Tazkiyatun Nafs

Rasulullah SAW bersabda bermaksud:

Sesungguhnya Allah memiliki seratus rahmat, Dia menurunkan satu rahmat daripada-Nya untuk manusia, jin, serangga dan binatang.
Dengan satu rahmat itu mereka saling berkasih sayang.

Dengan satu rahmat itu binatang buas mengasihi anaknya.

Dia menangguhkan lagi kurniaan sembilan puluh sembilan rahmat, dengan itu Dia akan merahmati hamba-Nya pada hari kiamat.

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Thursday, April 28, 2011

"SYURGA" atas nama seorang "GURU"


Alhamdulillah, segala puji kepada Allah SWT yang telah mengurniakan nikmat kepada kita yang jika hendak dihitung tidak akan terkira . selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad yang telah mengajar dan menasihati kita agar berbuat baik dan berlumba-lumba berbuat baik. Baginda juga mengajar dan menasihati kita agar meninggalkan perkara tidak baik dan menjauhkan diri dari kejahatan.

“GURU JUTAWAN AKHIRAT”.,,seindah nama yang diberikan, sudah cukup untuk menarik perhatian dan mengetuk pintu hati seorang guru, malah akan terpaggil untuk menelitinya, menghayatinya dan mengamatinya.

Tajuk ini, kalau tidak diulas sekalipun, sudah cukup untuk menggambarkan habuan yang amat lumayan bakal diterima oleh seseorang guru, malah satu harapan masa hadapan yang cukup besar, ganjaran yang diimpikan oleh seorang yang beriman,iaitu jannah atau syurga. Di situlah destinasi yang terakhir, tiada transit lagi. Itulah harapan dan matlamat hidup bagu sesiapa sahaja yang merasakan hidup di dunia ini adalah sebentar dan sementara. Justeru, seoarng ISLAM yang benar-benar beriman, akan sentiasa menjadikan syurga tempat kembali yang dirindui.

Andai dipanjangkan umur kita sehingga ke detik persaraan wajib, kite mungkin telah mengabdikan diri dalam bidang keguruan ini mungkin melebihi 25 tahun; mengajar, mendidik , mengasuh, membimbing, mentadbir , mengurus dan seumpamanya. Namun, ada satu persoalan besar; apakah kita boleh masuk syurga dengan pekerjaan kita?

Apakah kita tidak layak untuk masuk ke dalam syurga dengan tiket seorang guru?! Sudah ramai anak murid yang lahir dari tangan-tangan kita, sehingga mereka tahu baca dan tulis melalui kita. Kita bukan melahirkan seorang murid, malah ribuan murid. Apakh tidak cukup lagi untuk kita masuk syurga dengan tiket kita sebagai seorang guru? Kalau begitu, apakah kita yakin, kita dapat memiliki satu tiket ke syurga atas nama seorang guru? Apakah kita memang benar-benar seorang guru?


Jika Allah menjadi guru yang pertama, DIA mengajar manusia apa yang tidak diketahui. Allah sendiri yang melakukan proses pengajaran kepada insan yang pertama iaitu Nabi Adam, di dalam syurga, pada tempat yang paling indah dan tenang. Demikianlah proses pertama kali manusia menerima ilmu. Betapa mulianya proses ini sehingga Allah sendiri bertindak sebagai guru pertama kepada manusia, tanpa mewakilkan proses taklim atau mengajar ini kepada malaikat untuk mengajar manusia.

Guru, katakanlah dengan berani dan yakin, “saya ingin masuk syurga dengan tiket seorang guru!” laungkanlah supaya dunia akan mendengar cita-cita kami, bahawa kita adalah bakal jutawan akhirat yang akan menghuni syurga. Tempat yang amat terbentang, yang penuh dengan kenikmatan sehingga tidak boleh digambarkan kecantikannya dengan perkataan dan ucapan.




Guru adalah insan yang amat mulia. Tidak kira apa mata pelajaran yang diajarnya, seorang guru tetap mempunyai kemuliaan dan kedudukan yang tersendiri di sisi Allah, asalkan dia seorang yang beriman. Ajarlah apa mata pelajaran sekalipun, asalkan ilmu yang disampaikan mendatangkan manfaat dan kebaikan, dia adalah seorang guru yang mulia!.

Saya memanggil guru “wahai jutawan akhirat” kerana gelaran itu sudah dekat , hampir dapat dicapai oelh tangan, hampir ada orang yang memanggil kita dengan gelaran itu, kita telah berada pada landasan yang betul, landasan ini akan menuju ke syurga, perjalanannya sudah tidak jauh. Kita tidak ada banyak masa. Perkhidmatan kita semakin pendek. Umur 58 bukanlah satu jangka masa yang jauh.

Amat malang jika kita tidak dapat masuk syurga dengan tiket seorang guru! Sedangkan kerjaya kita begitu mudah untuk masuk ke syurga,. Janganlah berpaling daripada kerjaya yang mulia ini. Jika kita bercita-cita menjadi seorang jutawan di dunia, guru bukanlah jalannya kerana 74 peratus jutawan di dunia ini adalah ahli perniagaan. Jika kita bercita-cita menjadi seorang yang berkuasa, guru bukan medannya, jika kita bercita-cita menjadi jutawan akhirat, jalannya terbentang luas. Kita telah berada di landasan yang betul.

Ingatlah, sekali kita menjadi guru, selamanya akan dipanggil cikgu. Biarpun jasadnya telah dimamah bumi, kuburnya akan dikenali kubur cikgu. Moga bersemadilah guru-guru kita yang terdahulu, di alam barzakh, di dalam satu taman daripada taman-taman syurga. AL-FATIHAH..buat mereka....



with luv...♥♥♥

8 comments:

محمد حذوان بن حميدان said...

post yg baik..
kdg2 rmai yg x prnh brsyukur ditempatkn mnjdi utk mnjdi guru, dlm prsekitrn sbagai guru pelatih x dgunakn utk mnghina dri menadah ilmu yg begitu byk x diterokai..ssungguhnya msa itu trlalu sgkat, gunaknlah stiap saat sepenuhnya..

renungan brsama~ (^_^)

nurul farehah binti Hussin said...

syukran,,

betul,,harus bangga dengan kerjaya seorang guru,,even,,nmpk cm low class,tp,,hakikatnye,,insyaAllah jika iKhlas,,tinggi drjatnya disisi Allah,,

kita pewaris NABI!

murabbi said...

assalamualaikum kak..
lame x coment akak punye post..
hum,
alhamdulilah..
guru..itulah ida..profesion yg mulia..
nmun,tuk cpai kmuliaan itu, pasti akn duji sjau man keikhlasan dan pngorbann guru itu..
moga sama2 kite dpt mncapi gru yg bnr2 ikhlas dn brjuang krn Nya..

murabbi said...

;)
teruskan menulis ye kak1

nurul farehah binti Hussin said...

wasalam,,adik comey,,:) hehe ha,a,,lame xdgr berita,,maafla,,xbertnya khbr,,bkn da lupe or xsyg,,tp..kekangan mase..adik,,:)maaf yer,,:)

ha,,tu la,,jom sme2,,jdikan tiket guru niy,,utk kite mnginapdan mendiami syurga kelak,,:)

akk p kmpus awk,,2mggu lepas aw..:)

murabbi said...

oh..pegi kmpus sy..la..nape tak bg thu..klu x..bleh jmpe dh...x de rzki..;)
oh..dlm gmbar post ni..gmbar akak ye?

nurul farehah binti Hussin said...

hehe,,xtahu nk inform cmne dik ui,,:) xpe.insyaAllah,,kite jmpe g t,,td IPG kota bharu dtg kmpus akak,,alhamdulillah bertmbh lagi ukhwah,,:)

ha,a...npe,,uhuu,,,akk mmg bese2 je,,:)

murabbi said...

hum...
maaf..tp sy x de fb..;)
x pe2...nnt bebile de rzki, kte jmpe ye kak..;P

x de ape..saje tnye..