Tazkiyatun Nafs

Rasulullah SAW bersabda bermaksud:

Sesungguhnya Allah memiliki seratus rahmat, Dia menurunkan satu rahmat daripada-Nya untuk manusia, jin, serangga dan binatang.
Dengan satu rahmat itu mereka saling berkasih sayang.

Dengan satu rahmat itu binatang buas mengasihi anaknya.

Dia menangguhkan lagi kurniaan sembilan puluh sembilan rahmat, dengan itu Dia akan merahmati hamba-Nya pada hari kiamat.

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Thursday, February 25, 2010

~Rintihanku~



Cinta itu satu anugerahNya
Cinta itu juga ada padaNya
Cinta itu juga sentiasa milikNya
Bagaimana untukku mendapatkan cintaNya

bagaimana pula cinta sesama insan
wajarkah aku menepis kesemua cinta insan yang hadir
bagaimana harus kupilih yang mana satu cinta insan
yang perlu aku terima..

memang payah persoalan mengenai cinta...


rasa ini..
Semakin kuat aku hindari
Semakin kuat ia menghampiri

Ya Hanan..
Pimpinlah setiap rasa ini agar tidak lari dari batas murkaMu
Janganlah sesekali kerana rasa ini. Aku alpa akan cintaMu
Pimpinlah rasa ini Ya Rahman
Agar aku masih terus menerus menagih rinduMu

rasa ini
Aku harap ia tidak mengundang retak
Ke atas ketulusan cintaku kepadaMu
Ya Al-Karim…
Adakah dengan hadirnya rasa ini Kau masih merenungku
Dalam setiap sujudku
Adakah kau masih memandangku dengan pandangan rahmatMu
Adakah…adakah Kau masih mahu menyayangiku

Ah…mengapa aku meragui kasih dan cintaMu
Sewajarnya aku yakin akan semua itu
Kerana Dikau Ar-Rahman..Ar-Rahim..Al-Ghaffur..
Semua janjimu ada dalam kitab itu..
Kitab suci yang sentiasa menghubungkanMu
dengan insan-insan mukmin pilihanMU..
Aku terlupa lagi…astaghfirullahalazim..
Adakah kerana rasa ini yang membuatkan aku begini???
Bersalahkah rasa ini menghantuiku…
Payah untukku menjawab….bingung…

Ya Al-Wahhab…
Tiada dayaku untuk menolak rasa ini
Tanpa nusrahMu dan redhaMu
Namun andai rasa sayang sesama insan ini
Adalah terbaik untukku dan agamaMu
Aku pasrah dan berserah kepadaMu
Sesungguhnya hanya Engkau Yang Maha Mengetahui
Apa yang terbaik untukku…

Cuma satu pintaku Ya Muhaimin…
Jangan sesekali kau biarkan aku lalai dan alpa dengan cinta hambaMu
Janganlah sesekali kau biarkan aku menentukan sendiri haluan hidupku
Aku masih dan akan tetap terus memerlukan pimpinanMu
Bantulah aku Ya Al-Wafi…jangan dibiarkan aku tanpa pimpinanMu
Pimpinlah aku dalam setiap gerak rentakku
Agar sentiasa di bawah redhaMu….

Ya Al - Latif…Ya Al-Kafi…
Aku pohon kepadaMu dengan sebenar-benar permohonan
Tingkatkanlah kecintaan aku dan dia terhadapMu
Dalam setiap detikan rindu antara kami…
Eratkanlah tautan hati kami bersama-sama dengan rahmat dan kasih sayangMu

Ya Al-Hafiz…
Aku mohon kepadaMu…
Tanpa sebarang kalam dan ungkapan bicara
Hadirkanlah rasa cinta ini…rindu ini..terus ke hatinya
Hadirkanlah rasa itu ke hatinya seandainya disitu ada redhaMu
Jadikanlah rasa itu satu penyuntik semangat perjuangannya di jalanMu
Pendorong untuknya lebih menyintaiMu

Cukuplah sekadar bicara sufi menjadi cara hubungan kami
Cukuplah mengadapMu setiap malam hari menjadi pertemuan bersama kami
Untuk ketika ini…
Ketika sebarang lafaz sah belum mengikat kami…
Sekali lagi Ya Ar-Rahman..
Hadirkanlah rasa ini terus ke hatinya
Jika di situ ada redhaMu..
Seandainya sebaliknya….
Pimpinlah daku agar rasa cinta,kasih sayang dan rindu ini
Tidak mengundang murkaMU
Pimpinlah kami agar ikatan ini terus mendapat redha dan pimpinanMu..

