Tazkiyatun Nafs

Rasulullah SAW bersabda bermaksud:

Sesungguhnya Allah memiliki seratus rahmat, Dia menurunkan satu rahmat daripada-Nya untuk manusia, jin, serangga dan binatang.
Dengan satu rahmat itu mereka saling berkasih sayang.

Dengan satu rahmat itu binatang buas mengasihi anaknya.

Dia menangguhkan lagi kurniaan sembilan puluh sembilan rahmat, dengan itu Dia akan merahmati hamba-Nya pada hari kiamat.

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Friday, November 26, 2010

Luka yang terpalit tak terasa dek lazatnya munajat,




Bismillaahirrahmaanirrahiim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

❤ ...

Apa kabar iman,..??? Apakah masih selalu patuh dan tunduk pada-Nya,..???

Apa kabar hati,..??? Apakah masih terbungkus keimanan dan ketakwaan,..???

Apa kabar cinta,..??? Apakah masih untuk Dia, Sang Maha Pecinta,..???




*.•.¸¸.•´¯`•.✿.•´¯`•.¸¸.•.*

============================

Menyedari diri insan itu lemah, hanya kepada Tuhanlah ditujukan segala urusan. Baik sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar-besar perkara. Apalah yang di dambakan pada dunia yang hanya sementara ini? Sedangkan bila memilikinya akan kehilangannya jua. Bukankah itu hanya usaha yang sia-sia? Cukuplah sekadarnya…itu lebih baik dari terus memburu menuruti kehendak nafsu.

Sesekali ingatan kepada peristiwa lepas menyapa di benak. Seringkali jua diri ini menepis sapaannya. Mungkin kerana sukar untuk menerima sebuah hakikat kebenaran. Dikhianati…tercalar nilai kepercayaan pada sebuah persahabatan. Namun Tuhan Maha Mengetahui, apa yg terbaik buat hambaNya…mungkin jua kerana itu Dia terus-menerus mengingatkan memori silam yg pedih dan pahit itu. Tujuannya hanya satu…berfikir!



Seketika diri ini termangu, merenung maksud tersirat di balik yg tersurat… Apakah ia sekadar mengingatkanku agar jangan mudah mempercayai orang lain? Itu ada benarnya, tapi bukan keseluruhannya. Bila tak berhasil menemui jawapannya, maka ia dibiarkan berlalu begitu sahaja. Mungkin sekadar perasaan pada sebuah lamunan yg tak berkesudahan.



Dalam tak sedar, bayangan itu masih menyinggah…menarik diri, hati dan fikiran ini untuk mencari rahsia yg tersembunyi…hikmah yg terselindung. Pasti ada mesej yg ingin disampaikan.





Pada Yang Esa ku adukan segala…

Merintih, merayu, mengharap belas ehsanNya.

Agar ditunjukkan jalan kebenaran dan keselamatan.

Agar dugaan ini berjaya diharungi.

Kerana menjadi mukmin bertaqwa itu matlamat hidupku,

Menempa Syurga abadi itu cita-citaku.

Berikanlah aku petunjuk Ya Hadi,

Agar jalanku terang disuluh cahaya melalui lorong berliku ini.

Peliharalah daku Ya Muhaimin,

Agar langkahku terhindar dari dosa dan noda.





Tatkala hal yg sama diungkit lagi oleh pihak lain, diri kembali terpaku lantaran mata dan hati jauh mengimbau… mengapa setiap kali dibicarakan, hati ini akan sakit? Bukan sakit yg biasa, tapi sakit kerana pedihnya hati menanggung beban. Bagaimana dapatku hapuskan beban ini Ya Tuhan?



Ya Allah, apakah aku ada menyimpan hasad atau dendam di balik kisah ini? Ya ‘Aziz, seandainya ikhlas itu adalah syaratnya, maka kini aku ikhlaskan seluruh jiwa ragaku menerima cubaan ini. Ya Rahman, jika redha itu adalah solusinya, maka bersaksilah bahawa kini aku berlapang dada menerima takdirMu… cukuplah sakit ini mendera hati dan perasaanku… jangan biarkan ia berlarutan, sebaliknya balutilah ia dengan keampunanMu. Agar terubat luka semalam dengan sentuhan kasih dan sayangMu.







