Tazkiyatun Nafs

Rasulullah SAW bersabda bermaksud:

Sesungguhnya Allah memiliki seratus rahmat, Dia menurunkan satu rahmat daripada-Nya untuk manusia, jin, serangga dan binatang.
Dengan satu rahmat itu mereka saling berkasih sayang.

Dengan satu rahmat itu binatang buas mengasihi anaknya.

Dia menangguhkan lagi kurniaan sembilan puluh sembilan rahmat, dengan itu Dia akan merahmati hamba-Nya pada hari kiamat.

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Friday, May 7, 2010

~waLimah,,joDOh? ~


(cantik nyer,,subhanallah)


Impian setiap insan yang masih dalam pencarian, mengharapkan agar mendapat jodoh yang soleh / solehah. Bagi lelaki, walau senakal mana pun mereka, masih mendambakan isteri yang solehah. Wanita solehah menjadi idaman setiap lelaki, khususnya lelaki yang beriman. Begitu juga dengan wanita, mendambakan pasangan yang soleh sebagai pendampingnya. Namun, agak sukar mendapatkan jodoh seperti ini di azkhir zaman ini.

Mencari pasangan yang soleh/solehah memang agak sukar kerana kita perlu menilai dan meneropong ke dalam hati seseorang untuk mengenali mereka. Kadang2 seorang yang nampak luaran baik... tetapi hakikatnya berlainan dari pandangan mata kasar. Bak kata orang kulit yang baik belum tentu isinya baik. Untuk apa disukarkan pencarianya, meneropong iman dan taqwa orang lain... permudahkan ia dengan memperbaiki diri terlebih dahulu. Umum mengetahui jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha untuk mendapatkan jodoh kita. Sekiranya kita inginkan pasangan yang soleh/solehah, berusahalah untuk menjadi calon suami yg soleh/ isteri yang solehah terlebih dahulu.

sememangnya jodoh, rezeki dan maut malah segala apa yang kita lalui di dalam kehidupan kita seharian, telah ditentukan oleh Allah atau biasanya kita namakan takdir. Namun, Allah telah menentukan bahawa segala apa jua yang kita lalui erlulah melalui usaha dan ikhtiar yang menjadi sebab dan musabab terhadap sesuatu. Usaha dan ikhtiar itu termasuklah segala perlakuan dan tingkah laku kita. Malah, takdir Allah boleh berubah berdasarkan usaha dan permohonan (doa) kita kepadaNya. Manusia dikurniakan akal dan fikiran untuk membezakan antara yang baik dan yang buruk. Begitu juga untuk memilih pasangan yang pada pandangan kita merupakan insan yang sesuai untuk dijadikan teman hidup. Jika pasangan yang ditentukan sukar mencapai persefahaman bererti tiada kesesuaian, maka tiada kesesuaian itulah sebagai ikhtiar atau sebab kepada takdir jodoh yang tidak panjang antara mereka


Berikut adalah kompilasi beberapa amalan dan doa yang yang boleh saya/kita :) amalkan bagi dipermudahkan untuk bertemu jodoh. Namun setiap ketentuan itu datangnya daripada Allah s.w.t., dan kita sebagai hamba-Nya hanya mampu berdoa, berusaha, berikhtiar dan bertawakkal kepada-Nya… Mudah-mudahan dengan setiap amalan dan doa yang dilakukan ini akan memudahkan anda untuk mendapat jodoh yang beriman dan terbaik untuk diri anda. Yang pentingnya, jangan sekali-kali putus asa untuk berdoa…Wallahualam…

1. Amalkan membaca doa Nabi Zakaria a.s. (surah Al-Anbiya, ayat 89)

Yang bermaksud:

“Dan (ingatlah kisah) Zakariya, tatkala ia menyeru Tuhannya ‘ya Tuhanku, janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri, dan Engkau adalah Waris Yang Paling Baik’.”(QS. Abiya/ 21: 89)

Selain itu, adalah lebih baik juga jika anda lanjutkan doa tersebut dengan doa berikut ini:

“Ya Allah… Cukuplah Engkau saja yang menjadi pemeliharaku di dunia dan akhirat kelak. Dengarkanlah rintihan hamba-Mu yang dhaif ini. Jangan Engkau biarkan aku sendirian di dunia ini maupun di akhirat kelak. Sebab itu menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran. Maka, kuruniakanlah aku seorang pasangan yang beriman, supaya aku dan dia dapat membina kesejahteraan hidup ke jalan yang Engkau redhai. Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh, Amin… Amin… Ya Rabbal Alamin.”






p/s: sekadar perkongsian ilmu,,:) duhai syauqatuliman, rajin2lah berdoa ye:)em,,walaubagaimanapun,,kalian semua,,ingatlah ayat Allah ini:

"Wanita yang keji untuk lelaki yang keji, Dan lelaki yang keji untuk wanita yang keji (pula) dan wanita yang baik di peruntukkan bagi lelaki yang baik, dan lelaki yang baik diperuntukkan bagi wanita yang baik (pula)"

(An-Nur ayat 26)

20.6 - 26.6 niy exam:)..namun,,tetibe,,terfkir pasal niy,,dan rase nak luahkan je,,semoga,,ada manfaatnya:)doakan kejayaan syauqatuliman ye,,dunia n akhirat,,amin..wallahualam

4 comments:

nurhdyh said...

salam.farehah.


buat betul2 exam.moga Allah permudahkan segalanya.

p/s:moga bertemu y soleh:)amin.

nurul farehah binti Hussin said...

DAYAH!:)

syukran ya ukhti:)

rindu kalian..;( hr tu..asmak kol..sayu je,,,tp..sgt hargai;)..dayah moga ukhwah berkekalan:)amin

arfie said...

sekadar renungan buat diri..

Ramai orang usaha untuk mencari yang solehah/soleh.. tapi.. berapa ramai yang usaha menjadi yang soleh/solehah?

nurul farehah binti Hussin said...

em,,ya ukhti mahbubati,,aduhai arfiezzati,,,lame nye,,xberbicara dgn kamoo:(..hu3...

sokong sgt,,kata2 awak,,nmun,,sbg manusia,,ftrah hdup..nk yang terbaik dlm hdup,,nmun,,seringkali alpa,,utk meneropong lubang2 kekurangan agar dpt ditampal dgn, plaster2,,keimanan,,:)

papepun,,ku doakan moga,,kita sama2,,dpt mengislahkan diri kita,,agar sentiasa mendekatiNYA,,amin