Tazkiyatun Nafs

Rasulullah SAW bersabda bermaksud:

Sesungguhnya Allah memiliki seratus rahmat, Dia menurunkan satu rahmat daripada-Nya untuk manusia, jin, serangga dan binatang.
Dengan satu rahmat itu mereka saling berkasih sayang.

Dengan satu rahmat itu binatang buas mengasihi anaknya.

Dia menangguhkan lagi kurniaan sembilan puluh sembilan rahmat, dengan itu Dia akan merahmati hamba-Nya pada hari kiamat.

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sunday, May 30, 2010

Pencarian si lelaki soleh




Suatu kisah
Kisah benar belaka
Seorang lelaki dalam pencarian
Mencari pemilik rusuk kirinya
Sudah bertahun bersendirian
Muncullah calon yang entah ke berapa
Seperti biasa
Diusulkan emak tersayang

Bukan calang-calang calon yang diusulkan
Lulusan universiti Timur Tengah
Menghormati permintaan si anak
Yang mahu pendamping solehah
Sejuk mata memandang
Bertudung labuh litup
Pandai berbahasa arab pendek kata tip top!

Si lelaki memulakan istiharoh
Hampir berminggu
Setelah meneliti gambar
Mula mencari maklumat
Sebelum sesi taaruf bermula.

Si lelaki menjenguk ke web
Laman friendster kegemaran ramai
Yang kini mungkin facebook satu keajaiban!
Tiba-tiba tergamam
Si gadis masih anggun
bertudung labuh litup
Bergambar sakan
Aduh!

Terkejut bukan kepalang
Calon solehah direject tanpa ihsan
bukan menjadi pilihan
hanya kerana gambar ditayang
pemilihan terbatal.

Dia pernah berkata
Perempuan cantik itu
Tidak memandang dan tidak dipandang
Perempuan cantik itu
Tidak mengenali dan tidak dikenali
Perempuan cantik itu
Tidak menegur dan tidak ditegur

Akhirnya
Solehah kempunan calon soleh
Merayu untuk dipertimbangkan
Tapi sayang sekali
Si lelaki tetap
Tidak berganjak dengan keputusan

Wahai muslimah
Aku dan kamu
Mari mempelajari, mencontohi
Watak-watak wanita salafussoleh
Sifat, pengorbanan dan perjuangan mereka
Kerana wanita solehah itu
Lebih baik daripada
Seribu lelaki yang tidak soleh

~dipetik daripada buku solusi no18~

em,,saya setuju ngan sajak di atas..tapi,,kalau sesiapa ada pandangan lain,,tafaddal,,mana tahu,,masing2 ada pandangan masing2,,tapi,,buatmu,,duhai muslimat,,malumu itu yang berharga.. :)

5 comments:

faiz aizudeen ismail said...

erm... just thinking bout that too.. after reading the original article from the "solusi"

kadangkala pernah jua melakukannya dan pernah dilibatkan walaupun tanpa kita sedari...

"utamakan pandangan Allah daripada pandangan manusia"

nurul farehah binti Hussin said...

em,,sy setuju dengan kata-kata

"utamakan pandangan Allah daripada pandangan manusia"

namun,,sebagai manusia biasa,,ftrah kita yang sentiasa nk ke arah kebaikan,,n xsalah kalau,,andai seseorang nk wat pengislahan diri,,:)

nk Allah pandang kita,,sudah smestinya,,kita menjaga syariatNYA,,yang tertutup itu,,lebih cntik drp yang terdedah,,bkn begitu,,kaum adam:)

wallahualam,,

arfie said...

saya lebih setuju kalau sajak menyifatkan:

seorang akhawat itu,
tidak memandang dan dipandang
seorang muslimah itu,
tidak mengenali dan dikenali
seorang mu'minah itu
tidak menegur dan tidak ditegur..

kerana pada saya barulah sampai maksudnya melakukan sesuatu hanya berpaksikan Allah..
maksudnya bukanlah hanya kerana dia cantik maka dilakukan semua itu..

tapi, saya faham juga yang mungkin cantik di sini bermaksud cantik peribadinya.. subhanallah! bole tafsir mcm2 plak..

p/s: sahabatku, asek cerita pasal cinta dan bait muslim je.. ada apa2 ke? apa2 pun jgn lupakan sahabatmu di perantauan ni ye.(^_^)

nurul farehah binti Hussin said...

em,,,saya setuju wahai ukhti mahbubat:)

lagi indah kalau bait2 sajak td,,ditukar sepertmna yang awak usulkan,,bkn hnya wanita cntik shja perlu menjaga aurat,,bahkan semua wanita itu wajib utk melindungi mahkota mereka:)

bknkah syariat Allah itu amat cantek skali andai kita ikuti:)

arfi,,hee,,ala,,saje2 je ar,,wat post gtu,,xdela,,ade 2,3 org shbt sy,,suke sy wat post ttg bait muslim:),,sy still milik mak n ayah,,:)klu de pape,,sy rojer2 awak di sana ye,,u're my beloved frenz,,in this world n hereafter~!:)salam syg dr bumi malysia..*_*,,merindui kamu,,

RuMaH TuA said...

Salam ziarah dari ipgm kampus lipis...

"Tiada kejayaan yang paling sempurna melainkan dalam Sunnah Baginda Rasulullah"