Pernah hati ini terguris

Dengan fitnah dan tohmahan menghiris

Sehingga terasa diri ini hina

Kerana tiada siapa yang sudi membela

Kutabahkan hatiku harungi hidup

Biarpun tiada siapa yang menemani

Keseorangan aku di lautan sepi

Ditinggalkan mereka yang aku percayai



Namun ku tahu ada hikmahnya

Setiap segala yang menimpa diri

Kuserahkan segala padaMu Tuhan

Yang Berkuasa jua Mencipta

Kerana engkau Maha Mengetahui

Segala apa yang terbuku di hati







Ya Allah tidakku terdaya lagi

Menahan dugaan yang mencabar ini

Terasa bagai noktah telah kutemui

Mengakhiri segala yang telah aku mulai



Ya Allah engkau lindungilah aku

Bekalkanlah daku dengan limpahan iman

Agar tabahku menghadapi dugaan

Agar tidakku terhenti di pertengahan

Kini di sini aku berdiri

Bersama harapan yang tulus suci

Agar terbitlah kembali mentari pagi

Setelah malamku berkalut benci



Syukurlah, kini segalanya telah kembali pulih… tiada lagi kesakitan, tiada lagi kebencian, yg ada cuma harapan pada sebuah kehidupan. Moga di akhirnya hasanah yg diperoleh. Mungkin ini rahmatNya. Dalam ujian yg kecil, Dia ajarkan banyak perkara…. Di sinilah aku mempelajari erti sabar, ikhlas, redha dan lain-lain. Namun apa yg paling berharga adalah nilaian terindah dalam membina hubungan dengan Tuhan. Mudah-mudahan sentiasa dalam rahmat dan redhaNya…



Hakikatnya, pengalaman lalu bukanlah untuk diri hilang percaya pada yang lain tetapi mengajar erti kasih sayang sesama insan. Perlu memahami dan menghormati hak sesama manusia. Tak dinafikan lagi, tarbiah Allah sangat dalam maksudnya, halus penyampaiannya tetapi indah perasaanya. Moga kita dikurniakan hikmah agar bisa menyingkap siratan makna disebalik setiap suratan ujian.

Sedarlah, ketenangan itu hanya ada di sisi Tuhan,

Siapa yg menginginkan…perlu melangkah ke arah Nya

Maka jalan berliku itu ujiannya

Doa itu jambatannya…

Ditinggikan darjat dan maqam, itu natijahnya

Bertemu Tuhan itu ganjarannya…

Wallahua’alam....



(syauqatul iman,,sgt suke lagu niy!:) )

*.•.¸¸.•´¯`•.✿.•´¯`•.¸¸.•.*

Hanya padamu...
Diri ini hanya milikmu
Datanglah dekat
Air mataku mengalir
Mengharapkan mu

Hanya padamu...
Dan jiwaku padamu
Wahai kasihku usia kita,usiaku
Seluruh hidupku untukmu

Cintamu adalah hayatku
Dirimu buat kita bercinta sebenar2 cinta
Hatiku disini, keindahanmu millikku
Jadi bersatu

Hatiku memanggil
Harapkan engkau sentiasa kekal
Hanya dirimu
Selepas bertahun lihatlah sayang
Kita berjumpa di sini dan bersama
Airmataku mengalir keranamu
Engkaulah kekasih, hidupku hanya untukmu
Seluruh hidupku, usiaku..
Kerna matamu, aku serahkan segalanya

Apa yang daku harapkan
Indahnya kau disisi bersamaku selamanya
Katakanlah kepadaku..
Diri ini..sekian lama mengharapkan
Hati ini, perasaan ini
Bersama hati dan perasaanmu
*.•.¸¸.•´¯`•.✿.•´¯`•.¸¸.•.*


... ❤
Read more...

Friday, November 19, 2010

~dari Adam utk Hawa~


Read more...

Tuesday, November 16, 2010

~Ibarat Semut Hitam ~



Subhanallah, Wal Hamdulillah,wala ila haillah Allah wallahu Akbar!
assalamualaikum, buat teman-teman seperjuangan syauqatuliman,,:) apa khabar iman kita pada hari ini? Yazid aw Yanqus? insyaAllah, sama-sama kita berdoa agar setiap sedutan dan hirupan nafas yang dikurniakan oleh Allah, menjdi titik-titik tarbiyah buat diri, tanda kita hamba yang hina,Allahuakbar!..

Alhamdulillah, pada hari ini, diberikan juga kesempatan menyambut Hari Raya Eidul Adha.."mengenang kembali kisah nabi Ibrahim a.s dengan anaknya nabi Ismail adalah satu simbolik pengorbanan seorang hamba kepada Penciptanya..Adakah kita mampu mengorbankan perkara yang kita sayang dalam hidup kita menuju redha-NYA? sama2 kita koreksi dan koleksi diri, agar setiap saat nafas itu,adalah semata2 menuju Allah Rabbul Jalil,,InsyaAllah,,ingatkan syauqatuliman,andai diri ini alpa,,:)"

syukur alhamdulillah juga, kerana masih diberi keizinan,melamar satu lagi kehidupan di pentas dunia ini. (lahawlawala Quwwataillah billahi)

maka hari ini, insyaAllah sama-sama kita renungkan tajuk 'ibarat semut hitam',,merangkap sifat mahmudah iaitu sifat ikhlas yang perlu ditanam dalam diri..

Jadikanlah amal perbuatan anda itu ikhlas hanya kerana Allah semata-mata
dan jangan mengharapkan ucapan terima kasih dari orang lain!
Dan jangan bersedih atau gelisah apabila kebaikan yang anda curahkan
kepada orang lain justeru dibalas dengan celaan,
atau tatkala “tangan putih” yang anda hulurkan dibalas
dengan tamparan yang menyakitkan dan tidak menghargai kebaikan yang telah anda berikan.
Kerana itu, apa yang seharusnya anda tuntut hanyalah balasan pahala dari Allah.
Allah Subhanau wa Ta’ala berfirman tentang wali-waliNya,
sebagaimana yang tersebut di dalam surah Al-Fath, ayat 29:
“…mereka mencari kurnia Allah dan keredhaanNya…”

Juga tentang nabi-nabiNya:
“…Aku tidak meminta upah sedikit pun kepadamu atas dakwahku…” (Shad: 86)
“Katakanlah: ‘ Upah apa pun yang aku minta kepadamu, maka itu untuk kamu’ ….” (Saba: 47)
“Padahal tidak ada seorang pun memberikan suatu nikmat kepadanya yang harus dibalasnya.” (Al-Lail: 19)
“Sesungguhnya kami memberi makanan kepadamu hanyalah untuk mengharapkan keredhaan Allah, kami tidak menghendaki balasan dari kamu dan tidak pula (ucapan) terima kasih.” (Al-Insan: 9)
Seorang penyair berkata:
Sesiapa saja yang berbuat baik pasti ada pahalanyaKerana hal itu adalah kebiasaanAntara Allah dan manusiaYang tidak pernah lenyap.

Maka berbuat baiklah hanya untuk Yang Maha Esa,
kerana Dialah yang akan memberi pahala, memberi kurnia,
menjatuhkan hukuman, menghisab setiap amalan,
yang akan meredhai dan juga yang akan memurkai.
Allah Yang Maha Suci dan Maha Tinggi.

Ketika ramai di antara para sahabat yang terbunuh sebagai syuhada di kota Qandahar,
maka Umar Radhiyallahu ‘anhu bertanya kepada para sahabat yang masih hidup:
“ Siapakah yang terbunuh?”
maka mereka pun menyebut beberapa nama, kemudian berkata:
“Dan masih banyak lagi nama mereka yang tidak kau ketahui,”
jawab para sahabat itu.
Maka menitislah air mata Umar Radhiyallahu ‘anhu, lalu berkata:
“Tetapi Allah mengetahui mereka.
Ada seorang soleh telah memberi sepiring makanan yang sangat lazat kepada seorang yang buta.
Keluarga soleh itu berkata:
“Bukankah orang buta ini tidak tahu apa yang dimakannya.
” Orang soleh itu menjawab: “
Tetapi, bukankah Allah mengetahuinya.”

Selama anda menyakini bahawa Allah selalu melihat dan mengetahui kebaikan yang anda lakukan,
serta mengetahui keutamaan yang anda hulurkan,
maka mengapa anda mengharapkan sesuatu daripada manusia?

~pandangan Allah??atau pandangan manusia??~ tepuk dada,tanya selera keimanan!~ jom,sama-sama kita amalkan sifat ikhlas,agar kita sama-sama dapat berjumpa nanti di padang mahsyar dalam naungan dan rahmat drp Allah,,Allahumma ameen.
Read more...

Friday, November 12, 2010

~kenapa wanita perlu bertudung??ini jawapannya!!! ~




Many a people ask a question why Muslim women cover up themselves in Hijab/Veil... and here comes the fantabulous answer that helps us understand the importance of Hijab (Purdah - BURKHA- VEIL) Here comes the simplest way of demonstrating the importance of it...Could it be anyway better than this?










Explanation yang tepat bukan? cantiknya Islam..Islam is the complete way of life..~yg tertutup lebeh cantek drp tg terbuka kan?

klu nk mkn lolipop pun,mesti nk yg msih berbungkus kan? ade sesapa yg nk lolipop yg dah dihisap org??sila angkat tgn!!!~

geram melihat situasi sahabat2 n adik2 di kampus niy,,bkn xpenah beri nasihat or dekati mereka,,ya Allah,,sememangnya,hidayah itu milikMU,,bkn mereka tdk tahu tentang aurat!cume mereka menutup telinga dan hati mereka utk mendengar dan patuh pada perintah Allah,,sakit la mata tengok awak2 sume pakai cmtu!

kasihanilah kami,akhawat,,dan kasihanilah juga ikhwan2,,ada di kalangan mereka menghafaz Al-Quran, dan kasihanilah kami yang sedang menuntut ilmu,,tercabar IMAN kami melihat pakaian antunna semua,,:(


katakan TIDAK pada:
1) pakaian sempit n jarang
2) pakaian mendedah aurat dimane2 saje
3) wangian2 n solekan yg mlampaui
4) seluar sendat yg mnyakitkan mata
RENUNG2KAN N SELAMAT BERAMAL!!



Hidayah Allah itu umpama hujan… kena pada setiap tempat, penjuru dan ceruk alam ciptaanNya.. Allahlah yang mencampakkan hidayah itu.. setiap tempat akan kena pancaran hidayah itu seolah-olah kata pepatah “bumi mana yang tidak ditimpa hujan?… Dan tadahan bagi hujan hidayah itu adalah hati-hati manusia… terpulang pada kita, samada untuk membuka tadahan hati kita atau menutupnya… dan bilamana saat kita bertanya tentang hidayah Allah, mungkin itulah permulaan hidayah dariNya..


Ambillah sekecil-kecil langkah wahai sahabat yang aku amat sayangi, biarpun hanya detikan di hati MU, walaupun hanya suara hati mu yang berkata-kata… kerana sesungguhnya Allah Maha Mendengar, As-Sami’ maka pohonlah,pohonlah hanya kepada NYA dalam setiap sesuatu yang engkau ingini kerana hanya Dia bisa memakbulkan keinginan mu..


berusahalah wahai sahabat yang amat aku cintai, kerana sesungguhnya Allah itu tidak akan mengubah nasibmu melainkan kamu yang mengubah nasibmu sendiri…namun ingat wahai sahabat, jangan engkau sesekali kufur akan nikmat yang Allah kurniakan, kerana ingatlah bahawa azab Allah itu sesungguhnya amatlah pedih..bukankah tuhan kita, Allah telah berkata bahawa akan Dia penuhkan neraka itu dengan jin2 dan manusia sebagai bahan bakarnya…moga2 kita tetap terus tsabat dan istiqomah diatas jalan ini..

salam imtihan semua!moga kita semua bukan sahaja berjaya di dunia,tetapi juga di akhirat sana,yg kekal abadi,,
Allahumma ameen
Read more...

Thursday, November 11, 2010

<< Cukup Allah sebagai Penolongku... >>




Subhanallah! Alhamdulillah,Allahu Akbar! ●•٠·˙Ya ALLAH, Selama ini aku selalu melihat indahnya pelangi di atas kepala orang lain.. Tetapi hari ini...aku dapat melihat indahnya pelangi di atas kepalaku sendiri...Subhanallah...!Begitu banyak nikmat yang Kau berikan...tapi tak pernah ku sedari...Terima kasih ya Rabb..●•٠·˙


syukur Alhamdulillah,,fatrah imtihan benar2 mengujiku,,yang pasti, matlamat utama kita dalam menuntut ilmu adalah semata-mata mengharapkan keredhaanNYA,,kerana apa??kerana kita akan kembali kepada-NYA suatu saat nanti,tika Malaikat Izrail menjemput kita mengadap Rabbul Jalil,,

apa yang ku harapkan tika ini ialah, moga ilmu yang ku peroleh,bermanfaat.. bukan sahaja untuk diri ini Al Faqirah wa Dhaifah ilallah~~namun ku harapkan aku mampu menyumbang ilmu ini utk umat ISLAM yang lain,

sajak ini,khas buat diri ini, Mendamba Redha-MU ya Allah,,yang pasti, "Tiada Harapan Selain Allah"...itu menjadikan aku semakin kuat,menempuh ranjau hidup ini!...


Aku
Tetap berlari dan berlari
Walau ribuan ujian terus menyayat tubuh ku yang telah compang camping
Tapi hati ku takkan mudah getas
Kadang lelah merajai fikiranku
Tapi api semangat melebur habis tanpa sisa
Tungkai kakiku tetap gegap melangkah
Seiring desah berserah


Semangatku

Semangat para petarung sejati
Yang tak mematikan harapan dan kemungkinan walau sekecil apapun
Dengan terus berbaik sangka pada Tuhan


Ikhtiarku

Ikhtiar para pengembara
Yang tak mudah melemas
Yang tak mudah memelas
Tak mudah melunglai sebelum batas


Ikhlasku

Ikhlas para pembelajar
Yang tak bosan mengarahkan hati
Pada penghambaan sejati

Cukup Allah
sebagai penolongku...

HasbunALLAH Wani'mal-Wakîl, Ni'mal-Mawlâ Wani'man-Nashir
Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung, Dialah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong"



~~@~~
♥♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
Read more...

Friday, November 5, 2010

Bidadari Syurga Dunia

===


Bidadari Syurga dunia...
Ada senyum yang terukir indah dimuka
Ada bias rona merah di wajah
Memantulkan warna hati si jiwa Syurga..

Bidadari Syurga Dunia..
Wajah yang senantiasa putih dan menawan
Berhiaskan air wudhu yang terpancar
Menambah pesona hiasan mata..

Bidadari Syurga Dunia...
Yang senyumnya selalu merekah
Yang parasnya mempesona
Yang hatinya selembut sutra..

Bidadari Syurga Dunia..
Jadi dambaan setiap wanita
Impian diri wanita sholehah
Qonitat dan berhati bunga..

Bidadari Syurga di hati Luka...
Yang pucatkan muka si durjana
Yang tepiskan angan dunia
Yang hatinya bagaikan kaca..

Bidadari Syurga di hati Dunia...
Yang siangnya bagaikan singa di rimba
Yang malamnya bagai sufi perindu
Syurga Zuhud selendang pengikatnya..

Bidadari Syurga Dunia...
Dimana pun berada kau tetap setia
Pada Allah, Rasul dan juga Dien-Nya
Kemana lagi kan kucari..

Bidadari Syurga Dunia...
Di arusnya dunia merana
Sentuhanmu bangkitkan rasa
Hingga syahid ku jumpa di pintu Syurga..






---------------------------------

=== ✩ ❤ ✩ ✿ ✩ ❤ ✩ ✿ ✩ ❤ ✩ ===
Read more...

:::[ Aku beramal kerana aku tidak tahu ]:::



(lokasi: di musolla muqarrabin/saidatina khadijah KISAS.4/11/2010)

Ada orang bertanya, perkara berkaitan qada’ dan qadar.
Katanya, ALLAH telah menetapkan segala sesuatu semenjak azali lagi.
Telah ditetapkan sama ada orang itu kafir atau tidak.
Sudah ditetapkan akhirnya manusia itu di syurga atau di neraka.

Jadi, kalau sudah ditetapkan di mana tempat pengakhiran, apa gunanya kita beramal?
Kalau anda disuakan persoalan ini, apakah jawapan anda?
Dr Samirah Tohir telah disoal dengan soalan yang sama.(seorang pensyarah Semasa di University of Yarmouk,)
pensyarah yang mengajar mata pelajaran ini, Madkhal Ila Aqidah.
Dia senyap, memberikan ruang pelajar-pelajar lain memberikan pandangan mereka.
Ramai yang cuba menjawab dengan teori dan akal fikiran masing-masing.
Tidak kurang juga yang cuba membangkitkan perbahasan ulama’ berkenaan tajuk Qada’ dan qadar ini.

Apabila semua pelajar sudah menyuarakan pendapat masing-masing,
Dr Samirah Tohir mengambil marker pen, dan bergerak ke papan putih,
seterusnya menulis kalimah arab yang bermaksud:
“ Aku beramal kerana aku tidak mengetahui”
Ya. Kita beramal, kerana kita sebenarnya tidak tahu di mana ALLAH tetapkan kita.
Di neraka kah? Di syurga kah? Kita ini mati dalam keadaan kufurkah?
Kita ini mati di dalam imankah? Kita ini hidup dalam kemiskinan kah?

Kita ini hidup di dalam kekayaan kah? Kita tidak tahu apa-apa berkenaan penghujung hidup kita.
Jangan kata penghujung hidup, sesaat pada hari esok pun kita tidak tahu apa yang akan terjadi kepada kita.
Jadi, kita berusaha, memberikan yang terbaik untuk kehidupan kita.
Kita sendiri tidak tahu, bagaimana penetapan ALLAH itu, hal qada’ qadar ALLAH ini tersimpan
kemas dari pengetahuan sesiapa, hatta para malaikat sendiri pun tidak mengetahuinya.
Tersimpan kemas di dalam ilmu ALLAH sahaja. Dan tiadalah kita ini dikurniakan ALLAH ilmu, melainkan sedikit sahaja.

Kita tidak tahu banyak perkara, tambahan, perkara-perkara ghaib seperti penetapan qada’ qadar ALLAH SWT ini.
Kenapa mesti kita risau dengan perkara yang memang kita tidak akan dapat mengetahuinya?
Bukankah lebih baik kita jalani kehidupan kita dengan baik dan melorongkan kehidupan kita ke arah apa yang ALLAH redha?
Berbanding risau kita ini sudah ditetapkan mati dalam beriman atau tidak, dimasukkan ke dalam syurga atau tidak,
bukankah lebih baik kita mencari apa yang ALLAH redha dan tidak, seterusnya menghidupkan kehidupan kita dengan kehidupan yang terbaik di bawah redhaNya?
Tambahan, banyak dalil ALLAH SWT menyatakan bahawa iman atau kufur itu adalah pilihan manusia sendiri.

“ Tiada paksaan di dalam agama, sesungguhnya telah jelas antara yang benar dan jalan yang sesat. Barangsiapa yang mengingkari taghut(kejahatan) dan beriman kepada ALLAH, maka sungguh, dia telah berpegang teguh dengan tali yang sangat kuat dan tidak putus. Dan ALLAH itu Maha mendengar lagi Maha Mengetahui”
Surah Al-Baqarah ayat 256.

“ Sesungguhnya ALLAH tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan kaum itu terlebih dahulu mengubah apa yang ada pada diri mereka”
Surah Ar-Ra’d ayat 11.

“ Maha Suci ALLAH yang menguasi segala kerajaan, dan DIA Maha Kuasa atas segala sesuatu, Yanng Menciptakan Mati dan Hidup untuk menguji siapa antara kamu yang terbaik amalannya, dan DIAlah yang Maha Perkasa lagi Maha Pengampun”
Surah Al-Mulk ayat 1-2.

“ Apakah manusia itu mengira mereka akan dibiarkan berkata ‘ kami beriman’ sedangkan mereka masih belum diuji?” Surah Al-Ankabut ayat 2.

Lihat. Hidup kita ini ada pilihannya.
ALLAH memang mengetahui apa pengakhiran kita. Tetapi apakah sama pengetahuan ALLAH dengan pengetahuan kita?
Di tangan ALLAH jugalah segala keputusanNya. Kita hanya berusaha, bergerak mencari redhaNya.
Jadi jangan kita risau apa yang akan terjadi pada masa hadapan.
Masa hadapan yang kita tidak jelas dengannya. Masa hadapan yang kita tiada ilmu mengenainya.
Maka, risaulah dengan apa yang tersedia di hadapan kita masa ini, kehidupan yang sedang berjalan untuk kita isi,
dan perintah-perintah ALLAH untuk kita laksanakan tanda ketaatan kepada ILAHI.
InsyaALLAH, ALLAH tidak zalim kepada hamba-hambaNya. Yang beramal soleh dijanjikan kebaikan. Yang beramal kejahatan dijanjikan pembalasan atas keburukan.

“ Dan barangsiapa yang melakukan kebaikan walau sebesar zarah, maka tetap akan dihitung, dan barangsiapa yang melakukan kejahatan walau sebesar zarah, maka tetap akan dihitung”
Surah Al-Zalzalah ayat 7-8.

Dan ALLAH itu tidak memungkiri janjiNya.
Syukur kepada ALLAH yang menggerakkan hambaNya bernama Samirah Tohir itu mengungkap kalimah
sedemikian besar maknanya kepada saya. Ya, kita beramal, kerana kita tidak tahu berkenaan pengakhiran kita.
Kita tidak tahu bagaimanakah ALLAH menetapkan kehidupan kita.

Maka, kehidupan yang sedang berjalan inilah kita isi dengan kebaikan-kebaikan,
usaha-usaha untuk masa hadapan yang kita suka.
Dengan sangka baik kepada ALLAH, insyaALLAH kita akan mendapat kebaikan.
Semoga perkongsian ini, memberikan manfaat yang besar kepada kita semua.




إني ظلمت نفسي فغفرلي يا الله
Read more...

:::[ TALQIN YANG MENGGERUNKAN ]:::




Bismillahhirrahmannirrahim.

Maha Suci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa’ dan Qidam
Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa
Maha Suci Tuhan yang menjadikan mat
Dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa
Maha Suci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran
Untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai
Dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup
Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa
Melainkan zat Allah Taala, Dialah Tuhan yang Maha Besar berkuasa menghukum
Manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadhrat Allah Taala

Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA
Hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah
Yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini
Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat
Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah
Dengan sebenar-benarnya melainkan Allah
Dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah
Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA,
Apabila datang kepada kamu dua malaikat yang serupa dengan kamu
Iaitu Mungkar dan Nangkir, maka janganlah berasa gentar dan takut
Janganlah kamu berdukacita dan risau
Serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut

Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA
Bahawasanya Mungkar dan Nangkir itu hamba Allah Taala,
Sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala
Apabila mereka menyuruh kamu duduk,
Mereka juga akan menyoal kamu
Mereka berkata:

Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?

Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka
Dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul
Janganlah berasa gementar, janganlah cuak
Dan janganlah bergopoh-gapah
Biarlah tenang dan berhati-hati, hendaklah kamu jawab begini:

Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
kitab suci Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu kiblatku,
Malahan solah lima waktu,
Puasa di bulan Ramadhan,
Mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku,
Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku,
Bahkan dari masa hidup hingga aku mati
Aku mengucap: “La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah”.

Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu
Inilah dia suatu dugaan yang paling besar
Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh
Sehingga sampai satu masa kelak,
Kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar

Insaflah wahai NURUL FAREHAH BINTI HABSAH!
Bahawasanya mati ini adalah benar
Soalan malaikat Mungkar dan Nangkir di dalam kubur ini adalah benar
Bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar
Berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar
Dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar
Minum di kolam air nabi adalah benar
Ada syurga dan neraka adalah benar
Bahawasanya hari Kiamat tetap akan adanya
Begitu juga Tuhan yang Maha Berkuasa
Akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur

Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah
Dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala
Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu
Tuhan jua yang menetapkan hati kamu
Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Taala
Menjinakkan hati kamu yang liar
Dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu
Yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini
Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan
Dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu

Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak
diseksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.

Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalhamdulillahi rabbil alamin.

Setiap yang bernafas, pasti akan mati – “Kullu nafsin za iqatul maut”
Firman Allah swt, “Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian,
kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati
kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran.” Surah Al-A’sr

Dari Abdullah bin ‘Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda:

“Sampaikanlah pesanku walaupun satu ayat…”
Read more...

Wednesday, November 3, 2010

Rintihan Kekasih Allah.




Lahirnya pd kurun ke2 hijrah
Dipinggiran terpencil Kota Basrah
Sejarah telah menukirkan langkahnya
Menuju Allah bermula dgn payah
Kemiskinan keluarganya terlalu mencengkam
Menjadikn dia hampir tenggelam
Dialah gadis yg bernama Rabiatul Adawiyah
Takdir mengatasi takdir
Ketika tiba-tiba pintu hidayah terbuka dia tersentak

Kembara cintanya pun bermula
Dari gelap dia menuju cahaya
Bukan kerana pahala tetapi kerana cinta
Dalam kedinginan malam dia berkata
Tuhanku bintang-bintang telah menjelma indah
Mata manusia terlena sudah
Ketika semua pintu telah tertutup
Tatkala unggas malam sahut menyahut
Dan inilah aku..inilah aku
Duduk dihadapanMu mengadu cintaku
Yang selalu terganggu
Mengintai kasihMu diperdu rindu

Demikian rintihan hati Rabiatul Adawiyah
Lalu ditemuinya keindahan & ketenangan
Di hamparan kasih sayang Tuhan

Ya Allah...Ini air mataku yang tumpah kerana menyesali dosa
Ini sujudku yang menginsafi rasa kehambaan diri
Ini tanganku yang memohon keampunan dan rahmat-Mu
Ini wajahku yang menghadap -Mu dengan rasa kehinaan
air mataku, sujudku , tanganku dan wajahku
ini sebagai saksi diakhirat........

Bahawa aku pernah
merintih keampunan daripada-Mu
Jadikanlah air mataku , sujudku ,tanganku , dan
wajahku ini sebagai pemayung ketika panas terik di Padang Mahsyar...
Sesungguhnya tidak tertanggung olehku akannya.
Jadikanlah air mataku , sujudku , tanganku ,dan wajahku ini sebagai
pemberat ketika amalanku ditimbang.
Sesungguhnya terlalu gentar hati ini apabila air mataku sujudku ,
tanganku , dan wajahku ini sebagai penyelamat ketika dihumban ke dalam neraka-Mu......
Sesungguhnya tiada amalanku yang layak untuk menyelamatkan diri.

Tuhan.........
Tiada amalanku yang dapat dipersembahkan sempurna kepada-Mu...
kerana kebaikanku telah ditembusi kejahatanku.
Melainkan hanya ini yang ku harapan......
air mata penyesalan ,sujud seorang hamba,
tangan yang sentiasa mengharap rahmat-Mu dan
wajah yang malu memandang-Mu.

Meskipun rayuan setinggi gunung,namun......
kesangsian datang di celah harapan.
Apakah air mata yang mengalir ini
seikhlas air mata penyesalan Nabi Adam selama
200 tahun hingga bumi terbelah menjadi sungai?
Apakah sujudku ini sehebat Uwais Al Qarni yang merintih hingga dini hari?
Apakah tanganku ini menadah serta bermohonnya
tangan Siti Mariam yang merayu ke hadrat Illahi?
Apakah wajahku yang mengadap-Mu ini seperti
Rabiatul Adawiyah yang mengadap-Mu dengan rasa kehinaan?
Semua kesangsian in..

Ya Allah datangkan getaran di dada untuk mengadap-Mu....
Tetapi .....hanya ini yang ada padaku..,,:(
Read more...

Ketegasan Rasulullah Terhadap Maruah Wanita Islam




Pada suatu hari di zaman Rasulullah, seorang muslimah sedang termenung di atas batu. Di sekitar kawasan itu terdapat beberapa orang lelaki Yahudi. Seorang daripada mereka mendekati muslimah tersebut dari belakang secara diam. Diikatnya kain pakaian muslimah tersebut dengan tali yang bersambung ke atas pokok. Tanpa di sedari, muslimah itu turun dari batu dan kainnya terselak kerana ikatan tali tersebut.

Melihat keadaan ini, lelaki Yahudi yang lalu lalang di situ ketawa berdekah-dekah melihat gelagat muslimah yang terdedah auratnya. Berita tentang perkara ini sampai kepada Rasulullah, lalu tanpa bertangguh Rasulullah memerintahkan supaya lelaki Yahudi yang memalukan wanita muslimah itu dipancung kepalanya serta merta.

Beginilah tegasnya Rasulullah terhadap kehormatan wanita Islam. Namun hari ini kita lihat, tidak ramai ibu bapa yang mengendahkan anak-anak mereka yang bekerja dengan orang bukan Islam yang mewajibkan pakaian seragam yang mendedahkan aurat di tempat kerja. Apa pula tindakan pemimpin Islam terhadap hal-hal seperti ini?
Read more...

Nama-Nama Syaitan Dalam Al-Fatihah






Assalamualaikum! Semoga boleh dimanfaatkan bersama. Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita.



Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yang wujud didalam surah Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati.


