Tazkiyatun Nafs

Rasulullah SAW bersabda bermaksud:

Sesungguhnya Allah memiliki seratus rahmat, Dia menurunkan satu rahmat daripada-Nya untuk manusia, jin, serangga dan binatang.
Dengan satu rahmat itu mereka saling berkasih sayang.

Dengan satu rahmat itu binatang buas mengasihi anaknya.

Dia menangguhkan lagi kurniaan sembilan puluh sembilan rahmat, dengan itu Dia akan merahmati hamba-Nya pada hari kiamat.

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Thursday, December 15, 2011

✿ Mengintai KeikhlasaN ✿



Bismillah…

"Ya Allah,
Terima kasih atas segala rezeki, rahmat dan berkah yang telah ENGKAU berikan dan limpahkan pada ku.
Terima kasih atas kesihatan dan umur panjang yang telah ENGKAU berikan pada ku.
Terima kasih, kerana telah memberikan tempat yang layak padaku, iaitu diantara orang-orang yang aku cintai dan yang mencintai aku."


Alhamdulillah,,syukur bertambah sihat,,:) almaklumlah, cuaca yang tidak menentu, mcam2 ley terjadik if kita xjaga diri kita,:)


Selamat bercuti akhir tahun, buat sahabat-sahabat murabbi, di IPG Kampus Pendidikan Islam, juga murabbi2, Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) .Moga cuti yang ada ini, dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin. InsyaAllah. Buat temanku yang sdang berjuang untuk sem baru dalam bidang surgery, selmat berjuang! Ingatlah ilmu yg kamu tuntut itu, diperlukn, bagi membangunkan UMMAH! Maka, study molek2, agar ilmu tu, dpt disumbngkan nanti ,, ♥

p/s: jgn ponteng kuliah! :) aja2 fighting!!!Ơ̴̴̴̴̴̴͡.̮Ơ̴̴͡

Em, sahabt2, pernah x,kite dgr kata-kata ni:

“ikhlas itu, ibarat semut hitam yang berjalan pada waktu malam”.. Subhanallah! Nk digambarkan bahawa, sukarnya untuk menilai sebuah keikhlasan itu.. kerana itulah,IKHLAS itu hnya ALLAH sahaja yang layak utk menilai,,
Sahabatku...fIllah
~~ Didalam ikhlas tak ada lelah Untuk selalu menunggu, tdk lelah menanti, tak jua bosan dlm memberi..

~~ Didalam Ikhlas tak Pernah ada luka batin, tidak ada sakit hati, tak pula ada benci...

~~ Didalam Ikhlas tak ada buruk sangka, tak ada keluh kesah, tak jua ada fitnah..

~~ Didalam Ikhlas tak ada amarah

~~ Didalam Ikhlas tak ada rasa takut, tak ada khawatir & cemas, tdk juga rasa was2...

~~ Dalam Ikhlas keridhaan itu terbentuk, dalam Keridhaan itulah keiklasan Yang teruji....

~~ Keredhaan & keikhashan adalah segala sesuatu yg kita sandarkan hanya kpd Allah...

Hanya Allah lah yg berhak mberikan keikhlasan ke dlm hati hamba2nya..

~~Ingatlah sahabatku 'jika engkau ikhlas & engkau redha pd ketetapan-Nya maka Allah pun redha padamu...

Rasulullah Saw, kekasih Allah yg paling mulia... bersabda,

"Berkaitan dgn ikhlas, aku btanya kpd Jibril. apakah ikhlas itu....? Lalu Jibril bkata, "Aku btanya kpd Tuhan yg Maha Suci tentang ikhlas, apakah ikhlas itu sbnrnya...?" Allah SWT Menjawab

"Ikhlas adalah suatu rahsia dari rahsia-Ku yg Aku tempatkan di hati hamba2-Ku yg Kucintai." (HR. Al-Qazwini)
Ketahuilah bahawa ikhlas itu tidaklah sesukar mana tetapi ia perlu dipastikan demean sungguh-sungguh dalam setiap amalan dan memerlukan sikap istuqamah yang tinggi. Tanpa kesungguhan dan istiqamah maka ikhlas itu sukar diperolehi, ingatlah, ukhlas itu apabila kita berbuat sesuatu amalan kerana mahukan balasan dari ALLAH dan bukan dari MAKHLUK.


Jika kita merujuk kepada pandangan ulamak, mereka bersepakat mengatakan ikhlas itu dalam tiga bentuk.
✿ܓPertama, apabila kita melakukan sesuatu kerana mahukan pahala atau syurga ALLAH.

✿ܓKedua, apabila kita melakukan sesuatu kerana mahu menjauhi dosa atau neraka ALLAH.

✿ܓ Ketiga, apabila kita melakukan sesuatu kerana mahukan keredhaan ALLAH.

- Sesiapa yang amalannya dimulakan dengan salah satu daripada niat di atas, maka insyaALLAH dia akan memperoleh ganjaran di sisi ALLAH

Oleh yang demikian, setiap kali kita mahu membuat sesuatu dan memulakan sesuatu, intailah dahulu apa sedang kita fikirkan. Pastikan nawaitu kita ikhlas dan matlamat kita jelas. Akhirnya, perbuatan kita akan mendapat ganjaran yang besar di sisi ALLAH S.W.T


Sahabatku...fIllah
Marilah sama-sama kita berdoa:

Ya ALLAH, ampunilah kami..janganlah Engkau serahkan diri kepada diri kami sendiri walau sekelip mata. Kutiplah kami ya ALLAH untuk selalu dibimbing oleh Hidayah dan Taufik-MU!

Ya Allah, kami sentiasa yakin bahawa kejujuran itu kemenangan dan pilihlah kami untuk menjadi orang-ornag yang jujur dan ikhlas, walau apa jua keadaan dan cabarannya!
Amin Ya Rabbal Alamin



mood: May ALLAH ease everything 4 us!amin!

23020501

15/12/2011

No comments: