Tazkiyatun Nafs

Rasulullah SAW bersabda bermaksud:

Sesungguhnya Allah memiliki seratus rahmat, Dia menurunkan satu rahmat daripada-Nya untuk manusia, jin, serangga dan binatang.
Dengan satu rahmat itu mereka saling berkasih sayang.

Dengan satu rahmat itu binatang buas mengasihi anaknya.

Dia menangguhkan lagi kurniaan sembilan puluh sembilan rahmat, dengan itu Dia akan merahmati hamba-Nya pada hari kiamat.

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Tuesday, December 28, 2010

Kembara Mencari Tarbiyah Diri.




Syukur Alhamdulillah buat semua teman2...

Terima Kasih daku ucapkan buat sahabat yang banyak
menyokong daku sehingga teguh daku disini mencari redha Ilahi..

Terima Kasih daku ucapkan buat sahabat yang banyak
Menasihatiku daku dari segenap penjuru itu menjadi kekuatan buat ku mencari redha Mu..

Terima Kasih daku ucapkan buat sahabat yang banyak
Memberikan daku kalam taujihat, sebagai insan yang lemah bertatih di bumi Allah yang fana...:)

yang pasti……

Penulisan ini bukan kerana nama,
Nama tidak menjamin Redha Rabbuna...
Penulisan ini bukan kerana harta,
Lagilah harta tidak menjamin ke syurga...
Bukan juga kerana terpaksa,
Memaksa itu bukan sifatnya Habibullah...
Penulisan ini bukan kerana sesiapa,
Kerana sesiapa bukan ghoyah utama...
Penulisan ini hanyalah kerana Allah,
Kerana RedhaNya adalah kunci kejayaan dunia,
Gerbang menuju Jannah..

Alhamdulillah,,ku rafa’kan,,ku penuhi dada ini dengan sekalung mahabbah kesyukuran buatMU Rabbi,atas pinjaman nafas ini, yang sememangnya,,tidak dapat dijual beli,,Syukurillah,,atas setiap nikmat yang tidak putus,menjamah tubuh ini,memenuhi setiap keinginan hamba yang hina ini..SUBHANALLAH..! ALHAMDULILLAH..! ALLAHU AKBAR..!

‎~♥Selamilah dasar hati, percayalah bahawa sesungguhnya bahagia itu terikat pada hati yang punyai sifat redha dan tawakkal yang tinggi kepada Allah SWT...from the Lord we cometh,and to Him we shalt returneth...♥~
Cetusan Rintihan Buat insan bergelar Hamba,,Kembara Mencari Tarbiyah Diri..





Rabbii,Aku tak sanggup mencintaiMu seperti Abu bakar,yang menginfakkan seluruh hartanya dan hanya meninggalkan Engkau dan RasulMu bagi diri dan keluarga.Atau layaknya Umar yang menyerahkan separuh harta demi jihad.Atau Utsman yang menyerahkan 1000 ekor kuda untuk syiarkan AD DIEN-MU..

Ya Allah Ya Rahman, Izinkan aku mencintaiMu,melalui seratus-dua ratus perak yang terhulur pada tangan-tangan kecil diperempatan jalan,pada wanita-wanita tua yang menadahkan tangan di bawah-bawah jambatan.Pada makanan-makanan sederhana yang terkirim ke handai taulan, teman,sahabat handai..

Ilaahi, aku tak sanggup mencintaiMu dengan khusyuknya ibadah Solat, salah seorang sahabat NabiMu hingga tiada terasa anak panah musuh terhunjam di kakinya.Kerana itu Ya Allah, perkenankanlah aku tertatih menggapai cintaMu,dalam solat yang cuba kudirikan penuh rasa tawaduk, meskipun ingatan terkadang melayang kearah mehnah dunia,yang sentiasa menjadi siulan bernama “insan”…dan,,aku juga sedar,,aku adalah insan yg lemah,,namun,,kelemahanku,Engkau sorokkan di khalayak manusia,,Subhanallah,,Maha Suci Engkau Ya Rabbi..

Rabbi, aku tak dapat beribadah ala para sufi dan rahib,yang membaktikan dan menyerahkan seluruh malamnya untuk bercinta denganMu.Maka izinkanlah aku untuk mencintaimu dalam satu-dua rakaat lail ku.Dalam satu dua sunnah nafilahMu. Dalam desah napas kepasrahan tidurku.

Ya Quddus,,Aku tak sanggup mencintaiMu bagai para al hafidz dan hafidzah,yang menuntaskan kalamMu dalam satu putaran malam.Perkenankanlah aku mencintaiMu, melalui selembar dua lembar tilawah harianku.Lewat lantunan seayat dua ayat hafalanku.

Yaa Rahim…….Aku tak sanggup mencintaiMu seumpama cintanya Sumayyah,yang mempersembahkan jiwa demi tegaknya DienMu.Seandai para syuhada, yang menjual dirinya dalam jihadnya bagiMu.Maka perkenankanlah aku mencintaiMu dengan mempersembahkansedikit bakti dan pengorbanan untuk dakwahMu.

Maka izinkanlah aku mencintaiMu dengan sedikit pengajaran bagi tumbuhnya generasi baru.

Allahu Kariim, aku tak sanggup mencintaiMu di atas segalanya,bagai Ibrahim yang rela tinggalkan putra dan zaujahnya,dan patuh mengorbankan pemuda biji matanya.Maka izinkanlah aku mencintaiMu di dalam segalanya.Izinkan aku mencintaiMu dengan mencintai keluargaku,dengan mencintai sahabat-sahabatku, dengan mencintai manusia dan alamsemesta.Allaahu Rahmaanurrahiim, Ilaahi Rabbii

Perkenankanlah aku mencintaiMu semampuku.Agar cinta itu mengalun dalam jiwa. Agar cinta ini mengalir di sepanjang nadiku.

Ya Rabb,
episod diariku kali ini,
hanya luahan rasa syukur,
syukur yang teramat syukur,
atas segala nikmatMu...berilah aku kesihatan yg terbaik,,Ameen..

sahabat2,,doakan kesihatan sy,,,dalam senyuman,terselit duka,,biar diri tersenyum manis,demi sahabat,,asalkan duka yg pahit,,ku genggam erat, berbicara bersama Rabbi,,kerana aku pasti….





“tanpa ujian
kita sendiri tidak mengetahui menilai siapa diri kita...
terima kasih kepada yang menganugerahkan ujian itu..
dan..

Ujian
itulah yang membuat kita
mengenali diri,
siapa kita,
kemana kita dan
dimana berakhirnya kita...

Kerana sesungguhnya…
~from the Lord we cometh,and to Him we shalt returneth...~
DUNIA itu REALITI Tapi MATI itu PASTI...
Read more...

Wednesday, December 22, 2010

~Mahalnya Harga Seorang Wanita..~



●•٠·˙Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.●•٠·˙


..Sama-sama kita renungi kata-kata ini..."Percayalah kehidupan di dunia ibarat sejengkal....dari sejengkal jualah yang mewarnai 1001 warna kehidupan di sana kelak..

"Perhiasan dunia yang paling indah adalah wanita yang solehah"

Wahai muslimat, renungkanlah bicara ini:


"Pernahkah anda menghadiahkan seseorang dengan sesuatu?,

pernahkah kita memerhatikan apa yang kita lakukan pada hadiah itu, sebelum kita memberikannya pada seseorang?

Pasti hadiah yang kita ingin beri itu kita balutinya dengan kertas yang indah, kita balutinya hinga tiada sedikit pun ruang untuk melihat hadiah tersebut. Itulah indahnya sesebuah hadiah, kerana kita hanya mengetahui setelah membukanya, dan hanya orang yang kita berikan hadiah tersebut sahaja yang mampu melihat dan memegang hadiah itu.

Wahai muslimat,

pastinya dirimu lebih berharga dan terlebih istimewa daripada hadiah-hadiah itu. Namun, mengapa tidak pula dirimu baluti tubuh mu dengan balutan yang indah? Dengan balutan yang diukir oleh Islam?

Pastinya dirimu terlebih indah daripada sebuah hadiah. Mengapa dirimu masih membiarkan adanya ruang pada tubuhmu yang bisa orang lain tatapinya? Sedangkan hadiah yang engkau baluti, tidak pula engkau biarkan ruang untuk orang lain melihatnya…

Sedangkan dirimu lebih berharga daripada hadiah-hadiah itu. ♥♥♥Ingatlah wahai wanita-wanita pilihan Allah, beza luaran antara seorang wanita Islam dengan wanita yang bukan Islam adalah pada cara dia membaluti tubuhya. Itulah juga bezanya antara sebuah hadiah dan sebuah sampah. Bezanya adalah pada balutannya." ♥♥♥

Astaqfirullah hal Adzhim,,jom kita sama2 istiqfar sahabat2..mengapa istigfar itu penting,,buat insan yg bernama MUSLIM? Hal ini disebabkan dengan istiqfar sahabat2,, kita akan memperoleh pengampunan dari Allah s.w.t
dalam surah an-nisa, ayat 110
"Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian ia mohon ampun kepada Allah, nescaya ia mendapati Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."…

Ibnu Umar menceritakan, kami pernah bersama-sama dengan Rasulullah dan kami mendengar Rasulullah mengulang-ulang membaca sebanyak 100 kali doa yang berbunyi: "Ya Allah ampunilah aku dan terimalah taubat ku, sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat lagi Maha Pengasih." (Hadis Riwayat Abu Dawud, Turmidzi dan Ibnu Majah, dishohehkan oleh Imam Turmidzi)

Kita memandang istighfar sebagai suatu amalan yang perlu dilakukan selepas melakukan dosa, sepertinya selepas sedar dari mengumpat.,,atau setelah melakukan derhaka kepada AL-KHALIQ..

ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥



Ya Allah...
Kuatkan hati dan semangatku,
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu,
Jadikanlah aku insan yang disenangi olehMu,
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu,
Bimbinglah aku menjadi insan yang tak lupa siapalah daku disisiMu...

sesungguhnya Ya Allah..
Aku lemah tanpa petunjukMu,
Aku buta tanpa bimbinganMu,
Aku cacat tanpa hidayahMu,
Aku hina tanpa RahmatMu...:(

Duhai Sahabat
"Buatlah suatu kebaikan yang akan terus hidup walaupun setelah kita mati."

Ya Allah, ampunilah aku, imanku rapuh seperti sarang labah-labah...:(

"Dan sesungguhnya rumah yang paling lemah adalah rumah labah-labah kalau mereka mengetahui..." (al 'Ankabut:41 )

Allahumma Ameen

Read more...

Sunday, December 12, 2010

♥ Cinta ALLAH itu Fitrah HATI ♥




Salam dan ucapan sejahtera buat antum dan antunna yang dikasihi kerana Allah. Dari Allah kita wujud di dunia ini, dan kepadaNYA jua kita akan kembali suatu masa nanti. InsyaAllah,,kerana sesungguhnya MATI itu PASTI!


Anggaplah kata-kata ini sebagai ingatan daripada saya buat renungan kita bersama. Sebagai mengambil roh daripada pesanan Allah SWT agar berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran ketika hayat masih ada.


Macm mane dengan cuti sem kali ini? Da berapa buah buku yang sudah dibaca? Dan berapa banyakkah ilmu yang sudah terpateri di dada? Hanya menanti kesungguhan dalam ber ISTIQOMAH dengan ilmu yang ada, seterusnya menyebarkannya agar dapat dibuat renungan untuk muslim di luar sana..INSYAALLAH..


Apa yang hati anda inginkan di saat ini, ketika ini, di waktu ini? Cube anda tarik nafas sedalam yang mungkin..(ha,,jangan lupe untuk menghembus semula,,hee) apakah kebahagiaan yang hati dan diri anda cari ketika ini? Atau mungkin Al-HUBB yang sedang bermain di benak fikiran…hakikatnyer…inilah yang hati anda mahukan….


~ ♥♥♥♫•*¨*•.¸ Bukankah setiap hati inginkan kasih sayang, kadilan, kekayaan, keindahan, kecantikan dan lain-lain sifat mulia dan sempurna dalam hidup ini. Ya tiada seorang manusia pun yang tidak inginkan kebaikan, kemuliaan dan kesempurnaan. Ketika dilandan kemiskinan, manusia inginkan kekayaan. Ketika dipinggirkan, kita inginkan kasih sayang. Ketika dizalimi, kita inginkan keadilan. Sedarkah kita ketika kita inginkan semua itu, kita sebenarnya mencintai ALLAH? ♥♥♥♫•*¨*•.¸





Mengapa? Ini adalah kerana ALLAH sahaja yang memiliki segala-galanya yang kita ingini itu.



Bukankah ALLAH itu AL-GHANI, memiliki kekayaan yang diingini oleh orang miskin? ALLAH itu AR-RAHMAN yang mempunyai kasih sayang yang diidamkan oleh mereka yang terpinggir. ALLAH itu AL-ADL yang mampu memberikan keadilan yang didambakan oleh orang yang tertindas.


SUBHANALLAH!ALHAMDULILLAH!ALLAHU AKBAR!
Penuh bermakna. Jiwa tersentuh dnegan kebesaran Allah! DIA yang punya segalanya. Manusia hanya menzahirkan segala sifatnya sahaja. Sering kita alpa menilai sifat itu datangnya daripada ALLAH bukan daripada kita sendiri. Maka, jika kita mencintai dan dicintai ALLAH, kita akan memperoleh segala-galanya. MASYAALLAH! Saya pernah menghadiri kuliah tajuknya Asma’ al-Husna . memberitahu bahawa setiap nama ALLAH itu ada kelebihannya sendiri jika diamalkan dengan penuh keyakinan yang tinggi tanpa berbelah bahagi.

Sahabat-sahabat yang disygi kerana MAHABBAH yang dipinjam dr-NYA..meskipun kita bersendirian, meskipun diuji dengan kesibukan atau dengan kesenangan, diuji dengan kepayahan dan kesusahan janganlah sekali-kali kita menjauh daripada Allah. DIA Maha Mendengar dan Maha Mengetahui. Maka mengadulah kepadaNYA.


Pernah Malaikat berjumpa dengan Allah dan mengatakan bahawa insan sekian-sekian telah meminta pertolongan daripada-MU berkali-kali. Perkenankanlah. Namun Allah mengatakan ‘biarkanlah se insan itu terus terusan meminta daripadaKU. Kerana Aku rindu untuk mendengar keluh tangisannya…ALLAH sedikit tidak rugi jika kita meminta-minta daripadaNYA. Namun kitalah yang rugi jika tidak meminta daripadaNYA. DIA-lah yang menentukan takdir kalian. Maka seharusnya hanya pada DIA sahajalah yang layak diadukan masalah.


Kerana cinta yang hakiki inilah terjalinnya ukhwah sesama kita. Kasih sayang antara manusia itu berbahagi-bahagi dan mungkin BERAT SEBELAH. Namun hakikatnya CINTA ALLAH itu sama rata. Kitalah yang menentukan tahap kecintaan kita pada ALLAH.



Pepatah Inggeris ada menyatakan, ‘WHAT YOU GIVE , YOU WILL GET BACK.” Maka , serahkanlah sepenuh jiwa raga kita kepadaNYA. Biarkanlah DIA sahaja yang menilai tahap cinta kita dan membalasnya setimpal dengan apa yang telah kita berikan. Jika sedikit yang diberi, maka sedikitlah yang kita peroleh. Jka banyak yang diberi, maka banyaklah yang akan diperoleh.



Sesiapa yang mencari cinta-NYA sahaja yang Nampak dan merasai kemanisan bercinta dengan Allah yang Maha Agung ini.
Mudah-mudahan, segala amalan, harta dan kesenangan kita di dunia ini akan dipermudahkan oleh Allah untuk diadili pada hari pembelaan nanti.Allahumma amen..

●•٠·˙Ya Rabb..Berikanlah Cinta Sejati dihati kami,Cinta yang Agung..Sebuah cinta yang membawa kami tuk lebih mencintaiMU dan berikanlah aku PENDAMPING YG TERBAIK menuju Cinta Kasih Sutra-Mu..amen●•٠·˙

“ya Allah, permudahkanlah perhitunganku”. (Riwayat al-Hakim)

Read more...

Thursday, December 9, 2010

Ya Allah,,sy RINDU dia..


Subhanallah,,Alhamdulillah,,AllahuAkbar..
♥♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥


‘ma,,uda rasa,,uda rindukan seseorang la,,,;( ujar seorang anak kepada si ibu tatkala menolong ibunya memasak di dapur..bulat mata si ibu merenung anaknya..berbagai-bagai soalan yang bakal dilontarkan oleh sang ibu buat anak yg dikasihinya..’uda rindu siapa nak?len macam jer,,bunyi rindu tu,,’..soal si ibu dengan penuh kasih sayang,,senyuman yang xpenah hilang menyejukkan hati si anak, yang tatkala itu,hatinya,,penuh rindu untuk seseorang..’ma,,ma jangan fikir bukan2 ma,,xsemstinya uda rindukan kaum adam ma..’ si anak bersuara semula,,,suasana menjadi sunyi seketika..’habis tu,,uda rindu sape nak,,…biar ma teka,erm,,kawan sekolah lama ea..?’erm,,betul tu ma,,rase nak nangis jer,,bila rindukan dia,,Subhanallah!hampir 7 tahun kami bershbt ma,,tp..xtahulah,,makin lama,,makin rindula,,:( ‘…dia balik Malaysia tak nnti’..si ibu bertanya lagi..’balik ma..insyaAllah,,hujung bulan niy,,or bulan awal bulan 1,,xsabarla ma,,memg rindu sgt2,,smpai 3 malam berturut2 mimpi dia ma,,’ ujar si anak lagi..

Assalamualaikum,,buat teman dan sahabt handai sekalian:) ,,kaifahalukum jami’an? Alhamdulillah,,sirrunaa ala baarakatillahi,,:) lama rasanye xmengupdate blog ni,,almaklumlah,,sejak jadik pengasuh sambilan,,(anak buah pertama)hee (berlatih dahulu sebelum bergelar ibu) hee..pengalaman itu mematangkan kita,,even kita cam rasa letih or sedey,,tp,seriously,,memg akan ade sirna dipenghujungnya,,janji Allah itu PASTI!



(niy waktu Wan Muhd Hafiz kecil lagi,,,)




(yang niy,,gambar terbaru,,HOT lagi,,hee,,sayang awak HAfiz!kejap jer da nk setahun)

Sebelum tu,,sy nk tnyer 1 soalan,,pernah tak,,anda semua mimpikan seseorang 3-4 malam berturut-turut?erm,,jantina,,optional,,,muslimin or muslimat,,bila,,sy tnya mom,mom ckap,,mainan tido jer,,namun sy yakin,,ade sesuatu yg tersirat disebalik mimpi tersebut,,YA! Sy yakin sgt2,,sebab,,tiap2 malam mimpi tu berbeza,,malam pertama,,sy dan dia menangis,,dia ckp,,dia rindu sy,,malam kedua,,sy satu kelas ngn dia,,belajar sama2,,tp dia xtegur sy,,malam ketiga,,dia tegur sy,,waktu sy berselisih ngn dia,,sy peluk dia,,then sy ckap,,sy sayang awak,! SUBHANALLAH! Selepas sedar drp mimpi,,sy terus teringat sebuah hadis,mafhumnya..

‎"Sesungguhnya Allah pada hari kiamat nanti berfirman: 'Mana orang-orang yang saling mencintai kerana keagungan-Ku? Hari ini Aku akan menaungi mereka dalam naungan-Ku kerana pada hari ini tidak ada naungan lain, kecuali naungan-Ku.'" (Muslim)

SUBHANALLAH!
♥♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Sy rindu dia! Sy xtipu,,,:( Alhamdulillah,,dia bgthu,,dia nk balik Malaysia,..ya Allah,,xdapat nk diungkap rase gembira:)mesti xsabar2 nk tunggu kepulangan insan, yang kita sayangikan,,Cuma,sy takut sy xsempat jumpa dia,,ya kematian itu pasti,,moga Allah panjangkan usia sy agar sy sempat berjumpa dengan dia..Allahumma amen,dan ketika ini,,sy sangat sedeh,,rasa sempit jer dada,,bila ada masalah,,:(


Subhanalllah,, Sekiranya kita cinta kepada manusia, kita akan cemburu kepada orang yang mencintai orang yang kita cintai. Tetapi sekiranya kita cinta kepada Allah, kita akan.turut mencintai orang yang melabuhkan cintanya kepada Allah juga..humm,,memg tepat!xpat disangkal lagi,,

YA RABB
ketika hati menangis, hanya ENGKAU saja yg tahu

YA RAHMAN
Ketika mereka meninggalkan aku sendiri.
Ketika dunia tiada simpati, Kau tetap mendengar rintihanku.
PadaMu tempatku menagih kasih.
Ketenangan kurasa mendekatiMu.
Syahdu malam tak terasa sunyi

YA RAHIM
Ketika aku dalam kepayahan, dalam kesendirian dihimpit cUbaan.
Kau beri aku kesabaran, pengalaman mengajar Erti kematangan.
Lantas Kau membuka pintu hatiku, untuk memberi kemaafan.
Pada mereka yang pernah melupakanku

YA WAHHAB
Ketika aku buntu.
Kau berikan aku kekuatan, kau tunjukkan aku jalan.
Kau tak biarkan aku sendirian

YA ALLAH YA RAHIM
Yang Maha Pengasih, Rahmatmu tak terkira.
Syukurku melangit pun tak tercapai.
Sungguh aku merasa berdosa kerana dulu sering lalai.
Semoga penyesalanku Kau terima.

Yakinlah.. Allah selalu memberi ketenangan pd jiwa yg rapuh dan memberi kedamaian pd hati yg resah
Sy rindu insan di BUMI JORDAN…:)

Terima kasih ya Allah....

Untuk setiap detik waktu yang aku lalui.

Untuk setiap tarikan dan hembusan nafas ini.
Untuk setiap keindahan yg kupandang dgn mata ini.

Untuk setiap suara yg kudengar dari telinga ini.

Untuk setiap langkah yg kulalui.
Dan untuk segala kenikmatan yg telah Engkau beri.

Terima kasih ya Allah....
~~@~~

THANK YOU ALLAH FOR THE BLESSINGS YOU HAVE GIVEN !SUJUD SYUKUR,,,jom!:)
Read more...

Friday, November 26, 2010

Luka yang terpalit tak terasa dek lazatnya munajat,




Bismillaahirrahmaanirrahiim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

❤ ...

Apa kabar iman,..??? Apakah masih selalu patuh dan tunduk pada-Nya,..???

Apa kabar hati,..??? Apakah masih terbungkus keimanan dan ketakwaan,..???

Apa kabar cinta,..??? Apakah masih untuk Dia, Sang Maha Pecinta,..???




*.•.¸¸.•´¯`•.✿.•´¯`•.¸¸.•.*

============================

Menyedari diri insan itu lemah, hanya kepada Tuhanlah ditujukan segala urusan. Baik sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar-besar perkara. Apalah yang di dambakan pada dunia yang hanya sementara ini? Sedangkan bila memilikinya akan kehilangannya jua. Bukankah itu hanya usaha yang sia-sia? Cukuplah sekadarnya…itu lebih baik dari terus memburu menuruti kehendak nafsu.

Sesekali ingatan kepada peristiwa lepas menyapa di benak. Seringkali jua diri ini menepis sapaannya. Mungkin kerana sukar untuk menerima sebuah hakikat kebenaran. Dikhianati…tercalar nilai kepercayaan pada sebuah persahabatan. Namun Tuhan Maha Mengetahui, apa yg terbaik buat hambaNya…mungkin jua kerana itu Dia terus-menerus mengingatkan memori silam yg pedih dan pahit itu. Tujuannya hanya satu…berfikir!



Seketika diri ini termangu, merenung maksud tersirat di balik yg tersurat… Apakah ia sekadar mengingatkanku agar jangan mudah mempercayai orang lain? Itu ada benarnya, tapi bukan keseluruhannya. Bila tak berhasil menemui jawapannya, maka ia dibiarkan berlalu begitu sahaja. Mungkin sekadar perasaan pada sebuah lamunan yg tak berkesudahan.



Dalam tak sedar, bayangan itu masih menyinggah…menarik diri, hati dan fikiran ini untuk mencari rahsia yg tersembunyi…hikmah yg terselindung. Pasti ada mesej yg ingin disampaikan.





Pada Yang Esa ku adukan segala…

Merintih, merayu, mengharap belas ehsanNya.

Agar ditunjukkan jalan kebenaran dan keselamatan.

Agar dugaan ini berjaya diharungi.

Kerana menjadi mukmin bertaqwa itu matlamat hidupku,

Menempa Syurga abadi itu cita-citaku.

Berikanlah aku petunjuk Ya Hadi,

Agar jalanku terang disuluh cahaya melalui lorong berliku ini.

Peliharalah daku Ya Muhaimin,

Agar langkahku terhindar dari dosa dan noda.





Tatkala hal yg sama diungkit lagi oleh pihak lain, diri kembali terpaku lantaran mata dan hati jauh mengimbau… mengapa setiap kali dibicarakan, hati ini akan sakit? Bukan sakit yg biasa, tapi sakit kerana pedihnya hati menanggung beban. Bagaimana dapatku hapuskan beban ini Ya Tuhan?



Ya Allah, apakah aku ada menyimpan hasad atau dendam di balik kisah ini? Ya ‘Aziz, seandainya ikhlas itu adalah syaratnya, maka kini aku ikhlaskan seluruh jiwa ragaku menerima cubaan ini. Ya Rahman, jika redha itu adalah solusinya, maka bersaksilah bahawa kini aku berlapang dada menerima takdirMu… cukuplah sakit ini mendera hati dan perasaanku… jangan biarkan ia berlarutan, sebaliknya balutilah ia dengan keampunanMu. Agar terubat luka semalam dengan sentuhan kasih dan sayangMu.







Pernah hati ini terguris

Dengan fitnah dan tohmahan menghiris

Sehingga terasa diri ini hina

Kerana tiada siapa yang sudi membela

Kutabahkan hatiku harungi hidup

Biarpun tiada siapa yang menemani

Keseorangan aku di lautan sepi

Ditinggalkan mereka yang aku percayai



Namun ku tahu ada hikmahnya

Setiap segala yang menimpa diri

Kuserahkan segala padaMu Tuhan

Yang Berkuasa jua Mencipta

Kerana engkau Maha Mengetahui

Segala apa yang terbuku di hati







Ya Allah tidakku terdaya lagi

Menahan dugaan yang mencabar ini

Terasa bagai noktah telah kutemui

Mengakhiri segala yang telah aku mulai



Ya Allah engkau lindungilah aku

Bekalkanlah daku dengan limpahan iman

Agar tabahku menghadapi dugaan

Agar tidakku terhenti di pertengahan

Kini di sini aku berdiri

Bersama harapan yang tulus suci

Agar terbitlah kembali mentari pagi

Setelah malamku berkalut benci



Syukurlah, kini segalanya telah kembali pulih… tiada lagi kesakitan, tiada lagi kebencian, yg ada cuma harapan pada sebuah kehidupan. Moga di akhirnya hasanah yg diperoleh. Mungkin ini rahmatNya. Dalam ujian yg kecil, Dia ajarkan banyak perkara…. Di sinilah aku mempelajari erti sabar, ikhlas, redha dan lain-lain. Namun apa yg paling berharga adalah nilaian terindah dalam membina hubungan dengan Tuhan. Mudah-mudahan sentiasa dalam rahmat dan redhaNya…



Hakikatnya, pengalaman lalu bukanlah untuk diri hilang percaya pada yang lain tetapi mengajar erti kasih sayang sesama insan. Perlu memahami dan menghormati hak sesama manusia. Tak dinafikan lagi, tarbiah Allah sangat dalam maksudnya, halus penyampaiannya tetapi indah perasaanya. Moga kita dikurniakan hikmah agar bisa menyingkap siratan makna disebalik setiap suratan ujian.

Sedarlah, ketenangan itu hanya ada di sisi Tuhan,

Siapa yg menginginkan…perlu melangkah ke arah Nya

Maka jalan berliku itu ujiannya

Doa itu jambatannya…

Ditinggikan darjat dan maqam, itu natijahnya

Bertemu Tuhan itu ganjarannya…

Wallahua’alam....



(syauqatul iman,,sgt suke lagu niy!:) )

*.•.¸¸.•´¯`•.✿.•´¯`•.¸¸.•.*

Hanya padamu...
Diri ini hanya milikmu
Datanglah dekat
Air mataku mengalir
Mengharapkan mu

Hanya padamu...
Dan jiwaku padamu
Wahai kasihku usia kita,usiaku
Seluruh hidupku untukmu

Cintamu adalah hayatku
Dirimu buat kita bercinta sebenar2 cinta
Hatiku disini, keindahanmu millikku
Jadi bersatu

Hatiku memanggil
Harapkan engkau sentiasa kekal
Hanya dirimu
Selepas bertahun lihatlah sayang
Kita berjumpa di sini dan bersama
Airmataku mengalir keranamu
Engkaulah kekasih, hidupku hanya untukmu
Seluruh hidupku, usiaku..
Kerna matamu, aku serahkan segalanya

Apa yang daku harapkan
Indahnya kau disisi bersamaku selamanya
Katakanlah kepadaku..
Diri ini..sekian lama mengharapkan
Hati ini, perasaan ini
Bersama hati dan perasaanmu
*.•.¸¸.•´¯`•.✿.•´¯`•.¸¸.•.*


... ❤
Read more...

Friday, November 19, 2010

Tuesday, November 16, 2010

~Ibarat Semut Hitam ~



Subhanallah, Wal Hamdulillah,wala ila haillah Allah wallahu Akbar!
assalamualaikum, buat teman-teman seperjuangan syauqatuliman,,:) apa khabar iman kita pada hari ini? Yazid aw Yanqus? insyaAllah, sama-sama kita berdoa agar setiap sedutan dan hirupan nafas yang dikurniakan oleh Allah, menjdi titik-titik tarbiyah buat diri, tanda kita hamba yang hina,Allahuakbar!..

Alhamdulillah, pada hari ini, diberikan juga kesempatan menyambut Hari Raya Eidul Adha.."mengenang kembali kisah nabi Ibrahim a.s dengan anaknya nabi Ismail adalah satu simbolik pengorbanan seorang hamba kepada Penciptanya..Adakah kita mampu mengorbankan perkara yang kita sayang dalam hidup kita menuju redha-NYA? sama2 kita koreksi dan koleksi diri, agar setiap saat nafas itu,adalah semata2 menuju Allah Rabbul Jalil,,InsyaAllah,,ingatkan syauqatuliman,andai diri ini alpa,,:)"

syukur alhamdulillah juga, kerana masih diberi keizinan,melamar satu lagi kehidupan di pentas dunia ini. (lahawlawala Quwwataillah billahi)

maka hari ini, insyaAllah sama-sama kita renungkan tajuk 'ibarat semut hitam',,merangkap sifat mahmudah iaitu sifat ikhlas yang perlu ditanam dalam diri..

Jadikanlah amal perbuatan anda itu ikhlas hanya kerana Allah semata-mata
dan jangan mengharapkan ucapan terima kasih dari orang lain!
Dan jangan bersedih atau gelisah apabila kebaikan yang anda curahkan
kepada orang lain justeru dibalas dengan celaan,
atau tatkala “tangan putih” yang anda hulurkan dibalas
dengan tamparan yang menyakitkan dan tidak menghargai kebaikan yang telah anda berikan.
Kerana itu, apa yang seharusnya anda tuntut hanyalah balasan pahala dari Allah.
Allah Subhanau wa Ta’ala berfirman tentang wali-waliNya,
sebagaimana yang tersebut di dalam surah Al-Fath, ayat 29:
“…mereka mencari kurnia Allah dan keredhaanNya…”

Juga tentang nabi-nabiNya:
“…Aku tidak meminta upah sedikit pun kepadamu atas dakwahku…” (Shad: 86)
“Katakanlah: ‘ Upah apa pun yang aku minta kepadamu, maka itu untuk kamu’ ….” (Saba: 47)
“Padahal tidak ada seorang pun memberikan suatu nikmat kepadanya yang harus dibalasnya.” (Al-Lail: 19)
“Sesungguhnya kami memberi makanan kepadamu hanyalah untuk mengharapkan keredhaan Allah, kami tidak menghendaki balasan dari kamu dan tidak pula (ucapan) terima kasih.” (Al-Insan: 9)
Seorang penyair berkata:
Sesiapa saja yang berbuat baik pasti ada pahalanyaKerana hal itu adalah kebiasaanAntara Allah dan manusiaYang tidak pernah lenyap.

Maka berbuat baiklah hanya untuk Yang Maha Esa,
kerana Dialah yang akan memberi pahala, memberi kurnia,
menjatuhkan hukuman, menghisab setiap amalan,
yang akan meredhai dan juga yang akan memurkai.
Allah Yang Maha Suci dan Maha Tinggi.

Ketika ramai di antara para sahabat yang terbunuh sebagai syuhada di kota Qandahar,
maka Umar Radhiyallahu ‘anhu bertanya kepada para sahabat yang masih hidup:
“ Siapakah yang terbunuh?”
maka mereka pun menyebut beberapa nama, kemudian berkata:
“Dan masih banyak lagi nama mereka yang tidak kau ketahui,”
jawab para sahabat itu.
Maka menitislah air mata Umar Radhiyallahu ‘anhu, lalu berkata:
“Tetapi Allah mengetahui mereka.
Ada seorang soleh telah memberi sepiring makanan yang sangat lazat kepada seorang yang buta.
Keluarga soleh itu berkata:
“Bukankah orang buta ini tidak tahu apa yang dimakannya.
” Orang soleh itu menjawab: “
Tetapi, bukankah Allah mengetahuinya.”

Selama anda menyakini bahawa Allah selalu melihat dan mengetahui kebaikan yang anda lakukan,
serta mengetahui keutamaan yang anda hulurkan,
maka mengapa anda mengharapkan sesuatu daripada manusia?

~pandangan Allah??atau pandangan manusia??~ tepuk dada,tanya selera keimanan!~ jom,sama-sama kita amalkan sifat ikhlas,agar kita sama-sama dapat berjumpa nanti di padang mahsyar dalam naungan dan rahmat drp Allah,,Allahumma ameen.
Read more...

Friday, November 12, 2010

~kenapa wanita perlu bertudung??ini jawapannya!!! ~




Many a people ask a question why Muslim women cover up themselves in Hijab/Veil... and here comes the fantabulous answer that helps us understand the importance of Hijab (Purdah - BURKHA- VEIL) Here comes the simplest way of demonstrating the importance of it...Could it be anyway better than this?










Explanation yang tepat bukan? cantiknya Islam..Islam is the complete way of life..~yg tertutup lebeh cantek drp tg terbuka kan?

klu nk mkn lolipop pun,mesti nk yg msih berbungkus kan? ade sesapa yg nk lolipop yg dah dihisap org??sila angkat tgn!!!~

geram melihat situasi sahabat2 n adik2 di kampus niy,,bkn xpenah beri nasihat or dekati mereka,,ya Allah,,sememangnya,hidayah itu milikMU,,bkn mereka tdk tahu tentang aurat!cume mereka menutup telinga dan hati mereka utk mendengar dan patuh pada perintah Allah,,sakit la mata tengok awak2 sume pakai cmtu!

kasihanilah kami,akhawat,,dan kasihanilah juga ikhwan2,,ada di kalangan mereka menghafaz Al-Quran, dan kasihanilah kami yang sedang menuntut ilmu,,tercabar IMAN kami melihat pakaian antunna semua,,:(


katakan TIDAK pada:
1) pakaian sempit n jarang
2) pakaian mendedah aurat dimane2 saje
3) wangian2 n solekan yg mlampaui
4) seluar sendat yg mnyakitkan mata
RENUNG2KAN N SELAMAT BERAMAL!!



Hidayah Allah itu umpama hujan… kena pada setiap tempat, penjuru dan ceruk alam ciptaanNya.. Allahlah yang mencampakkan hidayah itu.. setiap tempat akan kena pancaran hidayah itu seolah-olah kata pepatah “bumi mana yang tidak ditimpa hujan?… Dan tadahan bagi hujan hidayah itu adalah hati-hati manusia… terpulang pada kita, samada untuk membuka tadahan hati kita atau menutupnya… dan bilamana saat kita bertanya tentang hidayah Allah, mungkin itulah permulaan hidayah dariNya..


Ambillah sekecil-kecil langkah wahai sahabat yang aku amat sayangi, biarpun hanya detikan di hati MU, walaupun hanya suara hati mu yang berkata-kata… kerana sesungguhnya Allah Maha Mendengar, As-Sami’ maka pohonlah,pohonlah hanya kepada NYA dalam setiap sesuatu yang engkau ingini kerana hanya Dia bisa memakbulkan keinginan mu..


berusahalah wahai sahabat yang amat aku cintai, kerana sesungguhnya Allah itu tidak akan mengubah nasibmu melainkan kamu yang mengubah nasibmu sendiri…namun ingat wahai sahabat, jangan engkau sesekali kufur akan nikmat yang Allah kurniakan, kerana ingatlah bahawa azab Allah itu sesungguhnya amatlah pedih..bukankah tuhan kita, Allah telah berkata bahawa akan Dia penuhkan neraka itu dengan jin2 dan manusia sebagai bahan bakarnya…moga2 kita tetap terus tsabat dan istiqomah diatas jalan ini..

salam imtihan semua!moga kita semua bukan sahaja berjaya di dunia,tetapi juga di akhirat sana,yg kekal abadi,,
Allahumma ameen
Read more...

Thursday, November 11, 2010

<< Cukup Allah sebagai Penolongku... >>




Subhanallah! Alhamdulillah,Allahu Akbar! ●•٠·˙Ya ALLAH, Selama ini aku selalu melihat indahnya pelangi di atas kepala orang lain.. Tetapi hari ini...aku dapat melihat indahnya pelangi di atas kepalaku sendiri...Subhanallah...!Begitu banyak nikmat yang Kau berikan...tapi tak pernah ku sedari...Terima kasih ya Rabb..●•٠·˙


syukur Alhamdulillah,,fatrah imtihan benar2 mengujiku,,yang pasti, matlamat utama kita dalam menuntut ilmu adalah semata-mata mengharapkan keredhaanNYA,,kerana apa??kerana kita akan kembali kepada-NYA suatu saat nanti,tika Malaikat Izrail menjemput kita mengadap Rabbul Jalil,,

apa yang ku harapkan tika ini ialah, moga ilmu yang ku peroleh,bermanfaat.. bukan sahaja untuk diri ini Al Faqirah wa Dhaifah ilallah~~namun ku harapkan aku mampu menyumbang ilmu ini utk umat ISLAM yang lain,

sajak ini,khas buat diri ini, Mendamba Redha-MU ya Allah,,yang pasti, "Tiada Harapan Selain Allah"...itu menjadikan aku semakin kuat,menempuh ranjau hidup ini!...


Aku
Tetap berlari dan berlari
Walau ribuan ujian terus menyayat tubuh ku yang telah compang camping
Tapi hati ku takkan mudah getas
Kadang lelah merajai fikiranku
Tapi api semangat melebur habis tanpa sisa
Tungkai kakiku tetap gegap melangkah
Seiring desah berserah


Semangatku

Semangat para petarung sejati
Yang tak mematikan harapan dan kemungkinan walau sekecil apapun
Dengan terus berbaik sangka pada Tuhan


Ikhtiarku

Ikhtiar para pengembara
Yang tak mudah melemas
Yang tak mudah memelas
Tak mudah melunglai sebelum batas


Ikhlasku

Ikhlas para pembelajar
Yang tak bosan mengarahkan hati
Pada penghambaan sejati

Cukup Allah
sebagai penolongku...

HasbunALLAH Wani'mal-Wakîl, Ni'mal-Mawlâ Wani'man-Nashir
Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung, Dialah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong"



~~@~~
♥♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
Read more...

Friday, November 5, 2010

Bidadari Syurga Dunia

===


Bidadari Syurga dunia...
Ada senyum yang terukir indah dimuka
Ada bias rona merah di wajah
Memantulkan warna hati si jiwa Syurga..

Bidadari Syurga Dunia..
Wajah yang senantiasa putih dan menawan
Berhiaskan air wudhu yang terpancar
Menambah pesona hiasan mata..

Bidadari Syurga Dunia...
Yang senyumnya selalu merekah
Yang parasnya mempesona
Yang hatinya selembut sutra..

Bidadari Syurga Dunia..
Jadi dambaan setiap wanita
Impian diri wanita sholehah
Qonitat dan berhati bunga..

Bidadari Syurga di hati Luka...
Yang pucatkan muka si durjana
Yang tepiskan angan dunia
Yang hatinya bagaikan kaca..

Bidadari Syurga di hati Dunia...
Yang siangnya bagaikan singa di rimba
Yang malamnya bagai sufi perindu
Syurga Zuhud selendang pengikatnya..

Bidadari Syurga Dunia...
Dimana pun berada kau tetap setia
Pada Allah, Rasul dan juga Dien-Nya
Kemana lagi kan kucari..

Bidadari Syurga Dunia...
Di arusnya dunia merana
Sentuhanmu bangkitkan rasa
Hingga syahid ku jumpa di pintu Syurga..






---------------------------------

=== ✩ ❤ ✩ ✿ ✩ ❤ ✩ ✿ ✩ ❤ ✩ ===
Read more...

:::[ Aku beramal kerana aku tidak tahu ]:::



(lokasi: di musolla muqarrabin/saidatina khadijah KISAS.4/11/2010)

Ada orang bertanya, perkara berkaitan qada’ dan qadar.
Katanya, ALLAH telah menetapkan segala sesuatu semenjak azali lagi.
Telah ditetapkan sama ada orang itu kafir atau tidak.
Sudah ditetapkan akhirnya manusia itu di syurga atau di neraka.

Jadi, kalau sudah ditetapkan di mana tempat pengakhiran, apa gunanya kita beramal?
Kalau anda disuakan persoalan ini, apakah jawapan anda?
Dr Samirah Tohir telah disoal dengan soalan yang sama.(seorang pensyarah Semasa di University of Yarmouk,)
pensyarah yang mengajar mata pelajaran ini, Madkhal Ila Aqidah.
Dia senyap, memberikan ruang pelajar-pelajar lain memberikan pandangan mereka.
Ramai yang cuba menjawab dengan teori dan akal fikiran masing-masing.
Tidak kurang juga yang cuba membangkitkan perbahasan ulama’ berkenaan tajuk Qada’ dan qadar ini.

Apabila semua pelajar sudah menyuarakan pendapat masing-masing,
Dr Samirah Tohir mengambil marker pen, dan bergerak ke papan putih,
seterusnya menulis kalimah arab yang bermaksud:
“ Aku beramal kerana aku tidak mengetahui”
Ya. Kita beramal, kerana kita sebenarnya tidak tahu di mana ALLAH tetapkan kita.
Di neraka kah? Di syurga kah? Kita ini mati dalam keadaan kufurkah?
Kita ini mati di dalam imankah? Kita ini hidup dalam kemiskinan kah?

Kita ini hidup di dalam kekayaan kah? Kita tidak tahu apa-apa berkenaan penghujung hidup kita.
Jangan kata penghujung hidup, sesaat pada hari esok pun kita tidak tahu apa yang akan terjadi kepada kita.
Jadi, kita berusaha, memberikan yang terbaik untuk kehidupan kita.
Kita sendiri tidak tahu, bagaimana penetapan ALLAH itu, hal qada’ qadar ALLAH ini tersimpan
kemas dari pengetahuan sesiapa, hatta para malaikat sendiri pun tidak mengetahuinya.
Tersimpan kemas di dalam ilmu ALLAH sahaja. Dan tiadalah kita ini dikurniakan ALLAH ilmu, melainkan sedikit sahaja.

Kita tidak tahu banyak perkara, tambahan, perkara-perkara ghaib seperti penetapan qada’ qadar ALLAH SWT ini.
Kenapa mesti kita risau dengan perkara yang memang kita tidak akan dapat mengetahuinya?
Bukankah lebih baik kita jalani kehidupan kita dengan baik dan melorongkan kehidupan kita ke arah apa yang ALLAH redha?
Berbanding risau kita ini sudah ditetapkan mati dalam beriman atau tidak, dimasukkan ke dalam syurga atau tidak,
bukankah lebih baik kita mencari apa yang ALLAH redha dan tidak, seterusnya menghidupkan kehidupan kita dengan kehidupan yang terbaik di bawah redhaNya?
Tambahan, banyak dalil ALLAH SWT menyatakan bahawa iman atau kufur itu adalah pilihan manusia sendiri.

“ Tiada paksaan di dalam agama, sesungguhnya telah jelas antara yang benar dan jalan yang sesat. Barangsiapa yang mengingkari taghut(kejahatan) dan beriman kepada ALLAH, maka sungguh, dia telah berpegang teguh dengan tali yang sangat kuat dan tidak putus. Dan ALLAH itu Maha mendengar lagi Maha Mengetahui”
Surah Al-Baqarah ayat 256.

“ Sesungguhnya ALLAH tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan kaum itu terlebih dahulu mengubah apa yang ada pada diri mereka”
Surah Ar-Ra’d ayat 11.

“ Maha Suci ALLAH yang menguasi segala kerajaan, dan DIA Maha Kuasa atas segala sesuatu, Yanng Menciptakan Mati dan Hidup untuk menguji siapa antara kamu yang terbaik amalannya, dan DIAlah yang Maha Perkasa lagi Maha Pengampun”
Surah Al-Mulk ayat 1-2.

“ Apakah manusia itu mengira mereka akan dibiarkan berkata ‘ kami beriman’ sedangkan mereka masih belum diuji?” Surah Al-Ankabut ayat 2.

Lihat. Hidup kita ini ada pilihannya.
ALLAH memang mengetahui apa pengakhiran kita. Tetapi apakah sama pengetahuan ALLAH dengan pengetahuan kita?
Di tangan ALLAH jugalah segala keputusanNya. Kita hanya berusaha, bergerak mencari redhaNya.
Jadi jangan kita risau apa yang akan terjadi pada masa hadapan.
Masa hadapan yang kita tidak jelas dengannya. Masa hadapan yang kita tiada ilmu mengenainya.
Maka, risaulah dengan apa yang tersedia di hadapan kita masa ini, kehidupan yang sedang berjalan untuk kita isi,
dan perintah-perintah ALLAH untuk kita laksanakan tanda ketaatan kepada ILAHI.
InsyaALLAH, ALLAH tidak zalim kepada hamba-hambaNya. Yang beramal soleh dijanjikan kebaikan. Yang beramal kejahatan dijanjikan pembalasan atas keburukan.

“ Dan barangsiapa yang melakukan kebaikan walau sebesar zarah, maka tetap akan dihitung, dan barangsiapa yang melakukan kejahatan walau sebesar zarah, maka tetap akan dihitung”
Surah Al-Zalzalah ayat 7-8.

Dan ALLAH itu tidak memungkiri janjiNya.
Syukur kepada ALLAH yang menggerakkan hambaNya bernama Samirah Tohir itu mengungkap kalimah
sedemikian besar maknanya kepada saya. Ya, kita beramal, kerana kita tidak tahu berkenaan pengakhiran kita.
Kita tidak tahu bagaimanakah ALLAH menetapkan kehidupan kita.

Maka, kehidupan yang sedang berjalan inilah kita isi dengan kebaikan-kebaikan,
usaha-usaha untuk masa hadapan yang kita suka.
Dengan sangka baik kepada ALLAH, insyaALLAH kita akan mendapat kebaikan.
Semoga perkongsian ini, memberikan manfaat yang besar kepada kita semua.




إني ظلمت نفسي فغفرلي يا الله
Read more...

:::[ TALQIN YANG MENGGERUNKAN ]:::




Bismillahhirrahmannirrahim.

Maha Suci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa’ dan Qidam
Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa
Maha Suci Tuhan yang menjadikan mat
Dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa
Maha Suci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran
Untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai
Dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup
Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa
Melainkan zat Allah Taala, Dialah Tuhan yang Maha Besar berkuasa menghukum
Manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadhrat Allah Taala

Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA
Hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah
Yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini
Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat
Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah
Dengan sebenar-benarnya melainkan Allah
Dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah
Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA,
Apabila datang kepada kamu dua malaikat yang serupa dengan kamu
Iaitu Mungkar dan Nangkir, maka janganlah berasa gentar dan takut
Janganlah kamu berdukacita dan risau
Serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut

Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA
Bahawasanya Mungkar dan Nangkir itu hamba Allah Taala,
Sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala
Apabila mereka menyuruh kamu duduk,
Mereka juga akan menyoal kamu
Mereka berkata:

Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?

Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka
Dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul
Janganlah berasa gementar, janganlah cuak
Dan janganlah bergopoh-gapah
Biarlah tenang dan berhati-hati, hendaklah kamu jawab begini:

Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
kitab suci Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu kiblatku,
Malahan solah lima waktu,
Puasa di bulan Ramadhan,
Mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku,
Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku,
Bahkan dari masa hidup hingga aku mati
Aku mengucap: “La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah”.

Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu
Inilah dia suatu dugaan yang paling besar
Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh
Sehingga sampai satu masa kelak,
Kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar

Insaflah wahai NURUL FAREHAH BINTI HABSAH!
Bahawasanya mati ini adalah benar
Soalan malaikat Mungkar dan Nangkir di dalam kubur ini adalah benar
Bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar
Berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar
Dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar
Minum di kolam air nabi adalah benar
Ada syurga dan neraka adalah benar
Bahawasanya hari Kiamat tetap akan adanya
Begitu juga Tuhan yang Maha Berkuasa
Akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur

Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah
Dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala
Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu
Tuhan jua yang menetapkan hati kamu
Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Taala
Menjinakkan hati kamu yang liar
Dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu
Yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini
Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan
Dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu

Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak
diseksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.

Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalhamdulillahi rabbil alamin.

Setiap yang bernafas, pasti akan mati – “Kullu nafsin za iqatul maut”
Firman Allah swt, “Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian,
kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati
kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran.” Surah Al-A’sr

Dari Abdullah bin ‘Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda:

“Sampaikanlah pesanku walaupun satu ayat…”
Read more...

Wednesday, November 3, 2010

Rintihan Kekasih Allah.




Lahirnya pd kurun ke2 hijrah
Dipinggiran terpencil Kota Basrah
Sejarah telah menukirkan langkahnya
Menuju Allah bermula dgn payah
Kemiskinan keluarganya terlalu mencengkam
Menjadikn dia hampir tenggelam
Dialah gadis yg bernama Rabiatul Adawiyah
Takdir mengatasi takdir
Ketika tiba-tiba pintu hidayah terbuka dia tersentak

Kembara cintanya pun bermula
Dari gelap dia menuju cahaya
Bukan kerana pahala tetapi kerana cinta
Dalam kedinginan malam dia berkata
Tuhanku bintang-bintang telah menjelma indah
Mata manusia terlena sudah
Ketika semua pintu telah tertutup
Tatkala unggas malam sahut menyahut
Dan inilah aku..inilah aku
Duduk dihadapanMu mengadu cintaku
Yang selalu terganggu
Mengintai kasihMu diperdu rindu

Demikian rintihan hati Rabiatul Adawiyah
Lalu ditemuinya keindahan & ketenangan
Di hamparan kasih sayang Tuhan

Ya Allah...Ini air mataku yang tumpah kerana menyesali dosa
Ini sujudku yang menginsafi rasa kehambaan diri
Ini tanganku yang memohon keampunan dan rahmat-Mu
Ini wajahku yang menghadap -Mu dengan rasa kehinaan
air mataku, sujudku , tanganku dan wajahku
ini sebagai saksi diakhirat........

Bahawa aku pernah
merintih keampunan daripada-Mu
Jadikanlah air mataku , sujudku ,tanganku , dan
wajahku ini sebagai pemayung ketika panas terik di Padang Mahsyar...
Sesungguhnya tidak tertanggung olehku akannya.
Jadikanlah air mataku , sujudku , tanganku ,dan wajahku ini sebagai
pemberat ketika amalanku ditimbang.
Sesungguhnya terlalu gentar hati ini apabila air mataku sujudku ,
tanganku , dan wajahku ini sebagai penyelamat ketika dihumban ke dalam neraka-Mu......
Sesungguhnya tiada amalanku yang layak untuk menyelamatkan diri.

Tuhan.........
Tiada amalanku yang dapat dipersembahkan sempurna kepada-Mu...
kerana kebaikanku telah ditembusi kejahatanku.
Melainkan hanya ini yang ku harapan......
air mata penyesalan ,sujud seorang hamba,
tangan yang sentiasa mengharap rahmat-Mu dan
wajah yang malu memandang-Mu.

Meskipun rayuan setinggi gunung,namun......
kesangsian datang di celah harapan.
Apakah air mata yang mengalir ini
seikhlas air mata penyesalan Nabi Adam selama
200 tahun hingga bumi terbelah menjadi sungai?
Apakah sujudku ini sehebat Uwais Al Qarni yang merintih hingga dini hari?
Apakah tanganku ini menadah serta bermohonnya
tangan Siti Mariam yang merayu ke hadrat Illahi?
Apakah wajahku yang mengadap-Mu ini seperti
Rabiatul Adawiyah yang mengadap-Mu dengan rasa kehinaan?
Semua kesangsian in..

Ya Allah datangkan getaran di dada untuk mengadap-Mu....
Tetapi .....hanya ini yang ada padaku..,,:(
Read more...

Ketegasan Rasulullah Terhadap Maruah Wanita Islam




Pada suatu hari di zaman Rasulullah, seorang muslimah sedang termenung di atas batu. Di sekitar kawasan itu terdapat beberapa orang lelaki Yahudi. Seorang daripada mereka mendekati muslimah tersebut dari belakang secara diam. Diikatnya kain pakaian muslimah tersebut dengan tali yang bersambung ke atas pokok. Tanpa di sedari, muslimah itu turun dari batu dan kainnya terselak kerana ikatan tali tersebut.

Melihat keadaan ini, lelaki Yahudi yang lalu lalang di situ ketawa berdekah-dekah melihat gelagat muslimah yang terdedah auratnya. Berita tentang perkara ini sampai kepada Rasulullah, lalu tanpa bertangguh Rasulullah memerintahkan supaya lelaki Yahudi yang memalukan wanita muslimah itu dipancung kepalanya serta merta.

Beginilah tegasnya Rasulullah terhadap kehormatan wanita Islam. Namun hari ini kita lihat, tidak ramai ibu bapa yang mengendahkan anak-anak mereka yang bekerja dengan orang bukan Islam yang mewajibkan pakaian seragam yang mendedahkan aurat di tempat kerja. Apa pula tindakan pemimpin Islam terhadap hal-hal seperti ini?
Read more...

Nama-Nama Syaitan Dalam Al-Fatihah






Assalamualaikum! Semoga boleh dimanfaatkan bersama. Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita.



Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yang wujud didalam surah Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati.


Nama-nama syaitan tersebut:-


1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu)sepatutnya DULILLAH,


2. HIRROB (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya HI ROB,


3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KI YAU,


4. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KA NAK,


5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KA NAS,


6 Iya (disebut tanpa sabdu) sepatutnyaIyya. Iya bermaksud 'matahari'. Dalam ayat ke 5, jika salah bacaannya akanbermaksud "kepada mataharilah yang kami sembah dan kepada mataharikami meminta pertolongan!!!!"


7) SIROTHOLLAZI.......... sehingga habishendaklah dibaca tanpa henti.


8) AMIN hendaklah mengaminkan Al-Fatihahdengan betul iaitu AA... 2 harakat, MIN... 2/4/5 harakat.


Semoga Amin kita bersamaan dengan Amin malaikat,Insya-Allah. Semoga kita menjadi orang yang sentiasa memperbaiki bacaannya.

Perhatian!

Sebarkanlah hukum Allah walaupun satu ayat semoga kita mendapat rahmatNya, Insya-Allah.

Wassalam
Read more...

Tuesday, November 2, 2010

"dan Mohonlah kepadaKU nescaya AKU akan perkenankan "


subhanallah! Allamdulillah! Allahu Akbar!
indahnya HIDUP DENGAN RASA BERTUHAN...pengawasanNya cukup menenangkan..terasa ada penolong dan teman paling SETIA saat susah dan senang..bisikanNya satu semangat hidup utk TERUS KUAT...subhanallah....!

alhamdulillah,,selesai sudah 4paper,imtihan duniawi,,insyaAllah,bakal menyusul 3 paper lagi,,ya Rabbi,,ku pohon,,moga aku REdha atas segala ketentuanMU,,allahumma ameen..

bersyukur,masih dipanjatkan lagi usia,meniti usia, di atas pentas dunia ini,moga sahaja,sedikit sebnayak,tenaga yang ada ini,dapat disumbangkan untuk ISLAM,!

YA RABBI...
Aku berdoa untuk seorang lelaki, yang akan menjadi sebahagian daripada hidupku.
Seorang lelaki yang sungguh mencintai-MU lebih dari segala sesuatu.
Seorang lelaki yang akan meletakkanku pada kedudukan kedua di hatinya setelah Engkau.
Seorang lelaki yang hidup bukan untuk dirinya sendiri tetapi untuk-MU.
Seorang lelaki yang mempunyai sekeping hati yang sungguh mencintai dan dahaga akan Engkau dan memiliki keinginan untuk menauladani sifat-sifat agung-Mu.
Seorang lelaki yang mengetahui bagi siapa dan untuk apa dia hidup, sehingga hidupnya tidaklah sia-sia.
Seorang lelaki yang memiliki hati yang bijak bukan hanya sekadar otak yang cerdas.
Seorang lelaki yang tidak hanya mencintaiku tetapi juga menghormati aku.
Seorang lelaki yang tidak hanya memujaku tetapi dapat juga menasihati ketika aku berbuat salah.
Seorang lelaki yang mencintaiku bukan kerana kecantikanku tetapi kerana hatiku.
Seorang lelaki yang dapat menjadi sahabat terbaikku dalam tiap waktu dan situasi.
Seorang lelaki yang dapat membuatku berasa sebagai seorang wanita ketika berada di sisinya.
Seorang lelaki yang memerlukan sokonganku sebagai peneguhnya.
Seorang lelaki yang memerlukan doaku untuk kehidupannya.
Seorang lelaki yang memerlukan senyumanku untuk mengatasi kesedihannya.
Seorang lelaki yang memerlukan diriku untuk membuat hidupnya menjadi sempurna.


Dan aku juga meminta...
Buatlah aku menjadi seorang perempuan yang dapat membuat lelaki itu bangga.
Berikan aku sekeping hati yang sungguh mencintai-MU, sehingga aku dapat mencintainya dengan cinta-MU, bukan mencintainya dengan sekadar cintaku.
Berikanlah sifat-MU yang lembut sehingga kecantikanku datang dari-MU bukan dari luar diriku.
Berilah aku tangan-MU sehingga aku selalu mampu berdoa untuknya.
Berikanlah aku penglihatan-MU sehingga aku dapat melihat banyak hal baik dalam dirinya dan bukan hal buruk saja.
Berikan aku mulut-MU yang penuh dengan kata-kata kebijaksanaan-MU dan pemberi semangat, sehingga aku dapat mendukungnya setiap hari, dan aku dapat tersenyum padanya setiap pagi.
Dan bilamana akhirnya kami akan bertemu, aku berharap kami berdua dapat mengatakaan, ''Betapa besarnya Engkau kerana telah memberikan kepadaku seseorang yang dapat membuat hidupku menjadi sempurna.''
Aku mengetahui bahawa Engkau menginginkan kami bertemu pada waktu yang tepat dan Engkau akan membuat segala sesuatunya indah pada waktu yang Kau tentukan

Allahumma Ameen,,
Read more...

Thursday, October 14, 2010

Hati yang lara, ada ubatnya,,tidak dibiarkan sepi,,



DIDENGARNYA SETIAP PERMOHONAN
Kadang kala.. Dia memberi sebelum si hamba sempat menadah tangan untuk meminta… Kerana
dia sangat mengerti keperluan hambaNya… Dia yang menjadikan si hamba dan Dia jugalah yang
mengatur liku-liku perjalanan hidup hambaNya…

Apabila permintaan si hamba tidak diperkenankan, itu bukanlah kerana Dia 'tuli'
dan tidak mendengar rintihan serta pengaduan
hambaNya… Ada hamba-hamba yang dikasihiNya,
yang dibiarkan menderita dan bersedih,
dibiarkan terlantar kesakitan,
dibiarkan susah dan miskin,
kerana begitulah caranya Dia
mendidik si hamba;
diberi ujian-ujian yang akan menambahdekatkan si hamba dengan Nya
dan melebar lorong buat si hamba dalam kembara di dunia menuju ke syurga yang abadi.


Hamba yang menderita dan bersedih..
pasti akan mengadukan halnya kepada Dia…
Hamba yang terlantar dan kesakitan..
pasti akan merintih memohon keringanan dariNya..
Bumi ini milik-Nya, lalu
selayaknyalah kita sebagai penghuni yang kerdil ini,
selalu mengadu kepadaNya…
Agar kita tahu bersyukur jika diberi rezeki yang melimpah ruah,
dengan cara membahagi- bahagikannya pula
kepada penghuni yang lain..
Juga supaya kita tahu bersabar jika diberi rezeki yang sedikit,
kerana kesabaran itu sendiri yang menjadi makanan hati. Sama ada kita bersyukur atau
bersabar, di situ Dia menjadikan ganjaran pahala sebagai bonus untuk menempah istirehat di
syurga.


Adakalanya Allah memberi di saat seorang hamba itu sudah hampir putus harapan. Waktu itu
hatinya hanya diserahkan kepada Tuhan. Apa hendak jadi pun, jadilah.. kerana Dia yang
mengatur ketentuan.
apa jua masalah, apa jua musibah yang menimpa,
itulah pengaturan Tuhan. Hikmah di sebaliknya
harus digali di samping jangan lupa terus
bermohon, solat hajat, bermunajat serta
memperbanyakkan taubat. jika masalah masih
berpanjangan dan sudah putus ikhtiar kita, maka
selaku hamba wajarlah kita kembali padaNya.
terimalah hakikat bahawa itulah ujian untuk kita,
agar diberi-Nya pahala sabar dan sebagai ingatan
kepada kita supaya tahu bersyukur dengan nikmat
pemberiannya.


untungnya orang mukmin..semakin banyak masalah semakin mustajab doanya. bukan
perjuangan tanpa kesulitan tapi dalam kesulitan ada ketenangan memugar kekuatan. kita tidak
bersendirian kerana Allah pasti akan bersama!

Ya Allah,,ujianMU ini ku pohon agar tidak ku terbeban utk memikulnya,,moga ujian ini menguatkan ruh ku agar terus berada di atas jalanMU..Allahumma ameen

“Ya ALLAH,Sesungguhnya Aku Memohon CINTAMU, CINTA Orang-Orang yang MENCINTAIMU,dan AMAL yang dapat membuatku memperoleh CINTAMU. "Ya ALLAH Jadikanlah cintaku KEPADAMU melebihi CINTA terhadap DIRIKU SENDIRI, KELUARGAKU, DAN MELEBIHI CINTANYA... ORANG YANG KEHAUSAN TERHADAP AIR YANG DINGIN.” ~{HR. TIRMIDZI}
Read more...

Wednesday, September 15, 2010

Tika aku melabuhkan tirai dunia....


Indahnya kepekatan malam, menghuraikan keagungan ciptaan Tuhan yang Maha Esa, [subhanallah] menggamitkan segala rindu yang terpendam jauh di lubuk hati. Tat kala hati berkata-kata sendiri, ada mutiara mengalir di pipi. Ntah mengapa hilang sudah kesabaran air mata ini untuk bertahan dari menitis. Andai masih ada kekuatan dalam diri, akan ku pendam segalanya sendiri dan biarlah hanya Tuhan Yang Maha Mengetahui. Kadang-kala, hati ini bagai diketuk-ketuk dengan sesuatu hingga ianya dibiarkan bicara sendiri


 

Selalu ingat pesan Ustazah [insan yang selalu menghiburkan hati yang selalu menangis sendiri, walau hanya seorang ustahz namun dia selalu memberikan nasihat persis seorang kakak yang menuntun langkah adiknya yang baru bertatih]"adik, kadang-kala biarkan hati berbicara, usah biarkan ianya diam sendiri hingga merosakkan tubuh yang memerlukan sokongan hati. Andai hati selalu mengingatiNya, maka Dia akan selalu ingat pd hambaNya walaupun hambaNya sering melupakanNya. Selangkah kita dekat kepadaNya, 1000 langkah dia hampir dengan kita. Ustaahz tahu, adik bukan seorang yang tabah kerana air mata adik mengalir bagaikan tiada erti.

Sebenarnya, air mata itu tidak perlu dihabiskan dalam masa sehari. Simpan pula untuk esok, masih ada esok untuk menangisi segala penyesalan kepadaNya, mmg indah bila air mata itu mengalir keranaNya tapi usahlah berduka kerana mungkin esok, kita akan bertemu kekasih kita [Muhammad s.a.w], menangislah sepuas hati dan biarlah hati berbicara. Ustaz tahu, adik ustaz yang ni terlalu sukar untuk menceritakan sesuatu tapi yakinlah, serahkan segala pengaduan kita kepadaNya. Dia memberikan sesuatu 'hadiah' [masalah/dugaan] untuk memberikan kekuatan kpd kita.
"

Ya Allah, kiranya Engkau mengetahui hasrat hatiku, perkenankan ia agar hati ini kembali seperti sedia kala, izinkan hambaMu berlabuh ditiraiMu. Bila sesuatu itu datang, ia pasti pergi. Walid jua selalu ingatkan, "
yang hidup pasti mati, yang mati akan dihidupkan kembali. Maka rebutlah 5 perkara utama; sihat sblm sakit, lapang sblm sempit, muda sblm tua, kaya sblm miskin, hidup sebelum mati. Bila sesuatu musibah itu melanda seseorang, maka Allah lah tempat pengaduan yang paling aula. Dari Allah kita dtg dan kepadaNyalah kita akan kembali…" 

# biarlah catatan ini terhenti disini dan biarlah hati ini terus bermonolog sendiri hingga ada manusia yang berjaya menawan apa yg terbuku dihati. Sabarlah hati… :wink:

*"Apabila badan itu menderita sakit, maka tidak berguna makanan, minuman, tidur dan rehat. Demikian jua pada hati, (apabila telah ditimpa oleh 
cinta dunia) maka tiap nasihat itu tdk memberikan manfaat kepadanya –Malik bin Dinar-


 


 

Buat sahabat2 dan teman yang ana kasihi sekalian……….


 

Kenapa ya,,,,

apabila hati merindui ILLAHI,

hati lantas akan teringatkan kamu,

aku kira mungkin ini tanda cinta..

cinta yang benar-benar didasari ukhwah islamiyah...

dan terjalin kerana mengharapkan redhaNYA..


 

alangkah indahnya ukhwah ini ..

andai kita berjauhan..

tapi saling mengingati dalam setiap doa kita..


 

aku kira,,

kamu memang seorang sahabat yang solehah, ..

kerana itu,,apabila hati ingin dekat pada Allah..

hati juga ,merindukan kamu,,

rasa ingin dekat dengan kamu selalu,


 

Duhai saudaraku,,yang mulia,,

jangan pinggirkan aku…

Tika aku alpa,,, kamu ingatkanlah..

Tika aku lemah,kamu kuatkanlah..t

terima kasih untuk segalanya,,

moga aku dan kamu,,

istiqomah dalam mencari redha dan rahmat Allah,,,,


 

sayang kamu semua!!FILLAHI,,

………………


Read more...

Saturday, August 7, 2010

Ku merinduimu YA RAMADHAN


Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi


 

Bulan Ramadhan bulan berganda. Setiap apa saja yang dilakukan akan mendapat balasan berganda. Malahan nafsu kita juga turut berganda walaupun pada bulan ini syaitan dirantai oleh Allah. Ini adalah kerana nafsu telah bertapak di hati dan bermaharajalela.

 
 

Saudara-saudari,

 
 

Apabila kita membuat kesilapan kita sering menyalahkan syaitan dan iblis yang menggoda kita. Tetapi mengapakah kesilapan yang sama turut berlaku dalam bulan Ramadhan? Adakah rantai-rantai yang membelit kaki-kaki syaitan itu terlalu panjang hingga dapat memberi 'petunjuk' kepada kita? 

Sabda Rasulullah saw.:

"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."

 
 

Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kita akan dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di hati kita selama ini. Oleh itu, inilah masa yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini dikongkong oleh syaitan. Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata-mata. Tetapi puasa adalah berlapar di samping mendidik nafsu dan peribadi manusia. Ini adalah jihad yang maha besar yang perlu dihadapi oleh setiap  umat Islam. 

Nabi Muhammad saw pernah bersabda:

"Berjihadlah kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid di jalan Allah (fi sabilillah) dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih diperkenankan oleh Allah selain menahan lapar dan dahaga"

 
 

Saudara-saudari,

 
 

Bulan Ramadhan ini adalah anugerah Allah sebagai lambang kasih sayang kepada hamba-hamba Nya. Allah tidak mensia-siakan keletihan umatnya yang berpuasa hinggakan tidur di waktu siang juga diberikan pahala. Begitu besarnya kasih sayang Allah pada kita. Oleh itu marilah bersama-sama kita menilai diri kita. Semoga tahun ini amalan kita akan semakin bertambah dan sempurna perlaksanaannya. Insya Allah. Janganlah kita termasuk dalam golongan yang menganiayai diri

sendiri. 

Sabda Rasulullah saw:

"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu."


 

Ya Ramadhan,,kedatanganmu dinanti,,pemergianmu ditangisi,,,Ahlan wasahlan ya RAmadhan

Nur Ramadhan Yang ku Menantinya~Ahlan wasahlan Ya Shahrul JIHAD,Shahrul Tarbiyah,Shahrul Quran,Shahrul Ruhiyah,Shahrul Saum,Shahrul Tadhiyah,Shahrul Qiamulail Wa iktikaf,Shahrul Muhasabah Wa Thabat dan plbgai lagi pintu keistimeaan yg diimpikan stiap mkmin n mujahid.Ayuh teman,jom Memasuki Madrasah Ruhban Filail Wa Fursan Fi Nahar(rahib dimalam hari,singa di siangnya)..Ya Allah,kabulkanlah pengharapan dan impian kami

 
 

Wallahualam


Read more...