Nama-nama syaitan tersebut:-


1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu)sepatutnya DULILLAH,


2. HIRROB (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya HI ROB,


3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KI YAU,


4. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KA NAK,


5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KA NAS,


6 Iya (disebut tanpa sabdu) sepatutnyaIyya. Iya bermaksud 'matahari'. Dalam ayat ke 5, jika salah bacaannya akanbermaksud "kepada mataharilah yang kami sembah dan kepada mataharikami meminta pertolongan!!!!"


7) SIROTHOLLAZI.......... sehingga habishendaklah dibaca tanpa henti.


8) AMIN hendaklah mengaminkan Al-Fatihahdengan betul iaitu AA... 2 harakat, MIN... 2/4/5 harakat.


Semoga Amin kita bersamaan dengan Amin malaikat,Insya-Allah. Semoga kita menjadi orang yang sentiasa memperbaiki bacaannya.

Perhatian!

Sebarkanlah hukum Allah walaupun satu ayat semoga kita mendapat rahmatNya, Insya-Allah.

Wassalam
Read more...

Tuesday, November 2, 2010

"dan Mohonlah kepadaKU nescaya AKU akan perkenankan "


subhanallah! Allamdulillah! Allahu Akbar!
indahnya HIDUP DENGAN RASA BERTUHAN...pengawasanNya cukup menenangkan..terasa ada penolong dan teman paling SETIA saat susah dan senang..bisikanNya satu semangat hidup utk TERUS KUAT...subhanallah....!

alhamdulillah,,selesai sudah 4paper,imtihan duniawi,,insyaAllah,bakal menyusul 3 paper lagi,,ya Rabbi,,ku pohon,,moga aku REdha atas segala ketentuanMU,,allahumma ameen..

bersyukur,masih dipanjatkan lagi usia,meniti usia, di atas pentas dunia ini,moga sahaja,sedikit sebnayak,tenaga yang ada ini,dapat disumbangkan untuk ISLAM,!

YA RABBI...
Aku berdoa untuk seorang lelaki, yang akan menjadi sebahagian daripada hidupku.
Seorang lelaki yang sungguh mencintai-MU lebih dari segala sesuatu.
Seorang lelaki yang akan meletakkanku pada kedudukan kedua di hatinya setelah Engkau.
Seorang lelaki yang hidup bukan untuk dirinya sendiri tetapi untuk-MU.
Seorang lelaki yang mempunyai sekeping hati yang sungguh mencintai dan dahaga akan Engkau dan memiliki keinginan untuk menauladani sifat-sifat agung-Mu.
Seorang lelaki yang mengetahui bagi siapa dan untuk apa dia hidup, sehingga hidupnya tidaklah sia-sia.
Seorang lelaki yang memiliki hati yang bijak bukan hanya sekadar otak yang cerdas.
Seorang lelaki yang tidak hanya mencintaiku tetapi juga menghormati aku.
Seorang lelaki yang tidak hanya memujaku tetapi dapat juga menasihati ketika aku berbuat salah.
Seorang lelaki yang mencintaiku bukan kerana kecantikanku tetapi kerana hatiku.
Seorang lelaki yang dapat menjadi sahabat terbaikku dalam tiap waktu dan situasi.
Seorang lelaki yang dapat membuatku berasa sebagai seorang wanita ketika berada di sisinya.
Seorang lelaki yang memerlukan sokonganku sebagai peneguhnya.
Seorang lelaki yang memerlukan doaku untuk kehidupannya.
Seorang lelaki yang memerlukan senyumanku untuk mengatasi kesedihannya.
Seorang lelaki yang memerlukan diriku untuk membuat hidupnya menjadi sempurna.


Dan aku juga meminta...
Buatlah aku menjadi seorang perempuan yang dapat membuat lelaki itu bangga.
Berikan aku sekeping hati yang sungguh mencintai-MU, sehingga aku dapat mencintainya dengan cinta-MU, bukan mencintainya dengan sekadar cintaku.
Berikanlah sifat-MU yang lembut sehingga kecantikanku datang dari-MU bukan dari luar diriku.
Berilah aku tangan-MU sehingga aku selalu mampu berdoa untuknya.
Berikanlah aku penglihatan-MU sehingga aku dapat melihat banyak hal baik dalam dirinya dan bukan hal buruk saja.
Berikan aku mulut-MU yang penuh dengan kata-kata kebijaksanaan-MU dan pemberi semangat, sehingga aku dapat mendukungnya setiap hari, dan aku dapat tersenyum padanya setiap pagi.
Dan bilamana akhirnya kami akan bertemu, aku berharap kami berdua dapat mengatakaan, ''Betapa besarnya Engkau kerana telah memberikan kepadaku seseorang yang dapat membuat hidupku menjadi sempurna.''
Aku mengetahui bahawa Engkau menginginkan kami bertemu pada waktu yang tepat dan Engkau akan membuat segala sesuatunya indah pada waktu yang Kau tentukan

Allahumma Ameen,,
Read more...