Tazkiyatun Nafs

Rasulullah SAW bersabda bermaksud:

Sesungguhnya Allah memiliki seratus rahmat, Dia menurunkan satu rahmat daripada-Nya untuk manusia, jin, serangga dan binatang.
Dengan satu rahmat itu mereka saling berkasih sayang.

Dengan satu rahmat itu binatang buas mengasihi anaknya.

Dia menangguhkan lagi kurniaan sembilan puluh sembilan rahmat, dengan itu Dia akan merahmati hamba-Nya pada hari kiamat.

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sunday, January 30, 2011

~Allah Lebih tahu tentang dia..~


Assalamualaikum..w.b.t..salam ukhwah fillah buat semua...

"Ya Muqtadir"
padaMu kumemohon petunjuk berikankan aku kekuatan permudahkan urusanku dan urusan sahabt-sahabatku buat masa kini dan akan datang andai ia tidak baik untuk kami, agama kami, dan dunia kami maka, elakkan kami daripadanya andai ia ditakdirkan baik buat kami maka, mudahkan laluannya

subhanallah! Apa khabar saudara-saudara, sahabat handai ku,,yg berada di Cairo,juga di Egypt?? Tidak lupa yang berada di mana sahaja,di Bumi Allah ini? Sihat? Masihkah engkau bersyukur atas segala nikmat yang dipinjamkana oleh Allah? Moga kalian semua sentiasa dalam limpahan dan rahmat daripada Allah..Subhanallah! hati ini,,sangat sedeh,,ya Rabb,,mengenangkan sahabat2 ku yg berada di ardhul anbiyak itu,,:(

Lalu ku ambil kitab La Tahzan ( Jangan Bersedih ) bagi menenangkan jiwaku ini selepas, rujukan pertama ku Al-Quran Al-Karim...



dalam bab 232 dlm kitab ini iaitu dibawah tajuk seperti diatas dpt dirumuskan bahawa:-



1. Dalam setiap perkara, sekecil mana pun, ada sesuatu yang kita tidak ketahui dan tersembunyi.. ia menyimpan cita2 dan masa depan yang indah dan ade janji yang pasti..



(sebagai) janji yang sebenarnya-benarnya Allah tidak akan menyalahi janjinya (Ar-Rum :6)



2. Setiap kesempitan akan ada jalan keluar. Di dalam musibah itu sendiri ada ubat, ada kenikmatan dan kebaikan; untuk anda keluar dari musibah itu semula dan untuk hari2 seterusnya.



3. Seharusnya keraguan itu dibuang jauh dan digantikan dengan keyakinan dan seterusnya memohon Hidayah daripada Allah secara berterusan.



4. Selepas kegelapan pasti ada sinar.Bagaikan selepas malam datangnya pagi atau siang hari.



"Dan malam ketika telah berlalu, dan subuh apabila mulai terang.(Al-Muddatstsir:33-34)



5. Bertentangan dlm ape pun, dan teruskan berusaha. Di akhir kesenangan dan kemuliaan.



6. Bersangka baiklah pada ALLAH. dia lebih mengetahui apa yang terbaik.



"kamu tidak mengetahui barangkali Allah mengadakan sesudah itu sesuatu hal yang baru. (Ath-Thalaq:1)



7. Bencana diturunkan olehnya kepada kita agar kita lebih rapat kepadanya yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.Makin kita meminta kepadanya, makin Dia suka.Makin kita rapat denganNya.



8. Rezeki diturunkan agar disyukuri, untuk kita berikan pujian kepadaNya.



(..Dan mohonlah kepada ALLAH sebahagian dari kurnianya..(An-Nisa':32) (Berdoalah kepada Tuhanmu dgn berendah diri dan suara yang lembut...(Al-A'raf:55)




Ya Allah, tika mereka sedang dalam kesusahan,mudahkanlah urusan mereka..tika mereka dalam kesulitan,Engkau suluhilah dengan jalan yg lurus, tika dalam bahaya,,dakaplah mereka demean kasih sayang dan rahmat-Mu,,tika ujian tersasar panda dada mereka,genggamlah jiwa mereka,agar mereka tabah untuk melalui ujian-Mu itu,,sungguh ya Allah,,tiada daya dan upaya yang mampu aku lakukan, bagi membantu sahabat2ku yang berada di bumi ambiyak itu,,melainkan doa yg tidak putus2 yg dapat kupanjaatkan panda-Mu wahai kekasih ALLAH..

Ya Allah,,
Aku jauh dr dia,,aku xmampu untuk membantu dia ya Allah,,maka,ku pohon pada-MU,,dakap dan peliharalah dia,kerana Engkaulah sebaik-baik Penjaga dan Pemerhati..Sungguh indah jika,kekuatan dan keyakinan aku pada-Mu,,menyamai,keyakinan para Rasul terhadap segala pertolongan-Mu..

Selamatkanlah mereka Ya Rabb,,kerana,,aku sangat menyanyangi mereka,,,(mengalir air mata,,),,,Allah..
Awak,,hanya doa yg mampu sy hulurkan,,,moga sentiasa dalam lindungan Allah,,Allahumma Amenn,, ya Allah,,selamatkanlah mereka,,Engkaulah sebaik2,Penjaga dan Pemerhati...(Egypt-Cairo....)..Allahumma Amen

SaBar akan membuahkan kasih Ilahi yang tak berbatas..

No comments: