Tazkiyatun Nafs

Rasulullah SAW bersabda bermaksud:

Sesungguhnya Allah memiliki seratus rahmat, Dia menurunkan satu rahmat daripada-Nya untuk manusia, jin, serangga dan binatang.
Dengan satu rahmat itu mereka saling berkasih sayang.

Dengan satu rahmat itu binatang buas mengasihi anaknya.

Dia menangguhkan lagi kurniaan sembilan puluh sembilan rahmat, dengan itu Dia akan merahmati hamba-Nya pada hari kiamat.

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Tuesday, January 26, 2010

Apa iTu Rumah PersiNggaHan?


Barzakh ialah satu alam di antara dunia dan akhirat. selepas seseorang dimatikan hayatnya di alam dunia, dia kan singgah dalam tempuh masa tertentu sebelum dihimpunkan bersama manusia seluruhnya. Di dalam barzakh inilah berlakunya nikmat atau siksa kubur. Roh akan kembali semula ke jasad manusia bagi menerima balasan nikmat atau azab. Allah SWT berfirman maksudnya: "dan dihadapan mereka ada dinding (tempat berkumpul atau tempat perhentian) sehingga sampai hari akhirat" (Surah al-Mu'minun ayat 100)

Dalam kehidupan ini manusia akan menempuhi empat alam, masing-masing merupakan tempat persinggahan dalam meneruskan penggembaraan hidupnya yang akan diakhiri dengan suatu alam iaitu alam akhirat. Alam-alam yang dimaksudkan ialah alam kandungan, alam dunia, alam barzakh dan alam akhirat.

ketika di alam barzakh, ALLAH SWT akan memegang jiwa-jiwa mereka yang telah mati dan akan melepaskannya apabila sampai waktu yang ditentukannya. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Allah memegang jiwa (orang) ketika matinya dan memegang jiwa orang yang belum mati di waktu tidurnya, maka Dia menahan jiwa orang yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia melepaskan jiwa yang lain sehingga waktu yang ditentukan. Ssungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir" (Surah al-Zumar ayat 42)

Hidup di alam barzakh adalah hidup sesudah mati dan sebelum kiamat. Kehidupannya juga bersifat sementara sebelum Allah bangkitkan semula untuk hari pengadilan di Padang Mahsyar.

Seperti yang dinyatakan bahawa di alam barzakh akan berlakunya nikamat dan azab kubur. Siksa kubur itu pasti dan akan dikenakan kepada orang yang kafir, munafik, dan yang melanggar perintah Allah, manakala nikmat hanya khusus untuk orang-orang yang beriman yang memenuhi kehidupan di dunia dengan amal soleh. Maka menjadi tugas orang yang berakal untuk tidak menghabiskan sisa umur dengan mendapatkan kemewahan dunia semata-mata tetapi hendaklah berusaha bagi mendapatkan keselamatan di akhirat kelak.

Sesungguhnya kehidupan di alam barzakh itu adalah perkara-perkara ghaib yang hanya diketahui oleh Allah dan kita sebagai manusia hendaklah mengimaninya. Ini termasuklah perkara-perkara yng berkaitan dengan himpitan-himpitan dan seksaan-seksaan semasa berada di alam tersebut.Nauzubillah,,mudah-mudahan kita semua di selamatkan oleh Allah drp seksaan-seksaan di alam barzakh,,jadi,,,cePat ISTIQFAR wahai diri,,ingatlah,,rumah kata pergi,,kubur kata mari,,sejauh mana pun kita berlari,maut PASTI datang menjemput,,
Read more...

Monday, January 25, 2010

10 Surah Yang Mujarab Dari Nabi Muhammad S.A.W


1. SURAH AL-FATIHAH

Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya'Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t. Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.

2. SURAH YAASIN

Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur'an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur'an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur'an seluruhnya. (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.) Rasulullah s.a.w. juga bersabda : Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan "At-Mu'ammah" (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban). Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.

3. SURAH AT-DHUHAN

Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.

4. SURAH AL-WAQI'AH

Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi'ah pada tiap-tiap malam, insya'Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya'Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat Asar, insya'Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak. Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi'ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. Makna Surah Al-Waqi'ah Ayat 35-38 ialah : "Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.

5. SURAH AL-KHAUTHAR

Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya'Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.

6. SURAH AL-KHAAFIRUUN

Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur'an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi). Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.

7. SURAH AL-MULK

Sebuah lagi Surah dari Al-Qur'an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya'Allah, akan terselamat dari azab kubur..

8. SURAH AL-IKHLAS

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya : "Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur'an." Siti Aisyah lalu berkata, "Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur'an sebanyak 30 juzuk itu." Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, "Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur'an keseluruhannya. " Dari Rasulullah s.a.w.. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a., "Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali. Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : "Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat."

9. SURAH AL-FALAQ

Siti Aisyah menerangkan : "Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala. Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.

10. SURAH AN-NAS

Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur'an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati
Read more...

Saturday, January 23, 2010

kErana SeLembar buLu mata

Di ceritakan di hari pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Dia di tuduh bersalah , menyia-nyiakan umurnya di dunia untuk berbuat maksiat.

Tetapi dia berkeras membantah, “ Tidak. Demi langit dan bumi sesungguhnya itu tidak benar. Saya tidak melakukan semua itu.” “ Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul-betul telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa,” jawab malaikat.

Ornag itu menoleh ke kiri dank e kanan, lalu ke segenap penjuru. Tetapi anehnya, dia tidak menjumpai seorang saksi pun yang sedang berdiri. Di situ hanya ada dia bersendirian. Makanya dia pun menyanggah, “manakah saksi-saksi yang kau maksudkan? Di sini, tidak ada sesiapa kcuali aku dan suaramu.”

“ Inilah saksi-saksi itu, jawab ,” ujar malaikat.

Tiba-tiba mata angkat berbicara, “ Saya yang memandang.”

Di susul oleh telinga, “ Saya yang mendengarkan.”

Hidung pun tidak ketinggalan, “Saya yang mencium dan menghidu,”

Bibir mengaku, “ Saya yang merayu.”

Lidah menambah, “ Saya yang berkata-kata.” Tangan meneruskan, ‘ Saya yang memegang dan menggenggam.”

Kaki mnyusul, “ Saya yang berjalan dan berlari.”

Nah kalau kubiarkan semua anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu itu”, ucap malaikat. Orang tersebut tidak dapat membuka sanggahannyalagi. Dia berputus asa dan berdukacita, kerana sebentar lagi dia bakal dihumbankan ke dalam neraka jahanam. Padahal rasa-rasanya dia telah terbebas dari tuduhan dosa itu.

Tatkala dia sedang dilanda kesedihan itu,tiba-tiba terdengar suara yang amat lembut dari selembar bulu matanya. “ Saya pun ingin mengangkat sumpah sebagai saksi.” “ Silakan”, kata malaikat. “ Terus terang saja, menjelang ajalnya, pada suatu tengah malam yamg lengang, aku pernah dibasahinya dengan air mata ketika dia sedang menangis menyesali perbuatan buruknya.

Bukankah nabinya pernah berjanji, bahawa apabila ada seorang hamba kemudian bertaubat, walaupun selembar bulu matanaya sahaja yang dibasahi air matanya, namun sudah diharamkan dirinya dari api neraka? Maka saya selembar bulu matanya berani tampil sebagai saksi bahawa ia telah melakukan taubat sampai membasahi saya sebagai air mata penyesalannya.”

Dengan kesaksian selembar bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan dihantarkan ke syurga:” Lihatlah, Hamba Tuhan ini masuk syurga keran pertolongan selembar bulu mata. “ Firman Allah SWT, “Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat mengingati dalam kesabaran.”
Read more...

~aPa itU kaSih SaYang...~

Pada suatu hari di sekolah, seorang murid bertanya kpd guru. ketika itu guru tersebut sedang mengajar mengenai kasih sayang.

pelajar : cikgu, macamne kita nk pilih seseorang yg terbaik sbg org yg paling kita syg? mcmne juga ksih syg itu nk berkekalan?


ckgu : ok,kamu ikut ape yg sy suruh. kamu pergi ke padang. kamu brjalan di atas rumput, smbil memndg rumput di depn kmu. pilih yg plig cntk,tnp menoleh ke belakg lagi walau sekali. dah ptik rmput yg pling cntik, bw ke kels.
apbla pljr trsebt pulg ke kelas, xda sehelai rumput pun di tgnnya. ckgu brtanya , ‘knp xda rmput yg dipilih?


pelajar mnjwb: td mse sy berjalan sy crilah rmput yg pling cntik.Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik,maka saya pun terus berjalan kedepan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh kebelakang lagi.Tp sampai dipenghujung padang,saya tak jumpa pun yang paling cantik.Mungkin ada diantara yang dibelakang saya tadi rumput yang paling cantik.Tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh kebelakang semula,jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.


Cikgu:”ya,itulah jawapannya .maknanya apabila kita telah berjumpa dengan seseorag yang kita sayang,janganlah kita mencari lagi yang lebih baik dari itu.Kita sepatutnya menghargai orang yang berada didepan kita sebaik-baiknya.Jangan kita menoleh kebelakang lagi kerana yang berlaku tetap sudah berlaku.Semoga yang berlalu tidak berulang lagi dan ingatlah orang yang paling sayang itulah yang paling cantik dan paling baik mahupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik.

Read more...

Friday, January 22, 2010

~paDamu ku berserah~

..............tika tahajjud datang mengejutku, aku tersedar...dan terus aku bertemu Dia......aku rindukanNya...
rindu padaNya tak dapat dibendung lagi...kasih padaNya yang sebenarnya Maha Pengasih...Ya Rahman...
ku korbankan masa tidur yang tidak seberapa untuk bertemuNya yang Maha Penyayang...Ya Rahim...
di saat insan-insan lain yang dibuai keenakan malam, aku terus menatap kekasihku yang Maha Pencinta...Ya Wadud...
Dia kekasihku yang Maha Agung...Ya A'dzim.....yang tidak pernah sedikit pun membiarkan aku lemah longlai....
yang tidak pernah membebankanku walaupun aku berjuta kali melupakanNya...
"Allah tidak membebankan seseorang itu melainkan dengan kesanggupannya" [Al-Baqarah: 286]

walaupun dulu diri ini pernah mengalpakanNya, melakukan maksiat terang-terangan dihadapanNya, membelakangkanNya
dalam pelbagai hal....hanyut dengan kenikmatan dunia yang 1...aku lupa akan nikmatMu yang 99 lagi....
"sesungguhnya Allah Yang Maha Gagah (Ya Jabbar Ya Qahhar) lagi Maha Tinggi (Ya Majid) mempunyai 100 rahmat, dan 1 daripada
bahagian rahmatNya itulah yang diberikan kepada makhluknya di dunia, manakala baki 99 rahmatNya yang lain adalah
untuk hari akhirat iaitu kepada hamba-hambaNya yang beriman" [HR Bukhari, Muslim, Ahmad dan Ibnu Majah]

kini ku tahu, Kau-lah sebenar-benar kekasihku kerana Kau menyedarkanku bahawa tiada yang lebih-lebih utama dariMu...
kerana Kau tetap menerimaku walaupun bermacam-macam hal yang telah aku lakukan...Kau masih memberikanku ruang dan
peluang untuk bersamaMu walaupun Kau punya hak untuk menghancurkanku, membiarkan aku terus hanyut leka dibuai kenikmatan
dunia yang sementara ini...sesungguhnya Kau-lah Yang Maha Memberi Perlindungan...Ya Muhaimin...

termanggu aku seketika tatkala terkenangkan masa silamku...Kau mampu untuk menarik nyawaku ketika aku tenggelam
dan hanyut dalam duniaku...namun kau membiarkan ku terus hidup menghirup udara ciptaanMu sehinggakan berpeluang untuk memohon
ampun dariMu Yang Maha Pengampun..Ya Ghaffar...sesungguhnya itulah bukti cintaMu terhadapku...

Ya Allah Pemilik cinta, kasih dan rinduku...ampunkan dosaku........................................
dosaku yang menggunung tinggi...namun ku tahu keampunanMu adalah lebih dari sehamparan lautan yang luas.....


Munajat taubat sebagai kunci syurga-Mu....

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang
Sampaikan selawat kepada Rasulullah dan keluarganya

Rabbku,
Kesalahan telah menutupku dengan pakaian kehinaan
Perpisahan dengan-Mu telah membungkusku dengan jubah kerendahan
Besarnya dosaku telah mematikan hatiku
Hidupkan aku dengan ampunan-Mu
Wahai Cita dan Dambaanku
Wahai Ingin dan Harapanku

Demi keagungan-Mu
Tidak kudapatkan pengampunan dosaku selain-Mu
Tidak kulihat penyembuhan lukaku selain-Mu
Aku pasrah berserah pada-Mu
Aku tunduk bersimpuh pada-Mu

Jika Kau usir aku dari pintu-Mu
kepada siapa lagi aku bernaung
Jika Kau tolak aku dari sisi-Mu
kepada siapa lagi aku berlindung
Celaka sudah diriku
lantaran aib dan celaku
Malang benar aku
kerana kejijikan dan kejahatanku

Aku bermohon pada-Mu
Wahai Pengampun dosa yang besar
Wahai Penyembuh tulang yang patah
Anugerahkan padaku penghancur dosa
Tutuplah untukku pembongkar cela
Jangan lewatkan aku, di hari Kiamat, dari sejuknya ampunan maghfirah- Mu
Jangan tinggalkan aku dari indahnya maaf dan penghapusan-Mu

Ilahi,
naungi dosa-dosaku dengan awan rahmat-Mu
curahi cela-celaku dengan hujan kasih-Mu

Ilahi,
Kepada siapa lagi hamba yang lari kecuali pada Mawlanya
Adakah selain Dia yang melindunginya dari murka-Nya

Ilahi,
Sekiranya sesal atas dosa itu taubat
Sungguh, demi keagungan-Mu, aku ini orang yang menyesal
Sekiranya istighfar itu penghapus dosa
Sungguh, kepada-Mu aku ini beristighfar

Ilahi,
dengan kudrat-Mu ampuni aku
dengan kasih-Mu maafkan aku
dengan ilmu-Mu sayangi aku

Ilahi,
Engkaulah yang membuka pintu menuju maaf-Mu kepada hamba-hamba-Mu
Kau namai itu taubat
Engkau berfirman: "Bertaubatlah taubat yang nashuha! [At-Tahrim:8]

Wahai Yang Menjawab pengaduan orang yang berduka
Wahai Pelepas derita
Wahai Penabur kurnia
Wahai Yang Maha Mengetahui rahsia
Wahai Yang Paling Indah dalam menutup cela
Aku memohon pertolongan dengan kurnia dan kebaikan-Mu
Aku bertawassul dengan kemuliaan dan kasih-Mu
Perkenankan doaku, jangan kecewakan harapanku
Terimalah taubatku, hapuskan kesalahanku dengan kurnia dan rahmat-Mu
Wahai Yang Maha Pengasih dari segala yang mengasihi.....



tatkala alunan "nasuha" oleh mestica berdendangan...ku terus mencurahkan titisan air mata meratapi dosa-dosa yang lalu...
pintaku moga dosa-dosa itu terus lenyap seperti terbangan debu dengan keizinanMu Ya Allah...Ya Rabbi...Ya Ilahi...

PadaMu ku serah segala
Harta sepenuh jiwa raga
Hanya Kau yang Maha Pemurah
Meredakan hati yang gundah
Ya Allah
PadaMu ku curah segala
Perasaan yang melara
Engkaulah yang punyai cinta
Membawaku ke puncak nasuha
Ku kesali kealpaan diriku
Ku tangisi kesilapan lalu
Walaupun sekali
Tak kan aku ulangi
Ya Allah Tuhanku
Bantulah hambaMu
Jangan biarkan diriku
Terus dibelenggu
Ampuni dosaku
Terangi hatiku
Izinkanku kembali
Ke jalan redhaMu
Tiada lain yang ku harap
Hanya kasih sayangMu Tuhan
Membawaku ke rimbun keampunan
Ya Allah
PadaMu ku serah segala....


Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.
Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka.
Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya.
Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya.
Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.

~artikel ini telah di ambil drp seorang shbatku..~
Read more...