Tazkiyatun Nafs

Rasulullah SAW bersabda bermaksud:

Sesungguhnya Allah memiliki seratus rahmat, Dia menurunkan satu rahmat daripada-Nya untuk manusia, jin, serangga dan binatang.
Dengan satu rahmat itu mereka saling berkasih sayang.

Dengan satu rahmat itu binatang buas mengasihi anaknya.

Dia menangguhkan lagi kurniaan sembilan puluh sembilan rahmat, dengan itu Dia akan merahmati hamba-Nya pada hari kiamat.

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Saturday, March 2, 2013

Kira dosamu,,sblm mengira dosa temanmu,,

Hati kita Allah yg pegang,,kejarlah Redha dan HidayahNYA
“Kita dipandang baik kadangkala
bukanlah kerana kita benar-benar baik, tapi kerana Allah menutup aib yang ada pada diri kita.

Barangkali kalau aib kita dibuka dan didedahkan, tidak ada satu kebaikan apa pun pada diri kita di mata manusia.”
Jangan pandang keburukan
seseorang seolah2 dia pasti ke neraka..
Boleh jadi,hari ini dia buruk,esok dia paling istiqamah dlm tahajud..

Boleh jadi,dia buat buruk dalam kejahilan sedangkan kita buat buruk
dalam kesedaran, nauzubillah..

Mgkin kalau dia tidak jahil dan
sedar,dia jauh lebih baik..

Jangan pandang kebaikan diri sendiri
seolah2 kita pasti ke syurga..

Jangan kira berapa bnyak kebaikan yang
telah kita lakukan, apa yg lebih penting,
istiqamalah dalam buat
kebaikan.. ♥

Read more...