Tazkiyatun Nafs

Rasulullah SAW bersabda bermaksud:

Sesungguhnya Allah memiliki seratus rahmat, Dia menurunkan satu rahmat daripada-Nya untuk manusia, jin, serangga dan binatang.
Dengan satu rahmat itu mereka saling berkasih sayang.

Dengan satu rahmat itu binatang buas mengasihi anaknya.

Dia menangguhkan lagi kurniaan sembilan puluh sembilan rahmat, dengan itu Dia akan merahmati hamba-Nya pada hari kiamat.

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Wednesday, December 12, 2012

Rabb..ku Tak Layak ke Syurga-Mu..:(




Di hadapan-Mu,.Aku menyerah pasrah,.Air mata keinsafan mengalir,.Hati akal dan diriku,.menunduk hina dan kerdil,.Terasa amat hina disisiMu,.Mengenangkan dosa lampau yang ku lakukan,.Mengenangkan kezaliman yang ku lakukan pada diriku ini,.Hiba yang terbit di saat ini, meyakinkan aku untuk terus mendekatiMu,.Tawaduk tunduk pada KeagunganMu,.ingin aku bersujud padaMu,..dan memohon keampunan padaMu,.

"Ya Allah,Ampunilah segala dosa-dosaku,.Dosa-dosa yang diselaputi dengan noda maksiat,.Tidak terhitung oleh ku berapa banyaknya dosaku yang menggunung tinggi,.Aku  merindukan rahmat dan kasih-sayangMu yang sungguh melangit luas,.Nikmat yang kau berikan dan juga KeredhaanMu dalam Hidupku,.Meskipun ku ulangi dosa-noda yang menjanjikan azab sengasara,.Namun,.ku sedari keampunanMu yang tidak bertepi,..Sesungguhnya,Engkaulah Yang Maha Pengampun"

Di rumahMu,.Dalam tangis dan senduku ini,.menebarkan rindu padaMu,.meratap saat-saat itu,.Ya,.dosa-dosa yang telah ku lakukan,.
Terimalah taubatku ini ya Allah,.sesungguhnya HambaMu ini berdosa..
Telah ku merasakan kolam derita jiwa dan perasaan kerana hambar mencari jalan menuju KeredhaanMu,.
Di hamparan nasuha kalbu ini, terpendam seribu harapan,.
Merindui janjimu tuhan,.Bantuan di perjuangan...
Ku akui,kelemahan diri,.ku insafi kekurangan ini,.ku kesali kejahilan ini ,
Tebayang saat dahulu,.dosa yang meresapi diri ini,.Aku lalai daripada mengingatiMu,.
Aku alpa dengan nikmat dunia,.yang tipuan semata-mata,.yang berlindung di sebalik mata manusia,
menjauhi aku daripada  mendekatiMu,mencintaiMu, dan mengingatiMu,.
Ku akui,diri ini hamba yang mungkir pada janji,.Jadikanlah taubat yang SEJATI padamu ILAHI,.Ya Allah,.ampunkanlah dosa-dosaku,.Ya Allah,redhakanlah kehidupanku,.Moga terhapus penghijab kalbu antara kau dan aku,

Layakkah aku mendapat syugaMu ya Allah,.sedangkan diriku sentiasa bergelumang dengan dosa,.Bukan semakin berkurang,.tetapi makin bertambah,.dalam talian hidupku,.sehingga tak mampu untuk ku bilang dan ku kira,.Ya,.syurgamu itu hanya layak buat hamba-hambaMu yang terpilih,.

Gambaran Syurga
Seperti yang dinyatakan oleh Al-llamah Syeikh dalam mukaddimahnya,ini berdasarkan ringkasan daripada hadis Rasulullah SAW.

"Syurga ialah satu tempat iaitu taman-tamannya terdapat sungai-sungai yang mengalir di bawahnya..Istana-istananya tersusun daripada batu bata emas dan perak .Tanahnya adalah kesturi yang terbaik ,kerikilnya daripada intan permata dan mutiara.Debunya adalah "Za'faran",kilauannya,.cahaya gemilang , penuh wangian yang semerbak,.dihuni oleh hamba-hambaNya yang terpilih di samping pasangannya yang suci dan elok parasnya..Penghuninya,menikmati segala kenikmatan,.serta menghadap wajah Allah SWT.."


Selain itu,Termasuk 1/99 Rahmat,.

Rasulullah SAW pernah bersabda dalam menguraikan sifat Al-Rahman dan Al-Rahim Allah SWT yang bermaksud: "Allah menciptakan 100 rahmat ,satu rahmat dibahagikan kepada seluruh isi dunia ini.,sedangkan 99 bahagian lagi dibahagikan di akhirat(iaitu di dalam syurga)"..Riwayat Muslim

>>>Jadi,secara kasarnya,.kesenangan di dalam syurga itu adalah 99 kali ganda berbanding kesenangan di dunia sekarang ini.Inilah pesona yang mampu menggerakkan Mukmin memburu baki 99 rahmat yang tahan di sisi-Nya,.

Subhanallah,.begitulah indahnya,.SYURGA,.ya,.tiada kata secantik keindahannya,.Terlalu indah,.
Bagaimanakah pula gambaran bagi NERAKA,.ya,.tiada kata segerunnya,.
"Ya Allah,Aku tak layak ke SyurgaMu,.tetapi aku tidak sanggup menanggung seksa nerakaMu,.Oleh itu,kurniakanlah ampunan kepadaku,.ampunkanlah dosaku,.Sesungguhnya,.Engkaulah Pengampun dosa-dosa besar"
Ya Allah,.matikanlah aku di dalam keadaan Khusnul Khatimah,..


Tiada kata seindah serungkap doa',..
Allah itu sangat BAIK kepada kita...DIA TERIMA kita saat semua yg lain tak mengendahkan kita,
Allah itu sangat HEBAT...DIA masih MEMIMPIN kita tatkala dosa kita menggunung tak tersukat..
Allah itu sangat DEKAT..... DIA MENDENGAR doa kita..
Dalam deraian air mata kita yang kian lebat..Allah itu sangat baik kepada kita...
sangat-sangat baik...
dan Allah itu akn terus terusan teramat baik kepada hamba2NYA....dan ingatlah, tika kita melangkah mencariNya selangkah,Dia berlari mendapatkan kita seribu langkah..subhanAllah..

~syauqatul Iman Al-Iskandarani. 
~Luahan hati 12/12/2012~   

Read more...

Wednesday, December 5, 2012

Kalam taujihat! :)

 ~Jika ALLAH sayangkan seseorang hamba,Dia akan berikan IMAN, kerana itu lebih mahal dari segala isi dunia..
Jika ALLAH sayang lagi, Dia akan berikan KEKUATAN untuk mengamalkan agamanya dengan sempurna dan
Jika ALLAH sayang lagi ,Dia akan SUSAHKAN hambanya dengan urusan dunia dan perjuangan hidupnya, untuk menguji sejauh mana cinta dan redha hamba itu kepadanya, supaya dengan susah itu dia selalu mendekati pada-NYA.. ~✿
>>Sebab ALLAH RINDU akan rintihan hamba-NYA<<

Ya Allah,berikan aku kekuatan..
Untuk aku menyusun langkah ini,
mengejar impian yang termaktub di hati,
mencari kebahagiaan yang hakiki...
dengan jalan yang yang Kau redha


✿ ~Orang yg selalu menyediakan dirinya untuk mnerima nasihat,Maka dirinya akn mendapat penjagaan drpd ALLAH,..

Orang yg mmbenarkan dirinya MAAF dan SABAR menerima nasihat orang lain,Tandanya ia akn menerima kemuliaan drpd ALLAH,

Sesungguhnya,NASIHAT itu adalah Teman Terbaik buat orang yg Beriman,.Tegurlah diriku yg Dhaif ini dgn HIKMAH sekiranya aku melanggar agamaku,.insyaALLAH,kita sama2 menggapai KeredhaanNya,.Amin~✿



"Jika kau menghampiri ALLAH dengan merangkak, maka ALLAH Menghampiri dengan Berjalan. Jika kau menghampiri ALLAH dengan berjalan, maka ALLAH Menghampirimu dengan Berlari. ... Jika kau menghmapiri ALLAH dengan berlari, maka ALLAH akan Menghampirimu secepat kilat."

Aku mencintaiNYA seujung jari, DIA Mencintaiku sejengkal, aku MencintaiNYA sejengkal, DIA Mencintaiku sehasta, aku mencintainya sehasta, DIA Mencintaiku lebih dan lebih lagi. Sesungguhnya kecintaan ALLAH kepada hambanya melebihi kecintaan seorang ibu pada bayinya..."Aku mencintaiNYA seujung jari, DIA Mencintaiku sejengkal, aku MencintaiNYA sejengkal, DIA Mencintaiku sehasta, aku mencintainya sehasta, DIA Mencintaiku lebih dan lebih lagi. Sesungguhnya kecintaan ALLAH kepada hambanya melebihi kecintaan seorang ibu pada bayinya...

Read more...

Tuesday, December 4, 2012

dia Nyawaku,,,:)

bersama suami tersayang,,Muhamad asyraf,,selepas akad nikah,,:) (24.8.2012)


Hawa : Kenapa Abang Buat Baju Pengantin Macam Baju Kurung..?


Adam : Kenapa..? Sayang Nak Baju Pengantin Macam Mana..?

Hawa : Biasanyakan Baju Pengantin Banyak Labuci , Warna-Warni..Cantik..
Lagipun Perkhawinan Hanya Sekali...~ Apa Salahnya ?

Adam : Awak Nak Baju Pengantin Yang Menampakkan Susuk Tubuh Tuh ? Awak Tahukan Menampakkan Susuk Tubuh Itu Umpama Membuka Aurat ? ..( Tersenyum)
Lagipun..Sebab Berkhawin Sekali Seumur Hiduplah Kita Kene Buat Majlis Ini Penuh Kerahmata
n Dan Keredaan Allah...Kalau Allah Redha..In Shaa Allah..Allah Akan Berkati Perjalanan Rumah Tangga Kita..Tak Gitu Wahai Bakal Bidadari Syurga-Ku ~?

Hawa : *Tersenyum* ...Dalam Hati Memuji Suami Tak berhenti-Henti ♥

saya sudah berjumpa dgn lelaki seperti ini,,dialah nyawa saya,,iaitu suami saya,,:) ana anta, wa anta ana,,nahnu ruhul fil jasad..aku mencintaimu abg,kerana Allah,,:)

♥.♥

Read more...

Mukmin Berjaya!


"Haiyya 'Alassolah.
Haiyya 'Alalfalah."

Lafaz yang sering kita dengar,
10 kali sehari (minima, kalau tak pernah dengar Iqamat selama ni.)

Kita hairan mengapa orang ramai,
tatkala mendengarnya,
tetap khusyuk bekerja,
tetap khusyuk bermain,
apakah pekak mereka-mereka ini?
Atau apakah mereka alah bisa tegal biasa akannya?

Dan mereka yang mendengar pula,
kadangkala terasa berat hatinya,
kadangkala terpaksa dirotan sampai berbirat,
barulah nak terhegeh-hegeh ke masjid,
padahal tok imam dah tarik nafas nak bagi salam kedua.

