Tazkiyatun Nafs

Rasulullah SAW bersabda bermaksud:

Sesungguhnya Allah memiliki seratus rahmat, Dia menurunkan satu rahmat daripada-Nya untuk manusia, jin, serangga dan binatang.
Dengan satu rahmat itu mereka saling berkasih sayang.

Dengan satu rahmat itu binatang buas mengasihi anaknya.

Dia menangguhkan lagi kurniaan sembilan puluh sembilan rahmat, dengan itu Dia akan merahmati hamba-Nya pada hari kiamat.

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Tuesday, December 22, 2009

baKal KembaLi ke Kampus,,

em,,pejam celik,pejam celik,masa berlalu dgn begitu pantas,,,da msuk bulan 12


~em,,xlame lagi menjelang tahun baru,,itu pun,,jiKa aku sempat unTuk merasai tahun baru,,yela mana la tahu, Allah da tarik baLik nKmat naFas yang DIA pijamkan kat aku,,walau bagaimanapun,,terima ksih Ya Allah kerana di saat aku menulis coretan niy,Engkau masih lagi beri aku nkMat hDup,,alhamdulillah


~3 Januari 2010, ---da msuk kampus,,hari pendaftaran plak tuh,,bakpe awal nagt eh,,patutnyer kaLau tahun2 lepas, semnggu lwt pas buka sekolah,,ujian2,,tanda Allah syg kat kiter,,jgn bercedey kawan2,,hehe mOga kite ketemu semula,,=)amin3


~x saBar nk letakkan jawatan JPP..huhu fening fale pegang wet banyak2,,,kalau iman xkuat..rse nk amek jer wet banyak2 tuh..namun,,alhamdulillah terima ksih mak n abah atas didikan kalian,,terima ksih ya Allah,,xrambang mata tgk duit bebanyak,,huhu mane x nyer,,skali pegang 7 ribu..exco aku plak,,sesuke ht bg pegang bebnyk,,dia cayekan aku la tuh,,hehe abg ikmal,abg ikmal,,em,,moga aku dpt wat yang terbaik sebelum ku melepaskan jawatan tuh,,amin3,,,

~ tu jela coretanku,,ha,,waktu niy,,aku kat umah akak kat HUKM,pErsint perdana,xtahu nk wat gapo,,jap g nk temankan dia g HUKm utk jupe doctor..almaklumlah,,xlame g insyaAllah bln 1 aku jadi makcik,,hehe..daa...
Read more...

si cUmeL,,;)




MALAM TADI KAMU DAN KAWAN BAIKMU BERTENGKAR.
KAMU MEMBUAT KEPUTUSAN TAK MAHU BERCAKAP DGNNYA KEESOKAN HARINYA.
DIA SENYUM KEPADAMU.SEBALIKNYA KAMU MENGETAP GIGIMU KPDNYA.
DIA MENCERITAKAN PERKARA YG BAIK TENTANG KAMU KPD KWAN2NYA YG LAIN.
KAMU PULA MENYEBARKAN KHABAR ANGIN MENGENAINYA.

DIA CUBA MENDEKATIMU DAN MENEGURMU.
TAPI KAMU TOLAKNYA KE TEPI.
BAGINYA KAMU SEORG KAWAN YG TERBAIK.
KAMU PULA RASA DIA SEORG KAWAN YG PALING TERUK PERNAH KAMU JUMPA.
DIA PUN MENULIS NOTA KPDMU DAN MENCERITAKAN SEMULA KENANGAN MANIS YG
PERNAH KAMU DAN DIA KONGSI BERSAMA.

KAMU PULA MENULIS SEMUA SAAT BURUK YG KAMU INGAT SEPANJANG BERSAMANYA.
JAUH DI SUDUT HATIMU KAMU MENGASIHANINYA. TAPI DI HATIMU SUDAH PENUH
DGNKEBENCIAN.
KEESOKAN HARINYA KAMU JUMPA SATU NOTA DRPDNYA:

DEAR_________,
SAYA CUBA MEMBERITAHU KAMU SEMLM TAPI KAMU TAK BERI PELUANG UTK SAYA
BERCAKAP. SAYA CUBA BERITAHU KAMU BERITA GEMBIRA TAPI KAMU TAKUT UTK
MENDENGARNYA.SAYA CUBA UTK SENYUM KPDMU TAPI KAMU SAMBUT SENYUMAN SAYA
DGN KEBENCIAN. SKRG NI KEADAAN SAYA SGT TERUK DAN MAKIN TERUK.

SAYA MINTA MAAF SBB HARI NI SAYA TAK DPT BERJUMPA DGN KAMU.
SAYA TULIS SURAT SEMASA SAYA DI HOSPITAL.SAYA SUDAH KESUNTUKAN MASA.
SAYA MINTA MAAF SBB TERPAKSA BERITAHU KAMU SKRG.
SAYA MINTA MAAF ATAS PERGADUHAN KITA,KAMU MMG SEORG KAWAN YG HEBAT.
SAYA JANJI SAYA AKAN SENTIASA MEMERHATIKAN KAMU.

SALAM KASIH SAYANG,

________________

KAMU PUN BERLARI KE HOSPITAL UTK MEMINTA MAAF PDNYA.
TAPI HANYA IBUNYA SAJE YG ADA DI SITU.
IBUNYA MENEKAP MUKANYA DGN KEDUA BELAH TGNNYA.
DAN DIA PUN MENANGIS.DIA MELUTUT DAN BERDOA SUPAYA TUHAN KEMBALIKAN
ANAKNYA.
KAMU SUDAH TERLAMBAT.KAMU BERHARAP DPT BERITAHU KAWANMU YG KAMU MINTA MAAF DAN UCAPKAN SELAMAT TINGGAL.

PENGAJARANNYA:

SEMUA KAWAN ADA MASA NAIK DAN TURUN.DAN KADANGKALA KAMU PERLU MEMINTA
MAAF.JGN TUNGGU ORG LAIN MELAKUKANNYA DULU.SBB KAMU TAKKAN TAHU APE
AKANTERJADI ESOK HARI.



I'M THANKFUL U'RE MY FREN.....Luv U aLL my DeaR,,,,
Read more...

Sunday, December 20, 2009

SUATU malam ketika aku sedang nyenyak tidur tiba-tiba aku melihat seolah-olah ayahanda menjelma di hadapanku. Perasaan kasih pada ayahanda tidak dapat ditahan-tahankan lagi, lalu aku berteriak: "Ayah... sudah lama tiada berita dari langit sejak ayahanda tiada!"
Waktu itu aku terlalu rindu setelah beberapa hari ayahanda wafat. Ketika aku sedang memanggil-manggil ayahanda, muncul pula para malaikat bersaf-saf lantas menarik tanganku, membawa aku naik ke langit.

Apabila aku mendongak temampaklah istana-istana indah yang dikelilingi taman-taman pawana serta anak-anak sungai mengalir saujana mata memandang.
Keindahan istana demi istana dan taman demi taman berjajaran di hadapan mata begitu mengasyikkan. Dari celahan pintu-pintu istana tersebut menjelmalah para bidadari seolah-olah patung bernyawa yang sangat jelita, sentiasa tersenyum dan bergelak ketawa. Bidadari itu berkata kepadaku: "Selamat datang wahai makhluk yang diciptakan syurga untuknya, dan kerana ayahanda kamu, kami diciptakan..."
Malaikat itu terus membawa aku naik ke langit seterusnya sehingga memasuki sebuah tempat yang dipenuhi istana-istana yang lebih indah daripada sebelumnya. Cahayanya bergemerlapan.
Dalam setiap istana itu terdapat rumah-rumah berisi pelbagai perhiasan indah yang belum pernah dilihat mata, tidak terdengar di telinga dan tidak pernah tersirat di hati. Penghuni istana-istana ini sentiasa bergembira, bergelak ketawa dan ceria. Di istana itu terdapat pelbagai kain sutera nipis dan tebal. Juga terdapat selimut-selimut daripada sutera dengan pelbagai warna dan corak.
Di atas rak-rak kelihatan pelbagai jenis gelas diperbuat daripada emas dan perak yang sungguh menawan. Pelbagai jenis hidangan makanan, buah-buahan serta air minuman yang lazat dan enak tersedia untuk dimakan. Pemandangan di taman-taman pula sungguh memukau dengan aliran sungai yang warnanya lebih putih daripada susu, rasanya lebih manis daripada madu dan baunya lebih semerbak daripada kesturi.
Aku yang kehairanan dan takjub lantas bertanya: "Untuk siapakah tempat-tempat indah sebegini dicipta? Apa nama sungai-sungai yang harum mewangi ini?"
Malaikat-malaikat itu menjawab:
"Tempat ini adalah Firdaus, tempat paling tinggi dan tiada lagi syurga di atasnya. Syurga Firdaus ini khas untuk singgahsana ayahandamu, semua rasul, nabi, para syuhada dan syiddiqun yang dicintai Allah. Sungai ini bernama al-Kautsar yang telah Allah janjikan kepada ayahandamu."
Aku bertanya lagi: "Di mana ayahandaku?"
Malaikat-malaikat menjawab: "Sebentar lagi ayahandamu akan datang menjemputmu!"
Tidak lama kemudian aku ternampak istana-istana yang sangat putih dan permaidani yang tersangat indah. Tiba-tiba aku sudah berada di atas permaidani yang terbentang di atas singgahsana. Aku ternampak ayahandaku sedang berehat di atas singgahsana tersebut dikelilingi sekelompok orang yang tidak dikenali. Ayahanda menarik tanganku dan mencium dahiku berkali-kali.
Ayahanda berkata: "Selamat datang wahai puteriku!"
Lalu ayahanda meletakkan aku di atas pangkuannya dan berkata lagi:
"Wahai puteriku, tidakkah engkau lihat apa yang telah dijanjikan Allah kepadamu dan yang akan engkau perolehi?"
Ayahanda menunjukkan istana-istana yang disaluti bermacam-macam hiasan yang indah menawan serta berkilau-kilauan, saujana mata memandang. Ayahanda berkata: "Inilah tempat tinggalmu, kediaman suamimu, kedua-dua anakmu serta orang-orang yang mencintaimu dan mencintai mereka. Bergembiralah... engkau akan mengikut ayahanda datang ke sini beberapa hari lagi..."
Aku berkata: "Kalau begitu senanglah hatiku dan bertambah rindu pada ayahanda."
Selepas berjumpa beberapa ketika dengan ayahanda, aku terjaga. Tubuhku menggigil dan terasa takut yang amat sangat. Aku masih teringat-ingat bisikan ayahanda. Aku akan mengikut langkah ayahanda beberapa hari lagi. Aku masih ingat ayahanda berkata perkara yang sama sebelum wafat. Ayahanda pernah membisikkan bahawa akulah orang pertama yang menyahut panggilan Ilahi selepasnya.
Sejak hari ayahanda wafat lagi aku selalu menangis dan bersedih. Perasaan sedih makin terasa selepas bermimpi bertemu ayahanda. Aku tahu tidak lama
lagi aku akan meninggalkan dunia fana ini untuk bersama ayahanda tercinta di akhirat yang kekal, aman dan sentosa.
Aku menceritakan mimpi tersebut pada suamiku dan juga pembantuku Asma binti Umays. Aku beritahu saat ajal hampir tiba. Asma menunjukkan pelepah kurma basah untuk membuat usungan seperti yang dilihat dibuat di Habshah.
Aku tersenyum apabila melihat keranda itu. Aku berwasiat supaya jenazahku nanti dikebumikan pada malam hari agar tiada seorang pun yang marah apabila melihat jenazahku. Aku juga meminta suamiku supaya menikahi Umamah, saudara perempuanku. Umamah menyayangi anakku seperti aku menyayangi mereka.
Setelah merasa saat ajal hampir tiba aku membawa dua orang anakku menziarah makam ayahanda. Tubuhku terasa sangat lemah untuk memijak. Tapi aku gagahi juga untuk bersembahyang dua rakaat antara mimbar dan makam ayahanda.
Tidak lama lagi jasadku akan berpisah dengan roh. Aku akan meninggalkan dua puteraku. Lalu aku peluk dan cium kedua-duanya bertubi-tubi. Sayang, ibumu terpaksa pergi dulu...
Selamat tinggal sayangku, puteraku dan suami tercinta. Biarlah aku menghadap Ilahi tanpa tangisan sesiapa. Aku tidak sanggup melihat tangisan puteraku dan suamiku. Biarlah mereka berada di sisi makam ayahanda dan suamiku bersembahyang. Kalau boleh aku mahu tinggalkan dunia ini dalam bersujud pada Ilahi.
Aku terus meninggalkan dua puteraku dan membiarkan suamiku bersembahyang di masjid. Aku mengambil ramuan hanuth, sejenis pengawet mayat yang ayahandaku biasa gunakan. Aku siramkan air ramuan itu ke seluruh tubuhku. Kemudian aku memakai kain sisa kapan ayahandaku. Selepas itu sekali lagi aku memanggil Asma binti Umays yang sentiasa mengurus dan merawatku.
Pada Asma aku berpesan, "Wahai Asma, perhatikanlah aku. Sekarang aku hendak masuk ke rumah membaringkan tubuhku sekejap. Jika aku tidak keluar, panggillah aku tiga kali dan aku akan menjawab panggilanmu. Tetapi jika aku tidak menjawab, ketahuilah aku telah mengikut jejak langkah ayahandaku!"

Setelah sejam berlalu, Asma memanggil-manggil nama wanita itu tetapi tiada sebarang jawapan. Ketika penjaga itu masuk, dia terkejut apabila melihat wanita kurus cengkung itu meninggal dunia dalam sujudnya. Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun...

***********
Aku dalam cerita di atas ialah Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah dengan isteri pertamanya Siti Khadijah. Fatimah meninggal dunia dalam usia 28 tahun setelah 40 hari Rasulullah s,a.w. wafat dan jenazahnya dimakamkan di perkuburan Baqi' di Madinah. Masih adakah wanita solehah seperti Fatimah di zaman moden ini?

Sumber: Mastika, Mei 2006
Read more...

Thursday, December 17, 2009

keLuhAn SeoRang Lelaki Utk waNita,,

Keluhan seorang lelaki untuk wanita,,ku sayang kamu semua

Keranamu ramai dari kalangan kaum kami menderita menanggung dosa...
Tidakkah kau sedar betapa agungnya ciptaanmu di saat adam mendambakan seorang teman??
Tidakkah kau kasihankan kami yang asalnya kamu dari tulang rusuk kami??
Jika kau berakal pasti kau kasihankan kami..
kenapa perlu kau singkatkan pakaianmu,
serlahkan auratmu, jarangkan kainmu,
bertutur ikut nafsu, bergaul tanpa rasa malu…kenapa??
tidakkah kau tahu kami akan dilaknat sekeras2nya oleh ALLAH disebabkan perbuatanmu itu..

adakah kau terlalu bangga dengan apa yang kau miliki??
sedarkah dikau ayahmu, adik lelakimu dan abg2mu jua asalnya dari kaum kami?? yang bakal diazab dengan azab yg pedih disebabkan kejahilan sebahagian dari kaummu..

kami tidak mampu setiap masa perlu menjaga pandangan mata, hati dan perbuatan untuk mengelak dari fitnah yang kau cipta.
Maafkan kami andai kau rasakan kami yg bersalah kerana tidak pandai meluruskanmu kearah tarbiah yang sepatutnya kami warisi dari rasulullah..

andai kerana sejarah masa silam yang memaksa dikau jadi begini kembalilah engkau kepada ALLAH,
sesungguhnya ALLAH maha pengampun lagi maha mengasihani,
siramilah kembali hati2mu dengan siraman taqwa yang bercahayakan iman dan berbajakan keikhlasan agar kau menjadi sebahagian dari pejuang2 agama ALLAH yang kian hilang di akhir zaman ini..

sedarlah wahai wanita..
engkaulah hiasan duniawi andai iman yang kau julang, malah engkau juga seburuk2 hiasan andai iman tidak kau pegang..
sekiranya kau pernah jatuh, bangunlah membina kekuatan agar engkau menjadi gagah, janganlah kau biarkan dirimu terus jatuh dan terus tenggelam dalam permainan duniawi…sesungguhnya perempuan yang tidak beriman adalah sebaik2 senjata bagi syaitan untuk menyesatkan kami dari jalan ALLAH..NAUZUBILLAH…

Nasihatku untukmu…

Bentuklah dirimu mengikut acuan islam.
Hamparkanlah sifat malumu supaya tiada ruang lagi untuk kami difitnah.
Labuhkanlah pakaianmu agar kau dipelihara oleh ALLAH sepanjang masa.
Jagalah tutur katamu sehingga tidak menarik minat kami untuk mengetahui apa yg kau bicarakan.
Basahkanlah lidahmu dengan zikrullah supaya hatimu menjadi pendinding kepada kecantikan yang kau miliki.
Hiasilah dirimu dengan Alquran supaya kau tahu betapa mulianya dirimu di dalam ISLAM.
Jadilah wanita sebagai penyubur keimanan kepada lelaki…

Read more...

Tuesday, December 15, 2009

Wanita dan unsur2nya

Walau apa pun, Allah yang Maha Mengetahui segala sesuatu... Baca dan fikirkan di manakah anda.Mungkin apa yang dikatakan ada kebenarannya. Hahayatilah pengetahuan ini. Penentuan unsur seseorang ditentukan oleh anak yang keberapa dalam keluarga:-

a) TANAH - anak pertama, kelima, kesembilan.

b) AIR - kedua, keenam, kesepuluh

c) API - ketiga, ketujuh, kesebelas

d) ANGIN- keempat, kelapan, keduabelas

WANITA BERUNSUR TANAH

1) Merendah diri,serta hormat dan patuh, setiaserta rela berkorban.

2) Tidak cerewet, tidak meninggi diri, tidaksombong dan bukan seorang pemarah.

3) Tenang diri, aman, dan memberi sokongan.

4) Tidak s**a membantah atau membangkang.

5) Berwatak manis, lemah lembut, bersih dansentiasa menjaga kecantikan.



WANITA BERUNSUR AIR

1) Menghidupkan hati pasangan dan pemberisemangat.

2) Mengambil berat.

3) Hatinya bersih dan boleh membahagiakanpasangan.

4) Menenangkan pasangan.

5) Sangat romantis.

6) Mudah menangis.

7) Cintanya sentiasa hangat dan memberahikan.



WANITA BERUNSUR API

1) Cergas, cepat dlm gerak geri dan tangkasmenguruskan rumahtangga.

2) Penasihatyang baik.

3) Pandai dan cekap mengurus rumahtangga.

4) Pandai menghias diri agar kelihatan cantikselalu.

5) Berwaspadaselalu.



WANITA BERUNSUR ANGIN

1) Lemah lembut dan menenangkan.

2) Pandai bermain kata dan memujuk rayu.

3) Sopan santun dan berbudi pekerti mulia.

4) Bijak mewujudkan suasana selesa.

5) Hati yang cepat berubah ubah.


wallahualam=)
Read more...

Maal hijrah,datang lagi~


~ aPakah aku suDah bersedia uNtuk menghadapinya?



Hijrah satu penGorbanan,,mgkin senang mengungkapkan kata-kata " aku sanggup berkorban demi ISLAM, namun,,kata2 itu,xseindah perbuatan "




~aKu maSih meNcari,,daN terus mencari,,diriku yg Sebenar..ya,,aku mengerTi bkn senang uTk berkorbn,,spertimana pengorbanan yang di lakukn oLeh para sahabat di zaman Rasulullah utK islam,,~




~wahai diriku,,bangKitlaH,,waLau dirimu xmampu lakukan pengorbanan yang hebat seperti para sahabt dahulu, namun,,kau mampu berhijrah utk dirimu,,dari kegelapan kepada cahaya,berhijrahlah bersama-sama keluargamu,,mereka memrlukanmu utk berubah ke aRah jalan yg diredhai Allah,,





~hijRah satu Pengorbanan,,memerlukan kesungguhan, serta yakin pada janji-Nya



Read more...