Tazkiyatun Nafs

Rasulullah SAW bersabda bermaksud:

Sesungguhnya Allah memiliki seratus rahmat, Dia menurunkan satu rahmat daripada-Nya untuk manusia, jin, serangga dan binatang.
Dengan satu rahmat itu mereka saling berkasih sayang.

Dengan satu rahmat itu binatang buas mengasihi anaknya.

Dia menangguhkan lagi kurniaan sembilan puluh sembilan rahmat, dengan itu Dia akan merahmati hamba-Nya pada hari kiamat.

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sunday, May 30, 2010

Pencarian si lelaki soleh




Suatu kisah
Kisah benar belaka
Seorang lelaki dalam pencarian
Mencari pemilik rusuk kirinya
Sudah bertahun bersendirian
Muncullah calon yang entah ke berapa
Seperti biasa
Diusulkan emak tersayang

Bukan calang-calang calon yang diusulkan
Lulusan universiti Timur Tengah
Menghormati permintaan si anak
Yang mahu pendamping solehah
Sejuk mata memandang
Bertudung labuh litup
Pandai berbahasa arab pendek kata tip top!

Si lelaki memulakan istiharoh
Hampir berminggu
Setelah meneliti gambar
Mula mencari maklumat
Sebelum sesi taaruf bermula.

Si lelaki menjenguk ke web
Laman friendster kegemaran ramai
Yang kini mungkin facebook satu keajaiban!
Tiba-tiba tergamam
Si gadis masih anggun
bertudung labuh litup
Bergambar sakan
Aduh!

Terkejut bukan kepalang
Calon solehah direject tanpa ihsan
bukan menjadi pilihan
hanya kerana gambar ditayang
pemilihan terbatal.

Dia pernah berkata
Perempuan cantik itu
Tidak memandang dan tidak dipandang
Perempuan cantik itu
Tidak mengenali dan tidak dikenali
Perempuan cantik itu
Tidak menegur dan tidak ditegur

Akhirnya
Solehah kempunan calon soleh
Merayu untuk dipertimbangkan
Tapi sayang sekali
Si lelaki tetap
Tidak berganjak dengan keputusan

Wahai muslimah
Aku dan kamu
Mari mempelajari, mencontohi
Watak-watak wanita salafussoleh
Sifat, pengorbanan dan perjuangan mereka
Kerana wanita solehah itu
Lebih baik daripada
Seribu lelaki yang tidak soleh

~dipetik daripada buku solusi no18~

em,,saya setuju ngan sajak di atas..tapi,,kalau sesiapa ada pandangan lain,,tafaddal,,mana tahu,,masing2 ada pandangan masing2,,tapi,,buatmu,,duhai muslimat,,malumu itu yang berharga.. :)
Read more...

Saturday, May 29, 2010

shhh..mulut JANGAN ceLupar



Assalamualaikum, duhai syauqatul iman..moga di saat ini, ketaatanmu pada Rabbi, bukan helah semata-mata.


Em,,memg betullah pepatah melayu, manusia niy, hidup memg xboleh keseorangan ataupun bersendirian..Islam juga ada menegaskan, nk berdakwah pun, perlu secara berjemaah,,kerana kekuatan umat Islam itu teletak pada “jemaah” nya..em,,memg agak rasa keseorangan di saat ini, apabila rumete pulang ke kampong,,;( aish,,,da xde kwn nk bergurau senda,,bermain2,,rasa sunyi pulak kampus niy,,kenapala,,kalian pulang awal,,;( nanti,,3 mggu cuti,,,hemm,,apa2pun,,perjuanganku di sini perlu diteruskan,,banyak lagi tugasan yang perlu aku siapkan,,ha!!syauqatul iman,,jgn asyik tdur je,,xmemberi langsung sumbangan untuk Islam,,! (aish,,garangnyer,, ;) )

Em,,tetibe rasa nk tulis entry tentang “mulut jangan celupar”.. “orang yang sering menuturkan kata-kata berguna akan mendapat balasan serupa. Orang ramai akan damai apabila bertutur dengannya.

Sahabat2 sume,,pernah x,,anda bertemu dengan insan sebegini? Riak wajah yang tenang, tutur kata yang penuh berhikmah walaupun dalam teguran sekalipun,,tidak membebankan kita,,malah setiap kata-kata dia menjadi inspirasi tatkala diri rebah dengan kefasadan dunia ini.. .
Kalau nk teman seperti di atas,,ha,,diri sendiri yang perlu di jahit, di baiki dan di tampal,dengan plaster2 keimanan, agar,,kite juga boleh bertemu dengan sahabt macm tu. Apakah kita pernah menyakiti hati orang lain dengan lisan? Pernah dipinggirkan oleh rakan-rakan gara-gara mulut kita yang gemar menyindir orang lain? Atau mungkinkah ibu bapa pernah menangis kerana kita terlanjur melepaskan kata-kata yang tidak berlapik? em,,muhasabah sebentar,(,mama abah,,maaf ye,,kalau iman de wat cm tu,,*sigh* )

Sedangkan telah banyak peringatan diberikan kepada kita agar jangan bermulut celupar. Tidak kurang kita pernah dinasihatkan agar bijak mengawal lisan daripada mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati. Namun masih lagi kita gagal. Mulut tetap dirasakan hebat dengan mengeluarkan kata-kata kurang enak. Makin ramai yang terasa hati dengan kita. Lama-lama kita kan ditinggalkan.

Sahabat2,,saya pasti, kalian tahu bahawa mulut celupar niy termasuk dalam penyakit lisan. Bahaya lisan yang tak dijaga sentiasa mendorong manusia jauh daripada rahmat Allah. Apabila kita termasuk di dalam senarai lisan ini, mulut dirasakan berat umtuk menuturkan zikir kepada Allah. Mengapa begitu? Sedangkan dari kecil lagi kita telah dilatih dengan pelbagai adab ketika bercakap. Tidak kira, ibu bapa atau guru memberikan panduan agar kita bijaksana ketika melontarkan perkataan.

Ucapan yang baik sentiasa mendapat rahmat Allah. Malah sekiranya ucapan yang diluahkan itu dan diikuti dengan pujian kepada Allah, mampu menghadirkan kasih sayang Allah kepada kita dan orang yang mendengarnya. Betapa mulianya kita disisi-NYA dan ke arah kebaikan.

Ramai orang tertipu dengan falsafah yang dicipta oleh manusia. Istilah seperti ‘mulut sahaja yang jahat tetapi hati dan perangai baik’ tidak munasabah. Hakikatnya apa yang terucap di mulut, itulah gambaran di hati?
Jangan terpedaya angkara mulut. Boleh jadi segala amalan seperti solat, puasa, zakat dan haji tidak bermakna gara-gara mulut yang celupar. Apakah pula nilai terhadap solatnya jika mulut tidak dijaga. Bukankah hakikat solat adalah mencegah perbuatan keji dan mungkar???




Tepuk dada tanyalah iman..nauzubillah,,mudah2han kita semua terhindar daripada melakukannya..diam itu lebih baik daripada berbicara, andai diam seseorang itu, mendatangkan seribu satu rahmat..wallahualam
Read more...

Wednesday, May 26, 2010

suDahkah kau bersedia??Kematian semakin hampir


Assalamualaikum, sang Iman,,apa khabar? Yazid au Yanqus?


Alhamdulillah,,syukur yang tidak terhingga kerana, tepat jam 5.00 petang tadi,tamatnya exam duniawi buat semester ini,,Alhamdulillah,,syukur di beri kesempatan untuk menjawab 7 paper semuanya,,Ya Rabb, kini, segalanya ku sandarkan pada-MU,,moga pengakhirannya adalah baik buatku,,amin,,

ya Rabb,,sakit dikepalaku ini semakin menjadi-jadi,,jika sudah tiba saatnya,,izin aku untuk aku rebah bersama Ma'firah-MU..di saat aku menulis post ini,,ku rasakan ianya semakin hampir,,Rabb,Allah.....bukan aku tidk pernah berjumpa doktor, namun, mendukacitakanku,,
"maaf kami tidak dapat mengesan penyakit anda"....

Rabbi,,,,:(..

pernah aku berhubung dengan ustaz di Darus Syifa (ya Allah,,rindu mahu bertemu dengan Haron Din,,)..(aku merupakan salah seorang ahli Darus Syifa,,cuma,,blum tiba saatnya untuk diijazahkan lagi)

"saraf di kepala awak niy,,berserabut,seakan-akan mengerti bahawa tuannya sedang banyak berfikir,,tenang2kan hati,,jangan terlalu bnyak dengan konflik diri ya."

Rabbi,,ku menghela nafas lega,,syukur,,,,,,


Duhai manusia ingatlah semua
Jangan terlena engkau didunia ini
Senang bermain hingga ke ujung benua
Lupa diri seakan tak ingat mati

Dalam tafakur penuh syukur
banyak sudah nikmat tak terukur
jadi manusia janganlah takabur
kelak kita semua akan masuk kubur

Tatkala badan sehat wal afiat
kerjakanlah ibadah setiap saat
janganlah sesal datang terlambat
hendak bertaubat ketika sakarat..

Aduhai teman yang amat kukasihi,,,

Kematian mengingatkan bahwa HIDUP BEGITU BERHARGA
Seorang hamba Allah yang mengingati kematian akan sentiasa tersedar bahawa hidup teramat berharga. Hidup tak ubahnya seperti ladang pinjaman. Seorang petani yang sihat akan memanfaatkan ladang itu dengan menanam tumbuhan yang berharga. Dengan sungguh-sungguh. Petani itu khuatir, ia tidak mendapat apa-apa ketika ladang itu dikembalikan.

Mungkin, inilah maksud ungkapan Imam Ghazali ketika menafsirkan surah Al-Qashash ayat 77, “Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) dunia…” dengan menyebut, “Ad-Dun-ya mazra’atul akhirah.” (Dunia adalah ladang buat akhirat)
Orang yang mencintai sesuatu takkan melewatkan sedetik pun waktunya untuk mengingat sesuatu itu. Termasuk, ketika kematian menjadi sesuatu yang paling diingat. Dengan mengingati kematian, bererti kita sedang menghargai erti kehidupan.

Sahabat ...
Kematian itu PASTI akan datang...

Cukuplah kematian sebagai pelajaran buat kita
Cukuplah kematian sebagai nasihat buat kita

Kemanapun kita pergi...
Kepada siapapun kita berlindung...
Dengan apapun kita menghindar...
Bila sudah saatnya KEMATIAN datang...
Kita tidak boleh pergi, berlindung atau menghindarinya...

“Perbanyaklah mengingat sesuatu yang melenyapkan semua kelazatan, iaitu KEMATIAN!”
(HR. Tirmidzi)

wallahualam,,buat renungan syauqatul iman..*SIGH*
Read more...

Tuesday, May 25, 2010

~HARAPAN ITU PERLU,,,~



bismillah,,,apa khabar sang iman,,moga saat ini, keimananmu bertambah,,,insyaAllah,,

Sahabat ,

Memang HIDUP ini adalah ARENA UJIAN, penuh permasalahan dan cubaan.

Tapi justeru kerana itu sahabat, kita tidak boleh MENYERAH dan PUTUS ASA...

Untuk menghadapi UJIAN HIDUP kita harus selalu YAKIN dan penuh HARAPAN...

Kerana kita masih mempunyai Allah, TUHAN yang membuat UJIAN,

Dialah yang membuat UJIAN dan DIA pula yang akan MENYELESAIKANNYA...

Selama kita DEKAT, TUNDUK PATUH, dan selalu MEMOHON kepada-Nya.

