DIA,,,)


(DIA mengikut sangkaan Hamba-NYA)

Oleh itu,,wahai sahabat sekalian, tika ujian menimpamu,,maka bersyukurlah,,itu bukti ALLAH cinta kepadamu,,tika nikmat datang menyinggah, jua bersyukurlah,,sebagai imbal balas,,ALLAH bg menguji keimananmu,,,teruskan berusaha bagi membentuk diri menjadi MUROBBI SEJATI,,di hadapanmu terhampar sebuah bebanan dan tanggungjawab yang berat yang perlu kau galas,demi UMMAH dan meraih MARDHOTILLAHI…ingatlah,,berjaya nyer,,ank didik kita,,adalah jika,kita berjaya menerapkan nilai-nilai ISLAM dalam diri mereka.. teruskan menuntut ilmu, agar dapat menampung diri, juga, membantu mereka di luar sana yang sememangnya memerlukan pertolongan..


Dikesempatan ini juga,,syauqatuliman, nak ucapkan,,ALFUN MABRUK!! Kepada sahabt2 yang meraih kejayaan yang cemerlang,,sebar2kan lah ilmu itu,,agar dapat dimanfaatkan bersama…syauqatuliman, enti perlu MUMTAZ!! Demi UMMAH!
Read more...

Saturday, January 1, 2011

~Kawan2,,sYurga itu maness~ :)



JALAN MUJAHADAH ITU INDAH
Terimalah kesusahan yang sementara demi kesenangan yang abadi,,dunia tempat menyemai, di akhirat nanti kita menuai.

Jalan menuju Allah, ertinya jalan menuju ke syurga..syurga itu tidak ternilai harganya. Perumpamaannya umpama kaca dengan permata. Kaca itu murah dan mudah didapati di mana-mana..sedangkan permata itu mahal, amat sukar untuk mendapatkannya.

Sudah ditakdirkan, jalan menuju Allah penuh dengan godaan,ujian dan kesukaran.. tetapi, apakah kita sengaja menempah susah? Tidak! Kita hanya rela dan tega menerima kesusahan yang sementara demi kesenangan abadi. Inilah tradisi orang bijaksana. Sedangkan orang “bijaksini” rela mengorbankan kesenangan abadi di sana (akhirat) hanya kerana impikan dan inginkan kesenangan di sini(dunia).

Lupakah kita hakikat yang telah dijelaskan oleh Rasulullah menerusi sabdanya:

“neraka itu dipagari dengan dengan penuh kenikmatan dan keseronakan, manakala syurga itu dipagari oleh ujian dan kesukaran.” –al-Hadis-

Namun, aku, kamu , dan kita tetap manusia biasa. Hati kita goyah jua di jalan mujahadah. Hati pasti merintih apabila pedih. Jiwa pasti terdera apabila berduka. Namun, kita tidak akan patah di jalan mujahadah. Patah sayap, terbang jua. Biar jatuh bertongkat dagu, namun mengalah tetap tidak!!!

Bermujahadah ertinya berperang dengan diri sendiri untuk melakukan sesuatu yang sangat dibenci oleh hawa nafsu. Hawa nafsu yang hanya inginkan kejahatan, kelalaian dan keseronokan. Sebaliknya ia sengat membencikan kebaikan, peringatan dan ketaatan.
Menentang hawa nafsu, samalah dengan menentang diri sendiri.. umm,,jiwa pasti terseksa! Kerana apa yang diidamkan sering mendapat tentangan,,:) ha, inilah yang menyebabkan satu mijahadah slalu patah. Atau belum pun bermujahadah sudah mengaku kalah. Terlalu sayangkan diri untuk disakiti. Padahal “mujahadah itu pahit,,kerana syurga itu manis”..Letih sedikit, tidak boleh. Hendaknya...banyak rehat.. Pahit sedikit sudah mengeluh. Pedih sekelumit sudah mengaduh.

Dunia hakikatnya adalah gelanggang mujahadah. Kita di sini untuk “menanam”. Di sana (akhirat) nanti, barulah “menuai”. Musim bertanam memanglah payah-mencangkul, membaja, menanam, menajga daripada serangga perosak dan bermaca-macam lagi kesusahan- apabila menuai, baru terasa nikmat dan seronoknya..

Dunia diumpamakan tempat “membayar” di akhirat nanti tempat ‘bermain’..pay now, play later. Bayar di sini. “berseronoklah” di sana. Apa sahaj di dunia ini menuntut bayaran. Pilihlah sama ada untuk membayar dahulu, atau membayar kemudian. Tetapi sekiranya kita membayar dahulu, kejayaan di kemudian hari akan menjadi lebih manis dan bererti..

Orang mukmin, sentiasa rela bersusah payah untuk melakukan ketaatan, kebajikan dan kebaikan. Hidupnya terlalu sibuk dengan ibadat. Berpindah daripada ibadat khusus kepada ibadat umum dan berpindah lagi kepada iabadat sunat. Begitulah sehari semalam, sentiasa berpindah daripada satu ibaday kepada ibadat yang lain. Teringat pesanan dari Saidina Ali, “beribadatlah sehingga kita letih untuk melakukan kejahatan”..

Banyak kepahitan yang perlu ditempuh oleh orang mukmin untuk menempah syurga selaras dengan sabda Rasulullah SAW..

“syurga dipagari dengan kesusahan, manakala, neraka dipagari keseronokan”


Demikianlah kehidupan tidak ada yang percuma. Apatah lagi kehidupan di syurga, justeru, marilah sama-sama kita berpesan agar rela menerima yang sedikit dan smeentara ini demi menikmati kemanisan yang banyak dan abadi di sana. Alangkah jahilnya jika kita menanggung seksa yang begitu dahsyat dan kekal di akhirat sana hanya kerana nikmat yang sedikit dan sementara di dunia ini.

Sebaliknya, kita bijak kalau terus bermujahadah untuk melakukan perkara-perkara yang perlu dilakukan sehinggalah tiba ketikanya kita boleh melakukan apa sahaja perkara yang kita suka melakukannya! Di mana? Bila? Jawabnya, di syurga!

Sesungguhnya jalan mujahadah itu adalah jalan kita! Di jalan itu, sering berlaku dialog dalam diri. Apabila susah melanda, kita merintih. Apabila godaan mendatang, kita cuba bertahan. Apabila nikmat menjelma, kita lega....tetapi tidak lama, sukar pun datang mencabar, kita cuba sabar.

Lalu, kurakamkan dialog hati ini untuk pengajaran, bersama. Niat tidak lain hanyalah ingin memujuk hatiku dan hatimu agar jangan gundah. Gugusan dialog dalam jiwa yang mengungkapkan kata pujukan, ketika hati gelisah dan resah, ketika diri memburu suci sekeping hati...




(Bila bersendirian..)


Bila bersendirian
Jangan rasa kesepian
Walau tanpa teman
Kita tetap diperhatikan

Dalam gelap atau terang
Ada mata yang sentiasa jaga
Melihat perlakuan dan rasa
Mencatat dosa dan pahala

Bila bersendirian
Jangan katakan ‘aku sunyi’
Sebaliknya, selalu bisikan di dalam hati
Pada diriku sentiasa
Ada Pemerhati

Bila bersendirian
Teruji keikhlasan
Tenpa kejian dan pujian
Apakah terus ada kesetiaan
Berfikir dan berzikir
Dengan tulus kesunyian!

(Pahrol Mohd Juoi)

:)...sahabat,,jom berubah ke arah lebih baik! Kullu Am,wa antum bilkhair!selamat menyambut tahun baru Masihi,,selamat menyambung kembali pengajian,,syauqatul iman,,enti,,perlu mumtaz! DEMI UMMAH!..


buat insan di Cairo,sis Syahida,(miss u,,) :( di Irbid, (ukhti Arfiezzati dan sahabat2 yg lain,,) juga di Egypt ,,berjuanglah demi, ujian duniawi itu,,kerana sesungguhnya,anda semua sedang berada dalam jihad kecil! I’m always pray from here..May Allah makes it easy for u,,! Ingatlah “Tiada Harapan selain Allah”..selamat berjuang duhai ULUL ALBAB!..Pasti manis rasanya,,tatkala menggenggam segulung ijazah bersama Mardhotillahi,,amin2,,





ingat niy yer:
"when studying becomes a burden,
when revision is stressful,
when we geel like giving up and not study our exams,
remember these 2 verses:-

1) Allah doesnt burden us with things that we cant bear (2:286)
2) Verify with every difficulty, there is relief (94:6)


Salam Fatrah Imtihan!
Read more...