Dengarlah rintihan hambaMu ini Ya Allah…

ALLAH....Endow my heart just only to get ur "Mardotillahi".,
Read more...

Tuesday, February 23, 2010

~Bertunang Dengan Kematian~

Assalamualaikum,,buat musafir hina,,

em,,hari niy,,ana alhmdulillah,,di beri lagi peluang oleh KHALIQ, untuk merasai 2 nikmat yang terbesar, iaitu,,IMAN dan ISLAM..


ya Allah,,sudah meningkat usiaku yang ke 20 tahun,,maka kini,,aku semakin dekat dengan kematian yang sememangnya pasti,,

" Hakikatnya , semakin meningkatnya usia kita , semakin dekat diri kita dengan kematian , semakin diri kita dengan kematian , makin dekatlah diri kita kepada Allah S.W.T. Melupakan mati adalah kematian jiwa manakala mengingatinya adalah kehidupan yang sebenar. Mengingati kematian tidak menjadikan kita cetek pemikiran atau pendek aqal bahkan kita dapat menghayati keluasan kehidupan "



Saat menulis blog ini , aku masih termangu. Saat kematian menjemput, apakah aku sudah siap? Dosa masih sangat banyak menggunung, amal ibadah masih sangat sangat sedikit. Oh Tuhan, ku tahu kematian pasti akan datang, tapi siapkah aku? Entahlah, mungkin aku tak akan pernah siap menghadapi kematian. Ya Allah.....ya rabb....ampuni dosaku, ampuni dosa hamba dan keluarga hamba, dan dosa seluruh kaum muslimin, maafkan kami, dan sayangilah kami ya Allah .......(*_*)


seusai, bersolat,,ku menadah tangan,,penuh qudus ku hamparkan isi hatiku pada-MU RABBI,,ya RABBI,,hatiku sakit memikirkan segala dugaan ENGKAU,,(ku silap menilai,kerana ku hamba-MU yang hina) sedangkan ENGKAU tidak pernah memberikan ujian yang xmampu ditanggung oleh hamba-MU..


~Ya rabb, aku tak mengharap yang terbaik untuk setiap yang berlaku andai itu bukan redhamu, aku Cuma ingin bahagia dalam diduga. Aku redha hatta bertimpa ujian walau berganada. Ya rabb, hinanya aku di saat rebah luka berdarah, baruku mencari arah bergantung sembah. Jangan biar air mataku menitis kerana timbunan ujianMu, sedang ia mengarca jiwa membentuk rasa. Jangan biar ia menits kerana sakit dunia yang meleka jiwa menyeksa atma. Biarkan ia menitis kerana seulas rasa seorang hamba yang berdosa.~


lalu ku capai AL-Quran, sebagai santapan rohaniku,penenag jiwaku, serta pelerai bagi segala kekusutan,,masyaALLAh,,tarbiyah dan sentuhan-MU sangat halus,,ku temui pemujuk jiwa,,saat ku lemah,,lembutnya,,sapaan-MU Rabbi,,tidak Engkau biarkan hamba-Mu derita dalam ujian-MU..


51. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Tidak sekali-kali akan menimpa Kami sesuatu pun melainkan apa Yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dia lah Pelindung Yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang Yang beriman bertawakal".
(SURAH AL_TAUBAH ayat 51)

memang benarlah,,–ujian dan dugaan merupakan tarbiah dari Allah yang bukan mudah dan juga susah. Ada mehnah dan ada rencah. Tapi ingatlah semuanya itu punyai nur hidayah buat hamba2nya yang bila diuji tiada keluh kesah, wujudnya cinta mahabbah, cintanya terhadap Allah bertambah, hatinya kian tabah dan jiwa raganya penuh pasrah. Allah mengerti kita lemah tapi disebalik kelemahan itu ada rahmah.janji kita yakin dan tak sekali berpaling tadah.-

walaubagaimanapun,,musafir ini bersyukur kerana dikelilingi teman-teman yang xputus2 memberikan kata2 semangat,,agar musafir boleh terus thabat di atas jalan-NYA,,terima ksih semua,,antuunna memang "the Bez!"

"Ya Allah, jagalah teman dakwahku, kuatkan kakinya di jalan Mu. Kuatkan jasadnya dengan rahmatMu. Kuatkan rohnya dengan rohMu. Buatkan dia tersenyum hingga ke syurgaMu."




(moga keimanan kita semua bertambah dr semasa ke semasa)




(Kupungut daun –daun kesabaran, kubersihkan akar- akar keimanan, kurawat ranting- ranting keikhlasan hingga tumbuh pohon kejujuran untuk kusemai ikatan ukhwah berpanjangan.)





terima ksih,,atas segala doa kalian,,terhadap musafir hina ini,,moga segala doa kalian,,dimakbulkan oleh Allah,,amin3



tidak lupa juga,,buat family yang tidak putus2 mendoakan anakmu ini,,alhamdulillah,,anakmu,,kini meningkat dewasa,,moga ku mampu berikan sumbangan yang terbaik sepanjang hidupku utk kalian, agama, dan bangsaku ini..insyaAllah...

tidak lupa juga,,kepada insan yang sentiasa berada di sisiku saat ku senang dan saat ku berduka,,terima ksih ye awak,,,awak memang baik;) moga kita semua peroleh kejayaan yang cemerlang dunia dan akhirat

dan buat musafir hina ini:
"Semoga berjaya menjadi gadis mulia semuli diri Maryam, berjaya menjadi wanita faqihah, sebijak minda Aisyah. Berjaya menjadi perempuan tabah,setabah ahti asiah. Berjaya menjadi srikandi kebanggaan sahabat jiwa sumaiyyah. Berjaya menjadi hiasan dunia, seindah akhlak Rabiatul Adawiyah. Semoga berjaya menjadi isteri solehahsebaik budi khadijah. Dan berjaya menjadi kekasih dan wanita idaman kecintaan Allah."

"Taatkan dirimu bak srikandi khadijah. Tabahkan hatimu sekukuh hati asiah. Haluskan akhlakmu seperti fatimah Azzahra, sampaikan ilmumu sebijak si merah Aishah. Teguhkan imanmu seteguh iman Sumaiyah. Sucikan hatimu sesuci hati rabiatul adawiyah. Barulah hatimu menjadi Ainul mardiah."
Read more...

Thursday, February 18, 2010

~CINTA~

> Jangan mencintai seseorang seperti bunga, karena bunga mati kala musim berganti. Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya.

> Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dasyatnya cinta !

> Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.

>Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setetes embun yang turun dari langit,bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus,tumbuhlah oleh kerana embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur,di sana akan tumbuh kesuciaan hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji.



> Kata-kata cinta yang lahir hanya sekadar di bibir dan bukannya di hati mampu melumatkan seluruh jiwa raga, manakala kata-kata cinta yang lahir dari hati yang ikhlas mampu untuk mengubati segala luka di hati orang yang mendengarnya.

> Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.
Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu.

> Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.
Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan

namun yang pasti,,CINTA ALLAH MENDAHULUI SEGALANYA,,andai dapt di garap cinta-NYA pasti laluan menuju cnta manusia akan dipermudahkan,,kerana soal jodoh sudah tertulis di luh Mahfuz..


Read more...

Wednesday, February 17, 2010

saatnya melamar cinta

assalamualaikum,,

em,,lame juga rsenya xupdate minda niy,,asyik bzy je,,dengan urusan dunia,,sehingga melupakan makanan untuk rohani,,namun,apapun yang aku lakukan,,hanya REDHA-MU yang ku cari..biarpun lelah menanggung segala tugasan namun ku pasti,kan ada sirna dipenghujungnya..

bila lihat tajuk di atas, diri niy,,tersenyum,,tersipu2,,huhu,,cite nye,,cmne,,,hari tu,,kat kampus ana,,IPG Kampus Pendidikan Islam,,ada wat forum,,ni lah tajuknya"saatnya melamar cinta"..ana yang merupakan salah seorang ajk HELWI,,sendiri tertanya2 apalah yang nk dikupaskan oleh moderator2 yang pastinya sudah bersedia utk menyampaikan hujah2 mereka,,

pabila siang melabuhkan tirainya,,malam yang tersenyum sipu keluar mengikut sunnatullah, berpusu2,,akawat dan ikhwan hadir ke masjid,,syukur alhamdulillah,,ku panjatkan kesyukuran pada-MU Rabbi..setidak2nya,,masih g ada kesedaran dlm hati mereka utk menimba ilmu,,namun ENGKAU jualah yang telah memegang hati mereka serta mengizinkan mereka utk menerima santapan tarbiyah di dalam satu halaqah yang ENGKAU sendiri ibaratkan seperti taman2 syurga..

pas menunaikan solat maghrib secara berjemaah,,forum pun dimulakan,,disini,ana juz nk rumuskan,,Gugurnya kelopak mawar bila tidak dibajai ... Gugurnya senyuman wanita bila maruahnya terguris..em,,punyalah panjang,,moderator2 yang bertauliah, memberikan perkongsian ilmu,,yang pada hemat ana,,sangat membuka minda bagi akhawat dan ikhwan semua..memang benarlah kata pepatah:"matlamat tidak menghalalkan cara"

memg pedih bila mendengar ,bagi siapa yang imannya tersentuh lantaran teguran Rabbi yang masih sayangkan mereka,,namun,,bagi ana,,sebagai hambanya pada pandangan ana yang hina niy,,bersyukurlah,,teguran Rabbi tu,,tanda DIA sayangkan kita,,ana juga secara jujurnya,,terasa juga bila mendengar luahan dan muntahan isi-isi daripada para moderator tuh,,namun,,ana telan ia dalam2,,kerana ana yakin,,itulah teguran dr RABBI….MASYAALLAH,,

doa ana,,,moga Allah permudahkan laluan buat kami,,,berilah kami kejayaan di dunia dan akhirat,,biar satu saat nanti kami akan bertemu dalam halaqah cinta-MU..amin3

Daisypath Anniversary tickers
Read more...

Sunday, February 14, 2010

~jom ta'aruf dengan mereka~ ;)

salam satu akidah semua;)
em,,selalu kan kita ta'aruf ngn manusia...hari niy,,jom ramai2 kita ta'aruf ngn musuh durjana kita..em,,org ckp..xknl..maka xcinta...tp,,yang kita nk kenal niy,,lain ckit;) semakin kita kenal "mereka" insyaAllah,,semakin dekat kita dengn RABBI..ha,,ingat,,,kita kene berkenalan ngn meke,,baru tahu taktik meke nk kenekan kita,,jom!haiyak,,semua..;)


Syaitan adalah keturunan yang berasal dari iblis. Iblis berkahwin dgn jin perempuan yang merupakan pengikutnya lalu dianugerahkan keturunan yang dikenali sebagai syaitan. Iblis pula adalah dari keturunan jin, merupakan moyang kepada syaitan dan pemimpin bagi syaitan dan jin kafir. Syaitan juga mempunyai kota yg menjadi tempat tinggal mereka. Kota-kota mereka terletak di-padang padang pasir, gunung ganang, pulau pulau terpencil dan di permukaan laut. Tempat tempat yg menjadi kegemaran para syaitan duuk beristirehat dan bermain main adalah didalam perigi yang kosong, tempat terdapatnya najis dan tempat membuang kotoran.

Iblis memiliki kerajaan yg besar yg terdiri dari menteri menteri, pemerintah, wakil wakil dan rakyat jelata. Di antara mereka terdapat 5 jenis iblis yang paling kuat pengaruhnya dan wajib sesaorang itu berwaspada dgnnya.

1) Iblis yg bernama Tsabar. Iblis ini sering mengunjungi orang orang yang sedang dalam kesusahan ataupun yang ditimpa musibah. Ia akan membisikkan kata kata yg tanpa disedari telah diucapkan oleh orang yg mengalami kesusahan itu. Orang yg telah ditimpa musibah akan berkeluh kesah dan sering menyalahkan ketentuan Allah terhadap dirinya. Inilah peranan iblis Tsabar dalam menyesatkan manusia.

2) Iblis yg bernama Dasim. Iblis ini akan berusaha memusnahkan kerukunan sesebuah rumahtangga. Ia akan menyuburkan perasaan benci, cemburu dan rasa curiga di antara pasangan suami isteri. Apabila terjadi demikian, maka terjadilah pertengkaran di antara suami dan isteri lalu diakhiri dengan perceraian.

3) Iblis yang bernama Al A'war. Iblis ini menggalakkan perlakuan zina dan keruntuhan akhlak. Salah satu peranannya ialah dengan menjadikan indahnya bahagian bawah seseorang wanita. Lebih lebih lagi terdapat segelintir wanita masa kini yg gemar memakai pakaian yang singkat dan seksi. Sesungguhnya ini cukup menggembirakan iblis Al A'war kerana dapat menlaksanakan tugasnya dengan sempurna.

4) Iblis yg bernama Maswath. Peranan iblis ini adalah mengadakan pembohongan yang besar dan kecil. Sesaorang yang termakan dengan bisikan iblis ini akan mereka reka sebuah cerita yg tidak benar ataupun menyebar fitnah.

5) Iblis ini pula suka berkeliaran ditempat tempat yg dipenuhi dgn manusia. Ia akan membisikkan kata kata yg mewujudkan permusuhan dan perselisihan sesama manusia. Sehingga ada di antara manusia yg sanggup membunuh sesama sendiri.
Read more...

DOA SEWAKTU BERSUJUD DAN KEISTIMEWAANNYA



Sewaktu bersujud, kita berada amat hampir dengan Allah. Katakanlah apa sahaja di dalam hati hajat kita sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s. a. w. yang biasa memanjangkan sujudnya dengan memperbanyakkan zikir dan doa didalamnya.

Sabda Rasulullah s. a. w :- "Suasana yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah di kala ia bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya."

Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah untuk kita ikuti. Salah satunya yang paling baik untuk diamalkan ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhir dalam solat.

"Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, imam yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar."

Semoga dengan mengamalkan doa itu kita mendapat manfaat atau sekurang-kurangnya menjadi cita-cita kita dalam mencari keredhaan Allah dunia dan akhirat.

Banyak kelebihan memanjangkan sujud dan memperbanyakkan doa di dalamnya. Rasulullah s. a. w biasa berbuat begitu sehingga pernah para sahabat hairan kerana lamanya baginda bersujud.

Keistimewaan umatnya yang bersujud telah disebut oleh baginda dalam sabdanya yang bermaksud:-

"Tiadalah ada seorang umatku melainkan aku yang akan mengenalinya di hari kiamat"

Mendengar itu para sahabat bertanya: "Bagaimanakah engkau dapat mengenali mereka dalam khalayak ramai wahai Rasulullah?"

Jawab baginda: "Tidakkah engkau melihat seandainya sekumpulan unta dimasuki oleh seekor kuda yang amat hitam, sedang di dalamnya pula terdapat sekor kuda putih bersih, maka adakah engkau tidak dapat mengenalinya?"

Sahabat Menjawab: "Bahkan !" Rasulullah menyambung: "Kerana sesungguhnya pada hari itu (kiamat) muka umatku akan putih (berser-seri) disebabkan mereka bersujud (di dunia), segala anggota mereka ( terutama anggota wudu') putih berseri-seri oleh cahaya wudhu' !!!"

KEISTIMEWAANNYA
---------------------
Ahli neraka juga mendapat keselamatan kerana bekas sujudnya. Rasulullah s. a. w. bersabda yang bermaksud:-

"Apabila Allah hendak melimpahkan Rahmat (kebaikan) kepada ahli-ahli neraka yang Dia kehendaki, Dia pun memerintahkan malaikat supaya mengeluarkan orang-orang yang menyembah Allah, lalu mereka dikeluarkan dan mereka dikenali dengan kesan-kesan sujud (di dahi mereka), di mana Allah menegah neraka memakan
(menghapuskan) bekas-bekas sujud itu, lalu mereka pun keluar dari neraka, maka setiap tubuh anak Adam akan dimakan api neraka selain bekas sujud"

Begitulah Allah memuliakan hamba-Nya yang bersujud. Orang yang sujud mendapat keistimewaannya apatah lagi di dalam sujud itu kita berdoa. Sudah tentu mendapat perhatian yang sewajarnya. Semoga kita akan menjadi hamba yang benar-benar mendapat rahmat.

Wassalam.
Read more...

Thursday, February 11, 2010

~SeNtuhan dr RAbbi..~


assalamualaikum,,buat diri yang di kasihi,,

tahniah,,keranaa engkau sedang berada dalam sentuhan dan tarbiyah dr Rabbul Izzati..jangan kau mengeluh duhai hati,,kerana DIA lebih mengetahui yang terbaik buatmu,,

jangan kau pernah mendengus lantaran ujian yang kau terima sukar utk kau tempuhi,,ketahuilah sayang..ujian itu kan buat engkau lebih dekat dengan-NYA..

nikmat itu datangnya dr KHALIQ kita,,dan DIA yang berhak mengambilnya kembali,,jadi,,mengapa engkau bersedih,,salah dirimu,,diri,,kerana engkau kurang bersyukur atas segala kurniaanya...

ya ALLAH..seringkali ku munajat merintih dalam sujud terakhir,,"jadikanlah aku dalam golongan yang sedikit" iaitu golongan yang sentiasa bersyukur atas segala nikmatmu,,sepertimana yang tercatat dalam lembaran kitab suci,,hanya golongan kecil sahaja yang selalu bersyukur atas segala kemanisan nikmat yang mereka peroleh dr-Mu..

duhai diri,,tundukkanlah hatimu,,moga setiap langkahmu hanya menuju RABBI..ya ALLAH,,ENgKAu hidup dan matikanlah aku dengan kalimah LAILAHAILLAH..tiada daya bagiku,,melainkan segalanya milikmu,,,ALLAHU AKBAR!
Read more...

Wednesday, February 10, 2010

Tinta Tasbih

Jadilah seperti Sang Perindu pabila malam melabuhkan tirainya.
SaNg perindu yang merindui khaliknya
Yang jauh lambungnya dari pembaringan
Yang matanya basah dek aliran jernih yang mengalir
Yang hatinya basah menngingati Cinta yang Satu.
Sang perindu itu menanti-nanti malam melabuhkan tirainya kerna DIa tahu itulah Waktu untuknya bersama KEKASIHnya..

Ya Rabbana, arahkanlah hati kami kearahMU!

Ya Muqallibal qulub thabbit kulubana ala deenik!

peganglah kelemahan hatiku ini,,ya RABBI..hanYa pada-MU ku sanDarkan segalanya
Read more...

IZINKANLAH ;(



kenapa perlu ada sayang andai ia menyiksakan?
kenapa perlu ada rindu kalau ia menderitakan??
kenapa perlu ada cinta kalau ia merosakkan??

Ya Allah..
buanglah rasa sayang..
buanglah rasa rindu..
buanglah cinta dalam hati ini..
biarlah sayang, cinta dan rindu ini sesuci dan seindah purnama..
yang hanya layak untuk insan yang benar-benar berhak!

Ya Allah..
izinkan aku bertafakur sendirian..
di kala malam sedang indah disinari sang purnama..
dikala subuh semakin menjelang..
disaat ENGKAU sangat ingin mendengar rintihan hambaMU..
aku merintih ya Allah..
aku terlalu banyak mengeluh..
ampunilah Ya Allah..

Ya Allah
izinkan aku hanya merinduiMu Ya Rabbul Izzati..
izinkan aku hanya menyayangiMu Ya Rahiiim..
izinkan aku hanya menyintaiMu ya Rahmaaan..

izinkan aku menjadi insan yang tiada perasaan..
izinkan aku melontarkan diri jauh dari dosa dan noda...
izinkan aku terbang di awang-awangan mencari diriMU..
izinkanlah ya Allah..

tunjukkan kami jalan-jalan kebenaran yang sangat lurus dan jernih..
untuk menjadi pedoman hidup kami ke akhir hayat..
supaya kami menjadi golongan kanan yang sentiasa Engkau Redhai..

didiklah hati kami..
tarbiyahlah diri kami..
dengan segala perancanganMU..
hanya Engkau yang MAHA KUASA...

subhanallah...
izinkan aku sendirian dalam jiiwa yang diisi denganMU sahaja..
izinkanlah...
Read more...

Tuesday, February 9, 2010

Aku sudah bertunang



Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.

Aku hanya seorang Insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.

Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.

Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.

Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.

"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"

Aku menjawab tenang.. "Warna putih, bersih..."

"Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."

"Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan."

Ibu angguk perlahan.

Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah. Malam Pertama... Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.

Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran. Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.

"Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"

Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.

"Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama."

Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.

"Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!"

Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah. Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.

"Bila enti menikah?"

Aku tiada jawapan khusus.

"Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu..." Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.

"Jemput ana tau!" Khalilah tersenyum megah.

"Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak!" Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.

"Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."

Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu...

"Usah berlebihan ya..."

Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.

"Insyirah, jom makan!"

Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.

"Tafaddal, ana puasa."

Sahabiah juga semakin galak mengusik.

"Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?"

"Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."

Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.

..........................
.............

"innalillahi wainna ilaihi rajiun..."

"Tenangnya... Subhanallah. Allahuakbar."

"Ya Allah, tenangnya..."

"Moga Allah memberkatinya...."

Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.

Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.

Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah.
Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.
Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku.

Dalam sedar tidak sedar...

Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku... Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.

"Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."

Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian...

"Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?"

Ibu tenang menjawab... "Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh."

"Allahuakbar..." Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.

"Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..."

Ibu angguk, tersenyum lembut... "Ini nak, bukunya." Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'.

"Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis... Khalilah tak tahu mak cik."

"Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan..."

Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu.

"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu."

* Kisah ini bukan kisah ana, ianya kisah KITA (semua yang sedang membaca/tak) *

Mulai hari ini, jangan bersoal tika melihat ana memakai cincin. Kerana, ana sudah bertunang! Bertunang dengan kematian, tidak tahu bila ana akan dinikahkan dan tidak tahu bagaimana rezeki di malam pertama. Tetapi, sekurang-kurangnya apabila sudah dirisik dan bertunang, kita sama-sama akan mempersiapkan diri sebaik-baiknya walaupun bukan yang terbaik untuk hari pernikahan dengan KEMATIAN. Wallahua'lam.

Cukuplah kematian itu mengingatkan kita... Cukuplah kita sedar kita akan berpisah dengan segala nikmat dunia. Cukuplah kita sedar bahawa ada hari yang lebih kekal, oleh itu sentiasalah berwaspada. Bimbang menikah tergesa-gesa, tahu-tahu sudah disanding dan diarak seluruh kampung walau hanya dengan sehelai kain putih tak berharga.

<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

fikir2kanlah..
wpn kt x dirisik dgn penyakit sprti cerita di atas, tp sbnrnya kt mmg telah dirisik lama.cuma tidak tahu bila kt akan bertunang n berkahwin dgn kematian lagi..

so, di kesempatan ini, aku ingin memohon maaf ats segalanya drpd sume yg mengenali diriku jika aku ada mengguris hati, melukakan perasaan kalian sume samaada dalam sedar @ tidak

dipetik drp blog seorang ukhti
Read more...

Always Be There


Alllahu Akbar…

If you ask me about love
And what i know about it
My answer would be
It’s everything about Allah
The pure love, to our souls
The creator of you and me,the heaven and whole universe
The one that made us whole and free
The guardian of HIS true believers
So when the time is hard
There’s no way to turn
As HE promise HE will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us
And HE knows what’s in all in our heart

So when you lose your way
To Allah you should turn
As HE promise HE will always be there…

HE bring ourselves from the darkness into the light
Subhanallah praise belongs to YOU for everything
Shouldn’t never feel afraid of anything
As long as we follow HIS guidance all the way
Through the short time we have in this life
Soon it all’ll be over
And we’ll be in His heaven and we’ll all be fine

So when the time gets hard
There’s no way to turn
As HE promise He will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us
And HE knows what’s in all in our heart

So when you lose your way
To Allah you should turn
As HE promise HE will always be there…

Allahu Akbar…

So when the time gets hard
There’s no way to turn
As HE promise He will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us
And he knows what’s in all in our heart

So when you lose your way
To Allah you should turn
As HE promise HE will always be there…

Allahu Akbar…
Read more...