Tazkiyatun Nafs

Rasulullah SAW bersabda bermaksud:

Sesungguhnya Allah memiliki seratus rahmat, Dia menurunkan satu rahmat daripada-Nya untuk manusia, jin, serangga dan binatang.
Dengan satu rahmat itu mereka saling berkasih sayang.

Dengan satu rahmat itu binatang buas mengasihi anaknya.

Dia menangguhkan lagi kurniaan sembilan puluh sembilan rahmat, dengan itu Dia akan merahmati hamba-Nya pada hari kiamat.

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Thursday, December 15, 2011

✿ Mengintai KeikhlasaN ✿



Bismillah…

"Ya Allah,
Terima kasih atas segala rezeki, rahmat dan berkah yang telah ENGKAU berikan dan limpahkan pada ku.
Terima kasih atas kesihatan dan umur panjang yang telah ENGKAU berikan pada ku.
Terima kasih, kerana telah memberikan tempat yang layak padaku, iaitu diantara orang-orang yang aku cintai dan yang mencintai aku."


Alhamdulillah,,syukur bertambah sihat,,:) almaklumlah, cuaca yang tidak menentu, mcam2 ley terjadik if kita xjaga diri kita,:)


Selamat bercuti akhir tahun, buat sahabat-sahabat murabbi, di IPG Kampus Pendidikan Islam, juga murabbi2, Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) .Moga cuti yang ada ini, dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin. InsyaAllah. Buat temanku yang sdang berjuang untuk sem baru dalam bidang surgery, selmat berjuang! Ingatlah ilmu yg kamu tuntut itu, diperlukn, bagi membangunkan UMMAH! Maka, study molek2, agar ilmu tu, dpt disumbngkan nanti ,, ♥

p/s: jgn ponteng kuliah! :) aja2 fighting!!!Ơ̴̴̴̴̴̴͡.̮Ơ̴̴͡

Em, sahabt2, pernah x,kite dgr kata-kata ni:

“ikhlas itu, ibarat semut hitam yang berjalan pada waktu malam”.. Subhanallah! Nk digambarkan bahawa, sukarnya untuk menilai sebuah keikhlasan itu.. kerana itulah,IKHLAS itu hnya ALLAH sahaja yang layak utk menilai,,
Sahabatku...fIllah
~~ Didalam ikhlas tak ada lelah Untuk selalu menunggu, tdk lelah menanti, tak jua bosan dlm memberi..

~~ Didalam Ikhlas tak Pernah ada luka batin, tidak ada sakit hati, tak pula ada benci...

~~ Didalam Ikhlas tak ada buruk sangka, tak ada keluh kesah, tak jua ada fitnah..

~~ Didalam Ikhlas tak ada amarah

~~ Didalam Ikhlas tak ada rasa takut, tak ada khawatir & cemas, tdk juga rasa was2...

~~ Dalam Ikhlas keridhaan itu terbentuk, dalam Keridhaan itulah keiklasan Yang teruji....

~~ Keredhaan & keikhashan adalah segala sesuatu yg kita sandarkan hanya kpd Allah...

Hanya Allah lah yg berhak mberikan keikhlasan ke dlm hati hamba2nya..

~~Ingatlah sahabatku 'jika engkau ikhlas & engkau redha pd ketetapan-Nya maka Allah pun redha padamu...

Rasulullah Saw, kekasih Allah yg paling mulia... bersabda,

"Berkaitan dgn ikhlas, aku btanya kpd Jibril. apakah ikhlas itu....? Lalu Jibril bkata, "Aku btanya kpd Tuhan yg Maha Suci tentang ikhlas, apakah ikhlas itu sbnrnya...?" Allah SWT Menjawab

"Ikhlas adalah suatu rahsia dari rahsia-Ku yg Aku tempatkan di hati hamba2-Ku yg Kucintai." (HR. Al-Qazwini)
Ketahuilah bahawa ikhlas itu tidaklah sesukar mana tetapi ia perlu dipastikan demean sungguh-sungguh dalam setiap amalan dan memerlukan sikap istuqamah yang tinggi. Tanpa kesungguhan dan istiqamah maka ikhlas itu sukar diperolehi, ingatlah, ukhlas itu apabila kita berbuat sesuatu amalan kerana mahukan balasan dari ALLAH dan bukan dari MAKHLUK.


Jika kita merujuk kepada pandangan ulamak, mereka bersepakat mengatakan ikhlas itu dalam tiga bentuk.
✿ܓPertama, apabila kita melakukan sesuatu kerana mahukan pahala atau syurga ALLAH.

✿ܓKedua, apabila kita melakukan sesuatu kerana mahu menjauhi dosa atau neraka ALLAH.

✿ܓ Ketiga, apabila kita melakukan sesuatu kerana mahukan keredhaan ALLAH.

- Sesiapa yang amalannya dimulakan dengan salah satu daripada niat di atas, maka insyaALLAH dia akan memperoleh ganjaran di sisi ALLAH

Oleh yang demikian, setiap kali kita mahu membuat sesuatu dan memulakan sesuatu, intailah dahulu apa sedang kita fikirkan. Pastikan nawaitu kita ikhlas dan matlamat kita jelas. Akhirnya, perbuatan kita akan mendapat ganjaran yang besar di sisi ALLAH S.W.T


Sahabatku...fIllah
Marilah sama-sama kita berdoa:

Ya ALLAH, ampunilah kami..janganlah Engkau serahkan diri kepada diri kami sendiri walau sekelip mata. Kutiplah kami ya ALLAH untuk selalu dibimbing oleh Hidayah dan Taufik-MU!

Ya Allah, kami sentiasa yakin bahawa kejujuran itu kemenangan dan pilihlah kami untuk menjadi orang-ornag yang jujur dan ikhlas, walau apa jua keadaan dan cabarannya!
Amin Ya Rabbal Alamin



mood: May ALLAH ease everything 4 us!amin!

23020501

15/12/2011
Read more...

Tuesday, December 6, 2011

calon Imamku ♥


✿ܓ ♥ MUSLIMAH ♥

"DiRiMu tErHiAs sBg SbAiK- BaIk CiPtAAn, mAkA jAdIkAnLaH DiRiMu NiSa' yG BoLeH MeNjAdI MuJaHiDaH, JiHaD Di JaLaN ALLAH..

~JaDiKaNlAh DiRiMU InSaN Yg CaNtIk Di PaNDaNg TeTaPi sUsAh uNtK DiDeKaTi AgAR mArUaHmu SeNtIaSa TeRpElIhArA..

~JaDiKaNlAH DiRiMU SrIkAnDi ISLAM yG x pErNaH KaLaH DgN NaFsU DuNiAwI AgAr nAfSuMu HiDuP DaLaM TaRbIaH Di jAlAn DaKwAh ♥♥♥

haaaa,,meh cniyy,,teruskan membaca...:D

~♥~Nak jadi muslimah itu susah~♥~
~♥~Nak jadi mukminah jua susah~♥~
~♥~Nak jadi mujahidah lagilah susah~♥~
~♥~Nak terus istiqamah super-susah~♥~
~♥~Namun biar susah, biar rebah~♥~
~♥~jangan endah jangan kisah~♥~
~♥~Teruslah tabah jgn goyah! ~♥~
~♥~Berdirilah dgn gagah ! ~♥~
~♥~Demi Allah, demi Solehah~♥~
~♥~Kerna pengakhirannya sudah pasti indah~♥~
~♥~IAITU menang atau kamu itu bidadari JANNAH!!~♥~

keRana itulah,,:::


✿ܓ"Dunia ini adalah perhiasan dan seindah-indah perhiasan adalah wanita solehah" (Hadis Riwayat Muslim)✿ܓ


awak2,,,bakal pelengkap hidupku,,,kHas utK aWak..:)

Wahai calon Imamku yg akan bertakhta di hatiku,
jika engkau mengharapkan harta, aku pasti mengecewaknmu.
jika engkau mengharapkan wajah secantik puteri, aku pasti mengecewaknmu.
jika engkau mengharapkan layanan sebaik khadam, aku pasti mengecewaknmu. kerana aku hanya wanita biasa dgn ketakwaan yg biasa saja,
dan kecantikanku pun tak pantas di perhitungkan,
namun aku adalah wanita akhir zaman,
yg ingin berusaha menjadi wanita Solehah,
yg akan berusaha mengabdi pada Suamiku..
InsyaAllah.. Amin Ya Rabb♥♥♥
Read more...

Sunday, November 6, 2011

✿Ngomel2,,tp ade intinya..:)✿



(..~raya di perantauan~..)

Assalamualaikum,,sahabat2 yg dicintai kerana Allah,,:) humm,,hari ni da 11 Zulhijjah..Salam Eid Adha dan salam perantauan,saya ucapkan..tahun niy,,raya kat blok Siti Aishah,,a.k.a masjid As-syafie Kampus Pendidikan Islam

sayu,,terasa,,,em,,almaklumlah,,semuanya jauh dimata,,(persis seperti belajar kat luar negara pulop,) hee,,sume,,family berkumpul,,abg ipar lak,,1st tyme beraya di melaka,,lagilah sayu,,suami??isk2,,blum bersuami lagi,,insyaAllah,,sedikit masa lagi,,:) amin2..em,,sahabt2 sekalian,,

Katakan pada diri:

Apakah Allah redha padaku jika sebentar lagi tiba waktunya aku menemuiNya?
Apakah Allah terima rohku jika sebentar lagi aku dipanggil menghadapNya?
Apakah telah dilunaskan hutang-hutangku kepada Allah?
Apakah telah dilunaskan hutang-hutangku kepada makhluk Allah?
Apakah telah aku pohon kemaafan kepada orang yang telah aku zalimi atau orang yang telah aku sakiti hatinya?
Apakah masih ada dosa-dosa yang aku lakukan dan belum aku menyesali akan dosa itu?
Apakah telah aku berusaha buang dan padamkan segala kemaksiatanku dan keaibanku sewaktu zaman jahilku, moga dengan itu tiada lagi dosa yang terus mengalir kepadaku?


yakinkah anda sekalian,,bahawa anda akn terus hidup smpi ke hari esok??sape rse yakin,,silalah angkat tgn!:) ape2pun,,jawapan dalam diri n hati masing2,,:)


em,,gtg,,buku Teknologi dalam pendidikan setia menanti,,doakn,,sy yer shbt2,,insyaAllah hari khamis niy,,10/11-17/11 exam bermula,,imtihan duniawi,,:)insyaAllah,,semua nk najahkan??:) sebab apa? sebb...to fullfil amanat mama n abah kan??:)insyaallah,,berusaha yg terbaik,,n the rest,,biar Allah je yg tentukan,,:)





when studying becomes a burden,
when revision is stressful,
when we geel like giving up and not study our exams,
remember these 2 verses:-

1) Allah doesnt burden us with things that we cant bear (2:286)
2) Verify with every difficulty, there is relief (94:6)

kawan2,,,jom kito stat study,,huu,,(nape rse cm mls jer niy) :(...Allahu Rabbi..ayuh!kite perlu cemerlang demi ummah!go!go!go!basya!


rite now,,i miss u! Bila hubungan itu diberkati, jauh terasa dekat, bertemu tidak jemu, berpisahnya tidak gelisah ~:) ✿~INGATAN bertandang mengusik rasa..tertanya-tanya, apa KHABARMU di sana..kutitipkan DOA padaNYA, semoga kamu BAIK-BAIK di sana..✿~ asy_ley



(sehingga kita berjumpa lagi,,:) )



Read more...

Saturday, October 29, 2011

✿ KATA DI JALAN CINTA..✿


✿ KATA DI JALAN CINTA..✿

✿ܓ satu kata cinta BILAL: AHAD!
✿ܓ dua kata cinta Sang NABI: SELIMUTI AKU!
✿ܓ tiga kata cinta UMMU SULAIM: ISLAMMU, ITULAH MAHARKU!
✿ܓ empat kata cinta ABU BAKAR: YA RASULULLAH, SAYA PERCAYA..!
✿ܓ lima kata cinta UMAR: YA RASULULLAH, IZINKAN KUPENGGAL LEHERNYA!

>>> Selamat datang di JALAN CINTA para pejuang..(。◕‿◕。)
Read more...

Thursday, October 20, 2011

wanita itu,,sememangnya hebaT!:)



~✿..PERKARA yang TERINDAH dari seorang WANITA bukan pada saat ia TERSENYUM bahagia tetapi di saat butiran AIR MATA jatuh dalam DOA..bukan kerana KATA-KATA yang indah tetapi saat dia DIAM dalam ZIKIR..bukan kerana kecantikannya yang mempesona tetapi RUKUK dan SUJUDNYA yang tiada henti..maka dialah PERMATA yang dirindu & EMBUN yang dinanti, bahkan BIDADARI SYURGA pun cemburu padanya..✿~

(✿◠‿◠)

="fullpost">


ya allah... andainye aku mampu berpanjangan berbuat begini, indahnye hidup di dunia ini walaupun dugaan hebat yg mendatang. tabahkan hati aku dalam meneruskan sisa2 hidup di bumimu ini ya allah..

jGALAH rindukuu ini,,amin2 ya Rabb,

asy_ley 23020501
Read more...

Wednesday, October 19, 2011

hebatnya Wanita disisi seoRang lelaki,,! :)




buat semua kaum muslimin,,kaum adam,,,di atas muka bumi ini,,: dan juga,,buat awk,,insan yg jauh di mata,,namun insyaAllah,,dekat di hati,,:)khusus juga,,buat para wanita.....istimewanya,,mnjadi seorg wanita solehah,,:)♥♥♥

Kami (lelaki) punya tubuh yang kuat,

namun kami lemahkan sendi-sendi kami,

kami sembunyikan kekuatan kami....

Sesungguhnya Hawa,

kami punya suara yang kasar,

amarah yang kuat,

namun kami lembutkan suara kami,

kami sabar dengan amarah kami.


Tidakkah kau (hawa) terpikir mengapa?

Tidakkah kau hairan dengan layanan kami terhadap kamu?

Tidakkah kau pelik, harimau yang mengganas di medan perang,

jinak bila berada di pangkuan kamu? Fikirkanlah mengapa..kerana kasih sayang kami..


kalianlah kekuatan kami....
kalianlah kekuatan kami....
kalianlah kekuatan kami....

(wah,,sweetnyer,,cm gula2,,,:)...hebatnya wanita disisi seorg lelaki!),,,




buat muslimat yg disayangi,,:)

·٠•●♥ Wahai puteri Muslimah, sekiranya anda dilamar...pastikan dia seorang yang menjaga solatnya, lebih baik kalau dia kerap mengerjakan solat secara berjamaah dan adalah lebih istimewa sekiranya dia sentiasa kekal dengan solat subuh secara berjamaah....♥●•٠·




======INGAT TU,,,KAUM ADAM SEKALIAN=======


Read more...

Saturday, September 24, 2011

MusaFir Kasih..♥




Semakin sayang ALLAH Taala kepada kita......semakin kuat diuji iman kita kepadaNYA.......Namun, dipenghujungnya diberi sebaik-baik penaWar setelah kita bertahan dan bertemu jalan penyelesaian dengan penuh kesabaran,iaitu ketenangan yang hakiki di hati.........lembut hidayahNYA menyapa dalam tarbiah....

Muhammad al-Ghazali berkata:

"Besarnya kesedihan seseorang itu bergantung kepada berapa besarnya keinginannya pada sesuatu." Yakni, keinginan 'tuk mendapatkan al-wahnu. Al-Wahnu: Cinta dunia dan takut mati.

syauqatul iman....dahlah bersedih. Jom buka lembaran baru. ...insyaAllah.yakinlah..akn tiba saat itu..menantilah dgn penuh sbr..ttg RINDU???sandarkan sgalanya pada Allah..insyaAllah..DIA akn smpikan pada yg sptutnya...yakinlah..bina keyakinan yg utuh dlm diri...Allah xkan biarkan hambaNYA sendirian..:) S..E...N..Y..U..M.....:)


:: mujahadah itu pahit kerana Syurga itu manis ::

Ya Allah,aku hanya mampu berd0a.. ♥



dr Anas bin Malik berkata, Rasulullah Sallallahu ‘Alahi Wassalam bersabda : "Sesungguhnya besarnya ganjaran itu dinilai pada besarnya bala’ yang menimpa. Dan sesungguhnya Allah itu apabila mencintai sesuatu kaum, maka mereka itu akan diberi dugaan. Oleh sebab itu barangsiapa yang redha dengan ujian yang menimpa, dia akan memperoleh keredhaan Allah dan barangsiapa yang tidak redha, maka padanya kemurkaan Allah...♥♥


KARAK IPG KPI......menanti dgn penuh debaran,,insyaAllah dipermudahkan segalanya...amin2 ya Rabb....................♥23020501
Read more...

Thursday, September 22, 2011

K.A.R.A.K....apa tu....



K....A...R....A....K........


KARAK???ha...niy higway karak ker..hee..upss...assalamualaikum..shbt2 yg disyngi Allah...sihat xhari niy?alhmdulillah msih lagi dipinjamkan nafas oleh Allah utk kita terus menabur bakti..demi UMMAH..:)actually..sy demam lagi..:( huu..ujian2..ujian kesihtn..ujian hati..aish mcm2 ujian..tu tnda Allah syg kat sy!:) HA...nak taw x..pe tu karak...jom baca entri dibawah..:)

Karnival Raudhah Dan Keusahawanan..itulah KARAK kami..:) jom pakat mai dtg..semua..kami hnya mmpu merancag...walaupun seteliti mana,sehebat mana usaha kami, segigih mana kami mahu matlamat kami tercapai..kami sedar,ada yg Maha Hebat lagi dlm mengatur perancgn kami ini..apa2pun..sbg umat islam..kita mesti melakukan sesuatu perkara itu sehabis baik!!!:) dan yakin..insyaAllah DIA akan bantu dan berkati usaha kita itu..:)

doakan kami..agar segala yg kami rncgkan ini menjadi kenyataan...terima ksih atas doa kalian semua..:)

JPP 2011/2012 IPG KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM menganjurkan satu Karnival Raudhah Dan Keusahawanan 2011 (KARAK) di IPG KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM SELANGOR. Karnival ini berlangsung pada 26 SEPTEMBER hingga 1 OKTOBER 2011. Anda dijemput hadir beramai-ramai untuk memeriahkan lagi karnival ini. Kedatangan anda semua amat kami alu-alukan. Pelbagai Pertandingan & Aktiviti yang menarik diadakan. Kemuncak KARAK adalah persembahan daripada Kumpulan nasyid Devotees...JOM PAKAT MAI NA!!!!! PAKAT MARI GHAMA2 DEH!!!!



Terdapat pelbagai aktiviti yg kami sediakan..antaranya..:












jom..berkenalan dgn JPP 2011/2012..:)



ha..xlupe juga kepada Pengarah Program kami..merangkap YDP IPG KPI..:)yg sgt komited..


(Saudara Fakhrul hafiz..)

Semoga segala apa yg kami rncgkan dipermudahkan oleh Allah...insyaAllah..amin2 ya Rabb,,

MODE: wahai Allah hanya ENGKAU Maha Mengetahui perasaan hatiku di saat ini..(ya aLLAH.JAGALAH RINDUKU INI.....insyaAllah..menanti dgn penuh sabar....(dizzling..headache..)Allahu Rabbi..ujian2,,:)
Read more...

Friday, September 9, 2011

Andai hati boleh berbicara..=_=






percayalah bahwa yang hilang itu bukan yang terbaik untukmu, percayalah bahwa Allah akan mengganti apa-apa yang hilang darimu, dan mengganti hari – hari duka dengan hari-hari kebahagiaan.

ALI IMRAN : 139
-Janganlah kamu lemah dan jangan pula berduka cita, sedang kamu orang-orang yang lebih tinggi jika kamu beriman-

✿....Ya Allah,aku hanya mampu berd0a.. ..✿ :(


TERIMALAH seadanya....
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu ISTIMEWA....



Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. ...
akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.


Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....



Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...

yang kamu pasti baik untuk dirimu.

Mengenyangkan. Berkhasiat.

Mengapa kamu berlengah,

cuba mencari makanan yang lain..

Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan MENYESAL.



Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.....yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.

MENYAYANGIMU. .. MENGASIHIMU. ..

Mengapa kamu berlengah,

cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.

Terlalu mengejar KESEMPURNAAN.

Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain..
Kamu juga yang akan MENYESAL... :)

:: Perempuan mula cemburu sejak zaman Nabi Yusof dan Zulaikha lagi, jadi tidak hairan kalau kaum perempuan sentiasa berasa cemburu :: :) Ya Allah permudahkanlah urusan kami..moga kami dipertemukan kembali dalam raudhah dan sakinah-MU ..ALLAHUMMA AMEN
Read more...

Wednesday, August 24, 2011

semuanya ganjil????insaflaaa...wahai muslimat,,,,


-Gadis melayu berniqab, ganjil?
-Gadis melayu menutup aurat sepenuhnya, ganjil?
-Gadis melayu melabuhkan tudung menutupi dada mereka, ganjil?
-Gadis melayu mengenakan pakaian longgar dan besar, ganjil?
-Gadis melayu malu untuk keluar bersama bukan mahram, ganjil?
-Gadis melayu pakai stoking kaki ke mana-mana walau mandi bersama kawan-kawan di laut, ganjil?
-Gadis melayu pakai stoking tangan walau dah mengenakan t-shirt lengan panjang, ganjil?
-Gadis melayu meninggalkan orang yang sedang gosip dan mengata orang lain walaupun yang sedang mengata itu kawan baiknya, ganjil?
-Gadis melayu tidak mengenakan mekap berlebihan, ganjil?
-Gadis melayu tidak memakai perfume kecuali sekadar sangat sedikit dan tidak terhidu orang lain, ganjil?
-Gadis melayu tak 'couple' sebelum nikah, ganjil?
-Gadis melayu tak materialistik dan memilih kehidupan untuk taat kepada agama, ganjil?
-Gadis melayu ganjil?

Sabda Rasulullah s.a.w: “Islam bermula sebagai sesuatu yang dianggap asing dan ganjil. Dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya, dianggap asing dan ganjil. Maka, beruntunglah orang-orang yang ganjil” (H.R. Muslim)
gambar + huraian = tersurat dan tersirat="



sekadar renungan:
Ayat yang seringkali kita dengar dari orang yang mengaku Islam di dalam dirinya:
1. "Hati kami baik walaupun kami tak tutup aurat."
2. "Orang yang solat belum tentu baik."
3. "Orang berpuasa belum tentu sembahyang."
4. "Wanita yang tutup aurat belum tentu baik."

Jawapannya adalah:
1. Adakah hati itu baik dan sihat jika melanggar perintah Allah s.w.t?
2. Orang yang baik tentu akan solat.
3. Orang yang solat sudah tentu berpuasa.
4. Wanita yang baik sudah tentu tutup aurat.
Read more...

Monday, August 8, 2011

Ramadhan ; Bulan Cinta , Bulan Tarbiyah



Tahun ini , seperti biasa , giliran Ramadhan muncul lagi selepas giliran Rejab dan Sya`aban menjelma . Tapi , adakah kita melihat Ramadhan satu ibadah ? Ramadhan satu tradisi dan adat turun temurun ? Atau Ramadhan sebagai satu lonjakkan untuk berubah , untuk mencapai istiqamah ?

Tepuk dada tanya iman .

Persoalan ini sengaja saya utarakan untuk kita sama-sama melihat Ramadhan pada kali ini dengan sudut pandangan dan tahap yang berbeza . Mahu menjadikan Ramadhan kali ini berbeza atau sebaliknya ?

Ramadhan oh Ramadhan . Saban tahun datang dan pergi . Ada yang melihat Ramadhan sebagai satu adat dan acara tahunan . Bila Ramadhan datang , berpuasa , tapi hanya puasa sahaja . Malah kadang-kala merunggut sebab terpaksa mengurangkan aktiviti , menyekat nafsu serta membebani diri .

Ada juga , bila Ramadhan datang , mereka seperti orang kerinduan . Mereka menambah ibadah , meningkatkan bagun malam , tidak lupa untuk sedekah . Solat lebih berkualiti malah , Al-Quran menjadi pedamping diri . Golongan ini menganggap , Ramadhan sebagai madrasah untuk membersihakan diri . Kadang-kadang orang cakap juga , titik mula untuk berubah .

Ramadhan bulan cinta . Ya , memang Ramadhan bulan cinta . Dek kerana Ramadhan , mereka sanggup berubah seupaya mungkin . Mereka masuk ke dalam Ramadhan dengan penuh sedia semenjak Rejab dan Sya`aban lagi . Malah , mereka memotivasikan diri bahawa Ramadhan ini , adalah Ramadhan terakhir buat mereka

Saat kerinduan , ini lah saatnya . Saat di mana ALLAH sangat dekat dengan kita . Saat di mana , mudah untuk kita mengigati ALLAH . Jika kita lihat , saat inilah doa mudah dimakbulkan . Bila kita berkata saat kerinduan , sudah tentu ramai yang asyik duk fikirkan akan kekasihnya . Lihat , waktu bulan Ramadhan inilah ramai yang memikirkan akan kekasih sebenarnya , ALLAH .

Ramai yang mula bertudung , ramai juga yang mula berjinak-jinak dengan tikar sejadah . Golongan ini yakin dan percaya , ada ketenangan disitu yang selama ini di cari . Tidak kurang , sudah ramai yang mula berkopiah pergi ke sana dan sini .

Harus di ingat , Ramadhan ini satu platform untuk kita meningkatkan diri . Satu titik mula untuk kita meningkatkan kecintaan juga amalan . Tapi sejauh mana ??

Ya , sejauh mana kita menjadi hamba Ramadhan atau hamba ALLAH ?

Kenapa saya berkata begitu , kerana , ada orang , bila sudah habisnya Ramadhan , kembali semula kepada tabiat lama . mereka seakan-akan lupa akan perjuangan mereka sewaktu di ramadhan dahulu , lantas mereka lupa untuk meneruskan kesinambungan cinta mereka pada ALLAH pada bulan-bulan seterusnya .

Ingat kita hamba ALLAH , tapi bukan hamba Ramadhan . Ramadhan hanya platform kita untuk kita meningkatkan cinta dan ibadah serta juga keikhlasan . Jika dahulu , kita boleh menghabiskan khatam Al-Quran sebanyak mungkin , tak salah kalu kita sikit sedikit kahtam Al-Quran tafsir .

Moga ada manfaat untuk kita semua termasuk saya . Ayuh , bangkit untuk istiqamah dalam ibadah . Salam Ramadhan dari saya , Nurul Farehah Hussin a.k.a syauqatul iman,,
Read more...

Thursday, July 21, 2011

✿.........Sepahit Madu.........✿




"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tegas dan yakin.


Tiba-tiba mata Fatimah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.



"Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!" pekik Fatimah dengan suara tersekat-sekat.


Mata Fikri liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fatimah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fatimah langsung tidak selari dengan penampilannya.



"Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya…" Fatimah mula sebak.



"Tak. Maksud saya…"


"Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!" potong Fatimah dengan kasar.



"Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?" suara Fatimah semakin tinggi, setinggi egonya.



Fikri diam seribu bahasa. Dia sudah tahu `Fatimah' di sebalik Fatimah yang dia kenal selama ini.



Fatimah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Fikri seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu.



Fikri muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.



"Ada hikmah," bisik hati kecil Fikri, sekecil pandangannya terhadap Fatimah.


Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Fikri sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak.



Keyakinan serta keaktifan Fikri berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam jemaahnya. Malah, Fikri dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yang dianutinya sejak sekian lama. Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fatimah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Fikri. Bagi Fatimah, Fikri seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Fikri melamarnya menjadi isteri kedua.



Fikri masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fatimah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik dengan Fatimah, namun sikap Fatimah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Fikri tersebut. Bagi Fatimah, Fikri tak ubah seperti lelaki lain.



Gerak kerja dakwah Fikri berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu ke hilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Fikri semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya.



Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Fikri – sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Fikri.



Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Fikri dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Fikri sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Fikri menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fatimah atau tidak?



Fikri bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut.



Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Fikri berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya. Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Fikri mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fatimah.



"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tanpa segan silu.



"Sudi," jawab Nusaibah ringkas.



"Er, betul ke ni?" tergagap Fikri menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.



Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Fikri.



"Kenapa saya?" tanya Fikri ingin tahu.



"Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak," jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.



****************************************************************************

"Baiklah," jawab Fikri tersenyum.



Akhirnya, Fikri dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini.



Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Fikri terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Fikri semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Fikri membawa Nusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya.



Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Fikri. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.



"Abang, saya nak tanya boleh?" sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.



"Ye sayang?" jawab Fikri sambil memandu.



"Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang," luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.



"Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa," Fikri menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.



"Yeke? Dia datang program tu rupanya," jawab Nusaibah riang.



Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Fikri dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Fikri yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Fikri aktif dalam dakwah sebelum ini.



"Kita dah sampai," Fikri membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail ditangannya.



Fikri berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.



"Itu isteri pertama abang," Fikri menuding jari ke arah khemah tersebut.



"Mana bang?" Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Fikri.



"Tak nampak pun," Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.



"Siapa nama isteri pertama abang?" Nusaibah sangat berdebar.



Fikri tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.



"Perjuangan," jawab Fikri.


***



"Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (daripada) berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)."

[QS al-Taubah 9:24]






Read more...

Saturday, July 2, 2011

Kerana aku menyayangimu....♥


سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
---------------------------------------
Ya ALLAH,
aku menadah tangan kepada MU,
ampunkanlah dosa-dosa kami,
sesungguhnya kami tidak mampu menghadapi api neraka MU sekiranya Engkau menetapkan umur kami panjang.. Berkatilah usia kami agar kami sentiasa berada dalam rahmat MU,

sekira...nya rezeki yang diberikan kepada kami melebihi kep...erluan kami.. Engkau campakkanlah rasa kesyukuran di hati kami,
agar kami tidak lupa kepada makhluk MU yang lain,

Ya ALLAH, diri kami ini amat lemah dalam menempuh mehnah duniawi, lapangkanlah dada kami dan bantulah kami dalam mentaati MU, Janganlah Engkau biarkan kami walaupun sekadar sekelip mata atau kurang daripada itu..

ya ALLAH, tetapkanlah hati kami pada agamamu dan sentiasa mentaati perintahmu.. didiklah hati kami dengan al-quran dan sunnah rasul MU.. Ya ALLAH, jadikanlah kami di kalangan tentera-tentera MU, yang sentiasa berjuang menjulang agama MU..agar kami berada di kalangan mereka yang BERJAYA.. ya ALLAH..terimalah doaku ini...... AMIN

buat diriku jua dirimu,,ukhti fillahi,,,,


Duhai ukhti sayang…
cantik sekali rupamu
Sempurna sekali parasmu

Kerana itukah engkau gemar meletakkan gambar-gambarmu dalam dunia maya?
Duhai adikku, tidakkah dirimu tahu bahwa wajahmu bukanlah lukisan untuk dipertontonkan.
Keindahanmu bukanlah untuk dipamerkan.
Fotomu bukanlah komoditi yang dapat dipertonton sehingga setiap orang dengan mudahnya dapat memiliki gambarmu.



Duhai ukhti, dirimu adalah mutiara…
Mutiara yang sangat berharga, yang tidak setiap orang boleh menikmati keindahanmu secara tidak elok.

Semakin sering engkau pertontonkan dirimu, semakin pudarlah kilaumu.

Duhai..ukhtiku sayang
Lekuk tubuhmu sangatlah indah, bibirmu sangat mempesona
Relakah engkau jika ada orang lain yang menyimpan gambarmu, membawamu serta ke dalam tidurnya bahkan mencumbui gambarmu?
Cuba renungkan sayang, tidakkah engkau jijik membayangkan semua itu? Ada orang asing yang akan berbuat sesuka hatinya terhadap gambarmu.

Mungkin itu Cuma foto sayang…
Tapi ada harga dirimu di dalam sana,
Harga diri sebagai wanita terhormat yang telah engkau gadaikan
Semakin sering orang melihat gambarmu berlenggak lenggok dan bergaya, semakin hilanglah penghormatan akan dirimu sayang.

Tidakkah engkau mengidamkan seorang muslim yang soleh?
Tidakkah engkau rindu seorang ikhwan yang akan mengkhitbahmu kerana Allah?
Tidakkah engkau ingin dicintai dengan tulus bukan kerana parasmu, tapi kerana akhlakmu?
Tidakkah kau ingin untuk memiliki keabadian cinta yang hanya dapat di berikan seorang lelaki soleh?

Duhai ukhtiku,,
Aku berkata seperti ini, bukanlah kerana aku membencimu atau iri padamu kerana aku tidak memiliki paras secantik dirimu. Ini semua kerana aku menyayangimu.

ukhtiku sayang…
Cantikmu adalah kerana Allah, apalah yang boleh kita banggakan?
Kalaupun orang lain mengaguminya, itu karena mereka mengagumi ciptaan Allah.
Kesempurnaanmu adalah milik Allah, bahagian tubuh mana yang dapat engkau ciptakan sendiri?


Duhai ukhtiku sayang,
Sang pemilik dirimu menginginkan engkau menjaga kecantikan dengan menghijabnya, bukan dengan mempamerkan dan bergaya di hadapan banyak orang sehingga dapat menimbulkan syahwat.

ukhtiku sayang...
Engkau bukanlah objek pemuas mata-mata pemuda yang mengagumi kecantikanmu
Biarkan mereka mengagumimu melalui akhlakmu, melalui jiwamu yang anggun kerana senantiasa ingin melindungi kecantikan ragamu yang akan engkau persembahkan kelak bagi cinta halalmu.

ukhtiku sayang...

Aku persembahkan tulisan ini, sebagai tanda cinta dari seorang shbt yang menginginkan kebahagiaanmu...kebahagiaan sejati dan bukan kebahagiaan sementara.

Aku persembahkan tulisan ini, untuk mewakili jerit hati seluruh muslimah di bumi yang tidak ingin kehormatannya jatuh, akibat ulah segelintir calon muslimah yang sedang terlupa, terlena dan haus dengan puja dan puji kaum adam.

Duhai ukhtiku sayang...
Jadikan dirimu mutiara tercantik, perhiasan terindah dalam pandangan hamba-hamba Allah dengan memancarkan keindahan jiwamu, keindahan akhlakmu, keindahan hatimu kerana itu lebih baik daripada membanggakan keindahan fisikmu yang kelak akan pudar di telan waktu dan akan musnah tertimbun tanah.


Firman Allah: "Ketahuilah, sesungguhnya kehidupan di dunia hanyalah permainan, kelalaian, perhiasan dan berbangga-bangga di antara kamu dan berlumba-lumba banyak harta dan anak, seperti hujan yang tanaman-tanamannya mengagumkan petani-petani, kemudian menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning, kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat ada azab yang keras dan ada ampunan dari Allah dan keridhaan-Nya. Dan tiadalah kehidupan dunia melainkan kesenangan yang menipu".(Al Hadiid:20)

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
(Tebarkan sayang dan cinta pada setiap makhluk yang ada di bumi)
Barakallahu fiikum
Semoga Bermanfaat
Wassalamu'alaikum Wr. Wb


MODE:::: I;m really miss u,,dad,,:(,,smoga abah dan yang lain selmat pulang ke Malaysia...dad,i luv u!!♥♥♥ (pray 4 us,,dad,,hopefully we can get together,,miss him too,,)amin2 ya Rabb





Read more...

Sunday, May 29, 2011

♥Awak,jawapan Allah,,sentiasa POSITIF..♥



Assalamualaikum,,dan salam mahabbah syauqatul iman,,ucapkan kepada sahabt2 sekalian,,:) rinduunyer,,nk menulis,,:)...em,,selamat bercuti semua,,moga cuti yg ade ini dapat dimanfaatkan sebaik mungkin...agar sewaktu berhadapan dgn Allah,,kita mampu untuk menjawab persoalan nikmat masa dan lapang yg Allah kurniakan itu..digunakan utk mengenal Allah,,ataupun sebaliknya,,:) aja2 fighting!,,basyaaa,,hehe

(sebenarnye,,dalam mood tgk movie korean niy,,masuk niy,,)hee,,aish,,moga2,,ade la,,manfaat yg diperoleh,,amin, (ley tiru,,sikap mereka yg saling menghormati antara satu sama lain,,) ♥Ơ̴̴̴̴̴̴͡.̮Ơ̴̴͡

em,,jom,,layan satu cerita,,yg insyaAllah,,sy akan kaitkan dgn pelbagai hikmah,,:)

~....Hanya Ia sendiri yang selamat, ketika badai menghempaskan kapal itu. Hidupnya bergantung pada papan besar dan akhirnya Ia dihanyutkan oleh ombak dan terdampar disebuah pulau terpencil yang tidak berpenghuni.


Setiap hari Ia berdoa kepada Allah supaya ada yang menyelamatkan dirinya dan dapat kembali pulang ke rumahnya. dan setiap hari pula Ia memandang ke laut, mengharapkan ada kapal yang lewat yang boleh menyelamatkan dirinya. Tetapi yang terlihat hanyalah laut dan langit saja dan tiada lagi yang dapat dilihat lagi. Kemudian ia memutuskan untuk menggunakan papan yang membawanya ke pulau itu dan membangunkan sebuah pondok kayu sederhana untuk melindunginya dari dalam lingkungan yang berbahaya ini untuk terus bertahan, dan untuk membolehkan ia menyimpan sedikit hartanya yang masih tinggal.


Suatu hari ketika ia pulang dari mencari makanan, ia melihat pondok kayunya terbakar, api sangat besar dan asap membumbung tinggi ke langit, dalam sekejap sahaja pondok kayunya itu pun habis terbakar. yang paling menyedihkan adalah sedikit hartanya juga turut terbakar habis menjadi abu. Dalam kesedihannya ia berteriak ke langit."Ya Allah, kenapa Engkau melakukan ini semua kepadaku ?" Pada saat itu air matanya mengalir dengan deras.


Keesokan harinya ia dibangunkan oleh deru mesin kapal yang mendarat ke pulau kecil itu, benar rupanya ada yang datang.
tapi dalam hatinya bertanya-tanya, " jangan2 mereka itu perompak !" Ya Allah, berilah hambamu pertolongan.
Ternyata dugaannya itu salah, dan benar ternyata orang yang datang itu ingin menyelamatkannya. setelah naik ke kapal ia bertanya pada kapten kapal itu, " kenapa kalian tahu saya berada ditempat ini ?" "Kerana kami melihat signal asap minta pertolongan, jawab kapten kapal itu."

♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♫•*¨•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Dari cerita singkat diatas dapat kita ambil hikmah :
Bahwa ketika manusia menghadapi kesulitan itu mudah sekali tertekan , namun walaupun menghadapi kesulitan dan penderitaan yang sebesar apapun kita tidak boleh kehilangan Iman, kerana Allah selalu ada di dalam hati kita dengan melakukan hal-hal yang menakjubkan.


Dari Abul Abbas Abdullah bin abbas rodhiallahu 'anhuma beliau berkata : Suatu hari aku berada di belakang Nabi Sholallahu Alaihi Wasalam Beliau bersabda, "aku akan ajarkan padamu beberapa patah kata, "Jagalah Allah, Niscaya Dia akan senantiasa menjagamu. Bila engkau meminta sesuatu, mintalah kepada Allah, dan bila engkau meminta pertolongan , mintalah pertolongan kepada Allah. Ketahuilah, bila umat manusia bersatu padu untuk memberikan suatu kebaikan padamu, niscaya mereka tidak dapat melakukannya kecuali dengan sesuatu yang telah ditulis oleh Allah bagimu, Dan jika semua umat manusia bersatu padu untuk menyelamatkanmu, niscaya mereka tidak akan mencelakakanmu kecuali dengan sesuatu yang telah ditulis oleh Allah bagimu. P( HR. Tirmidzi Dia berkata, Hadist ini hasan shohih )

Dalam sebuah riwayat selain Turmudzi dikatakan : "Jagalah Allah, niscaya engkau akan akan senantiasa mendapatiNya di hadapanmu. Kenalilah Allah di waktu lapang, niscaya Dia akan mengenalimu saat kesulitan, ketahuilah bahwa apa yang telah ditetapkan luput darimu tidak akan pernah menimpamu. dan apa yang telah di tetapkan menimpamu tidak akan pernah luput darimu. Ketahuilah bahwa kemenangan itu selalu mengiringi kesabaran, jalan keluar selalu mengiringi cubaan dan kemudahan itu selalu mengiringi kesusahan.

sahabat-sahabat yang disyangi Allah,,,

“Siapapun yang Allah kehendaki untuk mendapat kebaikan, Allah akan mengujinya dengan kesulitan” (hadist)Jika kesulitan datang tetaplah bersabar dengan segala keputusannya dan yakin kan dirimu dengan janji Allah bahwa dibalik kesulitan akan ada kemudahan....



jangan mengeluh kalian,,,ini JANJI ALLAH<
Rasulullah SAW bersabda : "Allah telah berfirman: Sekiranya Aku uji salah seorang hamba-Ku yang mu'min, lalu ia memuji-Ku atas apa yang telah Aku ujikan itu (niscaya Aku akan perintahkan kepada Malaikat-Ku agar) berilah pahala yang bersambungan baginya, sebagaimana pahala yang biasa kalian berikan".

(HR. Ahmad dan Thabrani)





maka bersabarlah atas setiap ujian yg menimpa dirimu..ha,,sebelum tu,jgn lupe sujud syukur,,atas segala nikmat yg Allah da beri kat kita,,:) AJA2 FIGHTING!:)HEHE,,semoga kita berjumpa lagi,,awk2,,semua,,ilal liqa'!sayang korang!:)
Read more...

Saturday, May 14, 2011

TawaKkal::pada MATA atau pada ALLAH?




Di Mesir ada seorang pemuda bernama Abbas Assisi. Suatu hari ia bersilaturahim dengan Syeikh Hasan Al Banna Ketua organisasi Ikhwanul Muslimin, mereka kemudian bercakap-cakap dan Syeikh Al Banna bertanya tujuan Abbas Assisi selanjutnya. Asisi yang baru menyelesaikan pendidikan menengahnya menjelaskan tujuannya berjumpa dengan Sheikh Al-Banna.
Lalu Al Banna berkata: ”mengapa kamu tidak mencuba untuk masuk bidang ketenteraan?

“Saya punya masalah dengan mata saya” jawab Asisi, ”saya takut tak boleh lulus dalam ujian menembak”

“Tak apa,bertawakallah pada Allah”kata Syeikh Al Banna.

“Bagaimana saya akan bertawakal kepada Allah, sementara saya mengetahui ada masalah dengan mata saya?

“Justeru itu”jawab Al Banna” Bertawakkalah kepada Allah, kalau matamu sihat, boleh jadi kamu akan bertawakal kepada matamu”.

Abbas Asisi mengikuti saran Al Banna, ia masuk ketenteraan, ketika mengikuti ujian menembak, hatinya kembali diliputi keraguan,tapi ia ingat pesan gurunya itu, maka ia berusaha secara maksimum dan menyerahkan kepada Allah saja, ternyata ia lulus sebagai peserta terbaik dalam ujian menembak itu.

Saudaraku... Ada pelajaran penting dari cerita ini, Syeikh Al Banna mengingatkan Abbas Asisi, Jika matanya sihat boleh jadi ia akan bertawakal pada matanya bukan kepada Allah.




Inilah yang sering terjadi pada kebanyakan manusia... Ketika ia dalam kesihatan dan keadaan yang baik dan mampu,sering tanpa sedar merasa bahawa apa yang diperolehnya sekarang yang membuat dirinya berjaya,adalah berdasarkan buah dari kemampuan dirinya,

Ia menjadi sombong seperti Qarun yang mengatakan kekayaanya adalah hasil dari kepandaian dan kemampuannya sendiri tanpa ada campur tangan Allah.

Padahal mudah bagi Allah menghancurkan seseorang semudah Allah memuliakan Seseorang.

Dan ketika kita ditimpa kegagalan, kita menjadi mudah putus asa, kita mengeluh pada Allah, bahwa semuanya sudah kita penuhi, tapi mengapa juga masih mengalami kegagalan. Kita lupa bahwa Allahlah yang menentukan segala sesuatu,dan boleh jadi ketentuan Allah berbeza dengan keinginan kita, apa yang ditetapkan Allahlah yang bakal terjadi.

Nasihat Syeikh Al Banna,juga menyedarkan kita,abila kita mempunyai kemampuan terbatas atau tubuh yang tidak sempurna, tidak menjadi halangan buat kita untuk terus berusaha mencapai apa yang kita cita-citakan. Kita tetap terus berusaha dan menyerahkan hasilnya kepada Allah.bertawakallah kepada Allah dalam beramal, maka jiwa kita akan tenang.

Bertawakallah kepada Allah, boleh jadi kita akan terkejut dan tersenyum melihat hasilnya, Kalau Allah berkehendaki, apa yang kita rencanakan boleh saja berhasil,walaupun mungkin kelihatan mustahil.

إِنَّ اللَّهَ لا يُغَيِّرُ ما بِقَومٍ حَتّىٰ يُغَيِّروا ما بِأَنفُسِهِم

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” QS 13:11

.::.
Tulisan-tulisan Almarhum Syaikh Abbas Assisi (1339 - 1425 H) antara lain: tulisan-tulisannya, ath-Thariq ila al-Qulub (Jalan Menuju Hati), Da'wah ilallahi Hubb, al-Hubb fillah Risalah, adz-Dzauq Suluk ar-Ruh dan lain-lain


p/s: salam fatrah imtihan kawan2,,semua,✿◕ ‿ ◕✿ syauqatul iman doakan agar kita semua insyaAllah akan memperoleh keputusan yg cemerlang dunia dan akhirat,,INGATLAH,,kita semua perlu NAJAH demi UMMAH! :) yg penting NIAT utama dalam menuntut ilmu!bkn utk exam semata-mata tapi ILA MARDHOTILLAHI! kerana apa? humm,,tentulah,,kerana,,kita nk ilmu tu mendapat keberkatan,,jadi,,mudah utk,,kita makin dkt dgn ALLAH ˙·٠•●♥



when studying becomes a burden,
when revision is stressful,
when we geel like giving up and not study our exams,
remember these 2 verses:-

1) Allah doesnt burden us with things that we cant bear (2:286)
2) Verify with every difficulty, there is relief (94:6)


~....Smoga peperiksaan dunia menjadi satu IBADAH kepda kita utk mnjwap persoalan akhirat kelak..~
Tiada Harapan Selain Allah..






Read more...

Thursday, April 28, 2011

"SYURGA" atas nama seorang "GURU"


Alhamdulillah, segala puji kepada Allah SWT yang telah mengurniakan nikmat kepada kita yang jika hendak dihitung tidak akan terkira . selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad yang telah mengajar dan menasihati kita agar berbuat baik dan berlumba-lumba berbuat baik. Baginda juga mengajar dan menasihati kita agar meninggalkan perkara tidak baik dan menjauhkan diri dari kejahatan.

“GURU JUTAWAN AKHIRAT”.,,seindah nama yang diberikan, sudah cukup untuk menarik perhatian dan mengetuk pintu hati seorang guru, malah akan terpaggil untuk menelitinya, menghayatinya dan mengamatinya.

Tajuk ini, kalau tidak diulas sekalipun, sudah cukup untuk menggambarkan habuan yang amat lumayan bakal diterima oleh seseorang guru, malah satu harapan masa hadapan yang cukup besar, ganjaran yang diimpikan oleh seorang yang beriman,iaitu jannah atau syurga. Di situlah destinasi yang terakhir, tiada transit lagi. Itulah harapan dan matlamat hidup bagu sesiapa sahaja yang merasakan hidup di dunia ini adalah sebentar dan sementara. Justeru, seoarng ISLAM yang benar-benar beriman, akan sentiasa menjadikan syurga tempat kembali yang dirindui.

Andai dipanjangkan umur kita sehingga ke detik persaraan wajib, kite mungkin telah mengabdikan diri dalam bidang keguruan ini mungkin melebihi 25 tahun; mengajar, mendidik , mengasuh, membimbing, mentadbir , mengurus dan seumpamanya. Namun, ada satu persoalan besar; apakah kita boleh masuk syurga dengan pekerjaan kita?

Apakah kita tidak layak untuk masuk ke dalam syurga dengan tiket seorang guru?! Sudah ramai anak murid yang lahir dari tangan-tangan kita, sehingga mereka tahu baca dan tulis melalui kita. Kita bukan melahirkan seorang murid, malah ribuan murid. Apakh tidak cukup lagi untuk kita masuk syurga dengan tiket kita sebagai seorang guru? Kalau begitu, apakah kita yakin, kita dapat memiliki satu tiket ke syurga atas nama seorang guru? Apakah kita memang benar-benar seorang guru?


Jika Allah menjadi guru yang pertama, DIA mengajar manusia apa yang tidak diketahui. Allah sendiri yang melakukan proses pengajaran kepada insan yang pertama iaitu Nabi Adam, di dalam syurga, pada tempat yang paling indah dan tenang. Demikianlah proses pertama kali manusia menerima ilmu. Betapa mulianya proses ini sehingga Allah sendiri bertindak sebagai guru pertama kepada manusia, tanpa mewakilkan proses taklim atau mengajar ini kepada malaikat untuk mengajar manusia.

Guru, katakanlah dengan berani dan yakin, “saya ingin masuk syurga dengan tiket seorang guru!” laungkanlah supaya dunia akan mendengar cita-cita kami, bahawa kita adalah bakal jutawan akhirat yang akan menghuni syurga. Tempat yang amat terbentang, yang penuh dengan kenikmatan sehingga tidak boleh digambarkan kecantikannya dengan perkataan dan ucapan.




Guru adalah insan yang amat mulia. Tidak kira apa mata pelajaran yang diajarnya, seorang guru tetap mempunyai kemuliaan dan kedudukan yang tersendiri di sisi Allah, asalkan dia seorang yang beriman. Ajarlah apa mata pelajaran sekalipun, asalkan ilmu yang disampaikan mendatangkan manfaat dan kebaikan, dia adalah seorang guru yang mulia!.

Saya memanggil guru “wahai jutawan akhirat” kerana gelaran itu sudah dekat , hampir dapat dicapai oelh tangan, hampir ada orang yang memanggil kita dengan gelaran itu, kita telah berada pada landasan yang betul, landasan ini akan menuju ke syurga, perjalanannya sudah tidak jauh. Kita tidak ada banyak masa. Perkhidmatan kita semakin pendek. Umur 58 bukanlah satu jangka masa yang jauh.

Amat malang jika kita tidak dapat masuk syurga dengan tiket seorang guru! Sedangkan kerjaya kita begitu mudah untuk masuk ke syurga,. Janganlah berpaling daripada kerjaya yang mulia ini. Jika kita bercita-cita menjadi seorang jutawan di dunia, guru bukanlah jalannya kerana 74 peratus jutawan di dunia ini adalah ahli perniagaan. Jika kita bercita-cita menjadi seorang yang berkuasa, guru bukan medannya, jika kita bercita-cita menjadi jutawan akhirat, jalannya terbentang luas. Kita telah berada di landasan yang betul.

Ingatlah, sekali kita menjadi guru, selamanya akan dipanggil cikgu. Biarpun jasadnya telah dimamah bumi, kuburnya akan dikenali kubur cikgu. Moga bersemadilah guru-guru kita yang terdahulu, di alam barzakh, di dalam satu taman daripada taman-taman syurga. AL-FATIHAH..buat mereka....



with luv...♥♥♥

Read more...

Friday, April 22, 2011

~H.A.M.P.A !~



BISMILLAH…
Dunia ini tetap akan ditinggalkan. Sedang akhirat jualah merupakan perkampungan abadi yang dituju. Setiap detik yang berlalu pasti akan menjadi sejarah yang tidak akan berulang, sebaliknya hanya mampu diambil pengajaran dan iktibar agar detik-detik yang mendatang akan lebih dihargai. Berjayalah bagi mereka yang membersihkan jiwanya sebelum ia kembali kepada Penciptanya. Setiap detik yang dilalui diisi demean makna kehambaan. Ia melihat dan melalui duniamini sekadar bayangan adanya kehidupan yang kekal di perkampungan akhirat. Pandangannya benar kerana ia telah mencapai makrifat di dalam jiwanya, ketika matanya merenung alam, hatinya ,merenung TUHAN ..
Dia telah berjaya merentasi hakikat dunia yang palsu dengan mengisi pandangan akhirat yang jauh lebih baik dan lebih kekal !

Subhanallah! Alhamdulillah,,syukur dan segala puji bagi Allah Zat Yang Maha Sempurna yang telah mengutuskan hidayah menerusi utusanNYA Rasulullah yang disifatkan dengan sebaik-baik utusan yang membawa sebaik-baik syariat sehingga kita diangkat menjadi sebaik-baik umat..Alhamdulillah,,

Alhamdulillah,,rsanya sudah lama, sy xmengupdate blog niy,,hampir-hampir bersawang rsenya,,huu,,syukurillah,,hari niy,merupakan hari terakhir saya menghantr assignment bagi semester ini, iaitu Tilawah dan Tafsir Al-Quran..Subhanallah! bukan mudah nak menuntut ilmu itu,,ada ranjau dan duri yang perlu kita tempuh,,JUGA ,,perlu diingat,,bukan mudah utk menjadi MURABBI,,perlu kesungguhan dan komitmen yg tinggi dalam arena Pendidikan..Seringkali orng mengeluh,,ingtkn jadi cikgu keje xbanyak,,rupa2nya,,BELUM jadi cikgu lagi,,macam nk termuntah pandang n wat keje2 Pendidikan ni,,Huu,,Astaqfirullah Hal Adzhim,,

“Diah, penatlah,,siang malam, meeting,,setiap mnggu ade pembentangn,,dah tu, pas pembntgn,kene mengajar plak,,sblm mngajar,,Rancgn Pengajaran Harian (RPH) kene wat,,xmsuk g nk sediakan Bahan Bantu mengajar lagi,,bila balik meting malam2,,nk pk assignment lak,,nurul xlarat la,,diah,,nk pengsan la,,pk kerja2 niy semua,,”…inilah luahan hatiku “KHAS” buat roommate terchenta,,SAADIAH FAUZI..

Lepas je,,diluahkan,,mcm bese,,respond yg baik,dr shbt saya ini,,huu,,ade juga dia mengiayakan statemnt2 saya di atas..pastu,,kami pun,smbung wat assignment …namun Alhamdulillh,,DIA SYANGKAN AKU…

Teringt kembali,,buku yang dilihat n dibaca petang tadi,”GURU JUTAWAN AKHIRAT” lantas saya beristiqfar,,mengakui,kelancangan dan ketelanjuran,,sebntar td,,(Kerdilnya diri ini,,)..sob2,,




Jika dr awal g,,sudah saya tanamkan sifat n sikap “Acuh xacuh dlm menuntut ilmu,,” bagaimana mungkin akan saya terapkan ruh mengenal TUhan dalam jiwa anak murid nanti,,Belum apa-apa sudah mengaku kalah. Belum diberi ujian,,sudah mengalah,,hakikatnya,,dunia ini jambatan ke akhirat,,menanam sebnyk mungkin tanam-tanaman yang akhirnya hasilnya akan dipungut dan kukutip di akhirat sana..(mengalir juga air mata,,)…nmpk sgt,,cm,,kurang keikhlasan masa wat assignment,,Allahu Rabbi,,,lemahnya IMAN ini,,


So kawan-kawan,,apa-apa pun bidang yg awak semua ceburi,,jgn mengeluh,,jika baru sedikit ditimpa ujian,,ingatlah,,jika kita xikhlas dlm melakukan sesuatu perkara,,sia-sia sje,,semua usaha kita dalam menuntut ilmu selama ini..ISTIQFAR dan SENTIASALAH MEMBETULKAN NIAT DALAM MENUNTUT ILMU,,AGAR, MATLAMAT UTAMA” ILA MARDHOTILLAHI “dapat digarap ,dapat dicapai, mnjadi titik utama dalam kita mengejar HABLUM MINA ALLAH dan juga HABLUM MINAN NAS..

Ingatlah..wahai diri,,:
terkadang kita lupa, banyak dari kita yang menuntut hak kita tanpa kita faham dan sedar "apakah kita sudah melunasi kewajiban kita?"

adakah kita lupa semua telah diatur oleh-Nya?
...boleh jadi jadi kita merasa cukup, namun SUNGGUH ALLAH LEBIH TAHU HATI dan NIAT KITA.

bertakwalah wahai sahabat...
apapun yang menjadi niat itu sudah tercatat...
Allah Maha Teliti dengan apa yang kita kerjakan

Salam Mujahadah wal Istiqomah..Jom sama-sama kita berdoa,,,

“Ya Rabbi…,
istiqomahkanlah kami di jalan-Mu.
Jangan sampai kami tergelincir ataupun terkena debu-debu yang dapat mengotori perjuangan kami di jalan-Mu,
yang jika saja Engkau tak tampakkan kesalahan-kesalahan itu pada kami sekarang,
niscaya kami tak menyedari kesalahan itu selamanya.
Ampunilah kami ya Allah……
Tolonglah kami membersihkannya
hingga dapat bercahaya kembali cermin hati kami. Kabulkanlah ya Allah… “♫•*¨*آمِيّنْ... آمِيّنْ... يَا رَ بَّ العَـــالَمِيْن


p/s: rehatkan diri,,n nak tahu inform tentng IPG Kampus Pendidikan Islam? JOm layari,, blog kami JPP,,> dan juga laman web.,, http://jpp.ipislam.edu.my


sebarang pertnyaan dan penambahbaikan,,amat digalakkan,,:)
Read more...

