Tazkiyatun Nafs

Rasulullah SAW bersabda bermaksud:

Sesungguhnya Allah memiliki seratus rahmat, Dia menurunkan satu rahmat daripada-Nya untuk manusia, jin, serangga dan binatang.
Dengan satu rahmat itu mereka saling berkasih sayang.

Dengan satu rahmat itu binatang buas mengasihi anaknya.

Dia menangguhkan lagi kurniaan sembilan puluh sembilan rahmat, dengan itu Dia akan merahmati hamba-Nya pada hari kiamat.

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Wednesday, June 30, 2010

HATI KU,,milik-MU..


Allah tidak memandang kepada kekayaan , kecantikan dan kepintaran kita dalam melakukan sesuatu perkara tanpa disertai niat yang lahir dari hati yang benar-benar ikhlas . Semua manusia mampu berbicara mengenai hati tetapi tidak mampu memelihara dan mengawal ia daripada sifat-sifat yang kotor seperti amarah, hasut, benci, takabbur, riak dan ujub.


Malah rupa sahaja yang cantik tetapi hati gelap dirasuki syaitan dan nafsu. Ego untuk menerima teguran , berbangga dengan kepetahan bercakap di khalayak ramai tanpa mempraktikkan apa yang disampaikan, mengatakan diri sahaja yang betul , merasa diri hebat daripada orang lain, memandang orang lain dengan pandangan hina, itulah antara penyakit hati yang mewarnai kehidupan umat Islam hari ini.


Hati yang sedar berbeza daripada hati yang lalai. Hati yang sedar sentiasa menginsafi akan hakikat kejadiannya pada masa orang lain tidak menyedarinya. Hati ini faham bahawa ia dijadikan untuk mengabdikan diri kepada Allah swt sahaja.Taat dan patuh kepada segala perintah tanpa soal atau merasa keberatan.Hati yang sedar ini juga insaf bahawa ia akan kembali kepada Allah dan dipersoalkan tentang segala apa yang telah dilakukan di dunia.

Hati yang SEDAR:
Firman Allah maksudnya:
“sesungguhnya(keterangan-keterangan dan peristiwa-peristiwa) yang tersebut itu, tidak syak lagi mengandungi pengajaran bagi sesiapa yang mempunyai hati (yang sedar) atau yang menggunakan pendengarannya bersungguh-sungguh (kepada pengajaran itu) dengan menumpukan hati dan fikiran kepadanya.” (surah Qaf 50:37)

Ya Allah , KURNIAKNLAH kepadaku hati seperti ini…

HATI YANG BERSIH
Firman Allah maksudnya:
“sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya –yang sedia bersih- bertambah-tambah bersih (demean IMAN dan AMAL KEBAJIKAN )”
(surah as syams 91:9)

HATI YANG LURUS
Firman Allah maksudnya: 9mereka berdoa dan berkata)-
Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, kurniakanlah kepada kami limpah rahmat-MU: sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberi-NYA.
(surah Ali-Imran 3:8)

Dan kau peliharalah daripadaku hati ini…

HATI YANG TERHIJAB (TERTUTUP)
Firman Allah, maksudnya:
“dan antara mereka ada yang memperdagangkan kepadamu Al-Quran padahal Kami telah jadikan tutupan berlapis-lapis atas hati mereka, yang menghalang mereka daripada memahaminya, dan kami jadikan panda telinga mereka penyumbat (yang menjadikan mereka tidak dapat mendengar)
(surah Al-An’am 6:25)


Penyanyi: Saujana
Tajuk Lirik Lagu: Suci Sekeping Hati
Album : Kembara Cinta
Munsyid : Saujana


Sekeping hati dibawa berlari
Jauh melalui jalanan sepi
Jalan kebenaran indah terbentang
Di depan matamu para pejuang
Tapi jalan kebenaran
Tak akan selamanya sunyi
Ada ujian yang datang melanda
Ada perangkap menunggu mangsa
Akan kuatkah kaki yang melangkah
Bila disapa duri yang menanti
Akan kaburkah mata yang meratap
Pada debu yang pastikan hinggap
Mengharap senang dalam berjuang
Bagai merindu rembulan di tengah siang
Jalannya tak seindah sentuhan mata
Pangkalnya jauh hujungnya belum tiba


YA ALAH KU INSAN YANG HINA DAN TIDAK LAYAK UNTUK SYURGAMU .
KUGAGAHI DIRI INI UNTUK BERTEMU MU,
PANDANGLAH AKU DENGAN PANDANGAN RAHMATMU
DAN AMPUNKANLAH SEGALA DOSAKU..AMIIN.



syauqatuliman, 30 Jun 2010

2 comments:

Anonymous said...

waktu kecik2 suke sgt dgr n nyanyi lgu nih..best sgt2!!!

nurul farehah binti Hussin said...

huhu,,same ar ayien ui:)..penuh kata2 tersirat yang boleh dijadikan ihtimam:D