Apakah?

Barangkali,
kita terlupa,
akan tujuan hidup kita.
Akan matlamat penciptaan kita.

Barangkali jua,
definisi kejayaan kita tersasar,
kita terpedaya dengan kejayaan ciptaan manusia,
kita terpesona dengan janji-janji syaitan.

Allah tiadalah menjadikan sesuatu itu tanpa sebab.

"Haiyya 'Alassolah.
Haiyya 'Alalfalah."

Sekiranya azan tidak dikumandangkan 5 kali sehari,
apakah kita akan istiqamah dalam menunaikan solat 5 waktu?
Sekiranya hanya "Haiyya 'Alassolah" dilaungkan,
apakah kita akan tergerak untuk menunaikan solat pada awal waktu?

Benar, kita tidak memahami "Haiyya 'Alalfalah." itu apa,
tapi, Allah tetap akan menggerakkan hati kita.

Kerna Allah jadikan kita sebagai Khalifah,
maka pabila dibentangkan kepada seorang Khalifah,
akan jalan menuju kejayaan,
sudah pasti hatinya akan tergerak jua,
dengan izin Yang Maha Mengetahui.

Solat yang seterusnya,
adalah Asar.

Tatkala terdengarnya azan,
tetapkan hati.

"Aku ke Masjid, aku hendak menunaikan solat, kerna aku adalah Mukmin yang berjaya. Kerna aku beriman dengan surah al-Mu'minun."

Ciri-ciri seorang Mukmin yang berjaya,
banyak terdapat dalam surah al-Mu'minun.
Dan celiklah wahai Rijal-rijal, Nisa'-nisa' Mukmin,
kayu ukur yang pertama Allah nyatakan dalam menjadi mukmin yang berjaya,
tidak lain dan tidak bukan,
adalah mereka yang khusyuk dalam solatnya.

"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyu' dalam sembahyangnya."

-Al-Mu'minun 23:1&2-

Moga Allah redha

Read more...

Wednesday, July 25, 2012

Our Journey to JANNAH ♥

Moga bahtera perkahwinan kami ini berlayar hingga sampai ke syurga dan mudah-mudahan baitul muslim ini benar-benar menjadi pembantu agama Allah.
Ameen. Ameen. Ameen ya Rabbal alameen.




Bismillahirrahmanirrahim..



“Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri (jodoh) dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya di antaramu rasa kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.”

(Arrum, 30:21)



Dengan penuh rasa syukur dan rendah diri,kami mewakili kedua ibu bapa kami berbesar hati menjemput kaum keluarga,para sahabat,guru-guru,serta semua kenalan yang mengenali kami untuk hadir ke majlis perkahwinan kami :




Majlis walimatul urus bagi pihak pengantin perempuan pada hari Sabtu,25 Ogos 2012, bertempat di Km 10 Jalan Daing Tawi, Kg. Telok Mas ,75460 Melaka

Majlis walimatul urus bagi pihak pengantin lelaki pada hari Ahad, 26 Ogos 2012, bertempat di Bt 25, kampung Ramuan China Kechil, 78100 Lubok China Melaka

Semoga dengan kehadiran saudara dan saudari ke majlis kami, Allah swt akan memberkati perjalanan majlis dan melimpahkan rahmat ke atas kami dan keluarga kami. InsyaAllah…

Bagi saudara dan saudari yang berkelapangan untuk hadir ke majlis kami,diharapkan dapat memberikan alamat rumah di ruangan mesej facebook atau yahoo messenger untuk urusan penghantaran kad jemputan. Wallahua’lam…


jemput ziarah utk makluman lbih lanjut..:)

pelan rumah pengantin


Read more...

Sunday, July 8, 2012

Ramadhan dan Usiaku,,

Ya Allah, sampaikanlah kami kepada Ramadhan,,


Bismillah,,,

lama rasanya xupdate blog ni,,da bersarang2 dan beranak2 da,,labah-labah dlm blog ni,,,:) namun alhamdulillah, saat ini, syauqatul iman bersyukur sgt2, kerana diberi kesempatan, utk terus bernafas serta melihat keindahan Allah, merasai segala nikmat Allah yg tdk putus2 :)...sahabt2 pula bagaimana? :) smga kita semua tergolong dlm golongan yg sedikit,,,yg sering Allah sebut2kan,,insyaAllah ..:)

shbt2,,yg iman sygi,,
 insyaAllah, xsmpi sbulan lagi, kita semua akan menempuh satu bulan, yang penuh barakah, penuh maghfirah daripadanya, dan bulan yg Allah buka seluas-luasnya pintu taubat buat hamba-NYa,,,bulan apakah itu?? terjawab sudah,, tentulah BULAN RAMADHAN...masyaAllah,,sekejap sje msa berlalu,,,msih terasa lagi awl tahun baru,,da, masuk bulan ramadhan,,

mari kita wat checklist agar ramadhan yg bakal dtg ini, membawa seribu satu makna utk kita semua,,:)

Keep istiqamah wal hamazah!



Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
إِذَا جَاءَ رَمَضَانُ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ وَصُفِّدَتِ الشَّيَاطِينُ
Apabila Ramadhan tiba, pintu surga dibuka, pintu neraka ditutup, dan setan pun dibelenggu


Antara amalan-amalan di bulan Ramadhan yang boleh kita amalkan adalah :
  • Lebihkan amalan solat sunat seperti solat sunat Isyrak, Dhuha, Rawatib, Taubat, Tarawih, Tahajjud dan Witir.
  • Tidak meringankan amalan bersahur lewat waktu dan berbuka awal waktu.
  • Membiasakan solat Fardu 5 waktu berjemaah di Masjid, Surau atau di rumah.
  • Memperbanyakan bacaan dan bertadarus Al Quran dan azam untuk khatam Al Quran.
  • Memperbanyakan iktikaf di Masjid atau surau.
  • Basahkan lidah dengan dzikir setiap masa yang terluang siang atau malam.
  • Menambah ilmu dengan membaca buku dan menghadiri masjlis ilmu dimana sahaja diadakan.
  • Bangun awal seawal 4.30 pagi untuk bersahur dan beramal menjelang subuh.
  • Mengurangkan hiburan dan aktiviti yang sia-sia yang boleh mengurangkan pahala puasa.
  • Banyakan sedekah.
  • Banyakan memberi makan kepada orang yang berbuka puasa walaupun hanya dengan sebiji kurma.
  • Melipat gandakan amalan beribadah pada 10 malam terakhir Ramadhan.
  • Berjimat berbuka puasa dan persediaan lebaran.
  • Dan jangan terlupa zakat fitrah.


Semuga Ramadhan bulan Rahmat, Pengampunan dan Pembebasan dari api neraka tahun ini akan menjadi madrasah realiti yang terbaik untuk kita muhasabah diri menjadi hamba ALLAH SWT yang lebih baik untuk persediaan alam kubur dan akhirat yang entah macam mana bahagiannya untuk kita.


maka, seharusnya kita tdk perlu lagi utk berlengah2,hayatilah ramadhan,,yg bakal hadir ini,, dgn penuh rse ketaqwaan dan kehambaan sblm ianya merupakan ramdahn terakhir buat kita,,ALLAH,,,:(

dan rmdhn pda kali ini juga merupakan ramdhan terakhir, ana sbg bujang,,,semoga Allah permudahkan langkah ana,,utk ke peringkat seterusnya,,,keep praying 4 us,,:) Amin Ya mujib,,  

Kata-kata semangat hari ini :
" Apapun yang pernah terjadi dalam hidupmu. Tuhan tidak pernah meninggalkanmu.:(
bersemangat! :)

Read more...

Thursday, May 10, 2012

Burst Out..:(


menulislah kerana Allah
 
 
Catatan & penulisan ini bukan kerana nama,
Nama tidak menjamin Redha Rabbuna.
Penulisan ini bukan kerana harta,
Lagilah harta tidak menjamin ke syurga.
Bukan juga kerana terpaksa,
Memaksa itu bukan sifatnya Habibullah.
Ini bukan kerana sesiapa,
Kerana sesiapa bukan ghoyah utama.
Penulisan ini hanyalah kerana Allah,
Kerana RedhaNya adalah kunci kejayaan dunia,
Gerbang menuju Jannah

Ya Allah Ya Ilahi
Ajarilah kami bagaimana memberi sebelum meminta,
berfikir sebelum bertindak,
santun dalam berbicara,
tenang ketika gundah,
diam ketika emosi melanda,
bersabar dalam setiap ujian.

Jadikanlah kami orang yang selembut Abu Bakar As-Siddiq,
sebijaksana Umar bin Khattab,
sedermawan Uthman bin Affan,
sepintar Ali bin Abi Thalib,
sesederhana Bilal & setegar Khalid bin Walid radliallahu'anhum
Amiin Ya Rabbal'alamin
 
 
Jangan meninggal dunia sebelum kita pasti rumah yang akan kita diami di akhirat benar-benar selesa untuk kita tinggal. Kehidupan akhirat adalah kehidupan yang kekal abadi tiada bertepi. Jika rumah akhirat itu tidak selesa untuk kita, maka kita akan hidup kekal selamanya dalam ketidakselesaan itu sendiri.





salam imtihan khususnya buat semua warga Institut Pendidikan Guru, Kampus Pendidikan islam Bangi, (IPG KPI)
dan umumnya bagi semua penuntut Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM)..insyaAllah Kullukum Najah! kite semua perlu najah demi ank bangsa! demi Ummah! :) hayya bina! hayya bi imtihan dunya!:)

insya Allah,panjag umur kita jumpa lagi,,,
 

ya Allah...

Aku adalah seorang hamba yang serba-serbi kekurangan,
seorang hamba yang tidak punya harta kekayaan,
seorang hamba yang acap kali melakukan kekhilafan.
Perlu diketahui bahawa
Aku bukanlah seorang hamba yang penuh dengan kesempurnaan.
yang terlalu bersih dari secalit kecacatan,
yang terlalu suci dari sekelumit kehinaan,
yang tidak pernah terlepas dari dosa kemaksiatan.

Aku hanya seorang yang tak punya apa & ingin berkongsi apa-apa.
Selagi Allah memberi kesempatan kepada kita semua,
lakukan kebaikan walau kecilnya hanya sekecil setitis air.
Allah tidak menilai sebesar mana sumbanganmu,
tetapi segigih mana usahamu, seindah mana keikhlasanmu & selurus mana niatmu.


Kalau tak percaya, baca ni.
Allah ada berfirman di dalam Quran yang bermaksud:
"Dan bersabarlah, kerana sesugguhnya Allah tidak menyia-nyiakan pahala orang yang berbuat kebaikan."
(Hud, 11: 115)
 
.The Beauty of Islam.
Lets Mengislahkan Diri =)

sedikit renungan bersama..(moga jadi hamba yg bersyukur)

“Ya Allah, buatlah aku rela dengan keputusan-Mu, hingga aku tidak suka minta dipercepat apa yang kau tunda, dan minta ditunda apa yang kau percepat.” - Doa Umar bin Abdul Aziz


Read more...

Saturday, May 5, 2012

bila 'nikmat busy' dtg menyinggah :)

saje je promotee,,sgt bez,,hee,da bca???:)


Alhamdulillah,,syukur pada Allah,memberi keizinan,utk merasai 2 nikmat terbesar iaitu nikmt Iman dan islam..Alhamdulillah

hari ni,hari Ahad..Cutiyg sgt bermakna,,sbb,,mnggu ni balik kg,dan rehat yg sgt2 bez,,,ya Rabb,,bile letih,,,n kite pndang wjh parents,terus hilng letih tu,,,maha suci Engkau Ya Allah,,,,anugrhkan kemuliaan dan kerahmatan buat ibu2 dan ayah2ku,,allahumma Amin,,


okey,,jom tgk schedule sy,,,:)
19/3-13/4- prktikum di SK Bandar Tasek Kesuma Beranang Selngor
14/4 -15/4-  Program Fasi
19/4- menjadi Pencatat dalam mesyuarat JPP di Dewan Besar Muhyidin Musa
21/4- 22/4- Kelas KOAM/IAAF..(kejohanan olahraga Malaysia)-utk dptkn sijil Jurulatih Malaysia..
23/4- hantar assgnmt ARAB..
24/4- Sukantara IPG KPI - utk KOT tahun ni,batch kam tahun 3,uruskan,,uhuu pengalaman
25/4-saringan kejohanan olahraga tahunan (KOT) IPG KPI
26/4- Bina Insan Guru di SK Seliau Negeri sembilan
27/4- BIG Profesinalisme Keguruan di Dewan Syarahan Idris Al-Marbawi

28/4- Exam KOAM(mse ni perhmpunan bersih 3.0 hehe) soalan KoAm,,masyaAllah,,haha,,sgt2 susah,,betulla,nk jadik jurulatih buknnya senang,yA Allah,,moga result cmrlang buat kami,wrga IPG KPI,,amin2

29/4- amali GERKO,- tebaekla!Lecturer puji,,(da la,,group 1st yg wat pembntgn n ngajar PJ)Alhmdulillah

30/4- Exam Tarannum,,amali,,bukan tahriri,,,(3 lagu,taranum sy pilh- nahwan, jiharkah dan hijazi) alhamdulillah,lecturer ckp,,oke,,n,ade peluang msuk pertndingn tilawah nnti,,bulan 6,,(mcm perli je) eeehee,,tahulaa,,my bro hussaini mntopp....n wakil IPG,,sy xsme cm adik sy ustazah,,aduyaii,,nseblaaa ade adik sme tmpt bljaaaa,,huu

2/5- Reheasel penuh KOT di stadium Khalid al-walid IPG KPI,,mmg penat sgt2,,almklumlah batch kami 127 org jee,,batch paling sikitt umat Nabi,,heee

3/5- KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN PERINGKAT IPG KPI!alhmdulillah,,everything sgt2 oke,,n PENGARAH DAN wakil Rektor IPG puji pelaksanaan kami,,:)time ksih kepada IPG teknIk, dan yg lain2,kerana sudi beri kerjasama padakami dan memeriahkan skali mjlis kami,,:) barakallah fikum!

4/5- BIRo Tatanegara,,- tp..xp sebab ade sminar domain afektif,,huu,,tu lagii penting sbb,,sme nada dgn profesion kami,BTN kemudian2 ye,,nseb bek pihak Hep bagi pengecualian kuliah,,:)huu 

 4/5 -6.00 ptg,,balikk kg..heee,Alhmdulillah,,slmt smpi,,,jumpe sume2,,:)

eh ade lagi,,,,hehe

5/5-7/5- awk EXAM,,,huu mmg msuk dlm jadual sy,,:) Always pray the bez 4 u! pastu,tukar department len,:) . kejap je mse berlalu,,msuk hari ni je 3 thun 4 bulan dan 6 hri,,kite berkwan,,ya Allah,,stukanlah kami shngga ke SYURGA-MU,,amin2..moga urusan seterusnya,,dipermudahkan,,Amin,,insyaAllah,,,skjpp je,,will keep prying n keep waiting,,amin2..




14/5- sblm cuti semester,,,sy lak exam,,:) pastu cuti,,dalm 2 mnggu,,,:)


tu laa,lumrah hidup,,,bz sokmoo,,tp..perlu ingt,,urusan akhrt jgn pernah lupe..:)sbb Allah xpernah lupe dan jauh dr hambaNYA,,,(awk2,,bz pun satu nikmat aw) heee,,xtipu!:)


Allah,,ampunilah dosaku
  


Jom Mencari Keredhaan Illahi (。◕‿◕ ):
(。◕‿◕ )::: Indahnya ALLAH sebagai pencipta (。◕‿◕ )
Maka nikmat nikmat ALLAH yang manakah yang ingin kamu dustakan?



sudahkah anda mmbca Al-quran hari ini??




maka,,,,salah stu tnda kite xdustakan nikmat Allah,,baca lah AQ setiap hari,,!jika xmmpu,,memadailah dgn sepotong ayat pun sudaaa,,:) pada viewers,,sudahkah anda mmbca Al-quran hari ni?????? jawablah dgn jujur! :) 


one more thing!


Alhamdulillah... 75 hari lagi menghitung hari nak Bulan Ramadhan, kita puasa 1 Ramadhan 1433, ikut tarikh Malaysia 21 Julai 2012, Raya pulak 1 Syawal 1433, tarikh malaysia 19 Ogos 2012.... tak sabar rasanya.... hehehe


insyaAllah,,smga kite berjumpe lagi,,,,:) MODE: ku rindu dia kerana DIA,,ALLAH,,:(



Read more...

Wednesday, April 4, 2012

Dear Future Husband,♥

Ya Allah bless the believing righteous women with believing righteous husbands and bless the believing righteous men with believing righteous wives." 


