Tazkiyatun Nafs

Rasulullah SAW bersabda bermaksud:

Sesungguhnya Allah memiliki seratus rahmat, Dia menurunkan satu rahmat daripada-Nya untuk manusia, jin, serangga dan binatang.
Dengan satu rahmat itu mereka saling berkasih sayang.

Dengan satu rahmat itu binatang buas mengasihi anaknya.

Dia menangguhkan lagi kurniaan sembilan puluh sembilan rahmat, dengan itu Dia akan merahmati hamba-Nya pada hari kiamat.

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Tuesday, February 8, 2011

~Ekonomi...~

Asas Kekuatan ekonomi?

Kemelut Dunia Semakin Gawat.

Ada golongan yang begitu gairah ingin menegakkan hukum Allah di muka bumi ini tetapi menjadikan asas kebendaan dan angka-angka sebagai simbol dan ukuran kepada kekuatan,kegemilangan dan kejayaan.


Golongan Ini Juga Menyangka Bahawa Merekalah Yang Benar-Benar Mampu Menegakkan hukum Allah di muka bumi ini dengan menggunakan model mereka sendiri.
Walhal tanpa disedari mereka bersikap kufur terhadap Allah kerana menjadikan hawa nafsu mereka sebagai petunjuk dalam menghukum dan menentukan matlamat perjuagan mereka.


Golongan Ini Menyangka agama Allah itu tertegak semata-mata dengan kekuatan ekonomi,politik,hiburan,IT,ketenteraan dan sebagainya.
Malah Tanpa Segan silu golongan ini menghukum bahawa tanpa semua ini Islam akan hancur dan berkubur,Islam akan ketinggalan,Islam tidak akan maju dan akan mengalami segala yang pasif dan lemah.


Inilah sangkaan mereka walhal mereka buta al-Quran & al-Hadith.
Mereka meminggirkan sejarah kegemilangan zaman Rasulullah SAW dan para sahabat yang tercatat dalam sirah baginda.
Mengapa ini terjadi?


Di zaman para sahabat golongan yang hampir dengan Allah (para aulia) dijadikan sumber rujukan bagi mendapatkan pandangan serta buah fikiran berhubung sesuatu perlaksanaan yang akan di buat oleh Khalifah.


Para sahabat bimbang sekiranya golongan ini disisih dari mengambil bahagian dalam melaksanakan hal ehwal kenegaraan kepada rakyat akan menyebabkan mereka sitipu oleh hawa nafsu mereka serta akan mendapat kemurkaan dan bala dari ALLAH.


Allah Berfirman didalam al-Quran dari surah al-Munafiqun ayat 8 yang berbunyi “Keagungan itu hanyalah bagi Allah dan RasulNya dan bagi orang-orang mukmin”.
Ini jelas membuktikan bahawa kemakmuran,kejejahteraan dan kesenangan hidup di dunia dan akhirat hanyalah dekalangan mereka yang sentiasa berusaha mengingati Allah dan menjadikan para aulia sebagai contoh dan ikutan.


Pada hakikatnya Islam itu berkembang pada nilai ketakwaan pegikutnya.Ini disebabkan seorang mukmin sejati akan mewarisi sifat-sifat Rasulullah seeperti benar,amanah,sabar dan menyampaikan kebenaran.


Seorang mukmin sejati tiidak akan mengeluh dan merungut atas apa-apa amanah yang ditugaskan kepadana kerana ia melihat tugas tersebut adalah amanah dari Allah disamping mendapat rezeki yang halal.


Sebaliknya apabila Allah SWT menganugerahkan mereka dengan kesenangan harta benda,mereka bersyukur dan mempergunakan harta tersebut untuk kebajikan umat Islam sejagat.


Inilah kekuatan orang mukmin yang digeruni oleh musuh-musuh Islam sejak dahulu hingga ke hari kiamat.


Islam melarang keras pengikutnya dari menjadikan hawa nafsunya sebagai jalan penyelesai kepada masalah ummah walaupun pada zahirnya dilihat sebagai tingakan yang menguntungkan.


Suatu kisah pernah berlaku di zaman Rasulullah SAW yang menceritakan mengenai kisah seorang pengembala kambing yang bernama Saklabah.
Saklabah merupakan keluarga yang amak miskin lalu beliau datang mengadu hal kesusahan hidupnya kepada Rasulullah SAW.


Saklabah menceritakan ia dan isterinya terpaksa berkongsi pakaian untuk melakukan solat kerana tidak mempunyai pakaian lain.
Ia akhirnya mendesak Rasulullah supaya mendoakan agar di beri kesenangan.
Pada mulanya,Rasulullah SAW melarang ia dari meminta kesenangan,tetapi Saklabah terus mendesak.


