Tazkiyatun Nafs

Rasulullah SAW bersabda bermaksud:

Sesungguhnya Allah memiliki seratus rahmat, Dia menurunkan satu rahmat daripada-Nya untuk manusia, jin, serangga dan binatang.
Dengan satu rahmat itu mereka saling berkasih sayang.

Dengan satu rahmat itu binatang buas mengasihi anaknya.

Dia menangguhkan lagi kurniaan sembilan puluh sembilan rahmat, dengan itu Dia akan merahmati hamba-Nya pada hari kiamat.

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Saturday, May 29, 2010

shhh..mulut JANGAN ceLupar



Assalamualaikum, duhai syauqatul iman..moga di saat ini, ketaatanmu pada Rabbi, bukan helah semata-mata.


Em,,memg betullah pepatah melayu, manusia niy, hidup memg xboleh keseorangan ataupun bersendirian..Islam juga ada menegaskan, nk berdakwah pun, perlu secara berjemaah,,kerana kekuatan umat Islam itu teletak pada “jemaah” nya..em,,memg agak rasa keseorangan di saat ini, apabila rumete pulang ke kampong,,;( aish,,,da xde kwn nk bergurau senda,,bermain2,,rasa sunyi pulak kampus niy,,kenapala,,kalian pulang awal,,;( nanti,,3 mggu cuti,,,hemm,,apa2pun,,perjuanganku di sini perlu diteruskan,,banyak lagi tugasan yang perlu aku siapkan,,ha!!syauqatul iman,,jgn asyik tdur je,,xmemberi langsung sumbangan untuk Islam,,! (aish,,garangnyer,, ;) )

Em,,tetibe rasa nk tulis entry tentang “mulut jangan celupar”.. “orang yang sering menuturkan kata-kata berguna akan mendapat balasan serupa. Orang ramai akan damai apabila bertutur dengannya.

Sahabat2 sume,,pernah x,,anda bertemu dengan insan sebegini? Riak wajah yang tenang, tutur kata yang penuh berhikmah walaupun dalam teguran sekalipun,,tidak membebankan kita,,malah setiap kata-kata dia menjadi inspirasi tatkala diri rebah dengan kefasadan dunia ini.. .
Kalau nk teman seperti di atas,,ha,,diri sendiri yang perlu di jahit, di baiki dan di tampal,dengan plaster2 keimanan, agar,,kite juga boleh bertemu dengan sahabt macm tu. Apakah kita pernah menyakiti hati orang lain dengan lisan? Pernah dipinggirkan oleh rakan-rakan gara-gara mulut kita yang gemar menyindir orang lain? Atau mungkinkah ibu bapa pernah menangis kerana kita terlanjur melepaskan kata-kata yang tidak berlapik? em,,muhasabah sebentar,(,mama abah,,maaf ye,,kalau iman de wat cm tu,,*sigh* )

Sedangkan telah banyak peringatan diberikan kepada kita agar jangan bermulut celupar. Tidak kurang kita pernah dinasihatkan agar bijak mengawal lisan daripada mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati. Namun masih lagi kita gagal. Mulut tetap dirasakan hebat dengan mengeluarkan kata-kata kurang enak. Makin ramai yang terasa hati dengan kita. Lama-lama kita kan ditinggalkan.

Sahabat2,,saya pasti, kalian tahu bahawa mulut celupar niy termasuk dalam penyakit lisan. Bahaya lisan yang tak dijaga sentiasa mendorong manusia jauh daripada rahmat Allah. Apabila kita termasuk di dalam senarai lisan ini, mulut dirasakan berat umtuk menuturkan zikir kepada Allah. Mengapa begitu? Sedangkan dari kecil lagi kita telah dilatih dengan pelbagai adab ketika bercakap. Tidak kira, ibu bapa atau guru memberikan panduan agar kita bijaksana ketika melontarkan perkataan.

Ucapan yang baik sentiasa mendapat rahmat Allah. Malah sekiranya ucapan yang diluahkan itu dan diikuti dengan pujian kepada Allah, mampu menghadirkan kasih sayang Allah kepada kita dan orang yang mendengarnya. Betapa mulianya kita disisi-NYA dan ke arah kebaikan.

Ramai orang tertipu dengan falsafah yang dicipta oleh manusia. Istilah seperti ‘mulut sahaja yang jahat tetapi hati dan perangai baik’ tidak munasabah. Hakikatnya apa yang terucap di mulut, itulah gambaran di hati?
Jangan terpedaya angkara mulut. Boleh jadi segala amalan seperti solat, puasa, zakat dan haji tidak bermakna gara-gara mulut yang celupar. Apakah pula nilai terhadap solatnya jika mulut tidak dijaga. Bukankah hakikat solat adalah mencegah perbuatan keji dan mungkar???




Tepuk dada tanyalah iman..nauzubillah,,mudah2han kita semua terhindar daripada melakukannya..diam itu lebih baik daripada berbicara, andai diam seseorang itu, mendatangkan seribu satu rahmat..wallahualam

2 comments:

Abdullah said...

agak terasa disitu..syukran atas entry yg brnmnfaat ni

nurul farehah binti Hussin said...

salam'alaik,,afwan,ulil albab,,sama2 ambil ihtimam,,