Tazkiyatun Nafs

Rasulullah SAW bersabda bermaksud:

Sesungguhnya Allah memiliki seratus rahmat, Dia menurunkan satu rahmat daripada-Nya untuk manusia, jin, serangga dan binatang.
Dengan satu rahmat itu mereka saling berkasih sayang.

Dengan satu rahmat itu binatang buas mengasihi anaknya.

Dia menangguhkan lagi kurniaan sembilan puluh sembilan rahmat, dengan itu Dia akan merahmati hamba-Nya pada hari kiamat.

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Thursday, April 28, 2011

"SYURGA" atas nama seorang "GURU"


Alhamdulillah, segala puji kepada Allah SWT yang telah mengurniakan nikmat kepada kita yang jika hendak dihitung tidak akan terkira . selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad yang telah mengajar dan menasihati kita agar berbuat baik dan berlumba-lumba berbuat baik. Baginda juga mengajar dan menasihati kita agar meninggalkan perkara tidak baik dan menjauhkan diri dari kejahatan.

“GURU JUTAWAN AKHIRAT”.,,seindah nama yang diberikan, sudah cukup untuk menarik perhatian dan mengetuk pintu hati seorang guru, malah akan terpaggil untuk menelitinya, menghayatinya dan mengamatinya.

Tajuk ini, kalau tidak diulas sekalipun, sudah cukup untuk menggambarkan habuan yang amat lumayan bakal diterima oleh seseorang guru, malah satu harapan masa hadapan yang cukup besar, ganjaran yang diimpikan oleh seorang yang beriman,iaitu jannah atau syurga. Di situlah destinasi yang terakhir, tiada transit lagi. Itulah harapan dan matlamat hidup bagu sesiapa sahaja yang merasakan hidup di dunia ini adalah sebentar dan sementara. Justeru, seoarng ISLAM yang benar-benar beriman, akan sentiasa menjadikan syurga tempat kembali yang dirindui.

Andai dipanjangkan umur kita sehingga ke detik persaraan wajib, kite mungkin telah mengabdikan diri dalam bidang keguruan ini mungkin melebihi 25 tahun; mengajar, mendidik , mengasuh, membimbing, mentadbir , mengurus dan seumpamanya. Namun, ada satu persoalan besar; apakah kita boleh masuk syurga dengan pekerjaan kita?

Apakah kita tidak layak untuk masuk ke dalam syurga dengan tiket seorang guru?! Sudah ramai anak murid yang lahir dari tangan-tangan kita, sehingga mereka tahu baca dan tulis melalui kita. Kita bukan melahirkan seorang murid, malah ribuan murid. Apakh tidak cukup lagi untuk kita masuk syurga dengan tiket kita sebagai seorang guru? Kalau begitu, apakah kita yakin, kita dapat memiliki satu tiket ke syurga atas nama seorang guru? Apakah kita memang benar-benar seorang guru?


Jika Allah menjadi guru yang pertama, DIA mengajar manusia apa yang tidak diketahui. Allah sendiri yang melakukan proses pengajaran kepada insan yang pertama iaitu Nabi Adam, di dalam syurga, pada tempat yang paling indah dan tenang. Demikianlah proses pertama kali manusia menerima ilmu. Betapa mulianya proses ini sehingga Allah sendiri bertindak sebagai guru pertama kepada manusia, tanpa mewakilkan proses taklim atau mengajar ini kepada malaikat untuk mengajar manusia.

Guru, katakanlah dengan berani dan yakin, “saya ingin masuk syurga dengan tiket seorang guru!” laungkanlah supaya dunia akan mendengar cita-cita kami, bahawa kita adalah bakal jutawan akhirat yang akan menghuni syurga. Tempat yang amat terbentang, yang penuh dengan kenikmatan sehingga tidak boleh digambarkan kecantikannya dengan perkataan dan ucapan.




Guru adalah insan yang amat mulia. Tidak kira apa mata pelajaran yang diajarnya, seorang guru tetap mempunyai kemuliaan dan kedudukan yang tersendiri di sisi Allah, asalkan dia seorang yang beriman. Ajarlah apa mata pelajaran sekalipun, asalkan ilmu yang disampaikan mendatangkan manfaat dan kebaikan, dia adalah seorang guru yang mulia!.

Saya memanggil guru “wahai jutawan akhirat” kerana gelaran itu sudah dekat , hampir dapat dicapai oelh tangan, hampir ada orang yang memanggil kita dengan gelaran itu, kita telah berada pada landasan yang betul, landasan ini akan menuju ke syurga, perjalanannya sudah tidak jauh. Kita tidak ada banyak masa. Perkhidmatan kita semakin pendek. Umur 58 bukanlah satu jangka masa yang jauh.

Amat malang jika kita tidak dapat masuk syurga dengan tiket seorang guru! Sedangkan kerjaya kita begitu mudah untuk masuk ke syurga,. Janganlah berpaling daripada kerjaya yang mulia ini. Jika kita bercita-cita menjadi seorang jutawan di dunia, guru bukanlah jalannya kerana 74 peratus jutawan di dunia ini adalah ahli perniagaan. Jika kita bercita-cita menjadi seorang yang berkuasa, guru bukan medannya, jika kita bercita-cita menjadi jutawan akhirat, jalannya terbentang luas. Kita telah berada di landasan yang betul.

Ingatlah, sekali kita menjadi guru, selamanya akan dipanggil cikgu. Biarpun jasadnya telah dimamah bumi, kuburnya akan dikenali kubur cikgu. Moga bersemadilah guru-guru kita yang terdahulu, di alam barzakh, di dalam satu taman daripada taman-taman syurga. AL-FATIHAH..buat mereka....



with luv...♥♥♥

Read more...

Friday, April 22, 2011

~H.A.M.P.A !~



BISMILLAH…
Dunia ini tetap akan ditinggalkan. Sedang akhirat jualah merupakan perkampungan abadi yang dituju. Setiap detik yang berlalu pasti akan menjadi sejarah yang tidak akan berulang, sebaliknya hanya mampu diambil pengajaran dan iktibar agar detik-detik yang mendatang akan lebih dihargai. Berjayalah bagi mereka yang membersihkan jiwanya sebelum ia kembali kepada Penciptanya. Setiap detik yang dilalui diisi demean makna kehambaan. Ia melihat dan melalui duniamini sekadar bayangan adanya kehidupan yang kekal di perkampungan akhirat. Pandangannya benar kerana ia telah mencapai makrifat di dalam jiwanya, ketika matanya merenung alam, hatinya ,merenung TUHAN ..
Dia telah berjaya merentasi hakikat dunia yang palsu dengan mengisi pandangan akhirat yang jauh lebih baik dan lebih kekal !

Subhanallah! Alhamdulillah,,syukur dan segala puji bagi Allah Zat Yang Maha Sempurna yang telah mengutuskan hidayah menerusi utusanNYA Rasulullah yang disifatkan dengan sebaik-baik utusan yang membawa sebaik-baik syariat sehingga kita diangkat menjadi sebaik-baik umat..Alhamdulillah,,

Alhamdulillah,,rsanya sudah lama, sy xmengupdate blog niy,,hampir-hampir bersawang rsenya,,huu,,syukurillah,,hari niy,merupakan hari terakhir saya menghantr assignment bagi semester ini, iaitu Tilawah dan Tafsir Al-Quran..Subhanallah! bukan mudah nak menuntut ilmu itu,,ada ranjau dan duri yang perlu kita tempuh,,JUGA ,,perlu diingat,,bukan mudah utk menjadi MURABBI,,perlu kesungguhan dan komitmen yg tinggi dalam arena Pendidikan..Seringkali orng mengeluh,,ingtkn jadi cikgu keje xbanyak,,rupa2nya,,BELUM jadi cikgu lagi,,macam nk termuntah pandang n wat keje2 Pendidikan ni,,Huu,,Astaqfirullah Hal Adzhim,,

“Diah, penatlah,,siang malam, meeting,,setiap mnggu ade pembentangn,,dah tu, pas pembntgn,kene mengajar plak,,sblm mngajar,,Rancgn Pengajaran Harian (RPH) kene wat,,xmsuk g nk sediakan Bahan Bantu mengajar lagi,,bila balik meting malam2,,nk pk assignment lak,,nurul xlarat la,,diah,,nk pengsan la,,pk kerja2 niy semua,,”…inilah luahan hatiku “KHAS” buat roommate terchenta,,SAADIAH FAUZI..

Lepas je,,diluahkan,,mcm bese,,respond yg baik,dr shbt saya ini,,huu,,ade juga dia mengiayakan statemnt2 saya di atas..pastu,,kami pun,smbung wat assignment …namun Alhamdulillh,,DIA SYANGKAN AKU…

Teringt kembali,,buku yang dilihat n dibaca petang tadi,”GURU JUTAWAN AKHIRAT” lantas saya beristiqfar,,mengakui,kelancangan dan ketelanjuran,,sebntar td,,(Kerdilnya diri ini,,)..sob2,,




Jika dr awal g,,sudah saya tanamkan sifat n sikap “Acuh xacuh dlm menuntut ilmu,,” bagaimana mungkin akan saya terapkan ruh mengenal TUhan dalam jiwa anak murid nanti,,Belum apa-apa sudah mengaku kalah. Belum diberi ujian,,sudah mengalah,,hakikatnya,,dunia ini jambatan ke akhirat,,menanam sebnyk mungkin tanam-tanaman yang akhirnya hasilnya akan dipungut dan kukutip di akhirat sana..(mengalir juga air mata,,)…nmpk sgt,,cm,,kurang keikhlasan masa wat assignment,,Allahu Rabbi,,,lemahnya IMAN ini,,


So kawan-kawan,,apa-apa pun bidang yg awak semua ceburi,,jgn mengeluh,,jika baru sedikit ditimpa ujian,,ingatlah,,jika kita xikhlas dlm melakukan sesuatu perkara,,sia-sia sje,,semua usaha kita dalam menuntut ilmu selama ini..ISTIQFAR dan SENTIASALAH MEMBETULKAN NIAT DALAM MENUNTUT ILMU,,AGAR, MATLAMAT UTAMA” ILA MARDHOTILLAHI “dapat digarap ,dapat dicapai, mnjadi titik utama dalam kita mengejar HABLUM MINA ALLAH dan juga HABLUM MINAN NAS..

Ingatlah..wahai diri,,:
terkadang kita lupa, banyak dari kita yang menuntut hak kita tanpa kita faham dan sedar "apakah kita sudah melunasi kewajiban kita?"

adakah kita lupa semua telah diatur oleh-Nya?
...boleh jadi jadi kita merasa cukup, namun SUNGGUH ALLAH LEBIH TAHU HATI dan NIAT KITA.

bertakwalah wahai sahabat...
apapun yang menjadi niat itu sudah tercatat...
Allah Maha Teliti dengan apa yang kita kerjakan

Salam Mujahadah wal Istiqomah..Jom sama-sama kita berdoa,,,

“Ya Rabbi…,
istiqomahkanlah kami di jalan-Mu.
Jangan sampai kami tergelincir ataupun terkena debu-debu yang dapat mengotori perjuangan kami di jalan-Mu,
yang jika saja Engkau tak tampakkan kesalahan-kesalahan itu pada kami sekarang,
niscaya kami tak menyedari kesalahan itu selamanya.
Ampunilah kami ya Allah……
Tolonglah kami membersihkannya
hingga dapat bercahaya kembali cermin hati kami. Kabulkanlah ya Allah… “♫•*¨*آمِيّنْ... آمِيّنْ... يَا رَ بَّ العَـــالَمِيْن


p/s: rehatkan diri,,n nak tahu inform tentng IPG Kampus Pendidikan Islam? JOm layari,, blog kami JPP,,> dan juga laman web.,, http://jpp.ipislam.edu.my


sebarang pertnyaan dan penambahbaikan,,amat digalakkan,,:)
Read more...

Saturday, April 9, 2011

Sejenak Dalam Tafakkur




Saudaraku,
Sudahkah kita sejenak berfikir dan merenung, bahawa begitu besar rasa kebergantungan kita terhadap apa yang tersedia di alam ini? Ketika kita hendak bernafas, yang kita perlukan adalah oksigen yang cukup untuk memenuhi paru-paru. Ketika kita hendak melihat dengan jelas, yang kita butuhkan adalah cahaya yang cukup untuk dapat menerangi objek yang ingin kita lihat. Ketika kita hendak berjalan, kita perlu landasan untuk berpijak dan melangkah, dimana daratan bersedia membentangkan keluasannya untuk kita pijak dan kita pun bukan berjalan di awang-awangan. Sungguh, semua yang kita perlukan itu bukanlah muncul dengan sendirinya, melainkan Allah SWT- lah yang telah mengadakannya dan menundukkannya untuk kita, para makhluk-Nya.


Allah SWT sudah bentangkan malam untuk kita beristirehat dan siang sebagai sarana bagi kita untuk mengais kurnia-Nya, untuk menjemput rezeki yang sudah ditetapkan-Nya. Allah tundukkan lautan, sehingga kapal-kapal besar dapat berlayar mengharungi samudera-Nya. Allah hiasi kedalamannya dengan segala keindahan luar biasa, yang membuat banyak mata terbelalak dan hati berdecak kagum, hingga sesungguhnya bibir-bibir dan hati kecil manusia tak akan mampu berbohong dan tak kuasa berucap selain pujian akan ke Maha Besaran-Nya atas keindahan segala ciptaan-Nya.

Saudaraku,
Sekiranya kita menyedari segala kebesaran Allah itu, maka sudah tentu kita akan merasa kecil dan malu. Sekiranya kita senantiasa yakin dan menyedari dalam banyak waktu, bahwa diri kita adalah hamba dan Allah SWT adalah dzat yang wajib kita sembah, maka pasti kita tidak akan mau untuk berpaling dari-Nya. Sekiranya diri kita hanya berharap rahmat dan keredhaan-Nya, maka tak akan banyak hati yang akan terluka saat dihina dan dicerca serta lari dari menuju selain kepada-Nya.
Sekiranya kita menyedari, bahawa sesungguhnya Allah senantiasa melihat kita, mendengar perkataan dan bisikan hati kita, maka sudah tentu kita akan merasa gentar juga takut sekiranya setiap perbuatan buruk kita segera ditampilkan-Nya di hadapan makhluk-makhluk-Nya. Begitu kasihnya Allah SWT, sebesar apapun keburukan diri kita, namun Dia masih bersedia menutupinya hingga kini.

~Subhanallah!mujurlah dosa itu tidak berbau,,jika tidak,,tiada siapapun yg sudi mendekati kita~,,,,,,,,:(


Ya Allah...
ampuni aku yang selalu mengeluh..
ampuni aku yang tak bersyukur atas segala nikmatMu..
ampuni atas lalaiku, yang telah sengaja meninggalkanMu hanya untuk sesuatu yang sama sekali tak penting, tak bermanfaat dan tentu saja hanya menambah dosa yang telah menambah...
Ikhlaskan aku dalam menerima semua yang telah Engkau tulis untukku kerana apa yang Engkau berikan itu selalu yang terbaik•♫♥♥



Saudaraku,
Tidakkah kita rindu untuk menggapai redha Allah semata-mata? Dalam setiap pekerjaan yang kita buat, dalam setiap perkataan yang kita ucap, dalam setiap denyutan jantung dan dalam setiap tarikan nafas kita? Tidakkah kita rindu untuk senantiasa berupaya meneladani Rasul-Nya, sebagai bahagian dari pengakuan rasa cinta kita, dimana ucapan beliau jauh dari ghibah, dari kata-kata dusta dan menghina, juga merendahkan orang lain? Tidakkah kita rindu untuk senantiasa mendapat hidayah dan petunjuk dari-Nya, di setiap jejak langkah hidup kita? Sehingga semua terarahkan dengan baik dan bermanfaat juga bermakna, bagi diri dan lingkungan, dunia dan akhirat.

Saudaraku,
Mari bersama kita luruskan niat, kita perbaiki ikhtiar dan usaha, juga tak pernah lepas bermohon dan berserah diri kepada Allah SWT agar semua hal yang kita rajut dan anyam di atas permukaan bumi ini dilakukan semata-mata kerana-Nya dan untuk mencari keredhaan-Nya.


~KEEP ISTIQAMAH WAL HAMAZAH~:)♥♥♥♥♥♥♥♥
Read more...

Friday, April 1, 2011

~Bidadari...~


Muslimah solehah itu bidadari
tersimpan kemas dalam syurga Ilahi
tidak tersentuh oleh manusia rakus mahupun jin
bersih, suci menjaga diri

Muslimah solehah itu bidadari
dirinya mahal tidak mampu dibeli
hanya keimanan dan ketaqwaan maharnya nanti
maka siapa yang menolak ketinggian ini?

Lembut wajahnya nur ibadah
sopan langkahnya memancar hasanah
malunya perisai mengangkat darjah
fikrahnya jelas, prinsip Ilahi tidak tergugah

Muslimah solehah itu bidadari
bidadari syurga yang wujud di dunia ini
yang akan melahirkan anak-anak akhirat
mentarbiyah mereka dengan didikan syurgawi

Muslimah solehah itu bidadari
bukan untuk dicari-cari atau dipuja lelaki
tetapi nanti akan berhadapan dengan Ilahi
dan apakah yang kamu wahai perempuan sudah laksanakan dalam kehidupan yang Kuberi?

Hilal Asyraf~
Read more...