Dear Future Husband,

I will cook. I will clean. I will shop. I will be the best housewife, ever, insya'Allah.
I will dress up for you, I will maintain my appearance for you. I will make sure to be the best wife I can be, insya'Allah.
I will have as many children as you want. I will raise your children to be the best they can be. I will be the best mother, insha'Allah.
As long as you promise me one thing, help me get to jannah. 

What I want also in my Husband..............

I want him running down to the Masjid if he heard the call to prayer.
I want him to surprise me one day to a trip like no other a trip to Masjid Al Haram.
I want him to wake me up at night .. to stand in front of Allah the Merciful.
I want him never miss the Fajir prayer and wakes me up to it and be the best of helpers.
I want his face to be illuminated by faith.
I want him holding on to the modesty, such as My beloved Messenger Al Mustafa.
I want him in time of anger be patient and if he got mad at me, Our day will not pass until everything will be pass with it.
I want my heart is worth dedicate it to him only, not before him or after him any person.
I want him someday to whisper in my ears and say "I Love you O' My Most prettiest woman in the whole world".
I want him to be my companion in Upper Paradise with the Lord of the high throne..
Ya Allah bless the believing righteous women with believing righteous husbands and bless the believing righteous men with believing righteous wives."

With Love,

me,-a.k.a syauqatuliman

sama-sama kita cube,,ingtkan sy juga saat saya alpa,,,kerana hati kita akn bersatu saat kite mnagingati yg SATU! 


 
 
Read more...

Friday, March 30, 2012

JaraK itu Indah..




♥ Jika RINDUKAN SESEORANG , PEJAMKANLAH MATA dan UCAPKANLAH :

" Ya Allah Aku rindukannya keranaMu Ya Allah , Jauhkanlah daku dari perkara yang membuatkan aku lupa kepadaMu . Aku semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku..tetapi ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA aku dan dia..

✿~ Dengan ‘JARAK’ ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik..
✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi..
✿~ Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk MENCINTAI Pencipta kami lebih dari segalanya..
✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi..
✿~ Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai..

p/s : Terima kasih ya Allah kerana memberi PELUANG kepadaku melalui jalanMu ini..terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia..♥♥



Ya Allah semoga hubungan ini berkekalan hingga ke JANNAH!Amin Ya Rabbal Alamin,, 


InsyaAllah ilal Jannah! Amin2..hari tu awk xdtg,,,xpe2,,insyaAllah,,pasni awk wajib dtg yee:))

Drp Pihak Sebelah :)

Drp pihak kami,,upss satu g xde kat sini,,hii:)

No NO NO
Pihak sebelah

  
 Semoga apa yang kami rancang dipermudahkan Engkau Ya Rabb,,Allahumma Amen,,

Read more...

Thursday, February 23, 2012

Tua suda...~ :)

Allah Selamatkan Kamu..
Allah selamatkan kamu,,
Allah selamatkan Nurul Farehah :)

Allah selamatkan Kamu,,:))

imam syafie kate org yg umur 20thn ke atas ni sudah tua..org yg umur 40thn ke atas dikira sbg mayat da...♥

so,,sy sudah tua,,,:(...makin dkt jua,,dgn kmtian,,tarik n tegur sy ye teman2 jika sy alpa,,:) syukran kepada temn2 yg sntiasa mendoakn sy,,:)Barakallah fikum,,:)


* dpt kol free slma 7 hr pun,,xtaw nk kol spe..:) ~

* 1st tyme mengundi tahun niy,,insyaAllah,,:) ~
* 1st tyme dpt sumthng drp klon A.Samad Said,,:)~

Alhamdulillah,,msih lagi bernafs dan meraih nikmat IMAN dan ISLAm,,Semoga kedua ibu bapaku dalam lembayung n rahmat Allah,,amin2,, Terima ksih kerana telah mendidik diri ini shngga mengenal PENCIPTA,,,:( SYG,,SEMUA...


sy suka baca karya awk,,yg persis seperti A.Samad Said,,:)) mesti kembangkan,,sy puji2 sokmo karya tu,,:) almaklumlah,,hadiah bufday paling berharga kut dr awk,,:P 

Semoga dengan bertmbhnya usia ini, membuatkan saya semakin mengenal Allah dan juga bertmbah amalan dan kecintaan kepadaNYA..Allahumma Amen..

wish from my mama: semoga uda jadi hamba Allah yg bertaqwa, anak yg solehah, serta,,isteri yang solehah,,euww,,mom's,,uda aminkan,,Amin,,xhbes lagila,,wish u too semoga berjaya di dunia n akhirat dan tercapai segala apa yg dihajatkan,,semoga bahagia bersama yg tersayang,,:)).. (moms erkss,,Amin2) :))

wish from my dad: so simplee,,lebeh kurg cm my mom..cume pendekk lagila,,:P diujungnya,,jgn cpt merajuk n menangis,,Oh nooo!! (dalam hati : abh ni sama je cm dia,,!huh )..menangis n merajuk tu,,xley lekang dr kaum muslimat la,,:)) uhuu

Doakan sy, semoga terus istiqamah atas jalan ini,,Semoga Rahmat Allah sentiasa mengirngi kita semua,,insyaAllah 27 Rejabla bufday sebenar sy,,:).. Semoga ketemu lgi,,Barakallah!


"Engkau dilahirkan ibumu dalam keadaan menangis. Sedangkan manusia di sekelilingmu tertawa bahagia.
Maka berbuatlah sesuatu untuk satu hari di mana kematianmu datang, engkau meninggal dalam keadaan tersenyum bahagia dan sementara orang lain menangisi kepergianmu." (Ali bin Abi Thalib).
________________________________________________________________________
Sedikit renungan bersama..:)
"Bila engkau ingin dicintai Allah,
takutlah kepada-Nya dan bertakwalah.

Bila engkau ingin dicintai para makhluk,
berbuat baiklah kepada mereka,
dan jangan berharap sesuatu dari yang mereka miliki.

Dan bila engkau ingin diperkaya dalam harta,
maka zakatilah harta bendamu.

Bila engkau ingin disehatkan badan mu,
maka perbanyaklah sedekah.

Dan bila engkau ingin diperpanjang umur mu,
maka bersilaturrahmilah kepada kaum kerabat mu.

Bila engkau ingin dikumpulkan bersama Rasulullah dipadang mahsyar, maka perpanjanglah sujudmu kepada Allah Yang Maha Esa dan Maha Perkasa."

(Buku Kisah-Kisah Pembawa Berkah disusun Haidar Bagir).
 
 
 

Read more...

Thursday, February 16, 2012

Warkah Doa buatmu.:)

 

Siapa kata doktor tak pernah sakit.
Siapa kata pakar kaunseling tak ada masalah.
Siapa kata cikgu tak pernah buat silap.
Siapa kata ustaz tak pernah buat dosa.
Siapa kata chef tak pernah masak nasi mentah.
Siapa kata profesor tak pernah kena tipu.

INGATLAH..
Semua manusia Allah beri kelebihan dan kekurangan masing-masing.
Allah beri kelebihan bukan 100% diberi semua pengetahuan.
Diberi kekurangan bukanlah sehingga ia menghinakan.
Terkadang sengaja Allah menyulitkan perkara yang kita pakar agar kita tidak perlu sombong.
Agar kita sentiasa menjadi hamba yang bersyukur..^^
 
alhamdulillah ya Allah , masih terasa nikmat dipagi hari, masih dpt melihat matahari muncul,msih bernafas hari ini! Allahurobbi....
- da dua hari awk x sihat,syafakallah! bila awk sakit,sy turut merasai kesakitannya,,but, i cant help u,,hnya doa jadi pengntara kita,,awk tabah, awk hebat,,sebb awak ada ALLAH! :)
 سُبْحَانَ اللّهُ وَ الْحَمْدُ لِلَّهِ وَ لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللّهُ وَ اَللّهُ اَكْبَر
 
Biarlah DIA yang menjaga hati ini dan sehingga tiba masa DIA menghalalkan hati ini untuk berkongsi cinta dengan dia yang dipilih-NYA.. :)
 
Saat hati berkata " INGIN
", namun ALLAH berkata
" TUNGGU ".
Saat AIR MATA harus
menitis, namun ALLAH
berkata "
TERSENYUMLAH ".
Saat segalanya terasa "
MEMBOSANKAN ",
namun ALLAH berkata "
TERUSLAH MELANGKAH
".
kita merancang Allah
juga merancang tetapi
perancangan Allah lebih
baik.. :')
 Allahu Rabbi,,
syauqatul iman,,ingat niy,,,sedarlah.. 
Seseorαng yg αdα dαlαm hidup kitα hαnyα milik Allαh.
kitα cumα pinjαm. tαpi segαlαnyα Allαh yg punyα.
Jαdi bilα semuα ini Allαh yg punyα, mαkα diα berhαk buαt segαlα sesuαtu .
Ðiα berhαk beri cintα & kαsih syg. Diα juga berhαk tαrik bαlik semuα itu.
Selαlu jugα ingαt bαhαwα αpα yg kitα rαsα terbαik itu belum pαsti menjαnjikαn yg terbαik untuk kitα. Ðαn αpα yg dirαsα αib & menyαkitkαn itu tidαk semestinyα pαhit di hujungnyα. Selαlu ingαt bαhαwα αpα yg Allαh buαt untuk kitα, αdαlαh
yg terbαik untuk kitα. Ðαri situ kitα αkαn mulα belαjαr erti redhα. "
kitα tidαk mαmpu mengαwαl αrαh tiupαn αngin, kitα hαnyα mαmpu mengαwαl kemudi pelαyαrαn kitα. InsyaAllah :)
 
 
Sama² ingat mengingati,,ingatkan sy yer, andai saya lupe..sy juga manusia,,kalian juga manusia,,jgn hukum sy andai sy alpa,tapi,,smbutlah hati sy dengan teguran yg membina ,,,:)

sy takut andai kite xberjumpa lagi,,,sebb sy yakin,kematian sentiasa menghantui sy,,,

Read more...

Friday, February 3, 2012

Counting! & coUntDown! ツ

Countdown:

  1 hari lagi~

"Hari Memperingati Kekasih"

12 Rabiulawal, 1433H (5 Februari 2012).
Maulid Muhammad Rasulullah SAW.
Inilah 'Hari Memperingati Kekasih' yang sebenarnya!
:)

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم
 ♥ ...Tanda kasih Rasulullah صلى الله عليه وسلم buatmu wahai umat... ♥

❀ Sayyidatuna ‘Aisyah رضي الله عنها berkata: Tatkala aku melihat Nabi صلى الله عليه وآله وسلم berada dalam keadaan baik, aku berkata: Wahai Rasulullah! Berdoalah kepada Allah untukku.


♥ Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم pun mendoakannya: Ya Allah! Ampunilah dosa ‘Aisyah yang terdahulu dan yang terkemudian, yang tersembunyi dan yang terang-terangan.


❀ Lalu Sayyidatuna ‘Aisyah رضي الله عنها ketawa kegembiraan sehingga kepalanya jatuh ke riba Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم kerana terlalu gembira.


♥ Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم bertanya: Apakah doaku menggembirakanmu?


❀ Sayyidatuna ‘Aisyah رضي الله عنها menjawab: Kenapa tidak, aku begitu gembira dengan doamu itu.


♥ Lantas Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم pun bersabda: Demi Allah! Inilah doa yang aku panjatkan untuk umatku dalam setiap solat.


(Hadith ini telah diriwayatkan oleh al Bazzar dan rijalnya (perawinya) adalah rijal yang sohih, melainkan Ahmad ibn Mansur al Ramadi merupakan seorang yang thiqah. (Demikian juga sebagaimana yang disebutkan di dalam Majma’ al Zawaid 9/243
).

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

 Kasihnya Rasulullah SAW terhadap umatnya. Bagaimana kasih kita terhadap baginda SAW??? sayangnya baginda Rasulallah SAW kpd Umatnya takkan dpt ditebus oleh harta benda umatnya....ALLAH,,ALLAH..ALLAH.. Marilah sme2kite memperbanyakkan selawat kite kepada junjungan besar Nabi Muhammad (SAW)
Dia muhammad
Awwalul Kalam dengan Salam

Buat Junjungan Khairal Anam
YA RASULULLAH..

"Cintailah orang soleh kerana mereka memiliki kesolehannya, cintailah Nabi Muhammad saw kerana dia kekasih Allah, dan cintailah Allah swt kerana Dia kecintaan Nabi saw dan orang soleh". (Imam Syafi'e) saLam Maulidur Rasul 1433h



 اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم
Credit to Akmaluddin Mohd Fauzi,,(original khat from him)
 

Read more...

Saturday, January 28, 2012

Ceritera seoRang Insan..:)

~Allah sentiasa bersama awk..dr segi jarak,,memang kite jauh,,tp..insyaAllah,,"DOA" lah yg menjadikan kite deKat~

Assalamualaikum shbt seprjuangan sekalian,,:)

semga sentiasa dlm mhbbah dan kasih syg-NYA..cmne kehidupan hari ini, saat ini, dan ketika ini? Apakah msih ade dendam pada manusia, atau mungkin baru sahaja selesai menceritakan keburukan org lain? Pendek kata mengumpatla,,,:)

JANGAN!!!




Jgn buat cmtu shbt,,,itu ibrat memakan daging anda sendiri,,seDarlah,,smpai bile nk cte n burukkan org len??xtakut ke AZAB ALLAH?? Sedaq2 la sikit yer,,MOHla..kite bertaubat,,ajal xkire wktu,,shbt,,bile jal dtg,,kite xsmpt nk halangnya :(


Em, kat bawah ni,,sy nk kongsikan cte,tentang ‘bersngka buruk’..sme2lah kite amik ihtimam..


Seorang doktor meluru masuk ke ruang hospital dalam keadaan tergesa-gesa selepas mendapat panggilan kecemasan dari pihak hospital..


dia menukar pakaian dan terus meluru ke blok pembedahan.. 

dia mendapati ayah kepada budak yang berada dalam bilik pembedahan sedang berdiri menunggunya.. apabila si ayah melihat doktor itu, dia terus berteriak.. 

"kenapa kamu ambil masa yg lama utk datang..?? kamu tahu x anak saya dalam bahaya sekarang nie..?? kamu x ada rasa bertanggungjawab ke..??" doktor tersebut tersenyum dan berkata : "sy minta maaf, saya berada di luar hospital, sy datang sepantas yg mungkin selepas mendapat panggilan kecemasan tu.. dan sekarang, saya harap anda bertenang.. jadi, saya dapat buat kerja saya.." 

"bertenang kamu kata..?! kalau anak kamu berada dalam bilik 2 skrang nie, bolehkah kamu bertenang..?? kalau anak kamu mati sekarang nie apa yg kamu buat..?? kata si ayah dgn marah.. 

si doktor tersenyum lagi, dan berkata : " saya akan kata bahawa Allah telah berfirman dlm kitab-Nya yg suci " drp Allah kita dtg dan kepada-Nya kita kembali".. doktor x mampu utk memanjangkan hayat seseorang.. Insya-Allah kami akan cuba yg terbaik utk anak kamu.." "memberi nasihat bila kita x mengalaminya memang senang..!" kata si ayah.. 

pembedahan tu mengambil masa beberapa jam.. x lama kemudian, si doktor keluar dgn gembira.. " alhamdulillah..anak anda selamat..!" dia terus berjalan tanpa menghiraukan si ayah "kalau kamu ada sebarang soalan..kamu boleh tanya jururawat..!"

"kenapa doktor tu sombong sangat..?! x boleh ke dia tunggu beberapa minit supaya saya dpt tnya beberapa soalan tentang anak saya..?! "komen si ayah selepas melihat jururawat.. jururawat itu berkata sambil air mata mengalir di pipinya : 

"anaknya meninggal dunia semalam dlm kemalangan jln raya. Dia berada dlm upacara pengebumiaan anaknya ketika kami menghubunginya utk pembedahan anak encik. Dan sekarang dia telahpun menyelamatkan nyawa anak encik, dia tergesa-gesa utk menghabiskan upacara pengebumiaan anaknya.. 

  " Moral : Never judge anyone because you never know how their life is and what they're going through..." 

sedeykan baca..sob,,sob,,sob,,kdng2 sy pun cmtu gak,, 

always judge people,,eh,,not alwasy,,but sumtymes,,
tp..bile kite rse slh,,kite istiqfar semula..n berdoa agr kite xulangi bnda yg sme,,:)

insyaAllah,,lepas niy,,sy akn cube,,n terus cube tk mmahami,,tugas seorg doktor..:) (click readmorepost) :)

Read more...