Tazkiyatun Nafs

Rasulullah SAW bersabda bermaksud:

Sesungguhnya Allah memiliki seratus rahmat, Dia menurunkan satu rahmat daripada-Nya untuk manusia, jin, serangga dan binatang.
Dengan satu rahmat itu mereka saling berkasih sayang.

Dengan satu rahmat itu binatang buas mengasihi anaknya.

Dia menangguhkan lagi kurniaan sembilan puluh sembilan rahmat, dengan itu Dia akan merahmati hamba-Nya pada hari kiamat.

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Friday, February 3, 2012

Counting! & coUntDown! ツ

Countdown:

  1 hari lagi~

"Hari Memperingati Kekasih"

12 Rabiulawal, 1433H (5 Februari 2012).
Maulid Muhammad Rasulullah SAW.
Inilah 'Hari Memperingati Kekasih' yang sebenarnya!
:)

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم
 ♥ ...Tanda kasih Rasulullah صلى الله عليه وسلم buatmu wahai umat... ♥

❀ Sayyidatuna ‘Aisyah رضي الله عنها berkata: Tatkala aku melihat Nabi صلى الله عليه وآله وسلم berada dalam keadaan baik, aku berkata: Wahai Rasulullah! Berdoalah kepada Allah untukku.


♥ Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم pun mendoakannya: Ya Allah! Ampunilah dosa ‘Aisyah yang terdahulu dan yang terkemudian, yang tersembunyi dan yang terang-terangan.


❀ Lalu Sayyidatuna ‘Aisyah رضي الله عنها ketawa kegembiraan sehingga kepalanya jatuh ke riba Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم kerana terlalu gembira.


♥ Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم bertanya: Apakah doaku menggembirakanmu?


❀ Sayyidatuna ‘Aisyah رضي الله عنها menjawab: Kenapa tidak, aku begitu gembira dengan doamu itu.


♥ Lantas Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم pun bersabda: Demi Allah! Inilah doa yang aku panjatkan untuk umatku dalam setiap solat.


(Hadith ini telah diriwayatkan oleh al Bazzar dan rijalnya (perawinya) adalah rijal yang sohih, melainkan Ahmad ibn Mansur al Ramadi merupakan seorang yang thiqah. (Demikian juga sebagaimana yang disebutkan di dalam Majma’ al Zawaid 9/243
).

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

 Kasihnya Rasulullah SAW terhadap umatnya. Bagaimana kasih kita terhadap baginda SAW??? sayangnya baginda Rasulallah SAW kpd Umatnya takkan dpt ditebus oleh harta benda umatnya....ALLAH,,ALLAH..ALLAH.. Marilah sme2kite memperbanyakkan selawat kite kepada junjungan besar Nabi Muhammad (SAW)
Dia muhammad
Awwalul Kalam dengan Salam

Buat Junjungan Khairal Anam
YA RASULULLAH..

"Cintailah orang soleh kerana mereka memiliki kesolehannya, cintailah Nabi Muhammad saw kerana dia kekasih Allah, dan cintailah Allah swt kerana Dia kecintaan Nabi saw dan orang soleh". (Imam Syafi'e) saLam Maulidur Rasul 1433h



 اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم
Credit to Akmaluddin Mohd Fauzi,,(original khat from him)
 

2 comments:

Ubadah Zabidi said...

wah, menarik..
ermm, mohon nak share bole kisah ni,, ty :p

nurul farehah binti Hussin said...

silakan,,moga bermnfaat,,slmt menebarkan ilmu,,:)