Tazkiyatun Nafs

Rasulullah SAW bersabda bermaksud:

Sesungguhnya Allah memiliki seratus rahmat, Dia menurunkan satu rahmat daripada-Nya untuk manusia, jin, serangga dan binatang.
Dengan satu rahmat itu mereka saling berkasih sayang.

Dengan satu rahmat itu binatang buas mengasihi anaknya.

Dia menangguhkan lagi kurniaan sembilan puluh sembilan rahmat, dengan itu Dia akan merahmati hamba-Nya pada hari kiamat.

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Saturday, January 1, 2011

~Kawan2,,sYurga itu maness~ :)



JALAN MUJAHADAH ITU INDAH
Terimalah kesusahan yang sementara demi kesenangan yang abadi,,dunia tempat menyemai, di akhirat nanti kita menuai.

Jalan menuju Allah, ertinya jalan menuju ke syurga..syurga itu tidak ternilai harganya. Perumpamaannya umpama kaca dengan permata. Kaca itu murah dan mudah didapati di mana-mana..sedangkan permata itu mahal, amat sukar untuk mendapatkannya.

Sudah ditakdirkan, jalan menuju Allah penuh dengan godaan,ujian dan kesukaran.. tetapi, apakah kita sengaja menempah susah? Tidak! Kita hanya rela dan tega menerima kesusahan yang sementara demi kesenangan abadi. Inilah tradisi orang bijaksana. Sedangkan orang “bijaksini” rela mengorbankan kesenangan abadi di sana (akhirat) hanya kerana impikan dan inginkan kesenangan di sini(dunia).

Lupakah kita hakikat yang telah dijelaskan oleh Rasulullah menerusi sabdanya:

“neraka itu dipagari dengan dengan penuh kenikmatan dan keseronakan, manakala syurga itu dipagari oleh ujian dan kesukaran.” –al-Hadis-

Namun, aku, kamu , dan kita tetap manusia biasa. Hati kita goyah jua di jalan mujahadah. Hati pasti merintih apabila pedih. Jiwa pasti terdera apabila berduka. Namun, kita tidak akan patah di jalan mujahadah. Patah sayap, terbang jua. Biar jatuh bertongkat dagu, namun mengalah tetap tidak!!!

Bermujahadah ertinya berperang dengan diri sendiri untuk melakukan sesuatu yang sangat dibenci oleh hawa nafsu. Hawa nafsu yang hanya inginkan kejahatan, kelalaian dan keseronokan. Sebaliknya ia sengat membencikan kebaikan, peringatan dan ketaatan.
Menentang hawa nafsu, samalah dengan menentang diri sendiri.. umm,,jiwa pasti terseksa! Kerana apa yang diidamkan sering mendapat tentangan,,:) ha, inilah yang menyebabkan satu mijahadah slalu patah. Atau belum pun bermujahadah sudah mengaku kalah. Terlalu sayangkan diri untuk disakiti. Padahal “mujahadah itu pahit,,kerana syurga itu manis”..Letih sedikit, tidak boleh. Hendaknya...banyak rehat.. Pahit sedikit sudah mengeluh. Pedih sekelumit sudah mengaduh.

Dunia hakikatnya adalah gelanggang mujahadah. Kita di sini untuk “menanam”. Di sana (akhirat) nanti, barulah “menuai”. Musim bertanam memanglah payah-mencangkul, membaja, menanam, menajga daripada serangga perosak dan bermaca-macam lagi kesusahan- apabila menuai, baru terasa nikmat dan seronoknya..

Dunia diumpamakan tempat “membayar” di akhirat nanti tempat ‘bermain’..pay now, play later. Bayar di sini. “berseronoklah” di sana. Apa sahaj di dunia ini menuntut bayaran. Pilihlah sama ada untuk membayar dahulu, atau membayar kemudian. Tetapi sekiranya kita membayar dahulu, kejayaan di kemudian hari akan menjadi lebih manis dan bererti..

Orang mukmin, sentiasa rela bersusah payah untuk melakukan ketaatan, kebajikan dan kebaikan. Hidupnya terlalu sibuk dengan ibadat. Berpindah daripada ibadat khusus kepada ibadat umum dan berpindah lagi kepada iabadat sunat. Begitulah sehari semalam, sentiasa berpindah daripada satu ibaday kepada ibadat yang lain. Teringat pesanan dari Saidina Ali, “beribadatlah sehingga kita letih untuk melakukan kejahatan”..

Banyak kepahitan yang perlu ditempuh oleh orang mukmin untuk menempah syurga selaras dengan sabda Rasulullah SAW..

“syurga dipagari dengan kesusahan, manakala, neraka dipagari keseronokan”


Demikianlah kehidupan tidak ada yang percuma. Apatah lagi kehidupan di syurga, justeru, marilah sama-sama kita berpesan agar rela menerima yang sedikit dan smeentara ini demi menikmati kemanisan yang banyak dan abadi di sana. Alangkah jahilnya jika kita menanggung seksa yang begitu dahsyat dan kekal di akhirat sana hanya kerana nikmat yang sedikit dan sementara di dunia ini.

Sebaliknya, kita bijak kalau terus bermujahadah untuk melakukan perkara-perkara yang perlu dilakukan sehinggalah tiba ketikanya kita boleh melakukan apa sahaja perkara yang kita suka melakukannya! Di mana? Bila? Jawabnya, di syurga!

Sesungguhnya jalan mujahadah itu adalah jalan kita! Di jalan itu, sering berlaku dialog dalam diri. Apabila susah melanda, kita merintih. Apabila godaan mendatang, kita cuba bertahan. Apabila nikmat menjelma, kita lega....tetapi tidak lama, sukar pun datang mencabar, kita cuba sabar.

Lalu, kurakamkan dialog hati ini untuk pengajaran, bersama. Niat tidak lain hanyalah ingin memujuk hatiku dan hatimu agar jangan gundah. Gugusan dialog dalam jiwa yang mengungkapkan kata pujukan, ketika hati gelisah dan resah, ketika diri memburu suci sekeping hati...




(Bila bersendirian..)


Bila bersendirian
Jangan rasa kesepian
Walau tanpa teman
Kita tetap diperhatikan

Dalam gelap atau terang
Ada mata yang sentiasa jaga
Melihat perlakuan dan rasa
Mencatat dosa dan pahala

Bila bersendirian
Jangan katakan ‘aku sunyi’
Sebaliknya, selalu bisikan di dalam hati
Pada diriku sentiasa
Ada Pemerhati

Bila bersendirian
Teruji keikhlasan
Tenpa kejian dan pujian
Apakah terus ada kesetiaan
Berfikir dan berzikir
Dengan tulus kesunyian!

(Pahrol Mohd Juoi)

:)...sahabat,,jom berubah ke arah lebih baik! Kullu Am,wa antum bilkhair!selamat menyambut tahun baru Masihi,,selamat menyambung kembali pengajian,,syauqatul iman,,enti,,perlu mumtaz! DEMI UMMAH!..


buat insan di Cairo,sis Syahida,(miss u,,) :( di Irbid, (ukhti Arfiezzati dan sahabat2 yg lain,,) juga di Egypt ,,berjuanglah demi, ujian duniawi itu,,kerana sesungguhnya,anda semua sedang berada dalam jihad kecil! I’m always pray from here..May Allah makes it easy for u,,! Ingatlah “Tiada Harapan selain Allah”..selamat berjuang duhai ULUL ALBAB!..Pasti manis rasanya,,tatkala menggenggam segulung ijazah bersama Mardhotillahi,,amin2,,





ingat niy yer:
"when studying becomes a burden,
when revision is stressful,
when we geel like giving up and not study our exams,
remember these 2 verses:-

1) Allah doesnt burden us with things that we cant bear (2:286)
2) Verify with every difficulty, there is relief (94:6)


Salam Fatrah Imtihan!

4 comments:

Izzati Hashim said...

Salam.

sesungguhnya jalan mujahadah itu sentiasa penuh dengan onak duri (=

moga terus kuat dlm mujahadah ni jugak :D


p/s : x jumpa shoutbox ho3. kwn zulaikha naim yer? smpi kan salam pada dia

nice to know u too (=
salam perkenalan nurul farehan ^^!

nurul farehah binti Hussin said...

wasalam,,syukran awak!:)..atas kalam taujihat tu,,penyubur semangat,,tatkala alpa,,:)!

ha,a..ika tu,,bez frends sy,,dulu sme,,blok,,skrg,,da xsme,,:),,dia pindah blok len,,tp,,still sme kuliah,,insyaAllah,,sy smpikan t,,:)

salam tautan mahabbah awak!,izzati hashim,,:)

Izzati Hashim said...

(=
sama2 la kita saling mengingati yer

oh ya, kat FB tu awak ke? syaqatul iman?

nurul farehah binti Hussin said...

erm,,betul2,,khairun nas anfusahum:)

fazakkir!fa innaz zikra tan faul mukminin,,:)

Fb?syauqatuliman tu,,memg fb sy,,awak:)