Tazkiyatun Nafs

Rasulullah SAW bersabda bermaksud:

Sesungguhnya Allah memiliki seratus rahmat, Dia menurunkan satu rahmat daripada-Nya untuk manusia, jin, serangga dan binatang.
Dengan satu rahmat itu mereka saling berkasih sayang.

Dengan satu rahmat itu binatang buas mengasihi anaknya.

Dia menangguhkan lagi kurniaan sembilan puluh sembilan rahmat, dengan itu Dia akan merahmati hamba-Nya pada hari kiamat.

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Saturday, January 23, 2010

kErana SeLembar buLu mata

Di ceritakan di hari pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Dia di tuduh bersalah , menyia-nyiakan umurnya di dunia untuk berbuat maksiat.

Tetapi dia berkeras membantah, “ Tidak. Demi langit dan bumi sesungguhnya itu tidak benar. Saya tidak melakukan semua itu.” “ Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul-betul telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa,” jawab malaikat.

Ornag itu menoleh ke kiri dank e kanan, lalu ke segenap penjuru. Tetapi anehnya, dia tidak menjumpai seorang saksi pun yang sedang berdiri. Di situ hanya ada dia bersendirian. Makanya dia pun menyanggah, “manakah saksi-saksi yang kau maksudkan? Di sini, tidak ada sesiapa kcuali aku dan suaramu.”

“ Inilah saksi-saksi itu, jawab ,” ujar malaikat.

Tiba-tiba mata angkat berbicara, “ Saya yang memandang.”

Di susul oleh telinga, “ Saya yang mendengarkan.”

Hidung pun tidak ketinggalan, “Saya yang mencium dan menghidu,”

Bibir mengaku, “ Saya yang merayu.”

Lidah menambah, “ Saya yang berkata-kata.” Tangan meneruskan, ‘ Saya yang memegang dan menggenggam.”

Kaki mnyusul, “ Saya yang berjalan dan berlari.”

Nah kalau kubiarkan semua anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu itu”, ucap malaikat. Orang tersebut tidak dapat membuka sanggahannyalagi. Dia berputus asa dan berdukacita, kerana sebentar lagi dia bakal dihumbankan ke dalam neraka jahanam. Padahal rasa-rasanya dia telah terbebas dari tuduhan dosa itu.

Tatkala dia sedang dilanda kesedihan itu,tiba-tiba terdengar suara yang amat lembut dari selembar bulu matanya. “ Saya pun ingin mengangkat sumpah sebagai saksi.” “ Silakan”, kata malaikat. “ Terus terang saja, menjelang ajalnya, pada suatu tengah malam yamg lengang, aku pernah dibasahinya dengan air mata ketika dia sedang menangis menyesali perbuatan buruknya.

Bukankah nabinya pernah berjanji, bahawa apabila ada seorang hamba kemudian bertaubat, walaupun selembar bulu matanaya sahaja yang dibasahi air matanya, namun sudah diharamkan dirinya dari api neraka? Maka saya selembar bulu matanya berani tampil sebagai saksi bahawa ia telah melakukan taubat sampai membasahi saya sebagai air mata penyesalannya.”

Dengan kesaksian selembar bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan dihantarkan ke syurga:” Lihatlah, Hamba Tuhan ini masuk syurga keran pertolongan selembar bulu mata. “ Firman Allah SWT, “Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat mengingati dalam kesabaran.”

No comments: