Tazkiyatun Nafs

Rasulullah SAW bersabda bermaksud:

Sesungguhnya Allah memiliki seratus rahmat, Dia menurunkan satu rahmat daripada-Nya untuk manusia, jin, serangga dan binatang.
Dengan satu rahmat itu mereka saling berkasih sayang.

Dengan satu rahmat itu binatang buas mengasihi anaknya.

Dia menangguhkan lagi kurniaan sembilan puluh sembilan rahmat, dengan itu Dia akan merahmati hamba-Nya pada hari kiamat.

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Saturday, June 19, 2010

Rahsia Allah, VS seorang Doktor




( si kecil bersama ayah dan adik beradiknya,,semasa berusia 14 tahun ~berbaju kuning~)



Assalamualaikum,,syukur panda Rabbul Jalil, kerana masih lagi aku mendakap nikmat iman dan islam,,Alhamdulillah,,

Kini, sudah berusia 15 tahun. Tanpa diduga, tanpa disangka, rahsia Allah, tiada siapa yang tahu, tiada siapa mampu untuk mengungkapkannya, tiada siapa mampu mentafsir,,segalanya di aturkan cantik sekali oleh Allah. Insan yang dahulunya, ketika berusia 1 tahun, yang hidupnya disangka nyawa-nyawa ikan dan disahkan 50% hidup oleh seorang doktor berbangsa cina di hospital besar Melaka sehingga berlaku pertengkaran di antara seorang bapa dengan seorang doktor, mencetuskan provokasi yang aku sendiri tidak mengerti ketika itu, hanya seorang kanak-kanak hingusan yang masih kecil beusia 6tahun. Melihat derita adik kecilnya, dikelilingi wayar disekitar anggota, bernafas menggunakan karburator, berada di wad ICU yang dikelilingi doctor setiap waktu. Aku tidak mengerti ketika itu, air mata mengalir, aku dapat rasa derita adik kecilku, ingin sekali aku bertanya kepada mak..mengapa derita sekali adik. Mengapa adik tidak seperti kami.mengapa emak tinggal di hospital, dan uda bertemankan abah setiap masa, merindui kasih sayang seoarang ibu.. ya,,hampir 6 bulan, adik kecil itu koma, abah berulang alik dari rumah ke hospital, penuh tabah menerima dugaan dan sapaan Rabbi. Kasihan mereka. Aku mengeluh ketika itu. Hanya beberapa kali sahaja aku dibenarkan masuk ke wad ICU lantaran aku masih kecil, dikhuatiri akan terperanjat melihat situasi di wad tersebut.,,aku rindukan adik kecilku..

Jika pagi tadi aku datang melawat adik kecilku, terdapat 10 pesakit di wad ICU, apabila petang aku kembali semula, hanya tinggal 5 orang sahaja, manakala 5 orang lagi di sahkan mengadap Pencipta yang lebih menyayangi mereka. Linangan air mata seorang ibu, kasih seorang bapa, dapat ku lihat, walau aku masih belum mengerti sepenuhnya.

Pagi itu,, 1996


“anak encik hanya boleh hidup dalam 50% sahaja, dan kami perlu ambil air tulang belakangnya”, si doctor bermata sepet memberitahu abahku. Anak encik sudah mati, dia bernafas pon sebab gunakan sambungan alat pernafasan!,, dub! Sebijik penumbuk tepat hinggap di muka doctor bermata sepet. “Lu jangan banyak kurang ajar sama gua!” hari ini juga gua ambil anak gua! Pertengkaran berlaku, dan doctor terpaksa melepaskan adik kecilku dr wad ICU..sebanyak 40 borang yang perlu ditandatangani oleh abahku,,menurut hematku,seorang doctor tidak sepatutnya berkata sebegitu, seolah2 nyawa seorang manusia berada di tangan mereka. Wahai sekalian doktor dan bakal2 doktor, berhati2 lah dalam menutur kata. Kerana sesungguhnya, kalian hanya mampu mengubati pesakit dan segalan2nya jua Allah yang tentukan..em,,lupakan tentng lelaki bermata sepet,,xpe,,dia xsekolah agama,,:)

Sekembalinya di kampung
Memg benar, seksa sekali melihat adik kecil itu. Mulutnya berbuih2,,nafas seringkali tersangkut2..adik kecil itu disahkan mengidap demam panas, dan menurut orang kampung dia terkena buatan orang,,nauzubillah,,,,

Sepanjang berada di kampung pelbagai ubatan kampung adik kecil itu terima,,Alhamdulillah,,pada usia 7 tahun, pada bulan Ahlullah, adik kecil itu berjalan,,air mata seoarang ibu, kasih seorang bapa, mengalir melihat ank kecilnya boleh berjalan seperti kanak-kanak lain..namun derita demi derita terpaksa di tanggung oleh si ibu dan si bapa, juga adik beradik si kecil itu..



