Tazkiyatun Nafs

Rasulullah SAW bersabda bermaksud:

“Sesungguhnya Allah memiliki seratus rahmat, Dia menurunkan satu rahmat daripada-Nya untuk manusia, jin, serangga dan binatang.
Dengan satu rahmat itu mereka saling berkasih sayang.

Dengan satu rahmat itu binatang buas mengasihi anaknya.

Dia menangguhkan lagi kurniaan sembilan puluh sembilan rahmat, dengan itu Dia akan merahmati hamba-Nya pada hari kiamat.
”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Wednesday, May 19, 2010

INI JALANKU..




BismiLLah hirRahma nirrahim,,,saat kalam menyinggah minda...


“Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu” (Imam Nawawi)

Kiranya tiada cinta insani untukku, cukuplah cinta Allah penyuluh hidupku..

Moga kelak akan ada cinta untukku daripada insan yang mencintai Allah sebagaimana cintaku terhadapNya..

em,,baru-baru ni,,saya mendekati,,seorang sahabatku,,yang saya rasa sangat unik,cukuplah saya perkenalkan dia sebagai ika, Dari pertemuan kami, saya dapat tau yang dia memakai niqab. saya minta pendapat dia tentang pemakaian niqab tanpa keizinan parents. Katanya, dia juga memakai niqab tanpa keizinan parents. Pada awalnya, parents dia agak kuat menentang, tapi lama-kelamaan mereka dah jadi terbiasa dengan kehadiran ika berniqab. ika cakap:

“tdk ada ketaatan pada makhluk bila bertentangan dgn syariat.”

“tidak ada yg setuju dalam keluarga saya, tetapi saya yang bekeras ingin tetap pakai hingga sekarang”

“dr pengalaman sy dan tmn2 lama2 mrka boleh menerima juga”


My parents pun tak izinkan saya pakai niqab… Dah banyak kali saya minta izin. Until now. Mama dan abah cakap, “Kalau nak pakai, pakai lepas dah kahwin nanti kalau husband izinkan.”

Then lepas sembang-sembang dengan ika, saya decide lepas ni kalau mama dan abah still tak izinkan saya pakai, saya still nk pkai. Tetiba saya teringat nasihat dari seorang sahabat saya. Katanya aku perlu minta izin mama dan abah, takut nanti saya buat dosa yang lebih besar iaitu tidak taat pada ibu bapa. Na’uzubillah… saya belek-belek semula buku Kepten Hafiz Firdaus yang berjudul “Wahai Ibu! Wahai Ayah!” (buku niy,,saya beli masa tingkatan 4,,waktu tu,,p UIA,,ada program) ;) hee.

Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. [al-Isra' 17:23]

Katakanlah: “Marilah, supaya aku bacakan apa yang telah diharamkan oleh Tuhan kamu kepada kamu, iaitu janganlah kamu sekutukan dengan Allah sesuatupun; dan hendaklah (kamu) membuat baik kepada ibu bapa.” [al-An'aam 6:151]


Ayat-ayat di atas memerintahkan kita mentauhidkan Allah SWT dan berbuat baik kepada ibu bapa. Ini menunjukkan betapa pentingnya tuntutan berbuat baik kepada ibu bapa. Jika tuntutan ini “biasa” sahaja, nescaya Allah tidak akan meletakkannya selepas perintah mentauhidkan-Nya. Rasulullah SAW bersabda:

“Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa.” (HR al-Tirmizi)

Hadith ini menunjukkan hubungan antara kaitan anak dengan ibu bapa mempunyai kaitan dengan hubungannya kepada Allah. Ini tidak bermaksud kita boleh membuat maksiat kepada Allah dengan tujuan untuk berbuat baik kepada ibu bapa. Seorang Muslim wajib mendengar dan taat dalam perkara yang disukai mahupun yang dibenci selagimana ia tidak melibatkan maksiat kepada Allah SWT. Jika disuruh melakukan maksiat, maka tidak perlu kita mendengar dan tidak perlu taat padanya.


Sebagai anak, kita wajib meminta izin ibu bapa sekalipun dalam urusan agama. Terdapat hadith Nabi SAW yang menceritakan tentang seorang lelaki dari Yaman yang berhijrah kepada Rasulullah SAW untuk berjihad. Baginda bertanya kepada lelaki tersebut adakah ibu bapanya mengizinkannnya untuk berjihad. Dan Baginda menyuruh lelaki tersebut pulang meminta izin mereka, jika diizinkan maka berjihadlah tetapi jika tidak maka berbuat baiklah kepada mereka. (hasan sahih dari Shahih Sunan Abu Daud).

Nak berjihad pun Nabi suruh minta izin dengan parents, inikan pula diri ini yang nk pakai niqab… Hmm, hopefully suatu hari nanti parents izinkan…



tapi..lepas fikir2,wat pertimbangan akal,,mohon petunjuk dr Allah,,saya benar2 belum mampu lagi,,apa yang saya mampu di saat ini ialah,,niqob hati dulu,,ya Allah,,ENgKau Maha Mengetahui segalan2nya,,syauqatul iman,,bangga melihat,,sahabat2 yang mampu istiqomah,,dengan pemakaian niqob,,mabruk kalian!,,,saya bangga menumpang teduhan rahmat bersama-sama kalian,..

,xtahula,,kalau2 kali terakhir,,diri ini,,memakai niqob,,masa ni,,p KISAS,,bersama sahabat yang disayangi,,waktu niy pun,,mama dan abah xbagi,sedihnya:(
Allah,,,berilah aku kekuatan,,,amin2,,,DUHAI SYAUQATUL IMAN,,PERSIAPKAN DIRIMU UNTUK MENYUCIKAN JIWAMU,,,mungkin Allah,,beLum memilih diri ini,,atau,,mgkin,,diri ini,,sememangnya,,tidak layak,,,,RABBI..*sigh*


actually, saya suke sgt tengok muslimah-muslimah berniqob ni...suke sangat...sangat berimpian untuk merasai perasaan mengenakannya one day soon...hehe..saya pon ada beberapa teman-teman mujahidah berniqob nie...soo..lagilah cemburu bila tengok mereka nie....hehe...apepun, pandangan peribadi saya...disebabkan menabir wajah nie tak wajib....tak perlulah nak buat kalau sekiranya ada mendatangkan kesusahan untuk diri...contohnya...dalam kalangan family...yelah, bukan semua orang boleh terima kan...macam ade seorang ustaz nie cakap...dahulukan apa yg lebih utama....maksudnya dalam menjaga hubungan baik sesama ahli keluarga...hehe..tapi ada je caranya kalau memang dah berniat nak pakai..=)

lagipun, bila difikir-fikir..best sgt kalau pakai purdah nie...yelah, dalam zaman manusia yg penuh kefasadan ni...cthnye...kalau kita pergi tempat-tempat yg sesak dengan org...dalam LRT ke...kat pesta buku tahunan cam yg selalu buat kat PWTC tu...waaaa~~mesti rasa selamat je kan...urmm...cumanya ada sesetengah org berpendapat kalau nak pakai purdah nie..kene baikkan dlu bab yg len2....saya pon duk pikir-pikir jugak pasal nie..btl ke???then....SERIKANDI UMAR yang dikasihi post pasal nie....

http://serikandiumar93.blogspot.com/2010/05/purdah-bukan- penghalang.html

hehe...ALHAMDULILLAH...terjawab segala persoalan...moga KAU permudahkan segalanya YA ALLAH...=)
Read more...

Tuesday, May 18, 2010

Sunday, May 16, 2010

selamat hari MURABBI


Guru oh Guru

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Usman Awang
1979


"daLam riak waJah, ada paNcaran dAkwaH, daLam tutur biCara aDa agaMa tarbiYah, daLam gEraK LanGkaH aDa semangaT MUJAHADAH, bErsaMa kiTa LUpaKan waJah yang Layu, kiTa tiNggaLkan biCara piLu,kita kuBurKan LangKah Lesu, BangKitLah PerJuangan TatKala Yang Hak meNdabik megAh, keBatilan aKur MEnyeMbah, ALLAH tahu kita Bersama mEnyeKa peLuh daN aiRmata dEmi ISLAM tERcinta...seLmat Hari MURABBI,,semua,,aDuhai PENDIDIK,,dan baKal penDidik sekalian:)"


salam sayang dan salam IMTIHAN dari syauqatul Iman,,(:
Read more...

Friday, May 7, 2010

~waLimah,,joDOh? ~


(cantik nyer,,subhanallah)


Impian setiap insan yang masih dalam pencarian, mengharapkan agar mendapat jodoh yang soleh / solehah. Bagi lelaki, walau senakal mana pun mereka, masih mendambakan isteri yang solehah. Wanita solehah menjadi idaman setiap lelaki, khususnya lelaki yang beriman. Begitu juga dengan wanita, mendambakan pasangan yang soleh sebagai pendampingnya. Namun, agak sukar mendapatkan jodoh seperti ini di azkhir zaman ini.

Mencari pasangan yang soleh/solehah memang agak sukar kerana kita perlu menilai dan meneropong ke dalam hati seseorang untuk mengenali mereka. Kadang2 seorang yang nampak luaran baik... tetapi hakikatnya berlainan dari pandangan mata kasar. Bak kata orang kulit yang baik belum tentu isinya baik. Untuk apa disukarkan pencarianya, meneropong iman dan taqwa orang lain... permudahkan ia dengan memperbaiki diri terlebih dahulu. Umum mengetahui jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha untuk mendapatkan jodoh kita. Sekiranya kita inginkan pasangan yang soleh/solehah, berusahalah untuk menjadi calon suami yg soleh/ isteri yang solehah terlebih dahulu.

sememangnya jodoh, rezeki dan maut malah segala apa yang kita lalui di dalam kehidupan kita seharian, telah ditentukan oleh Allah atau biasanya kita namakan takdir. Namun, Allah telah menentukan bahawa segala apa jua yang kita lalui erlulah melalui usaha dan ikhtiar yang menjadi sebab dan musabab terhadap sesuatu. Usaha dan ikhtiar itu termasuklah segala perlakuan dan tingkah laku kita. Malah, takdir Allah boleh berubah berdasarkan usaha dan permohonan (doa) kita kepadaNya. Manusia dikurniakan akal dan fikiran untuk membezakan antara yang baik dan yang buruk. Begitu juga untuk memilih pasangan yang pada pandangan kita merupakan insan yang sesuai untuk dijadikan teman hidup. Jika pasangan yang ditentukan sukar mencapai persefahaman bererti tiada kesesuaian, maka tiada kesesuaian itulah sebagai ikhtiar atau sebab kepada takdir jodoh yang tidak panjang antara mereka


Berikut adalah kompilasi beberapa amalan dan doa yang yang boleh saya/kita :) amalkan bagi dipermudahkan untuk bertemu jodoh. Namun setiap ketentuan itu datangnya daripada Allah s.w.t., dan kita sebagai hamba-Nya hanya mampu berdoa, berusaha, berikhtiar dan bertawakkal kepada-Nya… Mudah-mudahan dengan setiap amalan dan doa yang dilakukan ini akan memudahkan anda untuk mendapat jodoh yang beriman dan terbaik untuk diri anda. Yang pentingnya, jangan sekali-kali putus asa untuk berdoa…Wallahualam…

1. Amalkan membaca doa Nabi Zakaria a.s. (surah Al-Anbiya, ayat 89)

Yang bermaksud:

“Dan (ingatlah kisah) Zakariya, tatkala ia menyeru Tuhannya ‘ya Tuhanku, janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri, dan Engkau adalah Waris Yang Paling Baik’.”(QS. Abiya/ 21: 89)

Selain itu, adalah lebih baik juga jika anda lanjutkan doa tersebut dengan doa berikut ini:

“Ya Allah… Cukuplah Engkau saja yang menjadi pemeliharaku di dunia dan akhirat kelak. Dengarkanlah rintihan hamba-Mu yang dhaif ini. Jangan Engkau biarkan aku sendirian di dunia ini maupun di akhirat kelak. Sebab itu menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran. Maka, kuruniakanlah aku seorang pasangan yang beriman, supaya aku dan dia dapat membina kesejahteraan hidup ke jalan yang Engkau redhai. Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh, Amin… Amin… Ya Rabbal Alamin.”






p/s: sekadar perkongsian ilmu,,:) duhai syauqatuliman, rajin2lah berdoa ye:)em,,walaubagaimanapun,,kalian semua,,ingatlah ayat Allah ini:

"Wanita yang keji untuk lelaki yang keji, Dan lelaki yang keji untuk wanita yang keji (pula) dan wanita yang baik di peruntukkan bagi lelaki yang baik, dan lelaki yang baik diperuntukkan bagi wanita yang baik (pula)"

(An-Nur ayat 26)

20.6 - 26.6 niy exam:)..namun,,tetibe,,terfkir pasal niy,,dan rase nak luahkan je,,semoga,,ada manfaatnya:)doakan kejayaan syauqatuliman ye,,dunia n akhirat,,amin..wallahualam
Read more...

Sunday, May 2, 2010

exAm duNiawi,,jambatan ke akhirat



Assalamualaikum,,

buat muasafir hina:)
bagaimana dengan iman anda pada hari ini? yazid au yanqus? InsyaAllah,,moga2 di saat ini, keimananmu bertambah dan lebih baik berbanding semalam,,

em,,hari esok dan hari selasa, insyaallah,,diri ini dan sahabat2 yang lain akan menghadapi peperiksaan Ujian akhir Kursus(UAK).bila lihat title "exam' nampak,macam berat je,,nk hadapi,,namun,,bila di fikir kembali, ke mana kita hidup, di mana kita berada, kita sebenarnya xkan pernah terlepas untuk menerima pelbagai ujian atau "exam"..

itulah lumrah hidup bergelar "insan"..tapi,,bila fikir dari pelbagai perspektif, untungnya,,andai kita sedang berada dalam ujian..kalau ujian tu,berbentuk kesedihan,kesukaran,,itu tandanya DIA sedang memerhatikan kita dan sayangkan kita,,tp,,kalau ujian tu berbentuk penulisan,,tu tandanya,,menguji tahap keilmuan kita:)hehe,bukankah kita semua bakal MUROBBI,,maka,,kita semua perlu bersedia untuk hadapi sebarang bentuk ujian:) (renungan buat diriku, duhai syauqatuliman)
teringat satu kata-kata masa kat KISAS,

"Pelajar du'at perlu cemerlang demi ummah ini..."

jadi,ayuh, sahabt sekalian.kita semua adalah pewaris nabi,insan yang amat kita rindui, insan yang amat kita cintai, sudah tentu kita mahu mengikuti jejak BAGINDA bukan?:)

sama-sama kita ikhlaskan diri dalam menghadapi exam duniawi ini, kerana sesungguhnya,bukankah,,dunia itu,jambatan ke akhirat..? aku merayu pada kalian, belajarlah kerana ingin mencari REdho NYA, bukan semata-mata untuk menghadapi peperiksaan,,kerana aku pernah mengalami pengalaman sendiri,,(jika belajar kerana exam,,keluar sahaja dewan pepriksaan, ilmu tersebut melayang entah ke mana,,namun,,jika kita niatkan semata-mata mencari REDHa ILLAhi,pasti,,ilmu itu memberi manfaat buKan hanya untuk diri sendiri,tapi,,juga untuk insan-insan di luar sana yang dahagakan ilmu,,)

percayalah kalian semua, hidup ini indah jika,,kita meletakkan redho Allah,,sebagai matlamat hidup..:)


buat teman-temanku, gee humaira, faaza, husna, sa'adiah,,aisya, sahabt2 JPP dan sahabt2 seperjuangan yang lain jangan kalian gusar andai dibebani dengan pelbagai tugasan,,bukankah Allah telah memberi satu jaminan di dalam Kalam-NYA

("man yan surullah ha man yansuruh)
"sesiapa yang menolong agama Allah,maka Allah akan menolong agamanya,,"






senyumlah kalian semua:) janji Allah,,pasti kan tiba,,mungkin tanpa kita sedari, atau pun,ia hadir dihadapan kita:)

Kembali menghitung diri
Bersediakah aku menghadapi
Peperiksaan duniawi
Yang kian menghampiri
Sungguh, andai pilihan diberi
Mahu sahaja dua kaki ini
Melangkah pergi
Kencang berlari
Jauh, jauh dari menduduki
Peperiksaan duniawi ini
Lalu, berkatalah hati
"Wahai diri,
ini baru peperiksaan duniawi,
belum lagi di akhirat nanti,
berjuanglah, jangan pernah berhenti,
jadikan peperiksaan duniawi ini,
ibadah di sisi Ilahi."

Tapi, bagaimana?
Sesungguhnya harus aku yakin dan percaya
Segala sesuatu hanya milik-Nya
Maka,
Mintalah kepada Sang Pencipta
Yang punya segala kuasa
Berjuanglah kerana-Nya
Meski menguji iman, meruntun jiwa
Harus aku hadapinya
Dengan redha dan usaha
Ya, aku pasti bisa!
Yakin dengan janji-Nya
Buktikan kepada semua.





p/s: gambar saya xde,,sebab wktu niy, saya sedang menyediakan nasi ayam yang lazat buat antunna sume:) (rajin sungguh)hehehe



ku harap jua,,untuk exm yang akan datang insyaAllah,,pada 20 hb nnti,,sama2 kita cuba yang terbaik and let's Allah do the rest!(^_^)Buat semuateman-teman yang disayangi diucapkan selamat maju jaya dalam peperiksaan duniawi ini.Peperiksaan UAK, pepriksaan akhir sem, dan semua peperiksaan dunia yang kita sedang hadapi hanyalah sebahagian kecil dari peperiksaan 24 jam kita oleh malaikat kiri dan kanan kita.


Semoga Allah sentiasa bersama-sama kita semua dan memberi kejayaan yang sangat cemerlang buat kita semua Kejayaan kita insyaAllah adalah kejayaan Islam..:)


~di kesempatan ini,,sama-sama kita berdoa(bukankah,,doa ini,,kita pernah sama-sama guna masa exam sem lepas? :) :

bismillahirrahma nirrahim..

ya ALLAH,,,berikanlah kami kesempatan waktu untuk memohon dariMU..anugerhkanlah kami kejayaan dLm pepriksaan ini,,jgn ada diantara kami yg sedihnya sendirian.andai telah tercatat di luh mahfuz akn kegagalan kami, maka ubahla menjadi kejayaan,,Engkau yg MAHA AGUNG..makbulkanlah doa kami ya RABBI,,,amin3..







MAAN NAJAH SEMUA…………….
“Maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain), dan hanya kepada Tuhanmulah engkau berharap”
(Surah Asy-Syarh: 7-8)


,`
Get More at (Islamic-Testi)!

Read more...