Tazkiyatun Nafs

Rasulullah SAW bersabda bermaksud:

Sesungguhnya Allah memiliki seratus rahmat, Dia menurunkan satu rahmat daripada-Nya untuk manusia, jin, serangga dan binatang.
Dengan satu rahmat itu mereka saling berkasih sayang.

Dengan satu rahmat itu binatang buas mengasihi anaknya.

Dia menangguhkan lagi kurniaan sembilan puluh sembilan rahmat, dengan itu Dia akan merahmati hamba-Nya pada hari kiamat.

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Tuesday, February 23, 2010

~Bertunang Dengan Kematian~

Assalamualaikum,,buat musafir hina,,

em,,hari niy,,ana alhmdulillah,,di beri lagi peluang oleh KHALIQ, untuk merasai 2 nikmat yang terbesar, iaitu,,IMAN dan ISLAM..


ya Allah,,sudah meningkat usiaku yang ke 20 tahun,,maka kini,,aku semakin dekat dengan kematian yang sememangnya pasti,,

" Hakikatnya , semakin meningkatnya usia kita , semakin dekat diri kita dengan kematian , semakin diri kita dengan kematian , makin dekatlah diri kita kepada Allah S.W.T. Melupakan mati adalah kematian jiwa manakala mengingatinya adalah kehidupan yang sebenar. Mengingati kematian tidak menjadikan kita cetek pemikiran atau pendek aqal bahkan kita dapat menghayati keluasan kehidupan "



Saat menulis blog ini , aku masih termangu. Saat kematian menjemput, apakah aku sudah siap? Dosa masih sangat banyak menggunung, amal ibadah masih sangat sangat sedikit. Oh Tuhan, ku tahu kematian pasti akan datang, tapi siapkah aku? Entahlah, mungkin aku tak akan pernah siap menghadapi kematian. Ya Allah.....ya rabb....ampuni dosaku, ampuni dosa hamba dan keluarga hamba, dan dosa seluruh kaum muslimin, maafkan kami, dan sayangilah kami ya Allah .......(*_*)


seusai, bersolat,,ku menadah tangan,,penuh qudus ku hamparkan isi hatiku pada-MU RABBI,,ya RABBI,,hatiku sakit memikirkan segala dugaan ENGKAU,,(ku silap menilai,kerana ku hamba-MU yang hina) sedangkan ENGKAU tidak pernah memberikan ujian yang xmampu ditanggung oleh hamba-MU..


~Ya rabb, aku tak mengharap yang terbaik untuk setiap yang berlaku andai itu bukan redhamu, aku Cuma ingin bahagia dalam diduga. Aku redha hatta bertimpa ujian walau berganada. Ya rabb, hinanya aku di saat rebah luka berdarah, baruku mencari arah bergantung sembah. Jangan biar air mataku menitis kerana timbunan ujianMu, sedang ia mengarca jiwa membentuk rasa. Jangan biar ia menits kerana sakit dunia yang meleka jiwa menyeksa atma. Biarkan ia menitis kerana seulas rasa seorang hamba yang berdosa.~


lalu ku capai AL-Quran, sebagai santapan rohaniku,penenag jiwaku, serta pelerai bagi segala kekusutan,,masyaALLAh,,tarbiyah dan sentuhan-MU sangat halus,,ku temui pemujuk jiwa,,saat ku lemah,,lembutnya,,sapaan-MU Rabbi,,tidak Engkau biarkan hamba-Mu derita dalam ujian-MU..


51. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Tidak sekali-kali akan menimpa Kami sesuatu pun melainkan apa Yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dia lah Pelindung Yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang Yang beriman bertawakal".
(SURAH AL_TAUBAH ayat 51)

memang benarlah,,–ujian dan dugaan merupakan tarbiah dari Allah yang bukan mudah dan juga susah. Ada mehnah dan ada rencah. Tapi ingatlah semuanya itu punyai nur hidayah buat hamba2nya yang bila diuji tiada keluh kesah, wujudnya cinta mahabbah, cintanya terhadap Allah bertambah, hatinya kian tabah dan jiwa raganya penuh pasrah. Allah mengerti kita lemah tapi disebalik kelemahan itu ada rahmah.janji kita yakin dan tak sekali berpaling tadah.-

walaubagaimanapun,,musafir ini bersyukur kerana dikelilingi teman-teman yang xputus2 memberikan kata2 semangat,,agar musafir boleh terus thabat di atas jalan-NYA,,terima ksih semua,,antuunna memang "the Bez!"

"Ya Allah, jagalah teman dakwahku, kuatkan kakinya di jalan Mu. Kuatkan jasadnya dengan rahmatMu. Kuatkan rohnya dengan rohMu. Buatkan dia tersenyum hingga ke syurgaMu."




(moga keimanan kita semua bertambah dr semasa ke semasa)




(Kupungut daun –daun kesabaran, kubersihkan akar- akar keimanan, kurawat ranting- ranting keikhlasan hingga tumbuh pohon kejujuran untuk kusemai ikatan ukhwah berpanjangan.)





terima ksih,,atas segala doa kalian,,terhadap musafir hina ini,,moga segala doa kalian,,dimakbulkan oleh Allah,,amin3



tidak lupa juga,,buat family yang tidak putus2 mendoakan anakmu ini,,alhamdulillah,,anakmu,,kini meningkat dewasa,,moga ku mampu berikan sumbangan yang terbaik sepanjang hidupku utk kalian, agama, dan bangsaku ini..insyaAllah...

tidak lupa juga,,kepada insan yang sentiasa berada di sisiku saat ku senang dan saat ku berduka,,terima ksih ye awak,,,awak memang baik;) moga kita semua peroleh kejayaan yang cemerlang dunia dan akhirat

dan buat musafir hina ini:
"Semoga berjaya menjadi gadis mulia semuli diri Maryam, berjaya menjadi wanita faqihah, sebijak minda Aisyah. Berjaya menjadi perempuan tabah,setabah ahti asiah. Berjaya menjadi srikandi kebanggaan sahabat jiwa sumaiyyah. Berjaya menjadi hiasan dunia, seindah akhlak Rabiatul Adawiyah. Semoga berjaya menjadi isteri solehahsebaik budi khadijah. Dan berjaya menjadi kekasih dan wanita idaman kecintaan Allah."

"Taatkan dirimu bak srikandi khadijah. Tabahkan hatimu sekukuh hati asiah. Haluskan akhlakmu seperti fatimah Azzahra, sampaikan ilmumu sebijak si merah Aishah. Teguhkan imanmu seteguh iman Sumaiyah. Sucikan hatimu sesuci hati rabiatul adawiyah. Barulah hatimu menjadi Ainul mardiah."

No comments: