Tazkiyatun Nafs

Rasulullah SAW bersabda bermaksud:

Sesungguhnya Allah memiliki seratus rahmat, Dia menurunkan satu rahmat daripada-Nya untuk manusia, jin, serangga dan binatang.
Dengan satu rahmat itu mereka saling berkasih sayang.

Dengan satu rahmat itu binatang buas mengasihi anaknya.

Dia menangguhkan lagi kurniaan sembilan puluh sembilan rahmat, dengan itu Dia akan merahmati hamba-Nya pada hari kiamat.

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Thursday, October 14, 2010

Hati yang lara, ada ubatnya,,tidak dibiarkan sepi,,



DIDENGARNYA SETIAP PERMOHONAN
Kadang kala.. Dia memberi sebelum si hamba sempat menadah tangan untuk meminta… Kerana
dia sangat mengerti keperluan hambaNya… Dia yang menjadikan si hamba dan Dia jugalah yang
mengatur liku-liku perjalanan hidup hambaNya…

Apabila permintaan si hamba tidak diperkenankan, itu bukanlah kerana Dia 'tuli'
dan tidak mendengar rintihan serta pengaduan
hambaNya… Ada hamba-hamba yang dikasihiNya,
yang dibiarkan menderita dan bersedih,
dibiarkan terlantar kesakitan,
dibiarkan susah dan miskin,
kerana begitulah caranya Dia
mendidik si hamba;
diberi ujian-ujian yang akan menambahdekatkan si hamba dengan Nya
dan melebar lorong buat si hamba dalam kembara di dunia menuju ke syurga yang abadi.


Hamba yang menderita dan bersedih..
pasti akan mengadukan halnya kepada Dia…
Hamba yang terlantar dan kesakitan..
pasti akan merintih memohon keringanan dariNya..
Bumi ini milik-Nya, lalu
selayaknyalah kita sebagai penghuni yang kerdil ini,
selalu mengadu kepadaNya…
Agar kita tahu bersyukur jika diberi rezeki yang melimpah ruah,
dengan cara membahagi- bahagikannya pula
kepada penghuni yang lain..
Juga supaya kita tahu bersabar jika diberi rezeki yang sedikit,
kerana kesabaran itu sendiri yang menjadi makanan hati. Sama ada kita bersyukur atau
bersabar, di situ Dia menjadikan ganjaran pahala sebagai bonus untuk menempah istirehat di
syurga.


Adakalanya Allah memberi di saat seorang hamba itu sudah hampir putus harapan. Waktu itu
hatinya hanya diserahkan kepada Tuhan. Apa hendak jadi pun, jadilah.. kerana Dia yang
mengatur ketentuan.
apa jua masalah, apa jua musibah yang menimpa,
itulah pengaturan Tuhan. Hikmah di sebaliknya
harus digali di samping jangan lupa terus
bermohon, solat hajat, bermunajat serta
memperbanyakkan taubat. jika masalah masih
berpanjangan dan sudah putus ikhtiar kita, maka
selaku hamba wajarlah kita kembali padaNya.
terimalah hakikat bahawa itulah ujian untuk kita,
agar diberi-Nya pahala sabar dan sebagai ingatan
kepada kita supaya tahu bersyukur dengan nikmat
pemberiannya.


untungnya orang mukmin..semakin banyak masalah semakin mustajab doanya. bukan
perjuangan tanpa kesulitan tapi dalam kesulitan ada ketenangan memugar kekuatan. kita tidak
bersendirian kerana Allah pasti akan bersama!

Ya Allah,,ujianMU ini ku pohon agar tidak ku terbeban utk memikulnya,,moga ujian ini menguatkan ruh ku agar terus berada di atas jalanMU..Allahumma ameen

“Ya ALLAH,Sesungguhnya Aku Memohon CINTAMU, CINTA Orang-Orang yang MENCINTAIMU,dan AMAL yang dapat membuatku memperoleh CINTAMU. "Ya ALLAH Jadikanlah cintaku KEPADAMU melebihi CINTA terhadap DIRIKU SENDIRI, KELUARGAKU, DAN MELEBIHI CINTANYA... ORANG YANG KEHAUSAN TERHADAP AIR YANG DINGIN.” ~{HR. TIRMIDZI}
Read more...