Itulah bukti kita layak menjadi KEKASIH-NYA



Hanya orang-orang yang tidak mempunyai TUHAN saja yang PUTUS ASA dan MENYERAH KALAH

Atau mereka yang mempunyai TUHAN, tapi sebenarnya bukan TUHAN

Bahkan Tuhan-tuhan merekapun tidak ada kuasa atas diri mereka sendiri.

Kerana dia hanyalah MAKHLUK yang DITUHANKAN oleh manusia..



Selagi masih ada ASA dan HARAPAN insya Allah kita akan MENANG dan meraih SEMUANYA...



Kisah 4 Lilin ini semoga boleh menjadi pelajaran buat kita:


Di dalam kamar yang gelap gulita,

Ada 4 lilin yang menyala…

Sedikit demi sedikit habis meleleh.

Suasana begitu sunyi sehingga terdengarlah percakapan mereka.



Yang PERTAMA berkata:

“Aku adalah DAMAI…

Namun manusia tak mampu menjagaku,

Maka lebih baik aku mematikan diriku saja!”

Demikianlah sedikit demi sedikit sang lilin padam.



Yang KEDUA berkata:

“ Aku adalah IMAN…

Sayang aku tak berguna lagi.

Manusia tak mau mengenalku,

Untuk itulah tak ada gunanya aku tetap menyala.”

Begitu selesai bicara, tiupan angin memadamkannya.



Dengan sedih giliran Lilin KETIGA bicara:

“ Aku adalah CINTA…

Tak mampu lagi aku untuk tetap menyala.

Manusia tidak lagi memandang dan mengganggapku berguna.

Mereka saling membenci...

Bahkan membenci mereka yang mencintainya, membenci keluarganya.”

Tanpa menunggu waktu lama, maka matilah Lilin ketiga.



Tanpa terduga…

Seorang anak saat itu masuk ke dalam kamar,

dan melihat ketiga Lilin telah padam.

Kerana takut akan kegelapan itu, ia berkata:


“Apa yang terjadi?! Kalian harus tetap menyala, Aku takut akan kegelapan!”

Lalu ia mengangis tersedu-sedu.



Lalu dengan terharu Lilin KEEMPAT berkata:

“Jangan takut...

Janganlah menangis...

Selama aku masih ada dan menyala,

Kita tetap dapat selalu menyalakan ketiga-tigA Lilin itu:

Kerana Akulah … HARAPAN”


Dengan mata bersinar, sang anak mengambil Lilin HARAPAN,

Lalu menyalakan kembali ketiga Lilin lainnya..

hem,,seronok baca cerita di atas,,dan cerita ini ku hadiahkan buat syauqatul iman,,jangan berputus asa ya! :),,em,,actually,,rasa down juga,,selepas selesai menjawab 3 paper,,(Falsafah pendidikan Kebangsaan, Perkembangan Kanak-kanak, dan hari niy punya paper, pendidikan agama islam, sekolah rendah,,huu;( ) xsangka,,bnyak sangat soalan tentang j-qaf,,,quite tough ar, soalan esei,,(sedih,,,huu)

namun, ku bersyukur,,kepada-Mu Rabbi, kerana aku diberi pinjaman rasa ketenangan sepanjang aku menjawab soalan tadi,,alhamdulillah,,kalau tidak,, sebelum kaki melangkah ke dewan peperiksaan, berbagai-bagai perasaan yang xdapat aku gambarkan,,senak perut pon ada,,tangan sejuk, jiwa rasa gundah gulana,,berdebau-debau (bahasa kelahiranku)huu,,,alhamdulillah,,terima kasih,,wahai Rabbul Jalil,,

dan sekarang niy,,aku harus terus berjuang untuk paper yang terakhit,,iaitu,,PEDAGOGI,,moga aku dapat buat yang terbaik,,dan moga kejayaan ku nanti akan dapat ku sumbangkan untuk ISLAM,,

ya Allah,,peliharalah ilmu yang Engkau pinjamkan kepadaku ini,,moga,,ilmu ini tidak luput dalam ingatanku,,walaupun selesai aku menjawab semua soalan peperiksaan,,izinkanlah aku meminjam ilmu-MU ini,,amin,,

duhai syauqatul iman,,jangan berputus asa ya! ingat DUIT!

APAKAH ITU? :) HEE..

D-DOA
U-USAHA
I-IKHTIAR
T-TAWAKKAL

Bukankah Allah ada berfirman:

“ …Dan janganlah BERPUTUS ASA dari RAHMAT Allah,

Sesungguhnya yang tiada BERPUTUS ASA dari RAHMAT Allah

melainkan kaum yang KAFIR” (QS. Yusuf :87)

jadi,,jangan lupa,,sentiasalah sangkutkan harapan hanya pada pemilik yang kekal abadi,,,Allah,,moga semuanya dipermudahkan Rabbi,,insyaAllah,,amin ya rabbal alamin(",)
Read more...

Monday, May 24, 2010

saat sentuhan-MU menyapaku,,(mengapa aku berjilbab)



Bismillah hir rahman nirrahim..kalam dimulakankan, dengan kalimah yang suci,,mohon dijauhkan dari api neraka-MU...


Jujur, saya tidak memiliki jawapan yang pasti,
Saya HANYA ingin pulang, kembali ke ALLAH …
Yang dapat saya rasakan adalah….
Sudah bukan waktunya lagi untuk saya berlari-lari mencari kebahagian versi dunia tentunya…
Yang setelah saya peroleh semuanya …
Lalu saya merasa bahawa bukan ini, dan bukan itu erti bahagia,..
Lalu DIMANA….?
Dan saya mengayunkan langkah untuk mencari ALLAH,
Dan langkah pertama saya adalah mengenakan Jilbab...

Sumber ideanya adalah dari naluri hati saya,
Jika saya ingin mendekatkan diri kepada KEKASIH hati saya…
Maka hal pertama adalah saya harus mempercantikkan diri ini,
ALLAH menyukai perempuan yang menutup auratnya dengan hijab,
Perhiasan seorang perempuan muslimah adalah akhlaknya yang solehah,
Orang akan mengenali saya sebagai muslim kerena jilbab saya,
Kerana jika tidak, sudah tentu ia akan membezakan saya dengan yang bukan muslim …
Itu adalah langkah awal saya.... HANYA ini,,. JILBAB
kemudian tarikan-tarikan dan sentuhan daripada Rabbi, membuatkan saya semakin ingin mengenali-NYA,,

saya masih ingat lagi sewaktu di MUnshi (Form1-3),,

form 3 Darul Naim

"ei,,kenapa ko pakai sarung tangan niy(arm sock)",tegur Lutfi.,saya sangka ianya hanya gurauan daripada seoarng lelaki, pada ketika itu,,amboi,,da pakai tudung labuh ya,,eh,,stoking pun da pakai,,aish,,xcaya la aku kat ko farehah,"...luahnya lagi..lontaran demi lontaran soalan yang saya dapat,,saya hanya mampu tersenyum sambil beredar bersama sahabt yang tercinta Nor Arfiezzati, meninggalkannya tanpa sebarang jawapan ,,"aku pasti masih banyak lagi dugaan yang akan ku tempuhi"hati ini berdetik tatkala itu,,tanpa saya sedari,,air mata merembes keluar dari kelopak mata ini...Allah,,dakaplah aku di saat aku lemah,,

malam itu, saya rasa sangat damai,walaupun,,saya pasti,ramai yang tertanya-tanya mengapa saya bertukar wajah dan penampilan,.bagaimana untuk saya khabarkan pada kalian, sedangkan di saat itu, diri ini, masih mencari-cari ketenangan dalam kesibukan dunia yang sentiasa menarik-narik dan menggoda diri ini, mencari kebahagiaan yang tidak kekal itu,,


TANPA saya sedari…
Saya mulai mencintai hal-hal yang menuju kepada Sang Pemilik nafas saya,
Saya mambawa bersama arus kebaikan,
Saya tenggelam di danau pengajian,
Saya terdampar dipadang lalang yang berisi dzikir,
Saya bermahkotakan Al Quran dan Hadits,
Saya tiba-tiba sangat mencintai tahajud,
Saya menjadi seperti penari dalam kalimat taubah dan hamdalah

Ya! di situlah ENGKAU hadiahkan aku tempat pinjaman-MU yang damai,,KISAS,,,
di situ saya mendapat tarbiyah,,
di situ saya mengenal apa itu 'usrah'
di situ, saya kenal apa itu ukhwah..
saya mula mengenali diri ini, mencari kedamaian, mencari ketenangan, yang selama ini, tidak saya peroleh sewaktu berada di bumu MUnshi,,

Sahabat saya pernah berkata :
“farehah, yang penting kan hati,tidak perlu berjilbab pun boleh menjadi baik“
Sahabat saya tidak salah …
Tapi untuk saya, jilbab adalah sifat taat terhadap ALLAH
Dan sifat sosial saya dari menjaga diri saya terhadap tarikan tarikan mata maKhluk berburung panahan rakus..:)

Bukankah indah dan akan menjadi semakin indah bila tertutup,
Akan menarik jika ia tidak terlihat,
Akan tetap menjadi misteri,
Yang tidak pernah akan selesai kecuali selepas memiliki,
Sesuatu yang tidak dapat disingkap apalagi disentuh akan menimbulkan kerinduan…
Yang tersembunyi dengan baik dan terjaga akan memiliki nilai yang tinggi…
Tanpa hijab, tidak ada daya tarik, tidak ada KERINDUAN…

Bukankah ALLAH adalah misteri,
Dan tersembunyi maka kita semua merindukanNYA,
dapat dibayangkan jika ALLAH terlihat oleh mata dunia kita kan?

ya, inilah yang saya tidak pernah memiliki jawapan…
Mengapa saya tiba-tiba terpanggil untuk mengenakan jilbab …
Hanya ALLAH yang memiliki jawapannya
Kerana saya tidak sanggup menjawab,
Yang pasti ketika kening menyentuh sejadah,
Ketika airmata tumpah saat tahajud,
Ketika tangan terangkat tinggi-tinggi untuk memohon keampunan,
Ketika titik "NO" adalah titik kepasrahan saya…
Atas semua yang ALLAH titipkan kepada saya,
Ketika tidak ada lagi jarak antara ALLAH dan saya,
Ketika jilbab saya menutup dada saya,
Ketika stoking panjang saya hadiahkan untuk kaki yang kini menjadi perhiasan saya
ketika arm sock ku sarung menutup kecantikan tangan ini kurniaan RABBI

Maka inilah kebahagian yang sesungguhnya saya CARI semalam, …

Doakan saya kuat dan istiqomah dengan langkah yang saya ayunkan ini …
Doakan saya kuat dan istiqomah dengan tarian tanpa topeng ini,
Dengan dawai tasbih dan hamdallah…
Saya ingin berpulang dengan pakaian yang disukai ALLAH

Ya ALLAH kuatkan saya…
Hingga saya menutup mata,
Mempertanggung jawabkan semua perbuatan saya
Di mahkamah agung milik MU …
terima Kasih ya Allah, kerana Kau hadiahkan aku teman-teman yang sentiasa menegurku saat aku melakukan kesilapan, melupakan rahmat-Mu yang menggunung tinggi serta saatku aku lemah menanggung dugaan-MU,,,,*sigh*

terima kasih,,juga,,pada si dia,,tidak lupa buat rumete yang sentiasa mengingatkanku,menegurku,,walaupun kadang2 ku rasa ianya gurauan namun ku yakin, ada mesej yang ingin dibawakannya,,terima ksih kalian semua..

di bawah ini, saya sajikan santapan rohani, buat hidangan hati yang ketandusan krim-krim nurani...

Ayat-ayat tentang Hijab:

“Hai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu'min: "Hendaklah mereka mengulurkan JILBABnya ke seluruh tubuh mereka". Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha pengampun lagi Maha penyayang.” (QS 33:59)

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain KERUDUNG ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” (QS 24:31)

wallahualam,,moga engkau istiqomah duhai syauqatul iman,,:)
Read more...