Akhirnya Rasulullah SAW pun berdoa supaya beliau diberi kekayaan.
Berkat dari doa Rasulullah SAW tersebut,maka Allah telah membiakkan dari dua ekot kambingnya kepada beribu-ribu ekor.


Ini menyebabkan Saklabah bertambah sibuk menguruskan kambing-kambingnya sehinggan beliau tidak sempat lagu untuk menghadiri solat berjemaah di masjid.


Dari satu waktu kesatu waktu Saklabah terpaksa meninggalkan solat berjamaah hinggan akhirnya beliau tidak sempat lagi untuk datang bersolat jamaah dan juga tidak sempat lagi untuk solat jumaat disebabkan sibuk menguruskan ternakannya.


Lebih malang lagi apabila ia tidak menggeluarkan zakat kerana tamakkan hartanya.
Akhirnya Saklabah mati dalam mengingkari hukuman Allah SWT.


Begitulah antara pengajaran yang menceritakan bagaimana tipuan syaitan ke atas manusia yang mulanya merupakan seorang yang beriman tetapi apabila di uji oleh Allah dengan kekayaan telah menjadikannya bersifat bakhil dan kufur.


Inilah yang kebanyakan berlaku kepada orang islam waktu ini.
Pada peringkat awal perniagaanya,ia berupaya melakukan ibadat kepada Allah SWT,tetapi sebaik sahaja telah dianugerahkan sediki kemewahan,ia sudah mula lupa daratan.


SANGKAAN KITA BAHAWA APABILA ADA HARTA BARULAH SENANG UNTUK BERIBADAT,INI AWAL-AWAL LAGI SYAITAN TIPU


Tiada masa untuk ke masjid dan akhirnya tiada masa untuk melakukan solat.
Sebelum ini mereka tidak pandai memanjat bukit Genting (Casino) yang tinggi.Dulu setahun sekali mengerjakan umrah,sekarang ke Dumai dan Golok sudah lumrah.


Inilah kesannya apabila iman yang belum cukup teguh bertapak di dalam hati.
keadaaan ini menyebabkan diri mudah dipermainkan oleh hawa nafsu dan syaitan serta diperbudak-budakkan oleh air,api,tanah dan angin.
Kekuatan ekonomi bukanlah asa utama untuk membentuk keimanan.Jika kita menyatakan bahawa dengan kekuatan ekonomi barulah Islam akan bertegak teguh,bersatu dan maju�
Lihatlah apa yang telah terjadi kepada negara-negara Islam sejak berpuluh tahun yang lampau tetapi masih tidak mampu melaksanakan syariat Islam,mundur dan berperang sesama sendiri.


Walhal,jika hendak dibandingkan kekayaan yang ada di dunia ini tidak kurang dimiliki oleh orang-orang Islam sendiri.
Penguasaaan minyak dunia Keseluruhannya dimiliki oleh negara-negara Islam tetapi kemanakah perginya kekayaan tersebut?
Begitu juga dalam bidang pertanian,perniagaan dan sebagainya tidak kurang domonopoli oleh orang-orang islam.


Bahkan wang zakat umat Islam juga telah mencecah berbillion ringgit tetapi kemanakah perginya wang itu?


Tidak dinafikan ada golongan yang sanggup untuk menyumbang ke arah pembangunan agama,tetapi berapa ramaikah yang benar-benar ikhlas ke arah itu?
Kebanyakkannya menyumbangkan hanya sebilangan kecil dari kekayaan mereka jika dibandingkan dengan harta yang digunakan untuk kemewahan diri sendiri dan memuaskan kehendak hawa nafsu mereka.


Jika kita singkap kembali di zaman Rasulullah SAW yang memimpin dan membentuk kerajaan Islam ketika itu,kita mendapati umat Islam ketika itu berada dalam keadaan serba miskin.Segala kekayaan yang dimiliki oleh beberapa tokoh jutawan Islam sebelum itu seperti Saidina Abu Bakar r.a,Abdul Rahman bin Auf r.a dan beberapa lagi telah habis digunakan untuk menegakkan perjuangan Rasulullah dan Islam.
Mereka telah menghabiskan keseluruhan harta mereka untuk menegakkan agama.
Namun dalam keadaan serba miskin tersebut Baginda Rasulullah dapat mentadbir negara dengan penuh cemerlang,tiada berlaku amalan rasuah,penipuan,salah guna kuasa,kadar jenayah yang sedikit dan negara berada dalam keadaan aman.


Susulah dari itu kegiatan perdaganganmelalui jalan laut telah membuka era baru kepada perkembangan ekonomi umat Islam ketika itu.
Rahmat dan barakah dari perjuangan Rasulullah SAW itulah perkembangan ekonomi umat islam mula berkembang.


Rentetan dari zaman para sahabat pula menyaksikan perdagangan umat Islam telah menular keseluruh pelusuk dunia disamping perkembangan dakwah yang dibawa oleh para pedagan Islam.

Kesan dari perkembangan perdagangan dan penyebaran Islam oleh para pedagang Islam inilah kita di Asia Tenggara ini diberikan rahmatNya utuk menerima Islam.
Punca utama kejayaan ekonomi yang dipelopori oleh pedagang Islam ketika itu adalah kerana ketinggian akhlak Islam yang disebatikan dalam urusan perdagangan oleh para pedagang tersebut.
Sifat-sifat terpuji yang dimiliki Rasulullah SAW dijadikan idola dan penghayatan oleh para pedagangan Islam dalam melaksanakan urusan perdagangan dengan mereka dengan seluruh masyarakat di seluruh ceruk rantau.
Sifat-sifat amanah,tidak menipu,bertolak ansur dan benar dalam segala urusan menjadikan para pedagang Islam dihormati dan disenangi oleh semua golongan yang berurusan dengan mereka.
Sejarah dunia juga membuktikan bahawa bagaimana pedagang-pedagang eropah terpaksa mencari pasaran baru di pelabuhan lain kerana tidak sanggup menyaingi kehebatan para pedagang Islam yang berakhlak mulia itu.
Bukan sekadar itu,Kesan dari kejayaan para pedagang Islam yang berjaya menguasai lepabuhan demi pelabuhan dunia ketika itu,perkembangan agama Islam juga turut tersebar.


Ini juga antara bukti bahawa Islam itu berkembang bukan politik sebagaimana agama-agama lain di dunia seperti agama kristien yang di sebar melalui penjajahan kuasa barat ke atas negara lain.
Hakikatnya Islam dikembangkan oleh para pedagang yang bukan berasaskan memaksa orang lain untuk memeluk Islam tetapi disebabkan akhlak mulia yang dibawa oleh para pedagang Islam sehingga berjaya menarik minat masyarakat setempat untuk menerima Islam.


Islam tidak menafikan bahawa kemajuan ekonomi adalah perlu dalam memajukan umat Islam tetapi ia bukanlah matlamat sebenar.
Kaum sufi melihat sumber kekayaan itu adalah anugerah ilahi sebagaimana sumber minyak di negara Arab tetapi lantaran sifat tamak,sombong dan ingkar dengan syariat Allah maka Allah menurunkan bala sehingga menjadikan bahan mentah tersebut di kuasai oleh musuh-musuh Islam.


Islam juga melihat sumber kekayaan dan hasil kemakmuran negara boleh dinikmati oleh setiap golongan rakyat dan bukannya hanya dimiliki oleh beberapa golongan sahaja.
Lihatlah ketika zaman Rasulullah SAW,tidak semua sahabat yang hidup bersama Rasulullah SAW mengumpulkan harta semata-mata untuk kepentingan dirinya sendiri kecuali Saklabah yang kita perkatakan sebentar tadi.


Hatta sewaktu wafatnya Rasulullah SAW baginda tidak meninggalkan walau sedikit harta.Kalau harta menjadi tunggak kejayaan Islam,nescaya Rasulullah SAW akan meninggalkan harta kepada anak cucu baginda;tetapi ini bukannya tunggak,hanya keperluan sahaja selepas kejituan iman.


Pernah satu peristiwa Rasulullah SAW bersabda “Tuhanku telah menawarkan kepada aku untuk menukarkan bukit-bukau yang terdapat di Mekah menjadi emas.
Tetapi aku menadahkan tanganku dan berdoa kepada Allah;Ya Allah! Aku suka makan pada suatu hari dan lapar pada suatu hari yang berikutnya supaya aku dapat megingati Engkau apabila aku lapar dan memuji-mujiMu serta mensyukuri nikmat Engkau apabila aku kenyang”.

Jika Rasulullah SAW sebagai ikutan kita telah berdoa kepada Allah supaya tidak dilimpahkan dengan kekayaan,kenapa pula kita menyatakan bahawa kekuatan umat Islam terletak pada harta-benda semata-mata?
Sudah menjadi Sunnatullah dan Sunnatulrasul bahawa bagi menegakkan agama Islam kita hanya memerlukan kekuatan keimanan terlebih dahulu.


Ekonomi hanyalah keperluan bukannya matlamat. Matlamat kita ialah beriman kepada Allah

No comments: