Tazkiyatun Nafs

Rasulullah SAW bersabda bermaksud:

Sesungguhnya Allah memiliki seratus rahmat, Dia menurunkan satu rahmat daripada-Nya untuk manusia, jin, serangga dan binatang.
Dengan satu rahmat itu mereka saling berkasih sayang.

Dengan satu rahmat itu binatang buas mengasihi anaknya.

Dia menangguhkan lagi kurniaan sembilan puluh sembilan rahmat, dengan itu Dia akan merahmati hamba-Nya pada hari kiamat.

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Wednesday, July 25, 2012

Our Journey to JANNAH ♥

Moga bahtera perkahwinan kami ini berlayar hingga sampai ke syurga dan mudah-mudahan baitul muslim ini benar-benar menjadi pembantu agama Allah.
Ameen. Ameen. Ameen ya Rabbal alameen.




Bismillahirrahmanirrahim..



“Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri (jodoh) dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya di antaramu rasa kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.”

(Arrum, 30:21)



Dengan penuh rasa syukur dan rendah diri,kami mewakili kedua ibu bapa kami berbesar hati menjemput kaum keluarga,para sahabat,guru-guru,serta semua kenalan yang mengenali kami untuk hadir ke majlis perkahwinan kami :




Majlis walimatul urus bagi pihak pengantin perempuan pada hari Sabtu,25 Ogos 2012, bertempat di Km 10 Jalan Daing Tawi, Kg. Telok Mas ,75460 Melaka

Majlis walimatul urus bagi pihak pengantin lelaki pada hari Ahad, 26 Ogos 2012, bertempat di Bt 25, kampung Ramuan China Kechil, 78100 Lubok China Melaka

Semoga dengan kehadiran saudara dan saudari ke majlis kami, Allah swt akan memberkati perjalanan majlis dan melimpahkan rahmat ke atas kami dan keluarga kami. InsyaAllah…

Bagi saudara dan saudari yang berkelapangan untuk hadir ke majlis kami,diharapkan dapat memberikan alamat rumah di ruangan mesej facebook atau yahoo messenger untuk urusan penghantaran kad jemputan. Wallahua’lam…


jemput ziarah utk makluman lbih lanjut..:)

pelan rumah pengantin


Read more...

Sunday, July 8, 2012

Ramadhan dan Usiaku,,

Ya Allah, sampaikanlah kami kepada Ramadhan,,


Bismillah,,,

lama rasanya xupdate blog ni,,da bersarang2 dan beranak2 da,,labah-labah dlm blog ni,,,:) namun alhamdulillah, saat ini, syauqatul iman bersyukur sgt2, kerana diberi kesempatan, utk terus bernafas serta melihat keindahan Allah, merasai segala nikmat Allah yg tdk putus2 :)...sahabt2 pula bagaimana? :) smga kita semua tergolong dlm golongan yg sedikit,,,yg sering Allah sebut2kan,,insyaAllah ..:)

shbt2,,yg iman sygi,,
 insyaAllah, xsmpi sbulan lagi, kita semua akan menempuh satu bulan, yang penuh barakah, penuh maghfirah daripadanya, dan bulan yg Allah buka seluas-luasnya pintu taubat buat hamba-NYa,,,bulan apakah itu?? terjawab sudah,, tentulah BULAN RAMADHAN...masyaAllah,,sekejap sje msa berlalu,,,msih terasa lagi awl tahun baru,,da, masuk bulan ramadhan,,

mari kita wat checklist agar ramadhan yg bakal dtg ini, membawa seribu satu makna utk kita semua,,:)

Keep istiqamah wal hamazah!



Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
إِذَا جَاءَ رَمَضَانُ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ وَصُفِّدَتِ الشَّيَاطِينُ
Apabila Ramadhan tiba, pintu surga dibuka, pintu neraka ditutup, dan setan pun dibelenggu


Antara amalan-amalan di bulan Ramadhan yang boleh kita amalkan adalah :
  • Lebihkan amalan solat sunat seperti solat sunat Isyrak, Dhuha, Rawatib, Taubat, Tarawih, Tahajjud dan Witir.
  • Tidak meringankan amalan bersahur lewat waktu dan berbuka awal waktu.
  • Membiasakan solat Fardu 5 waktu berjemaah di Masjid, Surau atau di rumah.
  • Memperbanyakan bacaan dan bertadarus Al Quran dan azam untuk khatam Al Quran.
  • Memperbanyakan iktikaf di Masjid atau surau.
  • Basahkan lidah dengan dzikir setiap masa yang terluang siang atau malam.
  • Menambah ilmu dengan membaca buku dan menghadiri masjlis ilmu dimana sahaja diadakan.
  • Bangun awal seawal 4.30 pagi untuk bersahur dan beramal menjelang subuh.
  • Mengurangkan hiburan dan aktiviti yang sia-sia yang boleh mengurangkan pahala puasa.
  • Banyakan sedekah.
  • Banyakan memberi makan kepada orang yang berbuka puasa walaupun hanya dengan sebiji kurma.
  • Melipat gandakan amalan beribadah pada 10 malam terakhir Ramadhan.
  • Berjimat berbuka puasa dan persediaan lebaran.
  • Dan jangan terlupa zakat fitrah.


Semuga Ramadhan bulan Rahmat, Pengampunan dan Pembebasan dari api neraka tahun ini akan menjadi madrasah realiti yang terbaik untuk kita muhasabah diri menjadi hamba ALLAH SWT yang lebih baik untuk persediaan alam kubur dan akhirat yang entah macam mana bahagiannya untuk kita.


maka, seharusnya kita tdk perlu lagi utk berlengah2,hayatilah ramadhan,,yg bakal hadir ini,, dgn penuh rse ketaqwaan dan kehambaan sblm ianya merupakan ramdahn terakhir buat kita,,ALLAH,,,:(

dan rmdhn pda kali ini juga merupakan ramdhan terakhir, ana sbg bujang,,,semoga Allah permudahkan langkah ana,,utk ke peringkat seterusnya,,,keep praying 4 us,,:) Amin Ya mujib,,  

Kata-kata semangat hari ini :
" Apapun yang pernah terjadi dalam hidupmu. Tuhan tidak pernah meninggalkanmu.:(
bersemangat! :)

Read more...