Thursday, August 5, 2010

HATI INI MILIK-MU


Cinta yang dibangun kerana Allah akan menghasilkan kebaikan yang sangat banyak dan berharga. Ibnul Qayyim dalam Madarijus Salikin (3/22) berkata: "Sebahagian salaf mengatakan bahawa suatu kaum telah mengaku cinta kepada Allah lalu Allah menurunkan ayat ujian kepada mereka:

"Katakanlah: jika kalian cinta kepada Allah maka ikutilah aku, nescaya Allah akan mencintai kalian…" (Surah Ali 'Imran: 31)




 

ya Allah,
andai cinta si adam meluputkan cintaku padaMu
berilah kekuatan untukku memilih untuk hidup hanya dalam cintaMU

ya Allah,
...andai kehadiran adam hanya merobek taqwaku padaMU
maka
perteguhkan taqwaku biar menjadi benteng antara dia dan aku

ya Allah,
andainya taqdir si adam itu adalah bersamaku
biar taqdir jua ini pertemukan kami denganMU

baluti saat dingin kami dengan rahmatMU
suci hati hina kami dengan redhaMU
kekalkan kebahagiaan kami di samping
IMAN,
ISLAM, dan IHSAN dariMU


 


 

aku mohon Ya Karim,
agar nanti kau hadirkan
seseorang Adam yang
tega mencintaiku
dalam lafaz ijab qabul
bersaksikanMu... amin...

amin ya RAbb


 

Yakinlah pada janji Allah!

Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga)
[An Nur: 26]


Beruntunglah kamu !
tatkala Allah memilihmu untuk menyedari hakikat perhubungan antara lelaki dan wanita
Allah memilihmu sayang
Jangan pernah sia-siakan kasih sayang Allah ini

maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya
 sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu
dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya
[ As Syams: 8-10]

Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: 
"Tuhan kami ialah Allah" 
kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, 
maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan: 
"Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih; 
dan gembirakanlah mereka 
dengan jannah yang telah dijanjikan Allah kepadamu
[Fussilat:30]

Dan tika kamu merasa lemah
Mohonlah kekuatan dariNya
Allah itu dekat
yakin pasti

Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu gangguan, 
maka mohonlah perlindungan kepada Allah. 
Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui
[Fussilat:36]


 

jadikanlah seluruh hatimu milik Allah..jangan sesekali kita mengharap pada cinta manusia.cintailah Allah sepenuh hati..tanpa berbelah bahagi..seandainya terdetik hatimu mencintai manusia, cintailah pada yang berhak..pastikanlah cintamu itu kerana Allah..jadikah seorang yg soleh yang memelihara hati dan sentiasa mengharap redha Allah di setiap langkahnya....


 

WALLAHUALAM..


Read more...

Gadis kecintaanku:)




***************Romantiknyer***********************************





Gadis kecintaanku, saat usiamu makin meningkat..
makin banyak ujian yang tiba..
dirimu makin jadi tarikan
mata-mata ajnabi
untuk menatap seluruh kecantikanmu yang nyata,,

ada juga yang berkeinginan menakluk
rahsia dirimu yang tersembunyi..

oleh itu,,bila tiba saat pintu hatimu diketuk tetamu cinta,,
jangan kau ketepikan
DIA sebagai perantara..
minta pandangan&bantuanNYA dengan
ISTIKHARAH..
agar tetamu cintamu itu adalah...
PEMILIK ANAK KUNCI
yang mampu menjaga agamanya..

jangan berputus asa,,,lambat & cepat usah dipersoalkan
petunjuk dan bantuan ALLAH,pastikan tiba,,
HUSNUZZON terhadapNYA..
kelak kau tidak akan rugi..

pesanan ini sahaja yang mampu ku titipkan buatmu sayang,,,:)

Ingatlah Allah berfirman:

26. (lazimnya) perempuan-perempuan Yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki Yang jahat, dan lelaki-lelaki Yang jahat untuk perempuan-perempuan Yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan Yang baik untuk lelaki-lelaki Yang baik, dan lelaki-lelaki Yang baik untuk perempuan-perempuan Yang baik. mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) Yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan Yang mulia.


 

Surah an-nur ayat 26




Read more...

Sunday, July 25, 2010

Harapan pada-MU subur kembali

Wahai Tuhanku Yang Esa
Bila Kenangkan 
Qahar-Mu
Rasa Gerun Di Hatiku
Kerana Takutkan Seksa-Mu

Hamba-Mu Rasa Berputus Asa
Siapakah Dapat Bersihkan Diri
Dari Segala Dosa yang Memburu
Setiap Hari Setiap Ketika

Tika Mengenang 
Ghafar-Mu
Putus Asa Tiada Lagi
Semangatku Pulih Semula
Harapanku Subur Kembali

Ujian Menimpa Menekan Di Jiwa
Tak Sanggup Meneruskan Perjuanganku
Mehnah-Mu itu Penghapus Dosaku
Mengganti Hukuman-Mu Di Akhirat

Di Waktu Mengenang Rahmat-Mu
Terasa Diri Kurang Bersyukur
Pada-Mu Harusku Memohon
Moga Syukurku Bertambah

Alangkah Susahnya
Mendidik Nafsuku
Yang Tidak Dapat Melihat Kebenaran-Mu
Bantulah Hamba-Mu
Dalam Mendidik Jiwaku Ini


 

"Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau memesongkan hati Kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada Kami limpah rahmat dari sisiMu; Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya."


Read more...

Friday, July 23, 2010

Everyone shouLd read this!

salam satu akidah semua! :) semua tengok n baca link niy,,bez sangat2..:)
salah satu jalan untuk berdakwah,,sangat menarik,,,simple but with 1000 of reasons,,,,

bukalah,,link niy,,,


http://fc01.deviantart.net/fs71/f/2010/201/c/0/Because_he_is_a_muslim____by_Nayzak.swf
Read more...

Saturday, July 17, 2010

KuCari BAHAGIA itu..


Kucari Bahagia Abadi..
Di mana? Di sisi ALLAH..

55. di tempat Yang sungguh bahagia, di sisi Tuhan Yang Menguasai segala-galanya, lagi Yang berkuasa melakukan sekehendakNya.(surah al-Qamar 54:55)

Bagaimana?
Dengan mengutamakan akhirat…

86. mereka itulah orang-orang Yang membeli (mengutamakan) kehidupan dunia (dan kesenangannya) Dengan (meninggalkan perintah-perintah Allah Yang membawa kebahagiaan Dalam kehidupan) akhirat; maka tidak akan diringankan azab seksa mereka (pada hari kiamat), dan mereka pula tidak akan diberikan pertolongan.(surah al-Baqarah: 86)
Dengan sabar dan taqwa

49. (kisah Nabi Nuh) itu adalah dari perkara-perkara Yang ghaib Yang Kami wahyukan kepadamu (Wahai Muhammad), Yang Engkau dan kaum Engkau tidak mengetahuiNya sebelum ini. oleh itu, bersabarlah. Sesungguhnya kesudahan Yang baik (yang membawa kejayaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat) adalah bagi orang-orang Yang bertaqwa.(surah al-Hud: 49 )


Untuk siapa?
Yang beriman dan beramal soleh…

29. orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, beroleh kebahagiaan Yang amat mengembirakan dan tempat kembali Yang sebaik-baiknya.(surah al-Ra'd 13:29)

Yang beroleh hidayah…

97. dan sesiapa Yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah maka Dia lah Yang sebenar-benarnya berjaya mencapai kebahagiaan; dan sesiapa Yang disesatkannya maka Engkau tidak sekali-kali akan mendapati bagi mereka, penolong-penolong Yang lain daripadanya. dan Kami akan himpunkan mereka pada hari kiamat (dengan menyeret mereka masing-masing) atas mukanya, Dalam keadaan buta, bisu dan pekak; tempat kediaman mereka: neraka Jahannam; tiap-tiap kali malap julangan apinya, Kami tambahi mereka Dengan api Yang menjulang-julang.
(surah al-Israk 17:97)


..Inilah BAHAGIA..
• Daripada shuhaib r.a., sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“sungguh menakjubkan urusan orang mukmin. Sesungguhnya semua urusannya adalah kebaikan. Apabila mendapat nikmat, maka dia bersyukur dan itu kebaikan baginya. Dan apabila ditimpa ujian( kesempitan) maka dia bersabar dan itu kebaikan baginya.” (Ditakhrij Muslim, 8/125 dalam al-Zuhud)

• Yahya bin Khalid al-Barmaky, seorang menteri yang mashyur di zaman Bani Abbas ditanya:. “apakah yang dimaksudakn demean bahagia wahai tuan? “
Jawabnya: “sentosa perangai kuat ingatan, bijaksana akal, tenang dan sabar menuju maksud”.

• Seorang penyair bernama Hutai’ah berkata:
“menurut pendapatku, bukanlah kebahagiaan itu panda mengumpul harta benda tetapi taqwa kepada Allah itulah bahagia.

• Ibnu Khldun berpendapat: bahagia itu ialah tunduk dan patuh mengikut garis-garis yang ditentukan Allah dan berperikemanusiaan”


• Ibnu MAs’ud r.a apabila ditanya: “ Apakah engkau bersedih kerana kehilangan sebelah kakimu?”
Beliau menjawab: “bukankah Allah telah meninggalkan untukku yang sebelah lagi?”



Benarkah bahagia itu ada kepuasan pada hati? Bukankah manusia itu tidak akan pernah puas? Selagi mana ia berada di dunia, ia pasti berhadapan dengan kekurangan dan ketidaksempurnaan. Nafsu manusia tidak pernah pudar, malah semakin ingin mengejar kesempurnaan. Kurang popular, kurang kaya, kurang cantek, kurang sihat dan pelbagai tuntutan nafsunya lagi, tidak akan da penghujungnya kemahuan manusia.

Selamilah dasar hati, percayalah bahawa sesungguhnya bahagia itu terikat pada hati yang punyai sifat redha dan tawakkal yang tinggi kepada Allah SWT

wallahualam,,
syauqatul iman~
Read more...