Friday, May 21, 2010

PERCAYALAH sesungguhnya Allah menyayangimu


"Memang hidup ini tidak akan pernah sunyi dari setiap dugaan dan ujian.
Apa yang boleh saya katakan, sebagai umat Islam seharusnya kita yakin
sesungguhnya setiap cabaran dan ujian hidup itu adalah bukti kasih
sayang Allah terhadap kita.

Berdasarkan dalil daripada ayat 15-17, surah al-Fijr, kita harus fahami bahawa setiap kenikmatan dan kelapangan yang diberikan itu BUKAN bermakna Allah telah memberikan kemuliaan. Dan setiap orang yang diberikan ujian dan cubaan itu BUKAN bererti Allah telah menghinakannya.

Ibnu Qayyim dalam mensyarahkan dalil daripada ayat-ayat tersebut menyatakan golongan pertama itu sebenarnya telah diuji dengan beberapa kenikmatan dan golongan yang kedua itu pula telah dimuliakan dengan diberinya cubaan dan ujian.

Apa yang penting bersabar dan bermuhasabahlah selalu kepada Allah swt.
Setiap orang yang beriman pasti akan menerima cubaan. Yang pasti, setiap ujian itu akan sentiasa kita alami sepanjang hayat, cuma tahap dan bentuknya mungkin berbeza-beza.

Sebagaimana yang diriwayatkan dari sebuah hadis, Saad bin Abi Waqqas pernah bertanya kepada Rasulullah saw., ”Siapakah orang yang paling berat cubaannya ?”

Jawab baginda, "Di antara orang-orang yang paling berat cubaannya ialah para nabi, kemudian mereka yang seumpama dan seterusnya. Seseorang itu diuji sesuai dengan kadar agamanya. Jika dia mempunyai kekuatan dalam agamanya, maka beratlah ujian yang diterimanya.

Sekira agamanya lemah, tentu dia akan diuji sesuai dengan kadar agamanya. Ujian akan selalu datang menimpa seorang hamba selagi dia masih berpijak di atas bumi, dan sehingga tiada lagi kesalahan padanya.”
(Riwayat Tirmizi)

Setiap kali diuji, walau seberat manapun cabarannya, ketahuilah... ianya akan menjadi kayu pengukur yang menentukan keteguhan iman seseorang.

Pelbagai ujian dan dugaan yang diterima itu, adalah bukti kasih sayang pencipta terhadap hambaNya. Dan juga untuk memastikan kita semua memiliki iman yang lebih kuat selepas berjaya menempuhnya dengan penuh kesabaran.

Imam Ghazali ada menulis di dalam kitabnya Mukasyafah Al Qulub,”Sesungguhnya bala merupakan pelita bagi orang arif, menyedarkan orang murtad, memperbaiki orang mukmin dan menghancurkan orang yang lupa. Tidak
seorang pun akan mendapat manisnya iman sebelum dia ditimpa bala, rela dan
bersabar.”

Selain bersabar. Apa yang paling penting ingatlah Allah dan berdoalah selalu. Doa itu adalah ubat yang paling mujarab. Menurut Ibn Qayyim di dalam kitabnya Ad Da’ Wad Dawaa’, “Doa adalah musuh segala bencana. Ianya dapat menolak malah dapat menghilangkannya. Ataupun
sekurang-kurangnya doa itu akan dapat meringankan segala bentuk musibah yang datang.”

Sesungguhnya berdoa itu adalah senjata orang mukmin. Sebagaimana sabda
Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Al-Hakim di dalam kitab sahihnya yang berasal dari Ali bin Abi Talib ra., sabda Rasulullah saw,

“Doa adalah senjata orang mukmin, tiang agama dan cahaya langit serta bumi.”

Akhir sekali, cuba baca perlahan-lahan dan hayatilah sabda Rasulullah saw dibawah yang maksudnya cukup indah dan mendalam sekali. Semoga ianya serba sedikit boleh menjadi penawar ataupun sekurang-kurangnya memberi sedikit suntikan kekuatan untuk kita di dalam menempuh apa saja ujian yang datang.

Janji Allah dalam sabda Rasulullah saw,
“Tiada seorang Muslim pun yang ditimpa sesuatu yang menyakitkan berupa penyakit atau lainnya, melainkan kerananya Allah akan menghapuskan
keburukan-keburukannya sebagaimana pohon yang menggugurkan daun-daunnya.”

(Hadis Riwayat Bukhari)

Semoga kita semua sentiasa bersabar, mengingati Allah dan berdoa selalu
di dalam menghadapi apa saja bentuk ujian yang mendatang.

PERCAYALAH sesungguhnya Allah menyayangimu kerana...............


ujian yg Allah timpakan ke atas hamba-NYA yg terpilih itu sebenarnya cara dia bercakap dgnnya.

oleh itu.. bersyukurlah kerana kita terpilih untuk menerima ujian itu..kerana itu tandanya DIA amat mengasihi kita...

sentiasalah kita beristighfar dan bertaubat...agar kita tidak dikaburi oleh mata "dunia" lalu menyebabkan kita buta "akhirat"...

insyaAllah..

wallahua'lam.
Read more...

Wednesday, May 19, 2010

INI JALANKU..




BismiLLah hirRahma nirrahim,,,saat kalam menyinggah minda...


“Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu” (Imam Nawawi)

Kiranya tiada cinta insani untukku, cukuplah cinta Allah penyuluh hidupku..

Moga kelak akan ada cinta untukku daripada insan yang mencintai Allah sebagaimana cintaku terhadapNya..

em,,baru-baru ni,,saya mendekati,,seorang sahabatku,,yang saya rasa sangat unik,cukuplah saya perkenalkan dia sebagai ika, Dari pertemuan kami, saya dapat tau yang dia memakai niqab. saya minta pendapat dia tentang pemakaian niqab tanpa keizinan parents. Katanya, dia juga memakai niqab tanpa keizinan parents. Pada awalnya, parents dia agak kuat menentang, tapi lama-kelamaan mereka dah jadi terbiasa dengan kehadiran ika berniqab. ika cakap:

“tdk ada ketaatan pada makhluk bila bertentangan dgn syariat.”

“tidak ada yg setuju dalam keluarga saya, tetapi saya yang bekeras ingin tetap pakai hingga sekarang”

“dr pengalaman sy dan tmn2 lama2 mrka boleh menerima juga”


My parents pun tak izinkan saya pakai niqab… Dah banyak kali saya minta izin. Until now. Mama dan abah cakap, “Kalau nak pakai, pakai lepas dah kahwin nanti kalau husband izinkan.”

Then lepas sembang-sembang dengan ika, saya decide lepas ni kalau mama dan abah still tak izinkan saya pakai, saya still nk pkai. Tetiba saya teringat nasihat dari seorang sahabat saya. Katanya aku perlu minta izin mama dan abah, takut nanti saya buat dosa yang lebih besar iaitu tidak taat pada ibu bapa. Na’uzubillah… saya belek-belek semula buku Kepten Hafiz Firdaus yang berjudul “Wahai Ibu! Wahai Ayah!” (buku niy,,saya beli masa tingkatan 4,,waktu tu,,p UIA,,ada program) ;) hee.

Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. [al-Isra' 17:23]

Katakanlah: “Marilah, supaya aku bacakan apa yang telah diharamkan oleh Tuhan kamu kepada kamu, iaitu janganlah kamu sekutukan dengan Allah sesuatupun; dan hendaklah (kamu) membuat baik kepada ibu bapa.” [al-An'aam 6:151]


Ayat-ayat di atas memerintahkan kita mentauhidkan Allah SWT dan berbuat baik kepada ibu bapa. Ini menunjukkan betapa pentingnya tuntutan berbuat baik kepada ibu bapa. Jika tuntutan ini “biasa” sahaja, nescaya Allah tidak akan meletakkannya selepas perintah mentauhidkan-Nya. Rasulullah SAW bersabda:

“Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa.” (HR al-Tirmizi)

Hadith ini menunjukkan hubungan antara kaitan anak dengan ibu bapa mempunyai kaitan dengan hubungannya kepada Allah. Ini tidak bermaksud kita boleh membuat maksiat kepada Allah dengan tujuan untuk berbuat baik kepada ibu bapa. Seorang Muslim wajib mendengar dan taat dalam perkara yang disukai mahupun yang dibenci selagimana ia tidak melibatkan maksiat kepada Allah SWT. Jika disuruh melakukan maksiat, maka tidak perlu kita mendengar dan tidak perlu taat padanya.


Sebagai anak, kita wajib meminta izin ibu bapa sekalipun dalam urusan agama. Terdapat hadith Nabi SAW yang menceritakan tentang seorang lelaki dari Yaman yang berhijrah kepada Rasulullah SAW untuk berjihad. Baginda bertanya kepada lelaki tersebut adakah ibu bapanya mengizinkannnya untuk berjihad. Dan Baginda menyuruh lelaki tersebut pulang meminta izin mereka, jika diizinkan maka berjihadlah tetapi jika tidak maka berbuat baiklah kepada mereka. (hasan sahih dari Shahih Sunan Abu Daud).

Nak berjihad pun Nabi suruh minta izin dengan parents, inikan pula diri ini yang nk pakai niqab… Hmm, hopefully suatu hari nanti parents izinkan…



tapi..lepas fikir2,wat pertimbangan akal,,mohon petunjuk dr Allah,,saya benar2 belum mampu lagi,,apa yang saya mampu di saat ini ialah,,niqob hati dulu,,ya Allah,,ENgKau Maha Mengetahui segalan2nya,,syauqatul iman,,bangga melihat,,sahabat2 yang mampu istiqomah,,dengan pemakaian niqob,,mabruk kalian!,,,saya bangga menumpang teduhan rahmat bersama-sama kalian,..

,xtahula,,kalau2 kali terakhir,,diri ini,,memakai niqob,,masa ni,,p KISAS,,bersama sahabat yang disayangi,,waktu niy pun,,mama dan abah xbagi,sedihnya:(
Allah,,,berilah aku kekuatan,,,amin2,,,DUHAI SYAUQATUL IMAN,,PERSIAPKAN DIRIMU UNTUK MENYUCIKAN JIWAMU,,,mungkin Allah,,beLum memilih diri ini,,atau,,mgkin,,diri ini,,sememangnya,,tidak layak,,,,RABBI..*sigh*


actually, saya suke sgt tengok muslimah-muslimah berniqob ni...suke sangat...sangat berimpian untuk merasai perasaan mengenakannya one day soon...hehe..saya pon ada beberapa teman-teman mujahidah berniqob nie...soo..lagilah cemburu bila tengok mereka nie....hehe...apepun, pandangan peribadi saya...disebabkan menabir wajah nie tak wajib....tak perlulah nak buat kalau sekiranya ada mendatangkan kesusahan untuk diri...contohnya...dalam kalangan family...yelah, bukan semua orang boleh terima kan...macam ade seorang ustaz nie cakap...dahulukan apa yg lebih utama....maksudnya dalam menjaga hubungan baik sesama ahli keluarga...hehe..tapi ada je caranya kalau memang dah berniat nak pakai..=)

lagipun, bila difikir-fikir..best sgt kalau pakai purdah nie...yelah, dalam zaman manusia yg penuh kefasadan ni...cthnye...kalau kita pergi tempat-tempat yg sesak dengan org...dalam LRT ke...kat pesta buku tahunan cam yg selalu buat kat PWTC tu...waaaa~~mesti rasa selamat je kan...urmm...cumanya ada sesetengah org berpendapat kalau nak pakai purdah nie..kene baikkan dlu bab yg len2....saya pon duk pikir-pikir jugak pasal nie..btl ke???then....SERIKANDI UMAR yang dikasihi post pasal nie....

http://serikandiumar93.blogspot.com/2010/05/purdah-bukan- penghalang.html

hehe...ALHAMDULILLAH...terjawab segala persoalan...moga KAU permudahkan segalanya YA ALLAH...=)
Read more...

Sunday, May 16, 2010

selamat hari MURABBI


Guru oh Guru

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Usman Awang
1979


"daLam riak waJah, ada paNcaran dAkwaH, daLam tutur biCara aDa agaMa tarbiYah, daLam gEraK LanGkaH aDa semangaT MUJAHADAH, bErsaMa kiTa LUpaKan waJah yang Layu, kiTa tiNggaLkan biCara piLu,kita kuBurKan LangKah Lesu, BangKitLah PerJuangan TatKala Yang Hak meNdabik megAh, keBatilan aKur MEnyeMbah, ALLAH tahu kita Bersama mEnyeKa peLuh daN aiRmata dEmi ISLAM tERcinta...seLmat Hari MURABBI,,semua,,aDuhai PENDIDIK,,dan baKal penDidik sekalian:)"


salam sayang dan salam IMTIHAN dari syauqatul Iman,,(:
Read more...

Friday, May 7, 2010

~waLimah,,joDOh? ~


(cantik nyer,,subhanallah)


Impian setiap insan yang masih dalam pencarian, mengharapkan agar mendapat jodoh yang soleh / solehah. Bagi lelaki, walau senakal mana pun mereka, masih mendambakan isteri yang solehah. Wanita solehah menjadi idaman setiap lelaki, khususnya lelaki yang beriman. Begitu juga dengan wanita, mendambakan pasangan yang soleh sebagai pendampingnya. Namun, agak sukar mendapatkan jodoh seperti ini di azkhir zaman ini.

Mencari pasangan yang soleh/solehah memang agak sukar kerana kita perlu menilai dan meneropong ke dalam hati seseorang untuk mengenali mereka. Kadang2 seorang yang nampak luaran baik... tetapi hakikatnya berlainan dari pandangan mata kasar. Bak kata orang kulit yang baik belum tentu isinya baik. Untuk apa disukarkan pencarianya, meneropong iman dan taqwa orang lain... permudahkan ia dengan memperbaiki diri terlebih dahulu. Umum mengetahui jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha untuk mendapatkan jodoh kita. Sekiranya kita inginkan pasangan yang soleh/solehah, berusahalah untuk menjadi calon suami yg soleh/ isteri yang solehah terlebih dahulu.

sememangnya jodoh, rezeki dan maut malah segala apa yang kita lalui di dalam kehidupan kita seharian, telah ditentukan oleh Allah atau biasanya kita namakan takdir. Namun, Allah telah menentukan bahawa segala apa jua yang kita lalui erlulah melalui usaha dan ikhtiar yang menjadi sebab dan musabab terhadap sesuatu. Usaha dan ikhtiar itu termasuklah segala perlakuan dan tingkah laku kita. Malah, takdir Allah boleh berubah berdasarkan usaha dan permohonan (doa) kita kepadaNya. Manusia dikurniakan akal dan fikiran untuk membezakan antara yang baik dan yang buruk. Begitu juga untuk memilih pasangan yang pada pandangan kita merupakan insan yang sesuai untuk dijadikan teman hidup. Jika pasangan yang ditentukan sukar mencapai persefahaman bererti tiada kesesuaian, maka tiada kesesuaian itulah sebagai ikhtiar atau sebab kepada takdir jodoh yang tidak panjang antara mereka


Berikut adalah kompilasi beberapa amalan dan doa yang yang boleh saya/kita :) amalkan bagi dipermudahkan untuk bertemu jodoh. Namun setiap ketentuan itu datangnya daripada Allah s.w.t., dan kita sebagai hamba-Nya hanya mampu berdoa, berusaha, berikhtiar dan bertawakkal kepada-Nya… Mudah-mudahan dengan setiap amalan dan doa yang dilakukan ini akan memudahkan anda untuk mendapat jodoh yang beriman dan terbaik untuk diri anda. Yang pentingnya, jangan sekali-kali putus asa untuk berdoa…Wallahualam…

1. Amalkan membaca doa Nabi Zakaria a.s. (surah Al-Anbiya, ayat 89)

Yang bermaksud:

“Dan (ingatlah kisah) Zakariya, tatkala ia menyeru Tuhannya ‘ya Tuhanku, janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri, dan Engkau adalah Waris Yang Paling Baik’.”(QS. Abiya/ 21: 89)

Selain itu, adalah lebih baik juga jika anda lanjutkan doa tersebut dengan doa berikut ini:

“Ya Allah… Cukuplah Engkau saja yang menjadi pemeliharaku di dunia dan akhirat kelak. Dengarkanlah rintihan hamba-Mu yang dhaif ini. Jangan Engkau biarkan aku sendirian di dunia ini maupun di akhirat kelak. Sebab itu menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran. Maka, kuruniakanlah aku seorang pasangan yang beriman, supaya aku dan dia dapat membina kesejahteraan hidup ke jalan yang Engkau redhai. Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh, Amin… Amin… Ya Rabbal Alamin.”






p/s: sekadar perkongsian ilmu,,:) duhai syauqatuliman, rajin2lah berdoa ye:)em,,walaubagaimanapun,,kalian semua,,ingatlah ayat Allah ini:

"Wanita yang keji untuk lelaki yang keji, Dan lelaki yang keji untuk wanita yang keji (pula) dan wanita yang baik di peruntukkan bagi lelaki yang baik, dan lelaki yang baik diperuntukkan bagi wanita yang baik (pula)"

(An-Nur ayat 26)

20.6 - 26.6 niy exam:)..namun,,tetibe,,terfkir pasal niy,,dan rase nak luahkan je,,semoga,,ada manfaatnya:)doakan kejayaan syauqatuliman ye,,dunia n akhirat,,amin..wallahualam
Read more...

