Tazkiyatun Nafs

Rasulullah SAW bersabda bermaksud:

Sesungguhnya Allah memiliki seratus rahmat, Dia menurunkan satu rahmat daripada-Nya untuk manusia, jin, serangga dan binatang.
Dengan satu rahmat itu mereka saling berkasih sayang.

Dengan satu rahmat itu binatang buas mengasihi anaknya.

Dia menangguhkan lagi kurniaan sembilan puluh sembilan rahmat, dengan itu Dia akan merahmati hamba-Nya pada hari kiamat.

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Wednesday, July 25, 2012

Our Journey to JANNAH ♥

Moga bahtera perkahwinan kami ini berlayar hingga sampai ke syurga dan mudah-mudahan baitul muslim ini benar-benar menjadi pembantu agama Allah.
Ameen. Ameen. Ameen ya Rabbal alameen.




Bismillahirrahmanirrahim..



“Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri (jodoh) dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya di antaramu rasa kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.”

(Arrum, 30:21)



Dengan penuh rasa syukur dan rendah diri,kami mewakili kedua ibu bapa kami berbesar hati menjemput kaum keluarga,para sahabat,guru-guru,serta semua kenalan yang mengenali kami untuk hadir ke majlis perkahwinan kami :




Majlis walimatul urus bagi pihak pengantin perempuan pada hari Sabtu,25 Ogos 2012, bertempat di Km 10 Jalan Daing Tawi, Kg. Telok Mas ,75460 Melaka

Majlis walimatul urus bagi pihak pengantin lelaki pada hari Ahad, 26 Ogos 2012, bertempat di Bt 25, kampung Ramuan China Kechil, 78100 Lubok China Melaka

Semoga dengan kehadiran saudara dan saudari ke majlis kami, Allah swt akan memberkati perjalanan majlis dan melimpahkan rahmat ke atas kami dan keluarga kami. InsyaAllah…

Bagi saudara dan saudari yang berkelapangan untuk hadir ke majlis kami,diharapkan dapat memberikan alamat rumah di ruangan mesej facebook atau yahoo messenger untuk urusan penghantaran kad jemputan. Wallahua’lam…


jemput ziarah utk makluman lbih lanjut..:)

pelan rumah pengantin

4 comments:

Sufi Musafir said...

Assalamualaikum ukhti Farehah,,,
mabruk alaik... Moga Allah permudahkan urusanmu... InsyaAllah...

nurul farehah binti Hussin said...

amin2,,amin ya mujib,,:) jzkk ukhti,,mohon doakn kami,,

saifulsensei said...

tahniah farehah..moga perkahwinan yang akan didirikan berkekalan sehingga ke syurga nanti

mabruk alaik...insyaAllah

nurul farehah binti Hussin said...

jzkk,,amin2,,amin yamujib,,mohon doakan kami...Doakan juga agar bahtera perkahwinan kami ini berlayar hingga sampai ke syurga dan mudah-mudahan baitul muslim ini benar-benar menjadi pembantu agama Allah.

Ameen. Ameen. Ameen ya Rabbal alameen.