Tazkiyatun Nafs

Rasulullah SAW bersabda bermaksud:

Sesungguhnya Allah memiliki seratus rahmat, Dia menurunkan satu rahmat daripada-Nya untuk manusia, jin, serangga dan binatang.
Dengan satu rahmat itu mereka saling berkasih sayang.

Dengan satu rahmat itu binatang buas mengasihi anaknya.

Dia menangguhkan lagi kurniaan sembilan puluh sembilan rahmat, dengan itu Dia akan merahmati hamba-Nya pada hari kiamat.

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Saturday, July 17, 2010

KuCari BAHAGIA itu..


Kucari Bahagia Abadi..
Di mana? Di sisi ALLAH..

55. di tempat Yang sungguh bahagia, di sisi Tuhan Yang Menguasai segala-galanya, lagi Yang berkuasa melakukan sekehendakNya.(surah al-Qamar 54:55)

Bagaimana?
Dengan mengutamakan akhirat…

86. mereka itulah orang-orang Yang membeli (mengutamakan) kehidupan dunia (dan kesenangannya) Dengan (meninggalkan perintah-perintah Allah Yang membawa kebahagiaan Dalam kehidupan) akhirat; maka tidak akan diringankan azab seksa mereka (pada hari kiamat), dan mereka pula tidak akan diberikan pertolongan.(surah al-Baqarah: 86)
Dengan sabar dan taqwa

49. (kisah Nabi Nuh) itu adalah dari perkara-perkara Yang ghaib Yang Kami wahyukan kepadamu (Wahai Muhammad), Yang Engkau dan kaum Engkau tidak mengetahuiNya sebelum ini. oleh itu, bersabarlah. Sesungguhnya kesudahan Yang baik (yang membawa kejayaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat) adalah bagi orang-orang Yang bertaqwa.(surah al-Hud: 49 )


Untuk siapa?
Yang beriman dan beramal soleh…

29. orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, beroleh kebahagiaan Yang amat mengembirakan dan tempat kembali Yang sebaik-baiknya.(surah al-Ra'd 13:29)

Yang beroleh hidayah…

97. dan sesiapa Yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah maka Dia lah Yang sebenar-benarnya berjaya mencapai kebahagiaan; dan sesiapa Yang disesatkannya maka Engkau tidak sekali-kali akan mendapati bagi mereka, penolong-penolong Yang lain daripadanya. dan Kami akan himpunkan mereka pada hari kiamat (dengan menyeret mereka masing-masing) atas mukanya, Dalam keadaan buta, bisu dan pekak; tempat kediaman mereka: neraka Jahannam; tiap-tiap kali malap julangan apinya, Kami tambahi mereka Dengan api Yang menjulang-julang.
(surah al-Israk 17:97)


..Inilah BAHAGIA..
• Daripada shuhaib r.a., sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“sungguh menakjubkan urusan orang mukmin. Sesungguhnya semua urusannya adalah kebaikan. Apabila mendapat nikmat, maka dia bersyukur dan itu kebaikan baginya. Dan apabila ditimpa ujian( kesempitan) maka dia bersabar dan itu kebaikan baginya.” (Ditakhrij Muslim, 8/125 dalam al-Zuhud)

• Yahya bin Khalid al-Barmaky, seorang menteri yang mashyur di zaman Bani Abbas ditanya:. “apakah yang dimaksudakn demean bahagia wahai tuan? “
Jawabnya: “sentosa perangai kuat ingatan, bijaksana akal, tenang dan sabar menuju maksud”.

• Seorang penyair bernama Hutai’ah berkata:
“menurut pendapatku, bukanlah kebahagiaan itu panda mengumpul harta benda tetapi taqwa kepada Allah itulah bahagia.

• Ibnu Khldun berpendapat: bahagia itu ialah tunduk dan patuh mengikut garis-garis yang ditentukan Allah dan berperikemanusiaan”


• Ibnu MAs’ud r.a apabila ditanya: “ Apakah engkau bersedih kerana kehilangan sebelah kakimu?”
Beliau menjawab: “bukankah Allah telah meninggalkan untukku yang sebelah lagi?”



Benarkah bahagia itu ada kepuasan pada hati? Bukankah manusia itu tidak akan pernah puas? Selagi mana ia berada di dunia, ia pasti berhadapan dengan kekurangan dan ketidaksempurnaan. Nafsu manusia tidak pernah pudar, malah semakin ingin mengejar kesempurnaan. Kurang popular, kurang kaya, kurang cantek, kurang sihat dan pelbagai tuntutan nafsunya lagi, tidak akan da penghujungnya kemahuan manusia.

Selamilah dasar hati, percayalah bahawa sesungguhnya bahagia itu terikat pada hati yang punyai sifat redha dan tawakkal yang tinggi kepada Allah SWT

wallahualam,,
syauqatul iman~

6 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah.. Tajuk dan kandungannya sedikit sebanyak memberi kesedaran dan ingatan bagi kita sebagai seorang muslim.. Kandungan2 yg dibawakan membawa kita untuk berfikir tentang arah manakah utk mencari kebahagiaan dan cara manakah bahagia itu boleh dibentuk.. Syukran ukhti.. Xtra info yg bagus utk dikongsi bersama ^_^

nurul farehah binti Hussin said...

allahu Rabbuna,,alhamdulillah,,terima kasih ukhti,,ats jentikan perasaan utk terus menulis,,insyaAllah,,moga kebahagian yg kite kecapi selama ini,,terus membawa kita berjumpa dengan Pencipta kita,,dalam keaddan mendapat REDHANYA,,allahumma ameen,,

sama2 kite menujuNYA yer,,:)..anDai diri niy ade wat silap,,tegur2lah diri ini:)..

Anonymous said...

InsyaAllah.. Moga Allah memberi Berkahnya di situ... ^_^

nurul farehah binti Hussin said...

allahumma ameen,,,sirrunaa alaa baarakatillahi..(^_^)

Anonymous said...

menarik sekali,,,,,syukran,,atas perkongsian.:)

nurul farehah binti Hussin said...

syukran ya ukhti,,sama2 kite ambil ihtimam,,moga sentiasa dlm rahmatNYA:)