(pengorbanan seorang ibu dan seorang ayah..andai aku berada di tempat mereka,,tabah ke aku?)

Sehingga ke hari ini, alhamdulillah, Allah masih lagi memberi adik kecilku itu nikmat nafas, walaupun terlalu banyak nikmat yang Allah simpan untuk dia. Ya syurga menanti kamu,,adik kecil,,,selagi adik kecil itu masih hidup,,aku berjanji, akan terus menjaganya,,ya Allah,, sampai bila dia harus derita,,,aku tidak mengerti,,adakah doa kami, terhijab antara langit dan bumi, atau sememangnya memang Engkau mahu dia derita sewaktu di bumi yang tidak kekal ini.. tiap kali dia sakit,,aku turut sakit Rabbi..ehsan seorang kakak, terhadap adik kecil itu,,merobek2 jiwa,,setiap kali air mata si kecil itu mengalir,,naluri seorang kakak bagai dihiris sembilu, kerana aku tidak mengerti apa yang si kecil itu mahu.. Engkau tarik nikmat percakapan dan pelbagai lagi.. ALLAH……..



(adik beradik si kecil yang sama2 menghadapi susah dan senang bersamanya,,mane syauqatul iman? :) )

Ya rabb, aku tak mengharap yang terbaik untuk setiap yang berlaku andai itu bukan redhamu, aku Cuma ingin bahagia dalam diduga. Aku redha hatta bertimpa ujian walau berganada. Ya rabb, hinanya aku di saat rebah luka berdarah, baruku mencari arah bergantung sembah. Jangan biar air mataku menitis kerana timbunan ujianMu, sedang ia mengarca jiwa membentuk rasa. Jangan biar ia menits kerana sakit dunia yang meleka jiwa menyeksa atma. Biarkan ia menitis kerana seulas rasa seorang hamba yang berdosa.

Selamat hari lahir buat adikku sayang, MUHAMMAD HANAFI BIN HUSSIN..kini engkau sudah berusia 15 tahun..ketahuilah,,,,diri ini amat menyayangimu.........Ya Allah,,tabahkan hati kami sekeluarga dalam menjaga insan istimewa ini, yang telah ENGKAU janjikan syurga buatnya,,,kami menyayangimu,,


Kasih Allah tidak akan dirasai tanpa ujian,tidak akan dirasai kehambaan tanpa munajat.tidak akan dirasai keinsafan tanpa muhasabah,banyak mana ujian Allah banyak itulah kasih sayangNYA pada hambanya.

Bingkisan sayang buatmu
Syauqatul iman 19/6/2010 (8.41 malam)

3 comments:

Muhammad Hussaini said...

salam,,huu,,moga adik kecil itu,,,sihat2 selalu,,dan moga keluarga si kecil itu,,sentiasa sabar dalam menjaganya,,sangat tersentuh tatkala membaca post ini,,,

UnKnOwN said...

Salam.. Semoga Allah merahmati kamu.. tatkala membaca kisah ini,rase tersentuh dan hiba lahir dlm diri ini.. terbayang2 wajah adik yang lbh kurang sebaya dgn adik kamu.. Tringat keadaan nya yg juga hampir sama.. Seringkali terfikir,jika ditakdirkan ibu bapaku tiada,berikanlah daku kekuatan utk membela nasib adikku Ya ALLAH.. Walaupun hakikat ego lelaki itu tinggi,namun rase kasih dan sayang tetap mengatasi segalanya.. Terasa hidup ini sgt hina jika membiarkan adik yg sedemikian keadaannya tanpa dibela.. Semoga Allah merahmati mereka.. Amin

nurul farehah binti Hussin said...

wasalam,,allahu yu barik aidhon,,

seringkali juga diri ini terfkir,,andai ibu bapaku pergi dahulu,,mampukah aku menjadi seperti mereka semasa menjaga adik kecil itu,,Allah,,,:(..pasti mengalir air mata ini,,kerana aku tahu,,kemampuanku,,,

cuma satu yg ku pinta,,ya Allah,,moga saat aku di uji,,aku REdha menerimanya,,ALLAHU RABBUNA>>