Tazkiyatun Nafs

Rasulullah SAW bersabda bermaksud:

Sesungguhnya Allah memiliki seratus rahmat, Dia menurunkan satu rahmat daripada-Nya untuk manusia, jin, serangga dan binatang.
Dengan satu rahmat itu mereka saling berkasih sayang.

Dengan satu rahmat itu binatang buas mengasihi anaknya.

Dia menangguhkan lagi kurniaan sembilan puluh sembilan rahmat, dengan itu Dia akan merahmati hamba-Nya pada hari kiamat.

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Thursday, July 4, 2013

Morsi ,,,

 
 
Ucapan dr.Mursi : - Ucapan dr.Mursi :
Sesungguhnya,
Aku melalui jalan-jalan yang sukarsangat,
Bukanlah aku mahukan jawatan sebesar ini,
Bukanlah aku dambakan kedudukan teratas sebuah negera,
Bukanlah impianku untuk menjadi orang pertama
harapan rakyat,Keberadaaanku adalah

kerana Allah mahukan agama ini dijaga,
Kerana agama ini sahajalah penyelamat segala,
Kerana kebenaran ini sahaja yang membuka mata,
Menyedarkan hati-hati yang kebutaaan
agama,

Islam ini bukanlah semata-mata luaran pakaian sahaja,
Islam ini bukanlah pada percakapan dan manis
tutur kata sahaja,
Islam ini perlu bergerak seiring dengan iman,
Iman yang membuktikan segala kepatuhan agama,

Kerana dalam setiap apa pun,
Sama ada hati, percakapan, ataupun
perbuatan, itulah islam bagiku,Kaffah
menyeluruh,

Kita bukan islam biasa-biasa.
Maka itu yang aku mahukan ianya
berlaku dalam negara kita,
Segala macam korupsi yang ada,

Apakah dianjurkan islam?
Dengan segala hak rakyat menjadi hak
milik orang-orang besar,

Adakah itu yang islam harapkan?
Orang-orang miskin di tepi
jalan,semakin ramai yang
menganggur,jenayah dan maksiat,
berpeleseran seperti syaitan,

Apakah itu yang islam anjurkan?
Itulah yang mahu aku baiki,
Untuk semua rakyat di negara ini,
Kita ada agama yang memimpin hidup kita,
Kita ada Tuhan yang akan menilai
tingkah laku kita,

Ingat hari kiamat akan muncul, dan
semuanya akan dipertontonkan semula.
Aku memohon ampun atas
kelewatanku,Untuk mengurus negeri ini,

Aku mengetahui batasan aku,
Aku mengakui ketidakmampuanku
pada sesuatu perkara,
Namun, ku mengharapkan, kamu
membantu aku,
Bersama-sama kita bangunkan negeri
ini,
Jika tidak ada sokongan kamu,
Aku tidak akan berada di sini,
Ku hanya memohonkan sabarmu,
Ku hanya memohonkan komitmenmu,
Ku hanya memohonkan bantuanmu,
Bantulah aku untuk kita bina negara ini
bersama,

Kerana ianya bukan hak mutlak diriku,
Dia adalah milik kita bersama,
Tetapi keadaannya tidak demikian,Kau
malah menuduh aku bermacam-
macam, Sikapmu yang tidak sabar,
Ianya hanya merugikan kita.
Maka, aku hanya mengharapkan Allah
yang satu,Untuk membantu
perjuanganku ini,
Kerana Dia bersikap tidak pernah
meninggalkan hambaNya,Maka aku
hanya berpegang dengan
taliNya,Allahumma, bantulah aku Ya
Allah,kerana aku membawa agamaMu,
Allahumma, sentiasalah bersama-
samaku Allah, untuk memimpin negara
ini, Allahumma, kerana cukup
kekuatanMu ya Allah, maka aku merasa
Kau mencukupi untukku.
Kata-kata Dr.Najlaa, isteri kepada Presiden Mesir, Dr Muhammad Mursi
berkaitan suaminya,

"Dihari-hari yang penuh dengan ujian, tatkala aku masuk ke dalam bilik,
kelihatan beliau sedang sujud memohon pertolongan kepada Allah dalam keadaan menangis mengadu
halnya dan negaranya. Apabila dia hendak tidur, tangisan itu masih
kedengaran walaupun beliau berada diatas katilnya, sehingga basahnya umpama mandi...

Demi Allah...
Wahai Dr.Mursi,
Sesungguhnya Allah tidak akan membiarkan kamu terus bersedih dan
takkan meninggalkan kamu tanpa pertolongan
daripadaNya..
Bersabarlah wahai pemimpin

Engkau jatuh kerana ingin mendaulatkan ISLAM.....
Tapi ingatlah JANJI ALLAH Islam akan Bangkit...,
Maralah wahai Sang
Presiden,
Kami menyokong Perjuangan mu...

# Menangis melihat Mesir.
Pray 4 mesir

Bismillahi tawakkaltu 'ala Allah, la haula
wa la quwwata illa billah!
 Tidakkah kita imani seluruh kekuasaan itu milik Allah?.
Kerajaan islam itu juga dari Allah..?
Tapi mengapa Allah masih membenarkan kerajaan islam itu jatuh dan ada pula yang masih tertangguh kemenangan?
Jawapannya..
Allah bg peluang untuk kita tunjukkan sejauh mana kita bersabar dgn perjuangan dan trus menyumbang dgn kudrat kita dalam kesusahan ini untuk ganjaran syurga yang sangat mahal..
Ya Allah, tsabbit qulubana 'ala dinik