Tazkiyatun Nafs

Rasulullah SAW bersabda bermaksud:

Sesungguhnya Allah memiliki seratus rahmat, Dia menurunkan satu rahmat daripada-Nya untuk manusia, jin, serangga dan binatang.
Dengan satu rahmat itu mereka saling berkasih sayang.

Dengan satu rahmat itu binatang buas mengasihi anaknya.

Dia menangguhkan lagi kurniaan sembilan puluh sembilan rahmat, dengan itu Dia akan merahmati hamba-Nya pada hari kiamat.

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sunday, April 11, 2010

Kalam Bisu..




Terus melangkah tanpa arah
Harus mengalah dan mengaku kalah
Lelah

Jalan sendiri
Mencari erti dan pasti
Sepi

Namun masih ada hati
Dan semoga esok masih akan ada hari
Hingga takkan lagi
Sedih

walau langkahku seringkali tersadung
namun ku tidak akan berhenti
mencari kemanisan hidup
kerana sunnah seorang pejuang
derita itu pahit, kerana syurga itu manis

No comments: