Tazkiyatun Nafs

Rasulullah SAW bersabda bermaksud:

Sesungguhnya Allah memiliki seratus rahmat, Dia menurunkan satu rahmat daripada-Nya untuk manusia, jin, serangga dan binatang.
Dengan satu rahmat itu mereka saling berkasih sayang.

Dengan satu rahmat itu binatang buas mengasihi anaknya.

Dia menangguhkan lagi kurniaan sembilan puluh sembilan rahmat, dengan itu Dia akan merahmati hamba-Nya pada hari kiamat.

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Wednesday, June 30, 2010

HATI KU,,milik-MU..


Allah tidak memandang kepada kekayaan , kecantikan dan kepintaran kita dalam melakukan sesuatu perkara tanpa disertai niat yang lahir dari hati yang benar-benar ikhlas . Semua manusia mampu berbicara mengenai hati tetapi tidak mampu memelihara dan mengawal ia daripada sifat-sifat yang kotor seperti amarah, hasut, benci, takabbur, riak dan ujub.


Malah rupa sahaja yang cantik tetapi hati gelap dirasuki syaitan dan nafsu. Ego untuk menerima teguran , berbangga dengan kepetahan bercakap di khalayak ramai tanpa mempraktikkan apa yang disampaikan, mengatakan diri sahaja yang betul , merasa diri hebat daripada orang lain, memandang orang lain dengan pandangan hina, itulah antara penyakit hati yang mewarnai kehidupan umat Islam hari ini.


Hati yang sedar berbeza daripada hati yang lalai. Hati yang sedar sentiasa menginsafi akan hakikat kejadiannya pada masa orang lain tidak menyedarinya. Hati ini faham bahawa ia dijadikan untuk mengabdikan diri kepada Allah swt sahaja.Taat dan patuh kepada segala perintah tanpa soal atau merasa keberatan.Hati yang sedar ini juga insaf bahawa ia akan kembali kepada Allah dan dipersoalkan tentang segala apa yang telah dilakukan di dunia.

Hati yang SEDAR:
Firman Allah maksudnya:
“sesungguhnya(keterangan-keterangan dan peristiwa-peristiwa) yang tersebut itu, tidak syak lagi mengandungi pengajaran bagi sesiapa yang mempunyai hati (yang sedar) atau yang menggunakan pendengarannya bersungguh-sungguh (kepada pengajaran itu) dengan menumpukan hati dan fikiran kepadanya.” (surah Qaf 50:37)

Ya Allah , KURNIAKNLAH kepadaku hati seperti ini…

HATI YANG BERSIH
Firman Allah maksudnya:
“sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya –yang sedia bersih- bertambah-tambah bersih (demean IMAN dan AMAL KEBAJIKAN )”
(surah as syams 91:9)

HATI YANG LURUS
Firman Allah maksudnya: 9mereka berdoa dan berkata)-
Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, kurniakanlah kepada kami limpah rahmat-MU: sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberi-NYA.
(surah Ali-Imran 3:8)

Dan kau peliharalah daripadaku hati ini…

HATI YANG TERHIJAB (TERTUTUP)
Firman Allah, maksudnya:
“dan antara mereka ada yang memperdagangkan kepadamu Al-Quran padahal Kami telah jadikan tutupan berlapis-lapis atas hati mereka, yang menghalang mereka daripada memahaminya, dan kami jadikan panda telinga mereka penyumbat (yang menjadikan mereka tidak dapat mendengar)
(surah Al-An’am 6:25)


Penyanyi: Saujana
Tajuk Lirik Lagu: Suci Sekeping Hati
Album : Kembara Cinta
Munsyid : Saujana


Sekeping hati dibawa berlari
Jauh melalui jalanan sepi
Jalan kebenaran indah terbentang
Di depan matamu para pejuang
Tapi jalan kebenaran
Tak akan selamanya sunyi
Ada ujian yang datang melanda
Ada perangkap menunggu mangsa
Akan kuatkah kaki yang melangkah
Bila disapa duri yang menanti
Akan kaburkah mata yang meratap
Pada debu yang pastikan hinggap
Mengharap senang dalam berjuang
Bagai merindu rembulan di tengah siang
Jalannya tak seindah sentuhan mata
Pangkalnya jauh hujungnya belum tiba


YA ALAH KU INSAN YANG HINA DAN TIDAK LAYAK UNTUK SYURGAMU .
KUGAGAHI DIRI INI UNTUK BERTEMU MU,
PANDANGLAH AKU DENGAN PANDANGAN RAHMATMU
DAN AMPUNKANLAH SEGALA DOSAKU..AMIIN.



syauqatuliman, 30 Jun 2010
Read more...

Saturday, June 19, 2010

Rahsia Allah, VS seorang Doktor




( si kecil bersama ayah dan adik beradiknya,,semasa berusia 14 tahun ~berbaju kuning~)



Assalamualaikum,,syukur panda Rabbul Jalil, kerana masih lagi aku mendakap nikmat iman dan islam,,Alhamdulillah,,

Kini, sudah berusia 15 tahun. Tanpa diduga, tanpa disangka, rahsia Allah, tiada siapa yang tahu, tiada siapa mampu untuk mengungkapkannya, tiada siapa mampu mentafsir,,segalanya di aturkan cantik sekali oleh Allah. Insan yang dahulunya, ketika berusia 1 tahun, yang hidupnya disangka nyawa-nyawa ikan dan disahkan 50% hidup oleh seorang doktor berbangsa cina di hospital besar Melaka sehingga berlaku pertengkaran di antara seorang bapa dengan seorang doktor, mencetuskan provokasi yang aku sendiri tidak mengerti ketika itu, hanya seorang kanak-kanak hingusan yang masih kecil beusia 6tahun. Melihat derita adik kecilnya, dikelilingi wayar disekitar anggota, bernafas menggunakan karburator, berada di wad ICU yang dikelilingi doctor setiap waktu. Aku tidak mengerti ketika itu, air mata mengalir, aku dapat rasa derita adik kecilku, ingin sekali aku bertanya kepada mak..mengapa derita sekali adik. Mengapa adik tidak seperti kami.mengapa emak tinggal di hospital, dan uda bertemankan abah setiap masa, merindui kasih sayang seoarang ibu.. ya,,hampir 6 bulan, adik kecil itu koma, abah berulang alik dari rumah ke hospital, penuh tabah menerima dugaan dan sapaan Rabbi. Kasihan mereka. Aku mengeluh ketika itu. Hanya beberapa kali sahaja aku dibenarkan masuk ke wad ICU lantaran aku masih kecil, dikhuatiri akan terperanjat melihat situasi di wad tersebut.,,aku rindukan adik kecilku..

Jika pagi tadi aku datang melawat adik kecilku, terdapat 10 pesakit di wad ICU, apabila petang aku kembali semula, hanya tinggal 5 orang sahaja, manakala 5 orang lagi di sahkan mengadap Pencipta yang lebih menyayangi mereka. Linangan air mata seorang ibu, kasih seorang bapa, dapat ku lihat, walau aku masih belum mengerti sepenuhnya.

Pagi itu,, 1996


“anak encik hanya boleh hidup dalam 50% sahaja, dan kami perlu ambil air tulang belakangnya”, si doctor bermata sepet memberitahu abahku. Anak encik sudah mati, dia bernafas pon sebab gunakan sambungan alat pernafasan!,, dub! Sebijik penumbuk tepat hinggap di muka doctor bermata sepet. “Lu jangan banyak kurang ajar sama gua!” hari ini juga gua ambil anak gua! Pertengkaran berlaku, dan doctor terpaksa melepaskan adik kecilku dr wad ICU..sebanyak 40 borang yang perlu ditandatangani oleh abahku,,menurut hematku,seorang doctor tidak sepatutnya berkata sebegitu, seolah2 nyawa seorang manusia berada di tangan mereka. Wahai sekalian doktor dan bakal2 doktor, berhati2 lah dalam menutur kata. Kerana sesungguhnya, kalian hanya mampu mengubati pesakit dan segalan2nya jua Allah yang tentukan..em,,lupakan tentng lelaki bermata sepet,,xpe,,dia xsekolah agama,,:)

Sekembalinya di kampung
Memg benar, seksa sekali melihat adik kecil itu. Mulutnya berbuih2,,nafas seringkali tersangkut2..adik kecil itu disahkan mengidap demam panas, dan menurut orang kampung dia terkena buatan orang,,nauzubillah,,,,

Sepanjang berada di kampung pelbagai ubatan kampung adik kecil itu terima,,Alhamdulillah,,pada usia 7 tahun, pada bulan Ahlullah, adik kecil itu berjalan,,air mata seoarang ibu, kasih seorang bapa, mengalir melihat ank kecilnya boleh berjalan seperti kanak-kanak lain..namun derita demi derita terpaksa di tanggung oleh si ibu dan si bapa, juga adik beradik si kecil itu..



(pengorbanan seorang ibu dan seorang ayah..andai aku berada di tempat mereka,,tabah ke aku?)

Sehingga ke hari ini, alhamdulillah, Allah masih lagi memberi adik kecilku itu nikmat nafas, walaupun terlalu banyak nikmat yang Allah simpan untuk dia. Ya syurga menanti kamu,,adik kecil,,,selagi adik kecil itu masih hidup,,aku berjanji, akan terus menjaganya,,ya Allah,, sampai bila dia harus derita,,,aku tidak mengerti,,adakah doa kami, terhijab antara langit dan bumi, atau sememangnya memang Engkau mahu dia derita sewaktu di bumi yang tidak kekal ini.. tiap kali dia sakit,,aku turut sakit Rabbi..ehsan seorang kakak, terhadap adik kecil itu,,merobek2 jiwa,,setiap kali air mata si kecil itu mengalir,,naluri seorang kakak bagai dihiris sembilu, kerana aku tidak mengerti apa yang si kecil itu mahu.. Engkau tarik nikmat percakapan dan pelbagai lagi.. ALLAH……..



(adik beradik si kecil yang sama2 menghadapi susah dan senang bersamanya,,mane syauqatul iman? :) )

Ya rabb, aku tak mengharap yang terbaik untuk setiap yang berlaku andai itu bukan redhamu, aku Cuma ingin bahagia dalam diduga. Aku redha hatta bertimpa ujian walau berganada. Ya rabb, hinanya aku di saat rebah luka berdarah, baruku mencari arah bergantung sembah. Jangan biar air mataku menitis kerana timbunan ujianMu, sedang ia mengarca jiwa membentuk rasa. Jangan biar ia menits kerana sakit dunia yang meleka jiwa menyeksa atma. Biarkan ia menitis kerana seulas rasa seorang hamba yang berdosa.

Selamat hari lahir buat adikku sayang, MUHAMMAD HANAFI BIN HUSSIN..kini engkau sudah berusia 15 tahun..ketahuilah,,,,diri ini amat menyayangimu.........Ya Allah,,tabahkan hati kami sekeluarga dalam menjaga insan istimewa ini, yang telah ENGKAU janjikan syurga buatnya,,,kami menyayangimu,,


Kasih Allah tidak akan dirasai tanpa ujian,tidak akan dirasai kehambaan tanpa munajat.tidak akan dirasai keinsafan tanpa muhasabah,banyak mana ujian Allah banyak itulah kasih sayangNYA pada hambanya.

Bingkisan sayang buatmu
Syauqatul iman 19/6/2010 (8.41 malam)
Read more...

Friday, June 18, 2010

~ISLAMKAH AKU dan KAMU???~





Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi
Maha
Pengasih...


Bayangkan benda ini berlaku pada anda..... Suatu
hari pada masa
Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih
kurang
1,000 jemaah...
tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi
seluruh tubuhnyer dgn
pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji
mata and
membawa mesin
gun... lalu salah seorang lelaki tu bertempik "


"Sesiapa yang sanggup
MATI
kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu"


Selepas
mendengar amaran
lelaki
itu maka segeralah bertempiaran lari para
jemaah
itu
utk
menyelamatkan
diri.... daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya
tinggal lebih
kurang
20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat
masing-masing termasuk
Pak Iman tu...

Lelaki yang bertempik tadi segera
membuka tutup mukanya
lalu
melihat ke arah Pak Imam sambil berkata: "Ok
Pak Iman, saya dah
halau
SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak
Iman
mulakan sembahyang
Jumaat"....

Lalu kedua lelaki tersebut berpaling
dan
meninggalkan
jemaah.... Macammana.. adakah anda rasa lawak
dgn
cerita di atas.
selain
terhibur anda fikirlahlah...


" Lawak kan , dari 1,000 org yg mengaku dia
Islam hanya 20 yg
betul-betul
beriman... "


" Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah
lupakan
ALLAH bila
menghadapi bahaya... kedua lelaki hanya
membawa
mesin-gun.. dia tak
kata
pun
nak bunuh.. tapi generasi skrang.. amat lemah..
baru
kena ugut
terus
lari
lintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang
jumaat
lagi..."


"Lawak, ada juga yang agamanya cuma
seminggu sahaja..
tu pun bila time
sembahyang jumaat.. tunjuk muka kat org
kampung.. ada
tu lagi dashyat
setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya..."


"Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip
dan apa
yang di tulis
oleh surat khabar daripada apa yang tercatit
dalam
al Quran"


"Lawak kan , berapa ramai yg percaya dunia
hanya
sementara, akhirat
adalah
tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba
mengejar dunia"


"Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend
atau
girlfriend
berejam-rejam
tapi nak berdoa kepada ALLAh alahai.. tak cukup
masa..


Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak
thread atau email
yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua
tempat
tapi merasa berat
nak berkongsi dan nak hantar artikel2
yang
berunsur
agama


Lawak kan ??? Kenapa gelak tu kan realiti.. tapi
yg
paling lawak
sekali.. berapa orang yang lepas baca benda ni
akan
sampaikan kat
orang
lain... berapa orang yang akan buka email ni
untuk
luangkan masa
membaca? berapa banyak????

ya Allah,,jauhkan lah aku dari tergolong dalam golongan di atas,,,Nauzubillah hi min zalik,.........







ILLAHI, di keheningan malam ini, di saat manusia menikmati tidurnya, di saat manusia terbuai mimpi indah, aku datang mengetuk pintu-Mu dr seorang hamba yang faqir dan hina. Yang sangat berhajat akan kurnia-MU. Malam ini aku datang mengetuk pintu rahmat-Mu juga keampunan-Mu wahai zat Yang Maha Pemurah dan Maha Pemberi. Engkaulah yang selalu mengabulkan doa dan tidak pernah membuat perantara dan hijab antara aku dan Engkau. bersyukur aku atas firman-MU:




Dan Tuhanmu berfirman: "Berdo`alah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina"
(Al-Mukmin: 60 )




Dengan berselimutkan malam yang indah ini, aku menuju pintu-MU untuk memohon kurnia-MU, kepada-MU aku berdoa dengan penuh keyakinan akan jawapan-MU akan semua doa yang kupanjatkan. Dan kerana kemurahan-MU, Engkau tidak menolaknya. Aku amat menginginkan kemurahan-MU itu, aku memohon jua kepada-Mu agar Engkau mengilhamkan ketepatan doa yang ku panjatkan

Ya Allah, aku lakukan ibadah kepada-MU, sedangkan Engkau tidak menghajatkan ibadahku. Betapa sangat tergantung aku kepada kekuasaan-MU ya Rabbi, aku mohon pertolongan-MU, tunjukilah aku jalan yang lurus menuju kepada-MU dan kembalikan aku kepada-MU dengan cara yang baik

Allahumma, Ya Allah, anugerahilah aku ketaatan kepada-MU selama hayatku dan tunjukilah aku kepada sesuatu yang menjadikan Engkau redha terhadapku. Jauhkan dan lindungilah diriku dari segala yang menyebabkan terbit murka-MU..

Allahumma, ya Allah, kurniakanlah ketaatan kepada jiwaku dan sucikanlah ia. Aku mengadu kepada-MU ya Rabbi, kerana Engkau adalah sebaik-baik Zat yang mensucikan jiwa. Pelindung dan Penguasanya.


syauqatuliman,,2.55 pagi
Read more...

Wednesday, June 16, 2010

Bulan Ahlullah


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Alhamdulillah, seinfiniti kesyukuran dipanjatkan kepada Allah S.W.T, Tuhan Rabbul Izzati atas segala limpah kurnia dan hidayahNYA, Alhamdulillah,kita masih lagi diberi keizinan untuk meminjam nikmat nafas yang sememangnya tidak pernah diminta bayaran oleh yang ESA.

When ur heart feels heavy with stress or grief, remember Allah and surround yourself with zikr. “remember me and I shall remember u. be grateful to me and deny me not (2:152)

Alhamdulillah, masih lagi dipanjangkan usia oleh Allah hingga ke hari ini, menikmati keindahan bulan Rejab yang sememangnya telah kita ketahui merupakan bulan Allah.
Imam al-Qurtubi dalam tafsirnya menyifatkan Nabi s.a.w menegaskan Rejab adalah bulan Allah, iaitu bulan ahlullah. Dikatakan penduduk (mukmin) Tanah Haram itu ahlullah kerana Allah yang memelihara dan memberi kekuatan kepada mereka.


Sebelum meninjau lebih lanjut lagi,moleklah kiranya, kita berkenalan dengan bulan Rejab ini.Apakah yang dimaksudkan dengan rejab? Jika kite meneliti lebih lanjut lagi, perkataan rejab dalam tulisan jawi (RO’, JIM, dan BA).Ulama panda zaman dahulu mentafsirkan huruf (RO’) adalah berdasarkan kepada perkataan RASULULLAH, huruf (JIM) membawa maksud JIBRIL dan huruf yang terakhir iaitu (BA) yang membawa maksud BUROK’ bait kenderaan yang dinaki oleh Rasulullah semasa peristiwa Isra’ Mikraj. Oelh itu, secara dasarnya, boleh kita fahami bahawa, mengapa dinamakn bulan REJAB, kerana panda bulan itu berlakunya peristiwa yang sangat besar bagi umat ISLAM.


“Rejab bermakna kebesaran atau kemuliaan dan ia membawa maksud bulan yang dibesarkan atau dimuliakan. Masyarakat Jahiliyah menamakan bulan ini dengan bulan Rejab kerana mereka memulia dan menghormati bulan ini dengan mengharamkan berperang di dalamnya. Dan Rasulullah SAW mengekalkan nama ini dan mengharamkan pertumpahan darah di bulan Rejab. Dan bagi umat Islam, kita memperingati dan memuliakan Rejab sempena dengan peristiwa besar yang berlaku kepada Rasulullah SAW iaitu peristiwa Isra' dan Mi'raj.

Imam al-Thabrani meriwayatkan daripada Anas bin Malik, apabila tibanya bulan Rejab, Baginda mendoakan: “Ya Allah, berkatilah hidup kami di bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikan (hayat) kami kepada bulan Ramadan.








Peristiwa-Peristiwa Penting Bulan Rejab
Hijrah Pertama Hijrah ke Habsyah (Ethiopia) Pihak musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Rasulullah SAW dan mereka yang beriman kepada Rasulullah SAW pada ketika itu. Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung lalu Rasulullah SAW memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.

1.Hijrah Pertama
Hijrah ke Habsyah (Ethiopia) Pihak musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Rasulullah SAW dan mereka yang beriman kepada Rasulullah SAW pada ketika itu. Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung lalu Rasulullah SAW memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.
Tujuan hijrah ini adalah untuk menyelamatkan iman dan keselamatan diri di samping untuk mencari tapak baru untuk Islam bertapak dan menyusun langkah untuk agenda seterusnya. Diantara mereka yang berhijrah ke Habsyah ialah Saidina Othman RA dan istrinya Roqiah anak Rasulullah SAW. Jumlah mereka adalah 14 orang termasuk 4 orang wanita. Habsyah dipilih adalah kerana rajanya dikenali dengan toleransi dan sikap terbukanya.


2. Isra' dan Mi'raj
Isra'dan Mi'raj ertinya Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmuqaddis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT.
Dalam menentukan tarikh bila berlakunya peristiwa ini, sebahagian ulama mengatakan pada 27 RabiulAkhir; sebahagian ulama mengatakan pada 17 RabiulAwal; sebahagian ulama mengatakan 29 Ramadhan; sebahagian ulama mengatakan pada 27 Rejab dan sebahagian ulama yang lain mengatakan pada tanggal-tanggal selain dari yang tersebut.
Menurut Chalil, 1999 sebagaimana yang dijelaskan oleh Dr.(H) Hj. Kassim Bahali, ada setengah ulama mengatakan pada malam tanggal 7 RabiulAwal. Adapun yang terbanyak ialah golongan yang mengatakan pada tanggal 27 Rejab, sekalipun tidak dengan alasan yang kuat.
Tahun berlakunya juga terdapat perselisihan pendapat ulama, ada sebahagian yang mengatakan pada tahun ke 5 dari Bi'tsah (tahun mula diutusnya peribadi Nabi), sebahagiannya berpendapat pada tahun ke 12 dari Bi'tsah; sebahagiannya berpendapat pada tahun sebelum Nabi hijrah ke Thaif, sebahagian berpendapat pada tahun ketiga sebelum hijrah Nabi S.A.W ke Madinah dan ada yang sebahagiannya pula berpendapat lain dari semuanya itu.
Bagaimanapun seorang ahli sejarah Islam bernama Ibnu Saad telah mencatatkan dalam kitabnya "At-Tobaqatil Qubra", bahawa berlaku israk mikraj terhadap Nabi s.a.w. ialah pada lapan belas bulan sebelum Nabi S.A.W. hijrah ke Madinah dalam satu peristiwa yang amat bersejarah itu.(Tazkirah, Pusat Zakat N. Sembilan)


3. Perang Tabuk
Tabuk adalah mengambil nama sempena nama satu tempat di Utara Semenanjung Arab di mana Rasulullah SAW dan 30 ribu tentera Islam berkumpul. Tidak berlaku pertempuran kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dan gerun kepada kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi berbagai kesukaran


4. Pembebasan Baitul-Muqaddis
Baitul Muqaddis telah dibuka pada zaman Saidina Umar Al-Khattab RA di zaman pemerintahannya. Akibat kelalaian dan perpecahan uamat Islam di zaman pemerintahan Abasiyah, umat Kristian (tentera Salib) telah melakukan serangan demi serangan ke atas Baitul Muqaddis dan akhirnya dapat menawan kota suci Baitul Muqaddis setelah 500 tahun dikuasai oleh pemerintahan Islam. Tentera Salib telah menduduki Baitul Muqaddis hampir 60 tahun sebelum dibebaskan kembali oleh panglima Islam terkenal Salehuddin Al-Ayubi. Beliau telah berjaya menawan kembali Baitul Muqaddis dari tangan tentera Salib pada hari Jumaat, 27 Rejab 583H. Dan pada tahun 1967 bersamaan 1387H umat Yahudi pula menawan Baitul Muqaddis (Palestin) dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.


5. Lahirnya Imam Syafie RH.
Nama sebenar Imam Syafie RH ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghuzah, Palestin pada tahun 150H bersamaan 767 Masehi dalam bulan Rejab. Beliau adalah salah seorang dari empat imam mazhab yang besar dalam dunia Feqah. Malaysia mengamalkan mazhab Syafie.




JOM SAMA-SAMA KITA BUAT PENGISLAHAN DIRI!


Alangkah manisnya apabila kita dapat menyatukan ibadat solat, puasa, zikir, tasbih, tahlil, tahmid, qiyam, bersedekah dan kebaikan lain di bulan Rejab. Semoga amalan Rejab ini menjadi pemangkin untuk mereka yang benar-benar dahagakan kebesaran dan keagungan Allah.
Pencarian hakikat Rejab sebenarnya bermula dan berakhir dengan kesucian hati kita. Sucikan suapan, pakaian dan perbuatan kita. InsyaAllah sinar keagungan Rejab mampu menjadi milik kita secara hakikatnya.

Buat diri ini, jangan malas buat pengislahan diri, dan mentajdidkan niat. Jadikan bulan rejab ini sebagai pemangkin untuk terus istiqomah dengan segala amalan yang mampu mendekatkan diri panda RABBI.insyaALLAH


Aplikasi Computer Dalam Kehidupan Hiasi interface wajah dengan menundukkan pandangan. Jaga monitor pancaindera dengan perkakasan keimanan. Defrage ketulan hati dengan asuhan Al-Quran dan zikrullah. Scandisk amalan dengan uswatun hasanah. Clean up partition dosa² lama dengan taqarrub padaNYA... Scan virus hasutan iblis laknatullah dengan benteng iman dan keyakinan padaNYA. Refresh lah kecintaan hakiki padaNYA dengan segera dan selalu memohon keampunan NASUHA. Copy, Cut dan Paste akhlak mulia sahabat beriman. Restart lah kehidupan sementara yg seakan-akan temporary internet files yang sebelumnya dibelenggu cookies kejahatan dan noda. Clear history lama dalam recycle bin dunia... Ayuh... restartlah atau ctrl + alt + delete segala kegelapan..



wallahualam







Read more...

Thursday, June 10, 2010

DOa penDeKat JodOh


assalamualaikum,,

lamanya, xjumpa dengan ustaz haron Din,,dan ustaz2 yang lain..kuliah Pengubatan Islam untuk tahun niy pon,,xbermula lagi,,rindunya,,nk ilmu,,;(

apabila lihat gambar di atas, teringat kat ustaz yang ajar doa niy,,:D masa tu,xkira syabab atau wardah, masing-masing tersenyum,,including me:)

insyaAllah,,sedikit sebanyak,,sy akan kupas t,,sudah lewat malam,,

thaubat lailatukum semua,,sirrunaa alaa baarakatillahi,,

~2.00 A.m~
Read more...

Jealousy



It’s the most wonderful if I could LOVE HIM
As what as I’ve been in love with people here


Jealous will appear,
when YOU approach another people
Although only an hour away.


Jealous when YOUR name is called.
when they want to show their appreciation
for all sort of things that YOU had given to them
and I’m here felt being nothing to donate for ISlam


I am jealous right now….and
it’s really hurt me
my heart, beat at high speed
with angry condition.

And because of everything
You know that's impossible

And still,
You're the creation,

my jealousy
my pain
my angry
My soul
for all of these things,
i hand in everything to you,,my CREATION..ALLAH RABBUL JALIL


~syauqatul iman,,1.49 A.m ~
Read more...

Monday, June 7, 2010

DaLam hati aDa doa buat kalian




Assalamualaikum, iman,,apa khabar dirimu di saat ini? Apa khabar imanmu di saat ini? Yazid au Yanqus?? Hanya anda mengetahui jawapannya,..moga di saat ini,keimananmu sentiasa bertambah,,berusahalah untuk ke arah itu.InsyaAllah

Alhamdulillah kini, percutianku bermula selama 3minggu di kediaman yang bknlh mewah, namun cukup selesa untuk aku dan keluargaku berlindung daripada cuaca yang sentiasa tidak dapat diduga.syukur pada-Mu Rabbi..terima ksih kepada mama dan abah,kerana memberiku ruang utk aku berada di rumah.mak, terima ksih kerana mak berhenti kerja,klu tak,tentu,,sekarang niy,,kami kekurangan kasih sayang,,daripada seorang ibu..selamat tinggal jawatan Pramugari Boeing747 Malaysia to Dubai.:) Alhamdulillah,,aku merasai nikmat kebahagiaan.

Erm,,lama juga xpost..nseb baik xbersawang lagi blog niy..alhamdulillah pada 1 hb 6 yang lalu, kami,kuliah PISMP 1.01 telah mengadakan jamuan akhir sem di taman botani dan taman warisan di Putrajaya. Terima kasih yang tidak terhingga diucapankan dan didedikasikan khas buat kalian semua kerana telah memberikan kerjasama dan komitmen yang tinggi bagi menjayakan jamuan tersebut.



~sebelum bertolak ke taman..suasana agak kelam kabut kerana.............~namun,syukur,,:)




~kereta yang dipandu oleh ukhti Aisya..terima ksih aisya,,alhamdulillah,selamat nurul sampai~




pakej yang disediakan di Taman Botani



pemandangan di taman botani


Walaupun cuaca pada hari tu, amat mencemaskan,namun,Alhamdulillah, cuaca yang mendung rupa2nya tanda Allah memberikan kami keizinan untuk merapatkan ukhwah sesama kita,(ehem,,berlainan jantina,oke)..jangan bersangka buruk pada sesuatu yang Allah takdirkan, tetapi cubalah bersangka baik kerana kita xtahu apa yang berlaku panda masa akan datang ;)

Perkara pertama yang kami lakukan ialah,mengisi kekosongan perut,,




(mahal btul,,masak sendiri lagi sodap :) )




(muka2 kelaparan or kegembiraan??)


almaklumlah,sumenya teenagers jadi,,cepat lapar,,yang pasti,kami muslimat mantain,,:) selepas tu, kami berjalan2 di taman botani dan warisan.




(~walaupun cuaca mendung,,namun,,kerana ukhwah,,kami teruskan jua perjalanan,,dengan berjalan kaki)..walaupun hakikatnye,,nak naik,,



(ha,,ni lah kereta yang sepatutnya kami naik utk berjalan2 di taman ini,,tapi,,Allah xmengizinkan,,kerana cuaca mendung ,,peraturan utk menaiki kereta itu ialah jika cuaca terang)..




ni lah kawasan di taman tersebut,,nyaman,,,sukanya,



(muslimin)





(muslimat yang comei,,Subhanallah..wah,,penolong, siap wat signal tangan lagi..:) )

(ikhtilat tetap dijaga,,alhamdulillah)


em,,kmdian,yang terakhir kami wat game, sebelum, distribute hadiah kepada rakan2 yang menyambut hari lahir pada sem ini,,hee,,




~ di sinilah,hadiah dibahagi-bahagikan,,19 hadiah,,kami dapat,,upss,,not kami,,tapi yang sambut kelahiran pada sem ini,,,:) ~
em..dan paling menyeronokkan,,aku adalah salah seorang dalam kalangan mereka,,em,,yang penting,,aku juga menyediakan 11 hadiah utk sahabat2 yang menyambut kelahiran sem ini:) sanah helwah semua! (*_*)




(solat maghrib di masjid Besi,,lawa sgt,,macam Paris,,namun,,hanya beberapa kerat saja jemaah,,tanda2 akhir zaman..Allah,,)

huu,,eh,,belum lagi,,last sekali, kami beramai2 pergi ke pasar malam sebelum pulang ke kampus terchenta, IPG Kampus Pendidikan Islam..smpi je kat pintu masuk,,kami ditahan,,huu,,dan lucu nya,,xsangka,,aku terlepas daripada borang hijau(borang keslahan) terima kasih warden yang baik hati! Tuan Mat Zin bin Tambhy,,xsia2 aku berkhidmat tahun lepas,,nseb bek,,beliau ingat aku,,klu x,,isi borangla nmpk gayanye,,syukur:)

wat teman2 semua,,dedikasi ini khas buat kalian:

aKan ku curi haTi kalian deNgan izin Allah..
aKan ku saYangi hati itu dan,,
aKan ku pastikan daLam doaku tiDak tertinggal memohon kepada Allah agar hati-hati kita kan sentiasa daLam ketaatan padaNYA
deNgan sentiasa dibajai ukhwah fillah dan disuburi deNgan husnuzzon sesama kita.
moga hati2 itu akan menghiasi kita dengan peribadi muslim yang unggul..AMIN YA RABB



Read more...