Sunday, May 2, 2010

exAm duNiawi,,jambatan ke akhirat



Assalamualaikum,,

buat muasafir hina:)
bagaimana dengan iman anda pada hari ini? yazid au yanqus? InsyaAllah,,moga2 di saat ini, keimananmu bertambah dan lebih baik berbanding semalam,,

em,,hari esok dan hari selasa, insyaallah,,diri ini dan sahabat2 yang lain akan menghadapi peperiksaan Ujian akhir Kursus(UAK).bila lihat title "exam' nampak,macam berat je,,nk hadapi,,namun,,bila di fikir kembali, ke mana kita hidup, di mana kita berada, kita sebenarnya xkan pernah terlepas untuk menerima pelbagai ujian atau "exam"..

itulah lumrah hidup bergelar "insan"..tapi,,bila fikir dari pelbagai perspektif, untungnya,,andai kita sedang berada dalam ujian..kalau ujian tu,berbentuk kesedihan,kesukaran,,itu tandanya DIA sedang memerhatikan kita dan sayangkan kita,,tp,,kalau ujian tu berbentuk penulisan,,tu tandanya,,menguji tahap keilmuan kita:)hehe,bukankah kita semua bakal MUROBBI,,maka,,kita semua perlu bersedia untuk hadapi sebarang bentuk ujian:) (renungan buat diriku, duhai syauqatuliman)
teringat satu kata-kata masa kat KISAS,

"Pelajar du'at perlu cemerlang demi ummah ini..."

jadi,ayuh, sahabt sekalian.kita semua adalah pewaris nabi,insan yang amat kita rindui, insan yang amat kita cintai, sudah tentu kita mahu mengikuti jejak BAGINDA bukan?:)

sama-sama kita ikhlaskan diri dalam menghadapi exam duniawi ini, kerana sesungguhnya,bukankah,,dunia itu,jambatan ke akhirat..? aku merayu pada kalian, belajarlah kerana ingin mencari REdho NYA, bukan semata-mata untuk menghadapi peperiksaan,,kerana aku pernah mengalami pengalaman sendiri,,(jika belajar kerana exam,,keluar sahaja dewan pepriksaan, ilmu tersebut melayang entah ke mana,,namun,,jika kita niatkan semata-mata mencari REDHa ILLAhi,pasti,,ilmu itu memberi manfaat buKan hanya untuk diri sendiri,tapi,,juga untuk insan-insan di luar sana yang dahagakan ilmu,,)

percayalah kalian semua, hidup ini indah jika,,kita meletakkan redho Allah,,sebagai matlamat hidup..:)


buat teman-temanku, gee humaira, faaza, husna, sa'adiah,,aisya, sahabt2 JPP dan sahabt2 seperjuangan yang lain jangan kalian gusar andai dibebani dengan pelbagai tugasan,,bukankah Allah telah memberi satu jaminan di dalam Kalam-NYA

("man yan surullah ha man yansuruh)
"sesiapa yang menolong agama Allah,maka Allah akan menolong agamanya,,"






senyumlah kalian semua:) janji Allah,,pasti kan tiba,,mungkin tanpa kita sedari, atau pun,ia hadir dihadapan kita:)

Kembali menghitung diri
Bersediakah aku menghadapi
Peperiksaan duniawi
Yang kian menghampiri
Sungguh, andai pilihan diberi
Mahu sahaja dua kaki ini
Melangkah pergi
Kencang berlari
Jauh, jauh dari menduduki
Peperiksaan duniawi ini
Lalu, berkatalah hati
"Wahai diri,
ini baru peperiksaan duniawi,
belum lagi di akhirat nanti,
berjuanglah, jangan pernah berhenti,
jadikan peperiksaan duniawi ini,
ibadah di sisi Ilahi."

Tapi, bagaimana?
Sesungguhnya harus aku yakin dan percaya
Segala sesuatu hanya milik-Nya
Maka,
Mintalah kepada Sang Pencipta
Yang punya segala kuasa
Berjuanglah kerana-Nya
Meski menguji iman, meruntun jiwa
Harus aku hadapinya
Dengan redha dan usaha
Ya, aku pasti bisa!
Yakin dengan janji-Nya
Buktikan kepada semua.





p/s: gambar saya xde,,sebab wktu niy, saya sedang menyediakan nasi ayam yang lazat buat antunna sume:) (rajin sungguh)hehehe



ku harap jua,,untuk exm yang akan datang insyaAllah,,pada 20 hb nnti,,sama2 kita cuba yang terbaik and let's Allah do the rest!(^_^)Buat semuateman-teman yang disayangi diucapkan selamat maju jaya dalam peperiksaan duniawi ini.Peperiksaan UAK, pepriksaan akhir sem, dan semua peperiksaan dunia yang kita sedang hadapi hanyalah sebahagian kecil dari peperiksaan 24 jam kita oleh malaikat kiri dan kanan kita.


Semoga Allah sentiasa bersama-sama kita semua dan memberi kejayaan yang sangat cemerlang buat kita semua Kejayaan kita insyaAllah adalah kejayaan Islam..:)


~di kesempatan ini,,sama-sama kita berdoa(bukankah,,doa ini,,kita pernah sama-sama guna masa exam sem lepas? :) :

bismillahirrahma nirrahim..

ya ALLAH,,,berikanlah kami kesempatan waktu untuk memohon dariMU..anugerhkanlah kami kejayaan dLm pepriksaan ini,,jgn ada diantara kami yg sedihnya sendirian.andai telah tercatat di luh mahfuz akn kegagalan kami, maka ubahla menjadi kejayaan,,Engkau yg MAHA AGUNG..makbulkanlah doa kami ya RABBI,,,amin3..







MAAN NAJAH SEMUA…………….
“Maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain), dan hanya kepada Tuhanmulah engkau berharap”
(Surah Asy-Syarh: 7-8)


,`
Get More at (Islamic-Testi)!

Read more...