Saturday, April 9, 2011

Sejenak Dalam Tafakkur




Saudaraku,
Sudahkah kita sejenak berfikir dan merenung, bahawa begitu besar rasa kebergantungan kita terhadap apa yang tersedia di alam ini? Ketika kita hendak bernafas, yang kita perlukan adalah oksigen yang cukup untuk memenuhi paru-paru. Ketika kita hendak melihat dengan jelas, yang kita butuhkan adalah cahaya yang cukup untuk dapat menerangi objek yang ingin kita lihat. Ketika kita hendak berjalan, kita perlu landasan untuk berpijak dan melangkah, dimana daratan bersedia membentangkan keluasannya untuk kita pijak dan kita pun bukan berjalan di awang-awangan. Sungguh, semua yang kita perlukan itu bukanlah muncul dengan sendirinya, melainkan Allah SWT- lah yang telah mengadakannya dan menundukkannya untuk kita, para makhluk-Nya.


Allah SWT sudah bentangkan malam untuk kita beristirehat dan siang sebagai sarana bagi kita untuk mengais kurnia-Nya, untuk menjemput rezeki yang sudah ditetapkan-Nya. Allah tundukkan lautan, sehingga kapal-kapal besar dapat berlayar mengharungi samudera-Nya. Allah hiasi kedalamannya dengan segala keindahan luar biasa, yang membuat banyak mata terbelalak dan hati berdecak kagum, hingga sesungguhnya bibir-bibir dan hati kecil manusia tak akan mampu berbohong dan tak kuasa berucap selain pujian akan ke Maha Besaran-Nya atas keindahan segala ciptaan-Nya.

Saudaraku,
Sekiranya kita menyedari segala kebesaran Allah itu, maka sudah tentu kita akan merasa kecil dan malu. Sekiranya kita senantiasa yakin dan menyedari dalam banyak waktu, bahwa diri kita adalah hamba dan Allah SWT adalah dzat yang wajib kita sembah, maka pasti kita tidak akan mau untuk berpaling dari-Nya. Sekiranya diri kita hanya berharap rahmat dan keredhaan-Nya, maka tak akan banyak hati yang akan terluka saat dihina dan dicerca serta lari dari menuju selain kepada-Nya.
Sekiranya kita menyedari, bahawa sesungguhnya Allah senantiasa melihat kita, mendengar perkataan dan bisikan hati kita, maka sudah tentu kita akan merasa gentar juga takut sekiranya setiap perbuatan buruk kita segera ditampilkan-Nya di hadapan makhluk-makhluk-Nya. Begitu kasihnya Allah SWT, sebesar apapun keburukan diri kita, namun Dia masih bersedia menutupinya hingga kini.

~Subhanallah!mujurlah dosa itu tidak berbau,,jika tidak,,tiada siapapun yg sudi mendekati kita~,,,,,,,,:(


Ya Allah...
ampuni aku yang selalu mengeluh..
ampuni aku yang tak bersyukur atas segala nikmatMu..
ampuni atas lalaiku, yang telah sengaja meninggalkanMu hanya untuk sesuatu yang sama sekali tak penting, tak bermanfaat dan tentu saja hanya menambah dosa yang telah menambah...
Ikhlaskan aku dalam menerima semua yang telah Engkau tulis untukku kerana apa yang Engkau berikan itu selalu yang terbaik•♫♥♥



Saudaraku,
Tidakkah kita rindu untuk menggapai redha Allah semata-mata? Dalam setiap pekerjaan yang kita buat, dalam setiap perkataan yang kita ucap, dalam setiap denyutan jantung dan dalam setiap tarikan nafas kita? Tidakkah kita rindu untuk senantiasa berupaya meneladani Rasul-Nya, sebagai bahagian dari pengakuan rasa cinta kita, dimana ucapan beliau jauh dari ghibah, dari kata-kata dusta dan menghina, juga merendahkan orang lain? Tidakkah kita rindu untuk senantiasa mendapat hidayah dan petunjuk dari-Nya, di setiap jejak langkah hidup kita? Sehingga semua terarahkan dengan baik dan bermanfaat juga bermakna, bagi diri dan lingkungan, dunia dan akhirat.

Saudaraku,
Mari bersama kita luruskan niat, kita perbaiki ikhtiar dan usaha, juga tak pernah lepas bermohon dan berserah diri kepada Allah SWT agar semua hal yang kita rajut dan anyam di atas permukaan bumi ini dilakukan semata-mata kerana-Nya dan untuk mencari keredhaan-Nya.


~KEEP ISTIQAMAH WAL HAMAZAH~:)♥♥♥♥♥♥♥♥
Read more...

Friday, April 1, 2011

~Bidadari...~


Muslimah solehah itu bidadari
tersimpan kemas dalam syurga Ilahi
tidak tersentuh oleh manusia rakus mahupun jin
bersih, suci menjaga diri

Muslimah solehah itu bidadari
dirinya mahal tidak mampu dibeli
hanya keimanan dan ketaqwaan maharnya nanti
maka siapa yang menolak ketinggian ini?

Lembut wajahnya nur ibadah
sopan langkahnya memancar hasanah
malunya perisai mengangkat darjah
fikrahnya jelas, prinsip Ilahi tidak tergugah

Muslimah solehah itu bidadari
bidadari syurga yang wujud di dunia ini
yang akan melahirkan anak-anak akhirat
mentarbiyah mereka dengan didikan syurgawi

Muslimah solehah itu bidadari
bukan untuk dicari-cari atau dipuja lelaki
tetapi nanti akan berhadapan dengan Ilahi
dan apakah yang kamu wahai perempuan sudah laksanakan dalam kehidupan yang Kuberi?

Hilal Asyraf~
Read more...

Thursday, March 24, 2011

~Jaga aku Ya Rabb~


"Ku lihat ramai gadis cantik, gadis manja, gadis comel, gadis kaya, gadis bertudung, gadis baik dan bermacam-macam gadis di laman sosial mahupun dunia nyata, namun tidak ku terpikat pada mereka.. Ku lihat seorang gadis yang menjaga agama dan memegang erat iman dalam hatinya dan ku lihat dia malu menunjukkan tentang dirinya pada dunia sosial dan dunia nyata.. Aku jatuh cinta..."

(bicara seorang muslimin)

♥::♥:: ::♥::♥:: ::♥::♥:: ::♥::♥:: ::♥::♥:: ::♥::♥:: ::♥::♥:


Aku hanyalah manusia biasa..Yang mempunyai segudang kelemahan, segudang kekurangan, segudang keresahan..Yang mempunyai perasaan biasa… Yang terkadang tidak terkawal, hilang kesabaran, dikuasai emosi dan nafsu amarah, kadang merasa kecewa dan sulit menerima kenyataan yang tidak seindah harapan.. Yang kadang merasa kesal, marah dan menangis...



Allah.. jangan bebankan sesuatu yang tak sanggup aku memikulnya
jangan beri aku perasaan yang tak mampu aku memahaminya
jangan gelapkan mata ku pada mimpi yang tak mugkin aku mencapainya
hanya pada MU Allah.. aku berserah..
untuk tiap doa dalam alunan malam ku


jaga aku ya Rabb.

♥::♥:: ::♥::♥:: ::♥::♥:: ::♥::♥:: ::♥::♥:: ::♥::♥:: ::♥::♥:
Read more...

Saturday, March 19, 2011

CANTIKNYA seorang MUSLIMAH



♥ Aku bangga menjadi Muslimah
Disaat yg lain bangga menjadi wanita Modern.

♥ Aku bangga Jilbabku menjuntai kedada
Disaat yg lain bangga mengikuti Mode,

♥ Aku bangga menjadi pengurus kerohanian islam
Disaat yg lain lena,

♥ Aku tak peduLi dgn anggapan mereka yg lain
Krna aku tahu apa yg laKukan,

♥ Awalnya aku tidak perCaya diri….
Dengan pakaian yg tertUtup rapi….
Teman ~ teman berKata aku tdk trendy…..
Tapi Abi berKata aku Cantik begitUpun Ummi…..

♥ Wahai KaWan yg bermimpi sanjUngan……
CantiK buKanLah buKa ~ buKaan….
CantiK bUkan s’lalu berdandan….
Dan Cantik bUkan berarti seOrg pUjaan….

♥ KuULurKan jiLbabku hingga teraSa damai HatiKu…..
KuLonggarKan pakaianKu sehingga tertUtup bentUk tUbuhku…..
kULaKukan itu semUa demi CintaKu pada Rabbi-Ku….
Dan kuberbiSik daLam hatiKu, s’mOga engKau bahagia meLihatKu….

♥ Andai semUa org memahami…
CantiK Lahir bUkanLah Ukuran…..
Tapi Cantik hati memiKat semUa Orang….
Dan terUtama bUdi peKerti seperti yg RasuL ContOhkan…..

maKa Saudariku PeliharaLah AURAT........

♥ Tdk akn tertutup dgn berperangai yg BAIK,
♥ tdk akn tertutup dgn sifat LEMAH LEMBUT,
♥ tdk akn tertutup dgn kata ~ kata yg BAIK,
♥ tetapi hanya akn tertutp dgn PAKAIAN yg SEMPURNA,

♥ ~ Mudah - Mudahan AKHLAK dibalik pakaian tadi lebih INDAH dari pada
pakaiannya" Amiin.....! ♥

♥ ~ Jgn Lupa Tutup Aurat ya.....saudariku (^_~) ♥



Read more...

Friday, March 18, 2011

Peribadi Muslim





بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakauh..

Dalam sebuah majlis, Rasulullah Sallallhu 'alaihi Wasallam pernah ditanya para sahabat. ''Ya Rasulullah, apa ciri-ciri peribadi Muslim?'' Rasulullah menjawab, ''Ciri-ciri Muslim itu, apabila dia melihat kamu, maka dia mendekat kepadamu, kemudian dia menyegerakan salam. Lalu kau lihat tampak pada wajahnya selalu tersenyum. Lalu, dia akan lebih awal menjulurkan tangannya untuk bersalaman. Kalau kau dekat dengan dia, kau mencium wanginya. Kalau kau bicara dengan dia perhatikan baik-baik, pasti dia mengajakmu selamat dunia akhirat. Mahu berbicara tentang apa saja, pada akhirnya mengajak kamu selamat di akhirat. Kalau berurusan dengannya, dia permudah. Itulah ciri-ciri pribadi Muslim.'' (Muttafaq 'Alaih).

Betapa sederhananya peribadi seorang Muslim yang digambarkan Rasulullah Sallallhu 'alaihi Wasallam di atas. Gambaran tadi kelihatannya sangat ringan, namun dalam praktiknya berat dilakukan.
Intinya, seseorang baru dikatakan Muslim kalau orang lain merasanya aman dari tangan, lisan, dan perbuatannya. Peribadi Muslim selalu dekat dengan Allah.

Mereka menjawab: "Maha Suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain dari apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
(QS.Al Baqarah:32)

Orang kalau sudah dekat kepada Allah, maka akan sayang dengan makhluk Allah. Orang kalau sudah sujud, dia berdoa dengan rasa takut, dengan berharap amat sangat, tampaknya dia akan senang berbuat kebaikan.

Maka tetaplah kamu pada jalan yang benar, sebagaimana diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang telah taubat beserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan. (QS.Huud:112)

Seorang Muslim itu laksana cahaya. Kalau dia sudah bercahaya, pasti menerangi kanan-kirinya kerana dia mencari nur Allah. Seorang Muslim menerangi bukan hanya hatinya, tapi pikirannya, pendengarannya, tingkah lakunya, pakaiannya, rezekinya, rumahnya, kamarnya, tamannya. Di manapun dia berada membawa cahaya, dan cahaya itu tidak bisa dikalahkan dengan kegelapan.

Seorang peribadi Muslim meyakini adanya hari akhirat, dia menjadikan, dunia ini untuk akhiratnya. Hidupnya untuk Yang Mahahidup. Bukan hidup untuk hidup, yang pada akhirnya berlumba-lumba untuk menjadikan semuanya nyata. Sehingga, mengejar populari, jabatan, dan kekayaan.

Seorang peribadi Muslim tahu, waktu yang diberikan Allah ini sempit untuk di dunia. Makanya seorang Muslim ingin membuat kenangan yang panjang. Wa ammaa bini'mati robbika fahaddits
(Dan terhadap nikmat Tuhanmu maka hendaklah kamu menyebut-nyebutnya [dengan bersyukur). (QS Adh Dhuhaa [93]: 11)
Wallahu a'lam Bishawab

Wallahi Taufiq Wal Hidayah ..Semoga bermanfaat ..Amiin Ya Rabb

Subhanaka Allahuma wa bihmdika asyhadu ala ilaha illa anta astaghfiruka wa atubu ilaik....
Read more...

Wednesday, March 16, 2011

•٠·˙ Di Atas Sajadah Cinta ˙·٠•



“Mukmin yang kuat lebih bagus dan lebih dicintai oleh Allah daripada mukmin yang lemah, namun pada masing-masing ada kebaikannya. Bersemangatlah kamu mencapai sesuatu yang bermanfaat bagi kamu, mohonlah pertolongan kepada Allah dan janganlah kamu merasa tak berdaya …” (HR Muslim)



19/3- flight malaysia to alex.. :( ya Allah,,biarpun jarak memisahkan kami,,ku pohon ya Rabb, jgn lah Engkau pisahkan hati tautan rabitoh kami...biarlah doa dan kejayaan mengiringi kami.. sungguh ya Allah, amat berat hati ini,utk melepaskan dia pergi,,namun..syariatMU membataskan kami...moga ya Allah,kepulangannya nanti menjadi penyatuan jiwa buat kami..hamba-Mu yang Engkau ciptakan berpasang pasangan..allahumma amen.. DOA JADI PENYAMBUNG TAUTAN HATI....moga diri ini tabah menghadapi ujian-Mu ini..biarlah kejayaan mengiringi kami,,dan kejayaan ini, dpt kami sumbangkan utk ISLAM,,insyaAllah,,aku menyayanginya kerana-MU ya RABB..




Tiada apalagi yang ku harap

selain cinta dari Rabb ku Yang Maha Pengasih

tiada apalagi yang ku damba

selain dapat melihat wajah indah Rasulullah SAW di syurga kelak

cinta ini ku persembahkan untuk-Mu Ya Rabb ......

rindu ini ku berikan pada-Mu Ya Rasulullah ......


jadikanlah kami dalam kalangan hambaMU yang bertaqwa..amin.
Read more...

I fell in love :)




yes I did :)
why are you surprised.
it's all i ever wanted :D

To love and be loved back!

I was looking for someone to love me for who I am.
Without looking how good i dress or how much money I have.
I talk to my love five times a day.. a sometimes six times :)
I sacrifice what i want because he doesn't want me to have it.
I try to do everything He tells me to do.

When ever i want something. all have to do is go to him and ask him :)
it's that simple.
by the way he is not just my love :)
He should be your only lover too :) (aside from immediate family)
I guess by now you know who i mean :)

Allah is my only Love :)
I can't wait to see him!
I can't even imagine that day!
I hope the best time would be the time i see Allah
and He wouldn't be angry at me :(
I do my best to keep my life Halal :)
and you should too :)

keep smiling!:)...uhibbuk fillahi abadan abada!:)
Read more...

Tuesday, March 15, 2011

WANITA DENGAN SEGALA LIKU LIKUNYA



Wanita berkata ingin menjadi bunga terindah di dunia
Dan lelaki berkata ingin menjadi matahari.
Wanita tidak mengerti kenapa lelaki ingin jadi matahari,
bukan kupu kupu atau kumbang yang bisa terus menemani bunga...

Wanita berkata ingin menjadi rembulan
dan lelaki berkata ingin tetap menjadi matahari.
Wanita semakin bingung kerana matahari dan bulan tidak bisa bertemu,
tetapi lelaki ingin tetap jadi matahari....

Wanita berkata ingin menjadi Phoenix...
yang bisa terbang ke langit jauh di atas matahari,
dan lelaki berkata ia akan selalu menjadi matahari....

Wanita tersenyum pahit dan kecewa.
Wanita sudah berubah tiga kali...
namun lelaki tetap keras kepala ingin jadi matahari,
tanpa mau ikut berubah bersama wanita.
Maka wanita pun pergi dan tak pernah lagi kembali
tanpa pernah tahu alasan kenapa lelaki tetap menjadi matahari....

lelaki merenung sendiri dan menatap matahari.
Saat wanita jadi bunga, lelaki ingin menjadi matahari
agar bunga dapat terus hidup.
Matahari akan memberikan semua sinarnya untuk bunga
agar ia tumbuh, berkembang...
dan terus hidup sebagai bunga yang cantik.

Walau matahari tahu ia hanya dapat memandang dari jauh
dan pada akhirnya kupu kupu yang akan menari bersama bunga.
Ini disebut Kasih..... iaitu memberi tanpa minta dibalas.

Saat wanita jadi bulan,
lelaki tetap menjadi matahari.....
agar bulan dapat terus bersinar indah dan dikagumi.

Cahaya bulan yang indah hanyalah pantulan cahaya matahari,
tetapi saat semua makhluk mengagumi bulan,
siapakah yang ingat kepada matahari?

Matahari rela memberikan cahayanya untuk bulan
walaupun ia sendiri tidak bisa menikmati cahaya bulan...
dilupakan jasanya dan kehilangan kemuliaannya
sebagai pemberi cahaya
agar bulan mendapatkan kemuliaan tersebut....
Ini disebut dengan Pengorbanan...
menyakitkan namun sangat layak untuk cinta.

Saat wanita jadi phoenix yang dapat terbang tinggi,
jauh ke langit bahkan di atas matahari...
lelaki tetap selalu jadi matahari
agar phoenix bebas untuk pergi ke mana pun ia mau
dan matahari tidak akan mencegahnya.

Matahari rela melepaskan phoenix untuk pergi jauh,
namun matahari akan selalu menyimpan
cinta yang membara di dalam hatinya hanya untuk phoenix.

Matahari selalu ada untuk phoenix bila pun ia mau kembali
walau phoenix tidak selalu ada untuk matahari.
Tidak akan ada makhluk lain selain phoenix
yang bisa masuk ke dalam matahari dan mendapatkan cintanya.....
Ini disebut dengan Kesetiaan.....

walaupun ditinggal pergi dan dikhianati,
namun tetap menanti dan mau memaafkan..

Untuk para wanita.....
Siapakah Matahari yang ada di dalam kehidupanmu??
Bila engkau sudah menemukan dan melihat Matahari dalam
kehidupanmu...pergi,lihat dan jangan pernah meninggalkan nya.
Read more...