Tazkiyatun Nafs

Rasulullah SAW bersabda bermaksud:

Sesungguhnya Allah memiliki seratus rahmat, Dia menurunkan satu rahmat daripada-Nya untuk manusia, jin, serangga dan binatang.
Dengan satu rahmat itu mereka saling berkasih sayang.

Dengan satu rahmat itu binatang buas mengasihi anaknya.

Dia menangguhkan lagi kurniaan sembilan puluh sembilan rahmat, dengan itu Dia akan merahmati hamba-Nya pada hari kiamat.

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Friday, March 5, 2010

untukmu Duhai Muslimat,,,


Segala puji bagi Allah, Selawat serta salam semoga tercurahkan kepada Rasulullah Muhammad SAW dan para keluarganya.

Duhai saudara seakidah,
Manusia di dunia ini selalu berlumba-lumba meningkatkan kekuatan dan jumlah hartanya, sehingga menjadi orang yang terkuat sesamanya dalam bidang kekuasaan, paling manis tutur katanya, paling kuat dalihnya dan palimg banyak pendukungnya serta merasakan tidak memerlukan orang lain. Namun di saat zaman sudah berubah dan di saat dia mengalami musibah, dia bagaikan anak kecil yang mencari ayahnya, merengek-rengek mencari bantuan dan belas ehsan orang lain.

Sesunggunhnya, manusia bagaikan binatang apabila dia tidak berpegang pada hukum-hukum Allah dan tidak mengadakn hubungan dengan-NYA serta tidak berharap pertemuan dengan-NYA. Hawa nafsunya dituruti, sibuk terhadap dirinya dan tidak memberikan manfaat terhadap orang lain. Berbeza dengan muslim yang benar dan jujur, senang melihat yang berada dalam kebaikan, dan selalu menghulurkan tangannya untuk memberikan bantuan. Dia bnci apabila berada dalam kenistaan dan kebodohan.

ukhtiMuslimat,

di antara keistimewaab seorang muslim dan muslimat adalah hatinya yang selalu bergantung kepada Allah Ta’ala, dan menerapkan syariat-syariat-NYA serta menjalankan segala perintah-NYA.

Kesejukan jiwa dan ketenangan hati boleh dilihat oleh mereka yang sentiasa tabah dalam menghadapi pelbagai masalah dan tidak terburu-buru dalam meraih apa yang dia cintai, seperti yang difirmankan-NYA:


216. Kamu Diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara Yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.

(surah Al-Baqarah: 216)


Hamba-hamba-NYA yang mukmin dan mukminat tidak pernah terpesona dengan kemewahan hidup di dunia namun tidak pula meninggalkan bahagia yang ada di dalamnya.

77. "Dan tuntutlah Dengan harta kekayaan Yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah Engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya Yang melimpah-limpah); dan janganlah Engkau melakukan kerosakan di muka bumi; Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang Yang berbuat kerosakan ".

Ketahuilah ukhti, dunia ini sangat singkat usianya. Kerana itulah manusia tidK berhak untuk beremosi hanya kerana urusan dunia, apalagi sehinggamenyebabkan dia terlena dalam mencari kenikmatan yang ada di dalamnya. Sekali lagi, ketahuilah ukhti, dunia itu sangat rendah nilainya, jika dibandingkan dengan negeri akhirat, negeri abadi, tempat putusan akhir setiap amal manusia, negeri tempat menerima nikmat abadi dari ALLAH. Keindahannya belum pernah dilihat oleh mata dan belum pernah didengar oleh telinga. Tiada kedengkian di dalamnya. Ia hanya diwariskan kepada mereka yang beriman dan bertaqwa.



Saudariku yang mulia,
Dengan mengingati mati,pahitnya dunia menjadi manis. Dengan demikian kita tidak kan tertipu kerananya. Kadangkala, di pagi hari, manusia mnjadi takut kalau-kalau tidak lagi hidup di petang hari. Tatkala bncan hilang darinya, maka beralihlah ketakutan kepada yang lainnya, seperti takut kehilangan sanak saudara, kematian teman-teman yang disayangi, atau merasakan suatu penyakit. Manusia seperti ini, hatinya sering berdebar-debar. Di saat sperti itulah tergambarlah di hadapnnya bayangan maut yang mengintai. Dia terkejut dan takut sehingga menambah rasa sakit dan kegundahan hati, seakan-akan takut itu sabagai penolak datangnya maut atau sebagai tempat pelarian.

Begitu lemahnya manusia, begitu kerdilnya dan langkah pendeknya umur kita. Namun seringkali tatkala masih muda dan segar manusia menyedari bahawa umur dan kekuatan yang di banggakannya kelak kan sirna.

Wahai ukhti muslimat,
Sesungguhnya kelazatan dan keindahan hidup, ketinggian dan kesempurnaanya tidak lain hanya dengan ketaatan kepada ALLAH RAbbul Izzati, dengan istiqomah terhadap perintah-NYA dan Thabat di atas jalan-NYA. InsyaAllah,insan seperti ini, hidupnya akan bahagia, jiwanya tenang mengingati Rabbi, tidak bersedih hati, memaafkan orang lain, memaafkan kesalahan orang yang menzaliminya. Dia tidak berasa berat dalam menghulurkan pertolngan dan meghadapi suka dan duka bersama-sama. Ketika bertemu musibah, dia menghadapi dengan kesabran dan penuh dengan kerelaan hati, dan tatkala maut datang menjemput, dilihatnya bahawa itu adalah hari terakhir dalam perjuangannya di dunia serta merupakan perjuangan menuju negeri abadi.


Sahabat, kemana pun kau melangkah, di mana pun kau berada, bawalah bersama roh cinta Allah dan kasih sayang Rasulullah saw. Kerana di situ kau akan merasai ketenangan, keyakinan dan kkuatan yaang luar biasa dalam perjuangan. Smoga segala usaha yang dilakukan akan mendapat ganjaran yang terbaik dr Allah swt..

5 comments:

mohad said...

cantik blog..

nurul farehah binti Hussin said...

terima ksih..;) masih dlm proses belajar niy

arfie said...

saya anggap post ni utk saya boleh?
~sungguh indah hidup bersama Allah..

nurul farehah binti Hussin said...

ye arfi,tatapan ini,,ku tujukan,,khas buat musafir hina ini,,yang mndambakan kasih syg,,mahabbahNYA;0 same2,,kite ingat ,mengingati,,,

nurul farehah binti Hussin said...

ye arfi,tatapan ini,,ku tujukan,,khas buat musafir hina ini,,yang mndambakan kasih syg,,mahabbahNYA;0 same2,,kite ingat ,mengingati,,,